5 tahun jaga Blackie. Perkongsian kisah Blackie dan Umie Aida terus raih perhatian ramai setelah Umie mendedahkan dia menjaga seekor anjing jalanan

artis

Pelakon versatil, Datin Umie Aida baru-baru telah berkongsikan kisahnya menjaga seekor anjing jalanan yang diberi nama Blackie semenjak lima tahun yang lalu. Kisahnya itu ternyata telah meraih perhatian kebanyakan peminatnya di media sosial baru-baru ini.

Kisah perjalanan Datin Umie Aida dalam menjaga Blackie telah diceritakan menerusi Instagram My Forever Doggo.Menurut Umie Aida, dia bertemu Blackie ketika dia melihat segerombolan anjing sedang minum air longkan berdekatan dengan rumahnya. Timbul rasa kasihan, Umie bertindak meletakkan air dalam satu bekas khas untuk anjing-anjing itu.

“Kemudian, pada suatu hari pihak berkuasa datang menngkap mereka namun salah seekor daripadanya terlepas. Blackie kemudian lari menyorok. Dia istimewa. Dia menghormati saya,tak pernah datang dekat seolah memahami saya. Malah, dia tak suruh pun saya sentuh dia. Tak kncing kawasan rumah saya.”

Di atas sifat keprihatinannya itu, Umie telah berjaya memupuk sifat kasihkan haiwan dalam kalangan anak-anaknya di rumah.Tambahnya, haiwan tak kira apa jenis pun adalah ciptaan tuhan dan perbuatan menyiksa binatang seperti anjing dan kucing adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.“Hargai ciptaan Tuhan kepada kita dan janganlah seksa haiwan. Kita respek dunia mereka, mereka akan respek kita,” – Datin Umie Aida

Umie Aida buat kerja hilang waras, pegang skrip ketika berlakon Pawana Isabella… “Hanya kerana baju aku jadi bidan terjn”

BERLAKON sambil membaca skrip, apatah lagi apabila ia dilakukan pada pementasan teater di Istana Budaya oleh seseorang yang berpengalaman luas dalam seni lakonan.Situasi itu kedengaran seperti tidak masuk akal namun itu yang terpaksa dilakukan pelakon hebat Datin Seri Umie Aida bagi menggantikan Azar Azmi yang mengalami masalah kesihatan pada saat-saat akhir pementasan teater Pawana Isabella pada Isnin.

Menurut pelakon filem Dukun ini, dia terpaksa melakonkan watak sebagai Puteri Barok dengan memegang skrip selepas menerima panggilan daripada pengarah, Erma Fatimah 20 minit sebelum pementasan bermula.”Aku buat kerja gila malam semalam! 20 minit sebelum persembahan mula dapat call dari Erma minta tolong gantikan watak Azar Azmi kerana masalah kesihatan.

“What?! Dalam hati aku, tak betulkah? Aku tak tahu dialog, blocking, dah la dalam bahasa bangsawan.Antara posting yang dikongsikan Umie di laman Instagram miliknya.“Alasan Erma simple… hanya kau sahaja yang muat baju-baju Azar. Ha? Fasal muat baju sahaja Erma paksa aku jadi bidan terjun,” katanya.

Menyifatkan ia sebagai kerja yang tidak pernah dilakukannya sepanjang bergelar pelakon, Umie yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 30 (FFM30) menyahut cabaran itu dan menganggap ia sebagai kenangan manis buat dirinya.”Aku sahut cabaran ini walaupun memang kerja ! Mana taknya… first time aku tengok skrip dan tak dapat pun nak baca skrip sebelum persembahan mula fasal mengejar masa.

“Tapi aku bersyukur kerana semua pelakon Pawana Isabella banyak membantu aku semalam.”Walaupun tidak dalam kesempurnaan ketika aku membawa watak Puteri Barok, tapi ianya menjadi pengalaman manis buat aku kerana menjadi bidan terjun untuk sebuah naskah yang penuh makna dan berganding dengan pelakon-pelakon hebat,” katanya.

Anda menjadikan ia sejarah buat tahun 2019 ini. Sesuatu yang sangat menakjubkan. Pelakon terbaik untuk Istana Budaya

Dalam pada itu, Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani atau lebih dikenali sebagai abang Joe turut memuji keberanian Umie menyahut cabaran itu.Menurutnya, Umie berjaya membawa watak itu dengan begitu sempurna selain menyifatkan ia sebagai sejarah yang belum pernah berlaku di Istana Budaya.

“Sepanjang 20 tahun saya bekerja di Istana Budaya, tak pernah ada kes sebegini. You are the best! Adik abang yang terbaik.”Anda menjadikan ia sejarah buat tahun 2019 ini. Sesuatu yang sangat menakjubkan. Pelakon terbaik untuk Istana Budaya.”Tak pernah dalam sejarah Istana Budaya orang membaca skrip. Anda membawa watak itu dengan sempurna. Ianya cantik sangat,” ujarnya.Tags/Kata Kunci:

Umie Aida kongsi kisah pertemuan dengan Neelofa sebelum berpurdah – “Saya menangis apabila dengar cerita indah daripadanya…”

KEPUTUSAN pengacara dan pelakon Neelofa mengubah penampilan dengan mengenakan niqab atau purdah disambut baik oleh peminat termasuklah rakan selebriti.Antara yang memuji perubahan Neelofa ialah pelakon Datin Seri Umie Aida yang turut mendoakan supaya urusan usahawan muda itu dipermudahkan.

Berkongsi cerita pertemuan dengan Neelofa baru-baru ini, Umie berkata dia sebak sehingga menitiskan air mata mendengar luahan hati bekas pengacara program MeleTOP itu.”Ayat yang selalu keluar daripada mulut Me (Umie) setiap kali jumpa Lofa… adalah Allah sayang kamu dik. Sungguh indah perjalanan hidupmu.

“Baru-baru ni Me jumpa Lofa… Me menangis apabila dengar cerita indah daripadanya… sangat indah!Perkongsian Umie Aida (kanan) dan Yatt Hamzah (kiri) mengenai keputusan Neelofa mengenakan niqab.“MasyaAllah… semoga Neelofa sentiasa dalam rahmat-Nya dan lindungan-Nya. Amin,” katanya menerusi Instastory pada Jumaat.Pada Khamis, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha memperbaiki keperibadiannya menghadapi hari-hari mendatang.

Semalam cari bahan-bahan untuk kongsi hari Jumaat, tiba-tiba wajahnya berniqab muncul di Instagram… terus sebak!

Pengacara program temu bual Next To Neelofa ini juga berharap semua pihak dapat mendoakan perjalanan baharunya agar sentiasa dilindungi Allah.Malah, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed menerusi Instagram turut meluahkan rasa syukur dengan penghijrahan anaknya itu.

Keputusan Neelofa berpurdah menerima pujian ramai orang.Selain Umie, rakan artis lain yang turut menyokong perubahan Neelofa ialah Yatt Hamzah.”Semalam cari bahan-bahan untuk kongsi hari Jumaat, tiba-tiba wajahnya berniqab muncul di Instagram… terus sebak!”Mendoakan agar dia dan kita semua kuat dalam hijrah dan istiqamah. Teringat saat-saat awal dia berhijrah, dia kongsi masa berbual dalam telefon sebelum menjemputnya ke program Usrah Suci dulu. Such an inspiration!” ujarnya.

Sejak zaman muda Umie Aida tak berlakon sembarangan

Umie memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM30 menerusi filem Dukun.PELAKON Datin Seri Umie Aida memberitahu dia sememangnya agak memilih sebelum menerima tawaran berlakon sejak mula membabitkan diri dalam industri lakonan.

Bagaimanapun Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 46, berkata dia bersyukur dan rasa bertuah apabila sering ditawarkan watak dan filem yang baik.”Bukanlah baru sekarang nak memilih, tapi hakikatnya sejak dari awal kemunculan saya dalam industri lakonan memang dah memilih. Saya tengok karakter yang ditawarkan.

“Alhamdulillah laluan saya dalam industri ini pun bertuah kerana saya banyak sangat dapat filem atau watak yang bagus,” katanya kepada mStar Online.Umie bertuah banyak menerima tawaran filem dan watak yang bagus.

Tambah pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 30 (FFM30) ini, sebagai seorang pelakon dia bertanggungjawab untuk mewarnai watak yang diberikan.”Ya, memang perlu mencantikkan lagi watak. Kalau seseorang pelakon itu tidak mewarnakan wataknya sendiri, memang rugilah.

“Apabila baca skrip, kita dah tahu watak itu macam mana. Sebagai pelakon kena bagi warna dalam watak supaya nampak lagi cantik tapi jangan berlebihan,” ujarnya.Umie bersama ibunya ketika hadir di FFM30 baru-baru ni.Dalam pada itu, pelakon filem Dukun ini berkata keikhlasan adalah perkara utama yang harus diberi perhatian jika ingin berjaya dalam bidang lakonan.

“Paling penting buat sesuatu dengan ikhlas. Apabila dapat sesuatu naskah yang bagus, jangan fikir soal harga atau berapa dia nak bayar kita.”Soal bayaran jatuh nombor dua. Yang paling utama, selepas dapat karya yang baik, kena fikir macam mana kita nak buat watak tu bagi menarik,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *