Hilang selera makan dan menangis setiap malam. Pramugari ini kongsi pengalamannya yang kini beralih kerjaya sebagai penjual tong gas

Viral

Penyebaran Covid-19 membuatkan ramai sedar tiada satu pun pekerjaan yang akan kekal dalam hidup buat selamanya. Lebih menyedihkan lagi, ramai pekerja yang terpaksa diberhentikan daripada kerja mereka kerana banyak syarikat besar mengalami kerugian dari segi ekonomi.

Turut terkesan dengan isu ekonomi dunia, syarikat penerbangan memutuskan untuk memberhentikan pekerjanya. Tidak banyak bezanya dengan di Malaysia, pramugari di Filipina ini turut menerima tempias keputusan syarikat tersebut.Menurut Maurice Maureen Avila setelah tiga tahun menaburkan bakti dalam bidang yang diminatinya itu, dia terpaksa akur dengan kehendak syarikat itu untuk memberhentikannya.

Ketika dilanda pandemik ini, tiada siapa yang mahu perkara itu menimpa dirinya. Namun apakan daya. Maurice yang diberhentikan sejak 16 Oktober lalu mengakui terlalu kecewa dengan berita yang diterimanya itu.Kesannya dia bukan sahaja mula kehilangan selera makan, malah membuatkan dia menangis setiap malam memikirkan nasib dirinya.

Wanita itu turut akui dia cukup terkesan dengan keputusan syarikat itu hingga dia mempersoalkan banyak perkara.“Setiap malam saya bertanya kepada Tuhan mengapa jadi begini sedangkan saya bekerja keras selama ini.

Namun setelah puas meratapi kesedihannya itu, Maurice nekad untuk menjalankan perniagaan tong gas cecair petroleum (LPG) bersama dengan teman lelakinya lapor Harian Metro.“Hingga satu hari, tercetus idea untuk menjual tong gas (LPG) dan sejak itu, saya nekad meneruskan jualan bersama kekasih saya.

“Saya kembali bersemangat dan harap mereka yang senasib tidak berputus asa,” katanya menerusi hantaran di media sosial.Maurice yang turut menerima takdir hidupnya dan kini selesa jalani rutin hidup yang baru.“Sepanjang lebih sebulan menganggur, saya sedar yang kita hanya boleh merancang tetapi Tuhan menentukannya.Sesiapa yang sedang berusaha untuk cari pekerjaan tu, min harap kekal positif dan tak putus semangat okay…

Ramai Hilang Sumber Pendapatan. Lelaki Ini Pernah Menjadi Juruterbang Di Oman Tapi Terpaksa Balik Malaysia Dan Terus Buka Satu Bisnes Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Tidak siapa menduga krisis wabak pandemik Covid-19 ini memberi kesan hebat kepada masyarakat di dunia. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan. Ada yang lebih sadis lagi diberhentikan kerja.

Namun, dugaan ini menjadi satu cabaran hidup buat seorang insan yang bergelar juruterbang yang sangat berpengalaman sejak 2014 bersama Malaysia Airlines dan kemudian ditugaskan di Oman pada tahun 2018.Beliau yang dikenali sebagai Senior First Officer Naeem Nassir sudah berpengalaman dalam dunia penerbangan dengan pendapatan yang selesa, kini kerjayanya terpaksa ditukar kepada seorang penjual burger jalanan.

Cerita disebalik Smashed bermula dengan kehilangan pekerjaan sebagai seorang juruterbang. Pengasas Smashed, Naeem Nassir, telah bekerja dengan Malaysia Airlines dari 2014-2018, diikuti dengan Oman Air dari tahun 2018.Malangnya, pandemik tahun 2020 telah melanda seluruh dunia, menyebabkan kehilangan pendapatan jutaan orang ramai. Naeem telah diberhentikan kerja pada bulan April.

Belajar buat burger hanya dari TV dan Youtube…

Tanpa membuang masa, Naeem bercadang untuk memulakan perniagaan demi mencari sesuap nasi. Kemahiran memasak burger telah dipelajari dan diasah melalui Youtube dan rancangan memasak di televisyen.“Teringat keenakan burger di Oman, beliau mengambil keputusan untuk wujudkan Smashed dengan sokongan isteri tercinta.”

Dengan itu, Smashed telah ditubuhkan untuk menjual burger berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan kepada khalayak ramai.Kejayaan seorang lelaki adalah daripada sokongan isteri tercinta. Dengan itu, Smashed telah ditubuhkan untuk menjual burger berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan kepada khalayak ramai.Jika anda berkesempatan, gerai burger ini dibuka di bersebelahan masjid besar di Bukit Jelutong. Ini antara menu yang ada di kedai tersebut.Sumber: Naeemnassir

Siapa Sangka Munculnya Pelangi Selepas Hujan. Juruterbang Ini Sanggup Buka Bisnes Sendiri Dalam Masa Yang Singkat.

Selepas Kapten Azrin Mohd Zawawi ada pula yang mengikut jejak langkahnya. Kapten Mohamed Razif Bin Yunus. Kapten Razif terus membuka kedai susulan diberikan cuti tanpa gaji sebagai juruterbang di satu syarikat terbesar iaitu Air Asia Group Berhad. Bukanlah lakonan semata-mata, malah Kapten Razif sememangnya salah seorang daripadanya.

Siapa sangka Kapten Razif yang segak dan bergaya, seorang lelaki yang dulu dilihat lengkap berpakaian seragamnya seperti juruterbang kini membuka satu kedai nasi briyani terbaik di Rawang yang diberi nama “Mamu Briyani House”.

Tanpa perlu ke Lapangan Terbang lagi, kini orang ramai boleh melihatnya sendiri di kedai ini. Menurutnya, dia tidak kisah untuk bertukar kerjayanya sebagai satu pengusaha kecil bagi “Mamu Briyani House” ini. Sebagai seorang muslim, mestilah kita percaya bahawa rezeki itu ada dimana-mana. Tidaklah semestinya kita perlu berharap di bawah satu kerjaya sahaja. Bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Pandemik ini telah banyak mengajar saya dalam hidup saya. Perjuangan itu nyata. Saya adalah kapten di salah satu syarikat penerbangan tempatan, kerana pada musim MCO tidak banyak penerbangan dilakukan dan kami mendapat cuti tanpa gaji. Dalam tempoh ini, saya dan isteri saya mengembara apa yang boleh kami lakukan untuk menjana pendapatan kami. Saat itu muncul idea untuk menjual briyani.

Saya belajar memasak dari ibu saya bahawa dia sangat pandai membuat briyani dan resipi yang dia gunakan adalah dari nenek moyang dan semua rempah-rempahnya dibuat sendiri. Alhamdulilah saya berjaya menguasainya dan memasak sendiri dan membiarkan beberapa rakan untuk merasainya. Alhamdulilah, Jawapannya baik. Saya dan isteri memutuskan untuk memulakan perniagaan kecil dari rumah iaitu dengan melakukan penghantaran. Pada waktu ramadan, kami mengambil pesanan dari rakan saya yang suka menderma ke rumah anak yatim. Kami mula memasak untuk 20 orang pada mulanya dan sehingga 100 orang pada satu masa sementara pesanan semakin tinggi setiap hari.

Kami juga hadir dengan idea untuk menyampaikan briyani dalam Bucket yang dapat menampung 5-15 orang dalam satu baldi, responsnya juga baik. Saya tidak pernah menyangka saya akan terlibat dalam industri makanan tetapi cinta saya kepada briyani berubah menjadi perniagaan penghantaran pulang ke rumah dan akhirnya disebabkan oleh peningkatan permintaan dan masa depan yang tidak dijangka saya memutuskan untuk membuka restoran Briyani yang dipanggil Mamu Briyani House. Ia merapatkan sayap yang patah. Kami akan pergi jauh lagi dari sebelumnya. Insya Allah.

Antara menu yang menjadi tarikan adalah Bamboo briyani yang dihidangkan menggunakan daun pisang, Kari kepala ikan, ‘brew coffee’ yang dihidangkan secara segar pada pelanggan yang kunjung.Seperti yang diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Kebanyakkannya banyak syarikat perkhidmatan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 kali ini. Menyedari perkembangan Syarikat Air Asia yang berlaku ini, Kapten Razif nekad untuk membuka satu kedai makan dengan bantuan beberapa orang dibawahnya.

5 port nasi briyani terbaik di Malaysia.

Malaysia adalah kawasan berjiran diantara Singapura dan indonesia. Negara ini juga meliputi beberapa negeri yang ada didalamnya. Malaysia juga terkenali dengan pelbagai menu makanan yang diminati ramai termasuk pelancong asing.Untuk makanan tengahari, apa kata anda cuba Nasi Briyani yang digemari ramai. Ianya bukan sahaja menu yang melazatkan malah sangat mengenyangkan. Kami yakin ia mestilah termasuk dalam salah satu makanan kegemaran anda semua.

Bajet ketat namun masih ingin menikmati nasi briyani? Kami akui bahawa harga yang ditawarkan di sesetengah restoran di Malaysia agak mahal, namun tak mustahil untuk menjumpai restoran yang menawarkan harga yang berpatutan.Untuk anda yang tertanya-tanya dimanakah restoran terbaik yang menghidangkan Nasi Briyani. Berikut kami senaraikan untuk permudahkan anda memilih restoran yang bakal anda kunjungi.

1. Mamu briyani House.

Alamat : No.1 G, Kemaris Avenue, Jalan Kawasan Perindustrian Rawang, Sungai Bakau, 48000 Rawang, Selangor.Waktu operasi : setiap hari ; 10 am – 10 pm.Facebook page : Mamu Briyani House.Mamu briyani cukup terkenal dengan cara hidangannya yang dilapikkan daun pisang dan dimasak dalam buluh itu sendiri. Rasa nasinya juga berbeza dengan nasi briyani ditempat lain. Sesiapa yang mengunjung pasti akan rasa perbezaan kelazatannya. Harga nasi briyani di sini serendah RM15.90.

2.Briyani King.

Alamat :  No.5, Susunan Stesen 18, Stesen 18, 31650 Ipoh, Perak.Waktu operasi : 11am – 11pm.Website : Briyaniking.com.Briyani King terkenal dengan pot briyani, Briyani kambing Goreng dan berbagai lagi menu.

3.Hameediyah Restaurant.

Alamat : 164, Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang.Waktu Operasi : setiap hari ; 10 am-10pm.Facebook page : Hameediyah Restaurant.Hameediyah Restaurant selain nasi briyaninya, ia juga cukup terkenal dengan paste daging rendang, ayam kapitan dan kambing my sore dengan harga yang berpatutan.Salah satu menu yang laku keras di restoran Hameediyah ini ialahh briyani. Lauk yang menjadi pilihan ramai ialah lamb shank, kari kambing dan ayam tandoori. Jika anda tak cuba, memang rugi!

4.Abah Beriani House

Alamat : NO.12, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.Waktu operasi : setiap hari ; 11am-9.30pm.facebook page : Abah Beriani House.Selain nasi briyani yang melazatkan, Abah Beriani ini juga ada mengeluarkan kerepek ikan bilis, beras basmathi dan macam-macam lagi.

5.Ayman Restaurant

Alamat : lot 1621f,jln tengku mohd ma, Åsum, lembah bunut payong, 15150 Kota Bharu, Kelantan.Waktu operasi : setiap hari ; 8am – 4pm.Nasi briyani yang dihidangkan sangatlah cukup rasanya dan nasi juga tidaklah terlebih masak. Selain itu, Ayman restaurant ada juga menyediakan capati yang dihidangkan dengan kacau pow dan perasan asam limau bagi rasanya lebih segar.

Walaupun terlalu banyak restoran yang menghidangkan nasi briyani. Namun tak semua mampu menandingi resepi sebenar nasi briyani yang berempah dan asli resepinya.Sudah jumpa restoran nasi briyani di Malaysia yang ingin anda tuju? Atau anda mula rambang mata tak tahu nak singgah yang mana? Tidak mengapa, singgah sahaja satu-persatu terlebih dahulu.Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *