Zoo Negara mohon untuk operasi pada kerajaan. Akan mengehadkan kepada 1500 pengunjung sehari.

berita Covid 19 ISU SEMASA

Zoo Negara berharap kerajaan dapat mempertimbang untuk membenarkan ia kembali beroperasi sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan. Timbalan Presidennya Rosly @ Rahmat Ahmat berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan dan prosedur operasi standard (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk diteliti. Antara SOP tersebut, katanya, mengehadkan hanya 1,500 pengunjung di lokasi ikon riadah negara itu secara berperingkat pada satu-satu masa, dalam tempoh sehari.

“Saya lihat kalau dibandingkan dengan tempat lain, ia dibuka dan (diadakan) dalam kompleks, dan kita terbuka dengan (kawasan) seluas 63 ekar. Sebagai contoh, di Melaka walaupun diadakan PKPB, tetapi zoo mereka dibuka. Sambutan agak kurang tetapi sekurang-kurangnya ia dibuka,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, pada Selasa. Mengulas lanjut, Rosly berkata pihaknya yakin penjarakan fizikal dapat dipatuhi, selain persediaan rapi sentiasa dibuat oleh Zoo Negara.

“Jadi, kalau kita buka memang ramai orang akan datang sebab selepas PKP dulu, saya jangkakan selepas enam bulan dibuka, baru pengunjung akan datang ke Zoo Negara. Tetapi mengejutkan, bulan pertama telah tular kerana terlalu ramai orang datang,” ujar beliau.

Terdahulu, Rosly memaklumkan tabung kecemasan Zoo Negara hanya mampu bertahan sekitar tiga bulan sahaja lagi untuk menampung kos operasi termasuk gaji kakitangan. Justeru, pelbagai usaha sedang giat dilakukan oleh pihak Zoo Negara termasuk sedang meneliti cadangan untuk melaksanakan siaran langsung. PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijadual tamat pada 6 Disember ini.

Sumber: AWANI

Zoo Negara Rayu Dibuka Namun Warganet Pertikai Harga Tiket Agak Mahal. Ini Keterangan Lanjut Berkenaan Isu Terbabit

Semua yang memiliki ihsan mesti akan kesian dengan haiwan yang berada di dalam zoo yang tak mendapat sambutan pengunjung tapi apakan daya, nak sokong tapi harga tiket masuk pulak mahal. Itu masuk sahaja, biasanya jika ada persembahan extra, terdapat bayaran asing pula.

Jika tak dapat sambutan, pengurusan zoo perlu meminta dana daripada kerajaan atau NGO atau  dana orang awam bagi menampung perbelanjaan harian haiwan-haiwan di dalamnya. Bukan sikit tau! Kata Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly, tiap bulan lebih dari RM500,000!

“Perbelanjaan bulanan yang ditanggung Zoo Negara setiap bulan merangkumi makanan haiwan RM350,000, elektrik RM140,000 dan air RM40,000, ini tidak termasuk gaji dan elaun 140 kakitangan kami.”Rayu Zoo dibuka Jika PKPB bersambung

Menurut Harian Metro, wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan datang bermesyuarat esok untuk berbincang dengan pihaknya mengenai permintaan Zoo Negara yang mahu membuka semula zoo itu sepanjang PKPB.“Kita minta sebab SOP (prosedur operasi standard) semua dah lengkap dan mampu mengamalkan penjarakan fizikal berikutan zoo ini berkeluasan 21 hektar.

Selain itu, kami akan mengehadkan kemasukan 1,500 pelawat sehari secara berperingkat dan bukan sekaligus.Kita mampu jaga SOP dan sudah buat rayuan kepada MKN tetapi belum diluluskan lagi, ini saja jalan bagi mengurangkan beban kewangan kami.”

Jelasnya, Dana Prihatin Kebajikan Hidupan liar berjumlah RM1.3 juta diberikan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah dibelanjakan keseluruhannya untuk makanan haiwan dan pengurusan zoo.

“Harga mahal macam mana orang nak pi…” – warganet.Bukan tak mahu pergi Zoo Negara tapi harga tiket mahal, itulah keluhan rata-rata warganet. Min percaya zoo adalah destinasi yang akan keluar di minda ibu bapa sebagai tempat riadah bersama keluarga.Tapi disebabkan tiket yang mahal, mereka terpaksa membatalkan niat lebih-lebih lagi jika harga tiket masih ‘mahal melambung’ jika dalam tempoh PKPB ini dibuka kerana umum maklum, ekonomi rakyat masing-masing terjejas.

Harga tiket kurangkan sikit tak boleh ke…nak masuk bawa budak-budak 3 4 orang pun fikir banyak kali..”Tak dinafikan harga tiket memang mahal, mungkin zoo nak ikut macam Aquaria? (Mahal tapi weekend sentiasa ramai beratur panjang). Tapi strategi ni nyata tak berkesan sebab kebanyakan pengunjung Zoo Negara adalah warga tempatan tak macam Aquaria, pelancong ramai (dekat KLCC) selain lokasi yang sukar dikunjungi (kena naik bas, teksi, atau ada pakej pelancongan).Min rasa kalau harga tiket dikurangkan mesti zoo ramai pengunjung dari sebelum ni. Apa pendapat korang?

Susulan Isu Warganet Pertikaikan Dana Yang Diterima Zoo Negara Daripada Pihak Kerajaan Berjumlah RM1.3. Pengarah Zoologi Ulas Keterangan Lebih Lanjut Berkenaan Hal Tersebut

Zoo Negara kembali berdepan krisis kewangan yang teruk susulan gelombang ketiga koronavirus (Covid-19) di negara ini yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dengan tabung kecemasan hanya mampu bertahan kira-kira tiga bulan sahaja lagi.

Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara, Dr Mat Naim Ramli berkata, penutupan operasi susulan PKPB menyebabkan pihaknya mengalami kemerosotan pendapatan, sekali gus menyukarkan usaha menampung kos operasi yang secara purata mencecah RM1 juta sebulan.

Kos bulanan itu meliputi pembayaran gaji kakitangan berjumlah RM400,000, keperluan makanan (RM350,000), bil elektrik (RM140,000) dan bil air sebanyak RM40,000, katanya ketika dihubungi Bernama.Mat Naim menjelaskan Zoo Negara yang diuruskan oleh Malaysian Zoological Society, pada awalnya sudah mula menunjukkan momentum pendapatan yang agak memuaskan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jun lalu.

“Pada Jun, Zoo Negara merekodkan pendapatan sebanyak RM450,000, Julai (RM1 juta), Ogos (RM1.3 juta) dan September sebanyak RM850,000. Namun pada Oktober lepas kita hanya memperoleh RM150,000,” katanya.,Baru-baru ini pendakwah dan aktivis sosial Ebit Lew menarik perhatian warganet apabila menghulurkan sumbangan makanan 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan serta sayur-sayuran kepada haiwan di Zoo Negara selepas dimaklumkan masalah kekurangan dana yang dihadapi pihak zoo.

Pada fasa awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sumbangan daripada pebagai lapisan rakyat termasuk melalui kempen Adopt an Animal telah membantu menampung perbelanjaan dan pengurusan kira-kira 5,137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan yang menghuni kawasan seluas 110 hektar itu.

Berhubung kenyataan sesetengah pihak yang mempersoalkan tentang dana RM1.3 juta yang disalurkan oleh kerajaan pada April lepas, Mat Naim berkata, dana tersebut hanya mampu menampung kos operasi selama sebulan.Jelasnya, sebahagian dana berkenaan iaitu sebanyak RM689,000 telah digunakan bagi membayar premium insurans tahunan panda di zoo berkenaan dan selebihnya digunakan untuk skop operasi kebajikan haiwan seperti makanan, perubatan dan pencegahan penyakit.

Beliau berkata, ketika gelombang pertama Covid-19 yang lepas, kerajaan telah membantu Zoo Negara dan zoo-zoo lain di seluruh negara bagi meneruskan operasi mereka berikutan ketiadaan pengunjung akibat pelaksanaan PKP.“Cuma sejak PKPB bermula 14 Oktober lepas belum ada lagi bantuan yang diterima.

Mungkin kerajaan dalam perancangan berdasarkan kaedah bersesuaian akan terus membantu pengurusan zoo di Malaysia yang amat terkesan dengan penutupan operasi secara berterusan ini memandangkan kos yang perlu ditanggung adalah tinggi,” katanya.Mat Naim berkata, mereka amat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk membantu Zoo Negara dan mereka yang berhasrat berbuat demikian boleh melayari https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html untuk maklumat lanjut. – Bernama

Warganet Persoalkan Dana Yang Diterima Zoo Negara Daripada Pihak Kerajaan Berjumlah RM1.3 Juta Pada April Lalu Susulan Ramai Warganet Pelik Zoo Negara Minta Bantuan Ebit Lew

Jika sebelum ini kita sering melihat Ebit Lew memberi bantuan buat mereka yang kurang berkemampuan, baru-baru ini dalam muatnaik terbaru di akaun laman sosial miliknya, penceramah ini juga turut berkunjung ke zoo negara.

“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari zoo negara untuk selamatkan ha1wan disana. Perbelanjaan mereka 1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo. Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP”

“Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg Dag1ng lembu dan 500kg buahan dan sayuran. Har1mau saya bagi makan ni sak1t. Diasingkan sekejap”“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan disini. Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya zoo negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi zoo negara,” kongsinya.

Bagaimanapun, sebelum ini tindakan Zoo Negara memohon bantuan pernah dipertikaikan warganet lebih-lebih lagi apabila mereka pernah menerima dana daripada pihak kerajaan berjumlah RM1.3 juta pada April lalu. Memetik kenyataan Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana menerusi laporan FMT, zoo yang menempatkan lebih dari 4,000 haiwan itu memerlukan kos operasi sebanyak RM12,000 sehari, dengan anggaran RM350,000 sebulan.

Dalam laporan itu juga, ada di antara penderma merupakan pelajar dan nilai penderma individu adalah sekitar RM10 hingga RM50 seorang. Sementara itu laporan kewangan tahunan mereka di laman sesawang tidak membuahkan sebarang hasil.Apa pun, kebajikan dan keperluan ha1wan di zoo negara adalah amat penting lagi-lagi di saat ketika musim PKP ini di mana menurut Rosly, semua keperluan zoo sebelum ini sebenarnya bergantung kepada jualan tiket semata-mata.

Ustaz Ebit hantar bantvan ke Zoo Negara, ini 10 fakta yang perlu tahu

EKORAN Zoo Negara Malaysia memohon bantuan, penceramah dan usahawan Ustaz Ebit Lew terus bergegas ke sana.Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau mendapat permintaan dari Zoo Negara untuk menyel4matkan h4iwan di sana.Menurut Ebit, selepas mendapat panggilan tersebut pada tengah hari, beliau terus menghantar bantuan pada sebelah petangnya.

Kongsinya;“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selam4tkan haiw4n disana.“Perbelanjaan mereka RM1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo.“Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP.“Mereka sangat kekvrangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran,” tulisnya.

Ustaz Ebit turut berkongsi pengalamannya mengunjungi tempat berkenaan.“Dulu saya sampai sini masa darjah 1.“Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiw4n di sini,” katanya.Menurut Ustaz Ebit juga, Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan.

“Rupanya zoo negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi zoo negara,” katanya.Baca juga KL kawasan ‘halal’ berniaga, tapi tak semua tempat sesuai.Ustaz Ebit hantar bantuan ke Zoo Negara, ini 10 fakta yang perlu tahu

Ini 10 fakta mengenai Zoo Negara;

1. Zoo Negara Malaysia (disingkatkan sebagai Zoo Negara) ialah sebuah zoo negara yang pertama di Malaysia.2. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.3. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000.

4. Zoo Negara Malaysia yang dibina di atas tanah seluas 110 ekar di Ampang mempunyai lebih 5446 spesimen, termasuklah 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.5. Zoo Negara terletak di Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.6. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiw4n ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

7. Peminat haiwan boleh ke Zoo Negara bagi melihat pelbagai jenis haiwan yang pasti memberi satu pengalaman yang luar biasa.8. Zoo ini diuruskan oleh Persatuan Zoological Malaysia (sebuah badan bukan kerajaan).9. Terdapat lebih daripada 15 kawasan pameran haiwan untuk anda lawati iaitu dari spesies orang utan di dunia monyet, ikan tropika di taman ekologi air tawar pertama negara hinggalah kepada kodok di dunia amfibia.

10. Pameran haiwan yang ada seperti Giant Panda, Taman Rama-Rama, Burung Enggang, haiwan reptilia, gajah, burung tasik, Bird Aviary, kangaroo, penguin, beruang, Savannah Walk, badak sumbu, Mammal Kingdom, Tunku Abdul Rahman Akuarium, Cat Walk dan banyak lagi.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Tagged zoo negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *