Tampak semakin berseri selepas mengambil keputusan untuk berhijab sejak setahun lalu. Ini perkembangan terbaru Amyra Rosli selepas berhijab

artis

PENULIS masih ingat lagi beberapa waktu lalu. Setiap kali jika melalui Lebuh Raya New Pantai Expressway (NPE), pasti pandangan mata akan tertancap sebuah papan iklan bersaiz gergasi, memaparkan susuk seorang aktres jelita menikmati ais krim jenama terkenal.

Cantik dan tak jemu dipandang mata, rasa setelah seharian di tempat kerja seakan-akan terubat dek penangan kejelitaan wanita bernama Amyra Rosli.Kini, pemeran watak Nur menerusi drama Nur itu tampak semakin berseri selepas mengambil keputusan untuk berhijab sejak setahun lalu.

Pernah juga satu ketika, namanya menyepi daripada radar dunia hiburan. Amyra dalam satu kenyataannya kepada media sebelum ini menyebut bahawa dia segan untuk mencanang perubahan imej diri kepada umum.Dilema.“Biarlah. Saya tidak mahu buat pengumuman secara rasmi tentang sudah bertudung.“Nanti, apabila sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri,” kata Amyra sewaktu awal memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya dahulu.

SHAH ALAM 28 OGOS 2020 – Sesi fotografi bersama pelakon, Amira Rosli untuk Cover Pancaindera, di sini, hari ini. GAMBAR-MOHD FARIZWAN HASBULLAH / PEMBERITA-ALIFF (MINGGUAN MALAYSIA)

Beberapa bulan berlalu. Perubahan drastik imej yang dilalui adakala membuatkan hati Amyra terjentik soal masa depan karier.Bagi isteri kepada pelakon, Amar Baharin, kebimbangan tentang kedudukan sebagai pelakon mula tercetus. Tambahan pula, dramatis yang selesa dibahasakan Myra itu kini berstatus isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata.

“Jujur saya katakan, selepas mengambil keputusan berhijab, saya tertanya-tanya perjalanan karier sebagai pelakon.“Tetapi ternyata selepas berhijab, rezeki dalam bidang lakonan masih ada dan saya berpeluang untuk memegang watak sebagai heroin,” kata ‘kembar’ kepada pelakon sinetron, Nia Ramadhani itu.

Tidak hanya dari segi lakonan, Amyra turut bersyukur kerana tawaran menjadi duta produk juga melimpah-ruah selepas berhijab.Pada masa sama, Amyra memberitahu, selepas melahirkan cahaya mata kedua, dia tidak merancang terlalu aktif berlakon.

Dia berasa sayang hendak meninggalkan si kecil yang baru berusia beberapa bulan dan masih menyusu badan di rumah.“Saya mula terima semula tawaran berlakon ketika usia anak baru beberapa bulan. Ketika itu saya kena bersedia untuk dapatkan semula bentuk badan ideal sebelum kembali aktif berlakon.

“Jadi, apabila dapat tawaran berlakon untuk drama Sang Pewaris yang sedang ditayangkan dalam televisyen sekarang, saya memang tertarik dengan jalan ceritanya, selain faktor bekerja dalam lingkungan produksi yang menyenangkan.“Selepas berbincang dengan Amar dan ibu, mereka memberi galakan untuk saya kembali berlakon. Ibu saya juga boleh tolong jagakan cucu-cucunya, ” kata Amyra.

Sudah menjadi naluri keibuan. tinggalkan anak selama dua saat sekali pun boleh membuatkan mereka risau. Begitu juga dengan aktres berusia 29 tahun itu.Baru-baru ini, dia ada mengambil pengasuh untuk menjaga kedua-dua anaknya.“Saya tak risau sangat sebab akan hantar anak-anak dan pengasuh ke rumah ibu saya. Amar pun tiada masalah,” ujarnya.

Bercerita tentang status ibu kepada dua orang cahaya mata, Amyra mengakui perkara tersebut bukan tugas mudah.Mengakui sangat penat sehingga tiada masa untuk menguruskan diri sendiri, Amyra bagaimanapun tetap ‘enjoy’ melakukan tugas sebagai ibu dan menghargai setiap waktu yang ada bersama anak-anak.“Kalau dahulu, tiap-tiap minggu saya boleh buat rawatan rambut di salun.“Sekarang ini, sudah hampir enam bulan rasanya saya tidak berkunjung ke salun untuk membuat rawatan rambut,” katanya berseloroh.

Berjimat-cermat.Tambahan pula, hidup dalam situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia membuatkan Amyra perlu berjimat cermat.Sebenarnya, sejak dari dahulu lagi Amyra mengakui dia bukanlah jenis individu yang gemar berbelanja.“Sejak sebelum berkahwin lagi, saya buat simpanan untuk kegunaan ketika kecemasan. Dalam erti kata lain, saya lebih mengutamakan keperluan daripada kehendak.

“Selepas berkahwin pula, saya dan Amar akan saling melengkapi dan mencukupkan apa yang kurang dalam keluarga.“Saya faham dalam situasi sekarang, semua orang bukan sahaja artis agak ‘struggle’ untuk bekerja mencari rezeki disebabkan Covid-19,” jelasnya.Sempat menitipkan harapan dan pesanan, Amyra berharap semua pihak mengamalkan konsep ‘kita jaga kita’ untuk membendung penularan Covid-19.“Paling penting patuhi peraturan yang telah ditetapkan kerajaan dan jaga kebersihan diri,” kata ibu kepada Aqeef Anaqi, 3 tahun dan Ayra Aryssa, 10 bulan itu.

Rupanya Ini Faktor Ernie Zakri Terdorong Untuk Mula Bertudung. Terkedu Bila Ernie Zakri Bongkarkan Kisah Sebelum Mula Berhijab Dan Reaksi Warganet Dengan Perubahan Penyanyi Itu.

Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan situasi semasa banyak menyuntik kesedaran untuk dia istiqamah bertudung sejak Mac lalu. Jelas Ernie, biarpun sudah memasang niat untuk terus kekal berhijab sejak tahun lalu, faktor kerjaya sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya.

“Dari last year saya ambil keputusan untuk berhijab. Cuma pada masa itu agak teragak-agak sikitlah. “Banyak memikirkan tentang kerja-kerja semua. Pada tahun ini, dalam keadaan kita semua tengah susah, masa PKP hari tu, tiba-tiba tersedar timbul perasaan takut. ‘What if kalau tak sempat?’…

“Niat itu sudah ada dari tahun lepas, cuma saya sendiri tak terbuka hati atau betul-betul fokus nak pergi ke jalan yang baik tu. “Ketika PKP hari tu kita banyak habiskan masa seorang dan pada masa itu saya fokus… Alhamdulillah dapat dan sempat untuk buat keputusan untuk berhijab,” katanya.

Justeru, Ernie tidak memikirkan soal rezeki selepas berhijab memandangkan masyarakat kini lebih terbuka untuk menerima artis yang berhijab. “Masyarakat dan penganjur terbuka untuk menerima artis bertudung. “Ramai ikon wanita yang Ernie contohi seperti Neelofa dan Mira Filzah. Semua wanita-wanita yang aktif dalam kerjaya mereka memberi inspirasi kepada Ernie untuk terus bertudung. 

“Rezeki semua Allah yang rancang. Insya-Allah, bila dah bertudung mana tahu terbuka lagi penganjur yang lain untuk mengambil Ernie bekerja,” ujarnya. Ernie akui cabaran selepas berhijab tidak mudah. Ada juga segelintir warganet yang skeptikal dan menganggap hijrah Ernie hanya sementara.

“Ada yang cakap sekejap sahaja tu, ada yang tegur masih tak sempurna. Ya, saya sedang melalui fasa itu dan saya pun nak jadi lebih baik. “Apabila membuat keputusan besar dalam hidup saya perlu masa dan alhamdulillah saya dipermudahkan. “Jadi, saya buat tak tahu walaupun sedikit sedih, buat apa melayan benda yang menyedihkan,” tambahnya.. Selepas berhijab, Ernie dan Syamel mengesahkan mereka bertunang pada Ogos lalu. -GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *