7 tabiat perbelanjaan ini yang membuatkan anda habiskan wang dalam masa yang singkat. Ini antara cara cara untuk ubah sikap tersebut

tips

Pembelian impuls banyak berlaku dan ia boleh menjadi masalah tanpa disedari.BESAR atau kecil gaji, perancangan kewangan sebenarnya sangat penting dalam memastikan kita tidak terjerumus dalam kncah hutang sehingga menyebabkan diri berada dalam kesempitan.

Tambahan pula dengan situasi tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekiranya kita tidak berhati-hati dan merancang kewangan dengan bijak.Ramai tidak sedar tabiat pembelian tanpa merancang boleh membahayakan diri dan berikut adalah beberapa contoh terbaik;

1. Pembelian impuls.Menambah sepaket cokelat ke dalam troli ketika menunggu giliran untuk membuat pembayaran mungkin bukan masalah besar tetapi kebiasaan itu yang mendatangkan masalah.Pembelian impuls banyak berlaku termasuk secara dalam talian apabila penjual cuba menarik perhatian anda dengan menghantar emel tentang promosi yang dalam fikiran kita adalah tawaran menarik.Perbelanjaan yang tidak dirancang dapat merosakkan belanjawan yang dirancang apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah menyimpan untuk waktu kecemasan.

2. Kopi berjenama.Kebanyakan daripada kita lebih tertarik dengan jenama serta lambang kemewahan berbanding memikirkan bahawa ia hanya segelas kopi. Bayangkan jika anda membelanjakan RM20 untuk secawan kopi setiap hari dan berapa pula jumlahnya dalam tempoh sebulan? Anda lakukanlah kira-kiranya!

3. Tiada simpanan kecemasan.Tanpa simpanan kecemasan, kita lebih terdedah untuk berhutang menggunakan kad kredit atau meminjam daripada kawan apabila berlaku situasi yang memerlukan wang yang banyak seperti kereta rosak.Apa kata mulai hari ini cuba buka sebuah akaun yang mempunyai simpanan untuk tiga ke enam bulan – mana tahu suatu hari anda memerlukannya!

4. Membeli barangan tanpa senarai.Berapa ramai daripada kita yang ke pasar raya sambil membawa senarai barang yang perlu dibeli? Jika tidak, berapa banyak barangan tidak diperlukan yang anda beli?Itulah gunanya senarai sebelum ke pasar raya, ia dapat membantu anda mengawal perbelanjaaan tanpa membazirkannya untuk perkara tidak penting.

5. Perkhidmatan langganan bulanan.Pelbagai perkhidmatan penstriman yang menawarkan pelbagai kandungan hiburan yang cukup berbaloi. Tetapi cuba tanya pada diri, adakah anda menonton semuanya? Adakah berbaloi membazirkan wang membayar sesuatu perkhidmatan yang tidak anda guna?Sebaik-baiknya, batalkan atau minimumkan langganan anda dan gunakan lebihan wang untuk dimasukkan ke dalam tabung kecemasan. lagi berfaedah, kan?

6. Merkok.Sekotak rokk berharga RM15-RM20 bergantung kepada jenis dan jenamanya. Jika setahun anda telah membelanjakan ribuan ringgit untuk perkara sia-sia dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser paru-paru.Apa tunggu lagi? Berhenti merkok kerana ia bukan sahaja menyihatkan tetapi menjimatkan.

7. Makan luar.Sudah menjadi kebiasaan kita lebih gemar makan tengah hari di restoran berbanding membawa bekalan dari rumah. Dalam situasi sekarang, apa kata ubah cara itu dengan mula membawa bekalan agar wang anda lebih jimat.

Ada Yang Bangga Hilang 50 Kg Dalam Masa 3 Bulan. Pakar Diet Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Diet Yang Ramai Tak Tahu Sebenarnya Ada Keburukannya

Salah satu perkara yang ramai orang kita impikan adalah memiliki tubuh badan yang ideal, pasti akan ter inspired bila tengok kebolehan individu yang mampu turun kan berat badan dalam masa yang singkat bukan?Tapi sebenarnya, pakar diet Jazeera Julaili berkata cara itu bukan makin menyihatkan malah akan memudaratkan lagi diri tau!

Memandangkan dah musim-musim hujung tahun dan ramai dah tanam azam nak kurus, hadamkan perkongsiannya ini supaya dapat membuka mata kita semua bahawa penurunan berat badan secara drastik ini bahaya kerana….Boleh rosakkan jantung!

Menurut Jazeera, ada sebab kenapa dietitian/nutritionist menasihatkan seseorang yangt ingin menurunkan berat badan itu, dilakukan secara perlahan-lahan dan teratur. Turun berat tapi tambah sakit lain, untuk apa?”Kata Jazeera, cara dietyang salah boleh membuatkan seseorang itu kekurangan nutrisi dan sekaligus boleh menghilangkan lemak dan secara langsung akan menghilangkan jisim otot juga (muscle mass).

Kesannya, salur darh akan jadi rosak dan membuatkan kadar denyutan jantung (heart rate) akan semakin menurun.Jantung susah nak pump darah, cardiac arrest, jantung in a very fragile mode. kita pulak pergi gym, buat exercise lebih dari HR. Sebab nak turun berat cepat. Push beyond limit katanya.”

Disebabkan itu, risiko untuk menghadapi kegagalan jantung berfungsi amatlah tinggi. Katanya, lagi cepat turun berat, lagi cepat jugalah kena. Maka lagi banyak komplikasi pada kesihatan korang.“Kita bukan sembang saja saja lose 0.5-1.0kg/week berat badan tu. Ada sebab.

This is one of the reason. 500 x 7 hari. = 3500Kcal deficit = 1kg weight lost. Kita nak make sure, lose weight tp nutrient cukup. Tak bagi pressure kat you. Mntal health, physical health terjaga.”Disebabkan itu, Jazeera menasihati untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, lakukanlah dengan secara teratur dan tak perlu nak terburu-buru.Remember this.

Qoute this if you need this. GREAT THINGS TAKE TIME. Losing weight faster than the other does not make you superior. It does not make you a warrior, oh one more losing weight bukan penyebab you boleh jadi coach orang tiba tiba.”Apa yang boleh dirumuskan diri adalah cara kita ‘catu makanan’ dan bersenam melampaui had kemampuan kita itu sebenarnya boleh memudaratkan kita.Jadi, Jazeera ada pesan adalah lebih baik kalau kita makan secara calorie deficit yang betul. Malah, pesannya lagi, kita boleh membuat pemeriksaan darah dan ujian penanda jantung (cardiac marker).

Terkini Dr Zubaidi Ahmad Bongkarkan Punca Penularan Pandemik Covid 19 Yang Melibatkan Kehidupan Seharian Masyarakat Kini Dan Ini Tips Yang Dikongsikan

SHAH ALAM – Cara hidup dan pemakanan masyarakat hari ini menjadi punca berlakunya penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, kata pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad. Menurut beliau, sikap sambil lewa orang ramai dalam hal itu memberi kesan kepada kesihatan masyarakat sekeliling.

“Masyarakat hari ini melakukan perubahan kelakuan apabila sudah ramai mula membela haiwan-haiwan yang tidak sepatutnya dibela seperti biawak, ular dan sebagainya yang dikhuatiri mempunyai kuman yang boleh memberi kesan kepada kehidupan kita. “Begitu juga dengan pemakanan di mana ada dalam kalangan masyarakat mencuba makanan eksotik sedangkan kita tahu ada dalam kalangan haiwan ini berisiko kepada kesihatan.

“Jadi tidak hairanlah sekiranya wabak Covid-19 boleh menular di seluruh negara dan sehingga kini belum ada vaksin ditemui untuk menyembuhkan penyakit itu,” katanya di sini semalam. Berikutan itu, Dr Zubaidi berkata, pemilihan makanan yang halal serta bernutrisi tinggi penting dalam kehidupan seharian.

“Dalam Islam sendiri kita sememangnya perlu memakan makanan halal selain mempunyai nutrisi yang tinggi. Kita juga perlu memilih makan yang tidak berlebihan iaitu makanan yang memberi tenaga dan merawat tubuh kita. “Islam juga menitikberatkan soal kebersihan dan dalam amalan seharian kita. Kita sudah terapkan perkara itu melalui wuduk. Lima kali sehari kita membasuh tangan ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardu. Selain itu kita turut digalakkan berpuasa dan tidur yang mencukupi bagi meningkatkan daya ketahanan.

“Amalan spiritual seperti bersedekah juga perlu diamalkan. Ada kajian membuktikan manusia yang mengamalkan aktiviti spiritual itu, kadar kesembuhan penyakit lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengamalkan amalan itu. Malah sebagai orang Islam, kita perlu meletakkan kebergantungan kita kepada ALLAH SWT agar sentiasa dilindungi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat, Persatuan Doktor Islam Malaysia (Perdim) berkata, kawalan pergerakan penduduk di zon merah kes positif Covid-19 perlu diperketatkan bagi mengekang penularan wabak itu di kawasan lain. Ujar beliau, total lockdown atau perintah berkvrung lebih praktikal supaya pihak keselamatan dapat fokus kepada sesuatu kawasan dan penugasan pengawalan yang lebih spesifik.

“Ini adalah pandangan peribadi saya apabila ada jangkitan penyakit berlaku di zon merah, kerajaan perlu perketatkan lagi langkah-langkah keselamatan. Tidak ada aktiviti keluar masuk dibenarkan di kawasan berkenaan bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya.- SINARHARIAN

Terkini Dr Noor Hisham minta semua orang duduk di rumah dalam satu tempoh ini jika tidak mahu sesuatu ini terjadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meminta rakyat terus berada di rumah jika tidak ada urusan penting di luar dalam tempoh dua minggu ini bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan lebih berkesan. “Kalau kita tiada urusan penting di luar, kalau boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu, kalau kita boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu kita boleh memutuskan penularan COVID-19.

“Kalau kita terpaksa keluar daripada rumah pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan kerap mencuci tangan,” katanya. Mesej itu dinyatakan oleh beliau setiap kali sidang media harian kementerian dan dalam bentuk video dalam media sosial bagi mengingatkan rakyat supaya patuh kepada SOP dan bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan dalam gelombang ketiga ini.

Beliau berkata orang ramai perlu mengamalkan 3C iaitu elakkan berada di tempat sesak dan sempit serta berbual dalam jarak dekat. “Itulah vaksin yang kita ada, sekarang ini kita tidak ada vaksin, kita tiada ubat tetapi kita boleh elakkan dijangkiti kalau kita patuh pada SOP yang diketengahkan,” katanya. Katanya isu utama pada masa ini adalah ketidakpatuhan kepada SOP dan semua pihak harus sama-sama menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara.- BHONLINE

Mengejutkan ramai yang tak sedar benda ini boleh memberi kesan besar dengan penularan Covid 19. Dr Alan bongkarkan tips untuk elakkan pencemaran virus covid 19.

SEDAR atau pun tidak, wang kertas sebenarnya penuh dengan bakteria dan kuman. Berdasarkan kajian yang dilakukan, setiap 1:7 wang tercemar oleh bakteria feses. Manakala 1:2 kad debit atau kredit mengandungi bakteria. Oleh itu, idea membawa sebotol pembersih tangan ketika keluar membeli-belah adalah idea yang baik.

Menurut Dr. Alan Taege yang juga seorang pakar dalam menangani pnyakit berjangkit, wang dan benda lain yang berulang kali disentuh orang lain cenderung mengumpul pelbagai kuman. “Bayangkan kita beri kad kredit kepada orang lain berulang-kali dan jangan pelik kalau ia dicemari bakteria,” katanya.

Dr. Alan memberitahu bakteria merebak dengan cepat malah pada permukaan telefon dan beg tangan yang sering dipegang. Bagaimanapun katanya, kita mampu mengurangkan pencemaran virus ketika berbelanja apatah lagi pandemik Covid-19 yang sedang berleluasa dan vaksin masih belum ditemui.

1. Membersihkan kad debit atau kredit sejurus selepas digunakan untuk membuat pembayaran. Sekiranya ia sudah bersih, giliran kita pula untuk mencuci tangan. Memandangkan kita berada di luar, gunakan pembersih tangan berasaskan alkohol sebagai alternatif dan basuh tangan menggunakan sabun dan air apabila pulang ke rumah.

2. Pastikan tangan tidak menyentuh mata dan mulut ketika membuat pembelian. Cara itu kata Dr. Alan, membolehkan bakteria masuk ke dalam tubuh dengan mudah. Dalam kajian yang dilakukan pada 2012, Dr. Alan memberitahu penyelidik di Universiti Queen Mary, London membuatkan uji kaji terhadap tangan, wang dan kad kredit terhadap 300 koresponden. Hasil kajian itu, mereka menemui 11 peratus bakteria pada tangan, lapan peratus (kad kredit) dan enam peratus (wang).

Sel atau organisme yang ditemui adalah jenis bakteria stafilokokus yang bertanggungjawab terhadap pelbagai jangkitan ringan hingga serius. Penyelidik juga menemui material feses yang berasal daripada kotoran pada saluran gastrointerstinal yang boleh menyebabkan masalah serius jika jangkitan tidak di kesan awal.- MSTAR

Cara betul pakai pelitup muka

SELAIN pemakaian pelitup muka tiga lapis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menggalakkan individu sihat memakai pelitup muka fabrik. Sebaik-baiknya memilih pelitup muka yang dibuat menggunakan fabrik kalis air di bahagian luar, penapis (di tengah) dan fabrik serap air (di dalam). Kajian menunjukkan keupayaan pelitup muka fabrik untuk menghalang virus berbeza berdasarkan jenis fabrik.

Bukti keberkesanan pelitup muka fabrik. Saranan pemakaian pelitup muka dapat membantu menghalang cecair pernafasan orang dijangkiti virus Covid-19 daripada tersebar ke udara dan orang sekeliling ketika batuk, bersin, bercakap serta meninggikan suara.

Hasil kajian klinikal dan makmal membuktikan penggunaan pelitup muka dapat mengurangkan percikan cecair pernafasan dengan menutup bahagian mulut dan hidung menggunakan pelitup muka. Virus Covid-19 boleh merebak kepada individu lain pada jarak kedudukan sangat rapat iaitu kurang daripada 1.8 meter. Oleh itu, penggunaan pelitup muka fabrik adalah sangat penting apabila berada dalam keadaan sesak dan tidak dapat melakukan penjarakkan fizikal.

Individu yang sesuai memakai pelitup muka fabrik. Individu berusia dua tahun ke atas boleh memakai pelitup muka fabrik apabila berada di tempat awam dan ketika bertemu orang lain yang tidak tinggal serumah, terutama jika tiada penjarakkan fizikal.

Covid-19 boleh tersebar daripada individu tak bergejala dan individu yang tidak mengetahui mereka dijangkiti. Terdapat dua golongan yang tidak sesuai memakai pelitup muka fabrik, sebaliknya perlu menggunakan pelitup muka pakai buang tiga lapis: i. Individu yang berkemungkinan dijangkiti Covid-19 ii. Jika anda berkemungkinan dijangkiti (dalam tempoh kuarantin), jangan ke tempat awam. iii. Individu yang menjaga pesakit Covid-19.

Individu tidak dibenarkan memakai pelitup muka fabrik?. i. Kanak-kanak berusia kurang dua tahun. ii. Individu mempunyai masalah pernafasan. iii. Individu tak sedarkan diri dan tidak upaya membuang sendiri. iv. Pelitup muka tanpa bantuan

Penyesuaian memakai pelitup muka. Pelitup muka fabrik mungkin tidak sesuai dipakai oleh semua orang pada setiap masa. Ini kerana dalam keadaan tertentu, pemakaian pelitup muka fabrik boleh menyebabkan masalah pernafasan, ketidakselesaan dan sebagainya.

Antara contoh penyesuaian yang boleh dilakukan.i. Pelajar. Berkemungkinan menghadapi masalah memakai pelitup muka dalam tempoh yang panjang semasa di sekolah. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka memakai pelitup muka mengikut saiz bersesuaian. ii. Berenang. Aktiviti berenang menyebabkan pelitup muka fabrik basah yang boleh menyukarkan pernafasan. iii. Bersukan. Pemakaian pelitup muka semasa berjoging boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

Amalan berbahaya memakai pelitup muka pakai buang tiga lapis. Antara amalan yang dipraktikkan sebilangan masyarakat sebenarnya amat berbahaya kerana pelitup muka yang dipakai adalah kotor dan berkemungkinan dicemari virus Covid-19. i.Memakai pelitup. muka pakai buang berhari-hari sehingga rosak atau koyak. ii. Mengutip pelitup muka yang dibuang untuk dijual atau dipakai sendiri. iii.Berkongsi pelitup muka

Pelitup muka pakai buang tiga lapis boleh dipakai sehingga lapan jam atau sepanjang waktu bekerja atau bersekolah. Ia tidak boleh dibasuh atau dipakai semula walaupun keadaannya masih elok. Pengguna dinasihatkan memutuskan satu tali pengikat sekiranya hendak membuang pelitup muka. Ini untuk memastikan pelitup muka yang dibuang tidak diguna semula atau dijual oleh pihak tak bertanggungjawab.

Disediakan oleh: Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed dan Dr Wan Shahida Wan Sulaiman Pakar Mikrobiologi Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *