Dilaporkan lapan individu positif COVID19 di Meru. Menteri Besar Selangor maklumkan sesuatu melalui ciapan di laman twitter rasminya hari ini

berita

KLANG – Seramai lapan individu positif Covid-19 hasil saringan komuniti bersasar yang dilaksanakan di kawasan sekitar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Meru di sini semalam.Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di laman twitter rasminya hari ini.

“Alhamdullillah, saringan komuniti bersasar yang dijalankan semalam di kawasan sekitar PKPD Meru telah pun selesai.“Seramai 541 orang telah disaring, 532 orang disahkan negatif manakala lapan kes yang positif telah dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” katanya.

Difahamkan baki seorang lagi masih menunggu keputusan.Dalam perkembangan sama, Amirudin menjelaskan 69 peratus yang hadir semalam telah melakukan pra-pendaftaran kendiri menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

“Ternyata digitalisasi ini telah mempermudahkan urusan-urusan penjejakan kontak dalam mengekang penularan wabak ini,” ujarnya.Terdahulu, saringan komuniti bersasar memfokuskan penduduk dari Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai, Meru susulan kenaikan mendadak kes positif Covid-19 yang dikaitkan dengan Kluster Teratai.Proses saringan itu dikendalikan 35 petugas kesihatan dari SELCARE serta PKD Klang bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang di Dewan Masyarakat Taman Meru 3, Meru. – K! ONLINE

Dimaklumkan Perniagaan Di Kawasan PKPB Boleh Beroperasi Sehingga Jam 12 Malam Mulai Esok. DS ISmail Sabri Dedahkan Tempat Yang Akan Berkuatkuasa PKPD Sehingga 7 Disember

Hari ini, Majlis Keselamatan Negara telah memutuskan bahawa semua aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan PKPB boleh mula beroperasi sehingga jam 12 malam mulai esok (24 November 2020)Dalam pada itu, menerusi perkembangan harian PKPB/PKPP oleh Menteri Kanan (Keselamatan) hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri juga mengumumkan bahawa PKPB di Daerah Kuching, Sarawak dilanjutkan sehingga 27 November 2020.

Sementara itu, PKPD di Putra Point, Negeri Sembilan akan dilanjutkan sehingga 30 November ini. Manakala PKPD di, Kg. Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah pula dilanjutkan sehingga 7 Disember.PKPD di Pnjara Seremban & Kuarters Pnjara Seremban. Negeri Sembilan pula akan mula  berkuatkuasa pada 24 November hingga 7 November 2020.Disamping itu, PKPD di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor pula akan ditamatkan pada 25 November ini.Manakala, Plaza Hentian Kajang, Selangor dan Taman Mesra Sandakan, Sabah pula ditamatkan pada 24 November 2020.

Isu Keperluan Lanjutan PKPB Hingga Hujung Tahun. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ulas Lebih Lanjut Perihal Tersebut

Kerajaan akan mengkaji dari semasa ke semasa, keperluan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga akhir tahun ini sekiranya terdapat peningkatan kes COVID-19.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata pada masa sama, tindakan pembendungan perlu terus dilaksanakan bagi mencegah dan mengurangkan jumlah kes wabak itu kepada seminimum mungkin atau sifar kes melalui PKPB.

“Kerajaan mengambil maklum perit jerih rakyat dalam menempuhi kemerosotan ekonomi dalam tempoh penularan COVID-19. Atas sebab itu, SOP (prosedur operasi standard) sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa dan ditambah baik serta bersifat dinamik mengikut keperluan rakyat.

“Ia bertujuan untuk memberikan keseimbangan kelangsungan hidup rakyat dengan membolehkan aktiviti sosial dan meningkatkan produktiviti ekonomi serta pada masa sama kita dapat melawn virus COVID-19 ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, Mohd Redzuan berkata tidak wujud isu untuk memberi kelonggaran kepada peniaga di Sabah semasa tempoh PKPB memandangkan semua sektor ekonomi di seluruh negara dibenarkan beroperasi.“Sebagai contoh, semua premis perniagaan makanan di negeri itu dibenar beroperasi untuk aktiviti ‘dine-in’ atau makan dalam kawasan premis sepanjang PKPB dilaksanakan. Kebenaran beroperasi restoran dan kedai makan ini tertakluk kepada SOP bagi membudayakan normal-normal baharu dan mematuhi protokol kesihatan awam,” katanya.

Mengenai cadangan mengurangkan jumlah menteri dan timbalan menteri sebagai langkah penjimatan,  Mohd Redzuan berkata tiada keperluan untuk bertindak demikian memandangkan bilangan menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya berbeza sedikit berbanding pentadbiran Pakatan Harapan.

“Kerajaan juga telah memutuskan semua anggota pentadbiran meliputi Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri menyumbangkan bukannya 10 peratus daripada gaji tetapi sebanyak dua bulan gaji mereka kepada Tabung COVID-19 untuk membantu pihak yang terjejas akibat penularan wabak itu.“Kerajaan juga mengalu-alukan semua pihak termasuk Ahli Parlimen seperti cadangan (Ahli Parlimen) Pandan untuk tampil membantu dan menyumbang dalam apa cara kapasiti mereka bagi meringankan beban rakyat dalam mendepani wabak COVID-19 serta bagi memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Kerajaan Baru Umumkan PKPB Di Beberapa Negeri. Berikut Persoalan Dan Jawapan Berkaitan Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Semasa PKPB

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri iaitu Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Malah kini, Majlis Keselematan Negara sebentar tadi telah mengumumkan bahawa semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan akan dilaksanakan PKPB selama 4 minggu bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020 ini.

Pasti anda yang baru sahaja mula alami PKPB akan tertanya-tanya apa yang boleh dan apa yang tidak kan? Justeru, Astro Awani ada membuat penjelasan secara telus terhadap SOP PKPB untuk di fahami.Ini adalah versi terkini yang LM ada ubah suai sedikit mengikut perkembangan terbaru.

Adakah keluar rumah dibenarkan?Boleh namun hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar untuk memberi barang keperluan.Bagi mereka yang mahu keluar bekerja, mereka dibenarkan berbuat demikian namun perlu mempunyai surat kebenaran daripada majikan.

Bolehkah balik kampung?Kalau kampung dalam satu daerah, dibenarkan kerana tidak merentas daerah.Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan penduduk.Di Selangor, misalnya, terdapat sembilan daerah – iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang. Anda harus kekal berada di daerah anda.

Bagaimana jika saya perlu bekerja di daerah lain?Pengecualian ada untuk anda yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja. Syaratnya, menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan di sekatan jalan raya.

Bolehkah saya pergi bekerja?Boleh, kerana sektor perniagaan dibenarkan untuk beroperasi. Sekali lagi diingatkan, bawa surat kebenaran daripada majikan bersama anda bagi memudahkan urusan.Boleh makan di restoran?Boleh tetapi, satu meja terhad kepada 2 orang satu meja, penghantaran makanan juga dibenarkan dalam tempoh ini.

Bolehkah hantar anak ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak?Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak ditutup.Bolehkah saya karaoke? Tidak, semua pusat hiburan diarahkan untuk tutup sepanjang tempoh PKPB.Boleh saya rentas negeri kalau ada kecemasan?Boleh, tapi perlu minta kebenaran pihak polis jika berlaku sebarang kecemasan seperti kes pemergian ataupun sebab yang tak boleh dielakkan.

Bagaimana jika saya lnggar arahan itu?Pelnggaran PKPB adalah satu kesalahan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, pnjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.Jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dihukm pnjara hingga dua tahun atau didenda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Kesksaan.Difahamkan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengumumkan perinciannya pada petang ini.

Kenalpasti 12 Kawasan Zon Merah Di Selangor. Berikut Senarai 6 Daerah Yang Berada Dalam Zon Merah Susulan Selangor Mencatatkan 5754 Jumlah Keseluruhan Wabak Koronavirus

Selangor mencatatkan 12 kawasan zon merah melibatkan enam daerah semalam.Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataannya hari ini memaklumkan jumlah kes baharu wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini sebanyak 164 kes yang mana keseluruhannya melibatkan jangkitan tempatan.

“Enam daerah yang berada dalam zon merah melibatkan Klang (Kapar, Klang), Kuala Langat (Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Petaling (Petaling, Damansara, Sungai Buloh), Sepang (Dengkil, Labu, Sepang).”Selain itu, daerah Gombak(Batu) dan Hulu Langat (Kajang),” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan itu turut memaklumkan Selangor mencatatkan 5,754 jumlah keseluruhan wabak koronavirus (Covid-19) setakat ini.Semalam, Malaysia mencatatkan semula kenaikan dengan 30.2% kes aktif yang perlu dirawat.

Terkini Ds Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Dedahkan PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Semenanjung Selama 4 Minggu Kecuali 3 Negeri Ni.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember 2020. Menurut Menteri Kanan Keselamatan Malaysia,

Datuk Ismail Sabri dalam sidang media hari ini, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Sabah secara automatiknya PKPB disambung sehingga 6 Disember 2020. Jelasnya lagi, semasa PKPB berlangsung, rakyat tidak dibenarkan untuk merentas daerah seperti SOP sebelum ini.Sumber: Sidang Media MKN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *