Rasa seperti ikan berenang dalam perut. Wanita ini luah rasa sesuatu di dalam perut selepas makan sushi. Rupanya ini benda yang ada dalam perut dia

Viral

Korang yang ada ciri-ciri suka beli makanan banyak-banyak lepastu simpan dalam peti ais lepastu lupa, dinasihatkan jangan jadikan sushi sebagai pilihan.Seorang wanita dari Amerika sakit berbulan hinggalah doktor tahu puncanya datang daripada sushi.

Baca lagi, bukan salah sushi ok!Nyum…Kerap halusinasi.Baru-baru ini seorang professor dari University of Illionis yang dikenali sebagai Prof. Hsu telah berkongsi mengenai satu pesakit yang dinamakan JC di laman youtube miliknya, Chubbyemu.

Wanita berusia 34 tahun dikatakan jatuh sakit kerana kekurangan zat yang mengakibatkan masalah-masalah seperti halusinasi, insomnia dan cirit birit.Dia dapat lihat serangga kecil merayap di sudut mata dan kemudian merangkak masuk ke bawah kulit. Selain itu juga, JC turut dapat merasakan seperti ada ikan ‘berkeliaran’ di dalam perutnya.”

Ketidakselesaan ini membuatkan wanita berkenaan sukar tidur.Kurang vitamin B12, doktor dah bagi tapi JC masih alami masalah yang sama.Setelah diperiksa, doktor mengesahkan yang JC kekurangan vitamin B12.Memetik laporan webmd, kekurangan vitamin B12 boleh mengakibatkan masalah penghadaman seperti sembelit, cirit birit dan hilang selera makan.

Masalah saraf seperti ‘numbness’ atau kebas, otot lemah, dan masalah berjalan kerana ketidakseimbangan.Juga masalah mental seperti kemurungan, hilang ingatan, dan perubahan tingkah laku.Jadi, vitamin B12 diberikan kepada JC bagi memulihkan masalah tersebut namun JC masih mengalami masalah yang sama.

Di dalam video dokumentasi tersebut, Prof. Hsu merasakan aneh. Ke mana semua vitamin B12 yang diambil oleh JC pergi?Boleh lihat videonya di sini.Rupanya cacing pita beranak dalam badan.Siapa sangka, puncanya terletak pada 9 bulan yang lalu.JC baru teringat tentang sushi.

Menurut mirrokUK, dia ingat ada satu hari tu dia balik kerja lewat dan kedai-kedai pun sudah tutup. Lalu dia mencari apa yang ada di peti ais dan menjumpai sushi lantas memakannya. Wanita ini lupa sushi tersebut sudah 5 hari disimpan…“Ikan itu rasa sedikit masam tapi JC cicah kicap untuk sebatikan rasa sushi tersebut.”

Selepas 4 bulan baru dia mengalami sakit-sakit.Doktor mengesahkan terdapat cacing pita antara yang terbesar dalam spesiesnya hidup dalam badan JC iaitu diphyllobothrium latum atau bahasa mudahnya fish tapeworm (seseorang boleh dijangkiti cacing ini jika makan ikan mentah atau kurang masak, ya sushi 5 hari tu!).

Spesies ni dikatakan suka makan vitamin B12. Dan dia boleh membesar sampai 9 meter panjang, jangan main-main! Siap beranak pinak lagi ye, sekali bertelur beribu!Akhirnya penderitaan JC berakhir setelah diberikan ubat cacing praziquantel. Sebagai langkah pencegahan, dah beli sushi terus makan ok atau makan yang fresh je. Jangan lupa ambil ubat cacing secara berkala!

Menangis Budak Ini Apabila Rider Seramai 42 Orang Menghantar Makanan Di Depan Rumahnya. Ini Yang Berlaku Sebenarnya.

Cebu: Pesan hanya satu namun 42 penghantar makanan tiba di depan rumah. Itu yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak di Filipina yang menerima 42 pesanan makanan gara-gara masalah internet.Kisah itu berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang terpaksa membuat pesanan makanan menerusi aplikasi kerana ibu bapanya bekerja. Kompas melaporkan laluan sempit di Barangay Mabolo, dekat sini, dipenuhi penghantar makanan gara-gara kesilapan aplikasi itu.

Kejadian berlaku jam 11 pagi, Rabu lalu apabila kanak-kanak itu bersama neneknya memesan filet ayam dengan nasi serta kentang goreng berharga 189 peso (RM15.89). Bagaimanapun, mereka terpaksa membayar 7,938 peso (RM671) untuk 42 pesanan itu.

Dia bagaimanapun gagal membayar keseluruhan 42 pesanan itu berikutan ibu bapanya hanya tinggalkan wang secukupnya untuk membeli filet ayam itu. Jiran kanak-kanak itu, Dann Kayne Suarez berkata, kanak-kanak itu sememangnya sudah biasa dan kerap memesan makanan menerusi aplikasi itu.

Bagaimanapun, masalah internet menyebabkan proses pesanan menjadi lambat membuatkan kanak-kanak itu menekan pesanan sama sebanyak 42 kali. Sekumpulan 42 penghantar makanan yang tiba di kejiranan itu secara serentak menyebabkan jiran sekitarnya terkejut hingga tular di sosial media.

Kanak-kanak itu dilaporkan ketakutan dan menangis sebaik melihat kedatangan pesanan sebegitu banyak berikutan tiada wang untuk membayarnya. Bagaimanapun, jiran tetangga kanak-kanak itu berhasrat membeli filet ayam itu termasuk Dann yang kemudian memuat naik gambar dan video di sosial media. Namun, tidak semua filet ayam itu dibeli, sesetengahnya terpaksa dipulangkan kembali ke restoran. Sebelum ini di Malaysa juga  pernah terjadi kes di mana kanak-kanak tersalah pesan makanan secara dalam talian

Jantung nak lruh, tidur tak lena anak saudara order makanan cecah RM2,000, siap order wagyu – “Lapar katanya, nak makan pizza”

Lucu namun dalam masa yang sama berderau rasanya! Itulah situasi yang dialami seorang wanita apabila anak saudara lelakinya yang berusia lima tahun membuat pesanan makanan menerusi aplikasi Foodpanda yang terdapat dalam telefon bimbitnya. Apa yang mengejutkan, jumlah harga pesanan makanan yang ‘dipesan’ oleh anak saudaranya itu bukan calang-calang, sebaliknya mencecah RM2,000!

“Alkisah last week punya cerita. Anak saudara saya main handphone saya, then order Foodpanda. Order dari restoran mahal! Nasib baik apps dalam phone bukan auto order. Kalau tak, RM1,800 ++ makanan sampai rumah. Berderau jantung tacik (makcik) dia. Nasib baik anak saudara kesayangan. Boy 5 tahun. Lapar katanya, nak makan pizza,” demikian tulis wanita itu di laman Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini sehingga menjadi tular.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Azira Yasin berkata, ketika kejadian minggu lalu itu, dia meminjamkan sebentar telefon bimbit miliknya kepada anak saudara, Muhammad Ammar Naqeeb Muhammad Amran Sim.Anak saudara Nurul Azira bernama Ammar membuat pesanan menggunakan aplikasi Foodpanda daripada telefon bimbit miliknya sehingga mencecah RM 2,000.

“Waktu macam tu memang bagi pinjam phone kejap supaya dia tak kacau saya dan ibunya untuk masak dan solat. Sedang ibunya masak, Ammar beritahu ibunya yang dia dah orderkan pizza untuk semua orang. Ibu Ammar hanya okay kan je sebab tak terfikir dia akan buka apps Foodpanda. Lepas dinner, ibu Ammar masuk bilik saya dan kami berbual. Tiba-tiba ibu dia beritahu saya yang Ammar order pizza untuk semua orang sebab dia lapar. Si ibu gelak sebab Ammar memang suka bergurau. Saya tak gelak sebab jantung saya bagai nak luruh bila dengar dia order pizza. Memang teringat apps Foodpanda dalam phone saya. Terus saya jerit panggil Ammar minta phone balik. Bila buka apps tu, terus nampak berderet-deret pesanan makanan dalam senarai dengan harga lebih RM1,800,” cerita wanita berusia 33 tahun ini.

Malam tu memang tak mampu nak gelak. Esoknya bila dah confirm tak ada orang call pasal order, baru la lega sangat-sangat. Tanpa berfikir panjang, Nurul Azira segera memadam kesemua senarai makanan yang ‘dipesan’ anak saudaranya kerana bimbang pesanan sudah didaftarkan.

“Otak saya jadi blank, tak mampu berfikir. Terus saya screenshot. Dia belum order tapi sebab takut, saya jadi ragu-ragu… saya terus padam semua senarai. Masa saya padam, dia marah. Mungkin dia dah terbuka apps tu kemudian nampak gambar makanan kegemarannya, pizza. Itu yang dia order sebab dia memang kuat makan. Hari tu pun kami balik lambat sikit jadi lambat la prepare dinner. Itu yang dia tak sabar,” ceritanya.

Tambah Nurul Azira, disebabkan tindakan anak buahnya itu, dia berasa gelisah semalaman kerana bimbang restoran-restoran berkenaan akan menghubunginya. Hubungan Nurul Azira dengan Ammar sememangnya sangat rapat kerana tinggal sebumbung.

“Jujurnya walaupun dah padam list tu, kami masih takut… risau sangat kedai dia order tu call kami. Walaupun dah banyak kali guna Foodpanda tapi hari itu saya jadi tak yakin. Malam tu memang tak mampu nak gelak. Esoknya bila dah confirm tak ada orang call pasal order, baru la lega sangat-sangat,” katanya yang menetap di Kajang, Selangor.

Bercerita mengenai perwatakan anak saudaranya itu, Nurul Azira berkata Ammar sememangnya kanak-kanak yang aktif dan keletah serta sangat rapat dengannya tambahan mereka tinggal sebumbung. Ammar (kanan, belakang) bersama ibu bapa dan adik beradiknya. Dalam pada itu, Nurul Azira menjelaskan, tujuan perkongsiannya hanyalah sebagai peringatan kepada para ibu bapa yang lain agar lebih berhati-hati berkenaan penggunaan telefon bimbit oleh kanak-kanak.

“Saya mohon sangat jangan dikritik anak saudara dan famili pasal penggunaan gajet. Kami juga seperti ibu bapa yang lain, menghadkan penggunaan gajet. Semua ini berlaku di luar kawalan kami. Sudah pasti Ammar sudah didenda dengan apa yang dia buat. Dia tak berani buka apps Foodpanda sebab dah kena denda. Takut berulang lagi, saya dah uninstall Foodpanda, bila nak guna saya akan install balik,” katanya.

sumber harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *