Pemuda ini singgah rumah ke rumah untuk promosikan kuihnya. Tidak sangka apa yang terjadi pada pemuda ini sebelum sampai ke rumah saya.

Amalan ISU SEMASA Kehidupan Uncategorized

Seorang pelanggan merasai kuih yang dibeli daripada penjual yang datang berniaga di hadapan rumah. foto twitter AimanPsikologi/ gambar hiasan foto rumahkediamanku. Bukan posmen atau penghantar barang, jauh sekali penghantar makanan kerana tiada tempahan atau pesanan dibuat untuk sebuah rumah yang dikunjungi ‘tetamu tidak diundang’.

Malah, penghuni rumah itu turut dikejutkan dengan bunyi hon motosikal ditunggang seorang lelaki yang sekadar berpakaian biasa. “Saya ada jual kuih, bang,” kata seorang penunggang motosikal yang tidak dikenali di luar rumahnya. Menerusi satu perkongsian, tuan rumah berkenaan mengambil sikap prihatin kerana menyedari waktu sukar yang dihadapi sesetengah pihak akibat pandemik Covid-19.

Perkongsian Aiman Amri di Twitter.

“Sebab faham sekarang musim ekonomi merudum, saya pun tanya apa yang dijual. Dia excited, terus turun motor. Ada popiah, karipap kentang, pulut bakar. Niat asal saya nak beli satu je… sebab saya memang peminat otak-otak,” tulis aktivis kesihatan mental terkenal, Aiman Amri menerusi akaun Twitter @AimanPsikologi. Kalau abang beli tiga, dapat murah lagi,” ujar Aiman mengimbas kembali kata-kata pemuda tersebut yang datang ke rumahnya, petang Ahad. Aiman yang juga pakar psikologi memandang tepat ke arah lelaki itu, dari raut wajahnya kelihatan seperti seseorang yang bergelar abang, anak, suami malah mungkin juga bapa.

Popiah sejuk beku antara yang dijual peniaga tersebut. -gambar hiasan/foto shopee

Dalam hati kecilnya terdetik satu keinginan untuk berkongsi rezeki dengan membeli sesuatu daripada penunggang motosikal itu. “Karipap saya tak minat. Bagi dua pulut otak-otak, satu pulut bakar. Sekejap ya bang. Saya ambil duit,” kata Aiman.

Maklum balas yang ditunjukkan Aiman jelas menunjukkan wajah pemuda itu bertukar ceria serta-merta. “Nampaklah muka gembira dia sebab saya beli set dia promosikan tadi,” ujarnya.

Peniaga berkenaan membuat promosi untuk menarik perhatian Aiman.

Sebaik membuat pembayaran, peniaga bermotosikal itu meluahkan sesuatu selepas mengucapkan terima kasih atas pembelian Aiman. Malah, dia turut berkongsi pengalamannya mencari rezeki di kawasan sekitar sebelum tiba di rumah Aiman.

Musim pandemik ini memang ramai yang memerlukan. Kalau kita ada rezeki lebih, bagus juga kita sokong mereka ini, terutama yang memang cara yang halal

Abang… terima kasih sangat-sangat. Dari tadi saya hon rumah-rumah sini, banyak yang tak buka pintu pun. Jual pun tak ramai berminat. Tapi saya tak salahkan mereka, mungkin sebab tak minat kuih. Cuma seronoklah tengok abang beli banyak,” katanya. Luahan pemuda itu benar-benar mengundang sebak dalam diri Aiman.

Sardin roll sejuk beku turut dijual peniaga terbabit. -foto Facebook Durranirozen

Dia bagaimanapun mengakui ramai yang memerlukan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup, terutama mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19. “Musim pandemik ini memang ramai yang memerlukan. Kalau kita ada rezeki lebih, bagus juga kita sokong mereka ini, terutama yang memang cara yang halal. Saya dan isteri, sekarang kami banyak usahakan untuk berjual beli dengan peniaga-peniaga kecil. Tambah pula kami juga struggling, maka lebih more of the reason untuk lebih banyak berkongsi rezeki dan bersedekah pada yang perlu. Sekurang-kurangnya, ini salah satu usaha kami untuk #supportlocal (sokong lokal),” tulisnya menerusi siri bebenang di Twitter yang diulang kicau lebih 9,000 kali.

Rider basah kuyup masuk surau, ‘pinjam’ kain pelikat terselit RM50 – “Susah-susah dia, rupanya dia jenis lurus”

Seorang guru berkongsi kisah mengenai seorang rider muda yang menunaikan solat di surau di sebuah stesen minyak. Gambar hiasan/Foto Bernama. Kelengkapan beribadah seperti sejadah, telekung dan kain pelikat tidak disediakan di surau di tempat-tempat awam bagi menjaga kebersihan dan mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Namun, bagi segelintir orang mungkin berhadapan dengan kesulitan dalam kebiasaan baharu dan menyesuaikannya dalam apa jua keadaan. Seorang guru berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang penunggang motosikal sewaktu singgah di sebuah stesen minyak untuk menunaikan solat Maghrib.

“Hujan lebat sangat-sangat. Masa tu tak ada orang. Habis saya solat, ada mamat rider masuk. Basah kuyup baju dan seluar dia. Saya tengok dia menggeletar, kesejukan. Dia tengok kanan, kiri lepas tu dia tanya saya ‘Bang, tak ada kain pelikat ye dalam ni?’. Saya jawab memang sekarang banyak stesen minyak simpan sejadah, kain pelikat dan telekung. Pelanggan kena bawa sendiri,” tulisnya menerusi halaman Facebook bernama Muhammad Yusof. Riak wajah penunggang motosikal itu agak kecewa mendengar jawapan guru tersebut.

Seorang guru memberikan sehelai kain pelikat kepada seorang rider di surau. Gambar hiasan

Muhammad Yusof bagaimanapun mengakui pastinya sukar bagi pemuda itu untuk menunaikan solat dalam keadaan basah. “Saya kata tak apa, tunggu kejap. Saya keluar pergi ke kereta ambil kain pelikat bagi kat dia. Saya selit RM50 dalam kain pelikat tu. Saja saya nak bantu dia sebab nampak dia macam orang susah. Satu lagi, saya tak tahu kenapa entah hati saya kata kena tolong dia ni walaupun saya bukanlah banyak duit pun,” ujarnya.

Menurut guru tersebut, kain pelikat yang berikan kepada penunggang motosikal berkenaan tidak dipinjamkan, sebaliknya diberikan sebagai sedekah. Dia kata dia pinjam kejap kain tu. Saya kata tak apa, saya sedekah je kat dia. Dia ucap terima kasih kat saya,” tambahnya.

Susah juga nak jumpa budak baik macam ni sekarang. Dahlah rajin tolong keluarga, amanah pula tu

Berkesempatan berbual dengan anak muda itu, Muhammad Yusof memberitahu bahawa pemuda tersebut merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana universiti untuk melanjutkan pengajian.

Tambah pemuda itu katanya, adik-beradiknya ramai dan bapanya hanya bekerja ‘biasa-biasa’, serta menyuarakan hasratnya untuk bekerja bagi membantu keluarga.

Perkongsian Muhammad Yusof di halaman Facebook.

Muhammad Yusof memberitahu, pemuda tersebut memanggilnya ketika dia mahu beredar dari stesen minyak. “Dia kata ‘Bang, abang tertinggal duit RM50, saya buka kain pelikat tadi ada duit ni.’ Laa… saya ingatkan budak tu jenis nampak duit terus ambil, rupanya dia ni jenis lurus. Saya kata saya niat nak sedekah duit tu kat dia. Dia jawab ‘Bang, tak apa bang, ayah saya kata selagi ada kaki ada tangan jangan suka-suka terima bantuan orang bang’. Allahu, susah juga nak jumpa budak baik macam ni sekarang. Dahlah rajin tolong keluarga, amanah pula tu. Dan paling penting solat dia tak tinggal. Susah-susah dia, Tuhan dia tak lupa. Semoga diluaskan rezeki budak ni sekeluarga, Amin,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *