Andi Bernadee mendapat kejutan apabila terima sesuatu ini daripada peminat. Andi menyangka mesti dia rajin dan perwatakan menarik.

artis Haiwan Hiburan

Andi terima hadiah misteri daripada peminat. Penyanyi Andi Bernadee menerima hadiah misteri daripada seorang peminat tidak dikenali sempena ulang tahun ke-29 pada Ahad lalu. Andi turut menyifatkan individu tersebut seorang yang kreatif dan perwatakan menarik kerana menghadiahkan 30 buah kotak yang mengandungi ucapan dan kata-kata serta permintaan untuk dilakukan setiap hari.

“Sejujurnya saya terkejut, kerana bagi saya, orang yang bagi hadiah ni sangat rajin dan orang yang perwatakan menarik. Masa saya terima kotak hadiah ni, pengirim bagi arahan untuk buka pada 1 November, tetapi hari jadi saya 30 November, saya pelik tapi saya anggap dia salah tarikh, mungkin dia nak suruh saya buka pada 1 Disember. Dalam kotak tu, ada 30 kotak lagi yang mempunyai kejutan dan dia menyuruh saya membuka sekotak sehari. Memandangkan dia salah tarikh dan arahan, saya rasa tak apa kalau buka semua terus,” ujarnya kepada mStar.

Andi terima 30 kotak hadiah daripada peminat misteri.

Sementara itu, mengulas tentang video dibaling tepung yang menerima kritikan warganet, Andi berkata, dia mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan menasihati rakan-rakannya supaya tidak lagi mengulangi perbuatan itu. Saya harap kejutan melempar tepung itu tidak akan terus dikritik… saya sudah menasihati rakan-rakan saya jangan buat perkara yang tidak elok macam itu.”

Saya akui itu satu pembaziran, jangan ikut contoh seperti ini.

“Saya akui itu adalah suatu pembaziran, jangan ikut contoh seperti ini. Apa-apa pun saya berterima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan membuat kejutan kepada saya kerana yang paling bermakna tahun ini adalah semua kenangan. Walaupun di tengah pandemik, ramai yang masih ingat hari jadi saya, beri ucapan, hadiah, kejutan dan banyak lagi… sebak rasanya, di hari ulang tahun kelahiran saya tahun ini hanya boleh video call bersama keluarga, hampir setahun setengah tak balik jumpa mereka,” katanya kepada mStar.

Tindakan kawan Andi baling tepung menimbulkan rasa kurang senang warganet.

Pada Ahad lalu, perkongsian video Andi meraikan ulang tahun kelahiran menimbulkan rasa kurang senang segelintir pengikut yang kurang bersetuju dengan cara teman-temannya membaling tepung kepada Andi.Rata-rata menganggap perbuatan itu satu pembaziran dalam keadaan ekonomi yang kurang baik dan seolah-olah tidak bersyukur dengan makanan.

Dalam perkembangan lain, Andi kini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari walaupun keputusan ujian calitan (swab test) pertamanya negatif. Penyanyi lagu Satu Peluang ini sedang menjalani penggambaran drama Melastik ke Hatimu dan berhasrat untuk melancarkan album pertamanya pada tahun depan.

Andi Bernadee Meraikan Hari Jadinya Bersama Kawan Kawannya Yang Lain. Tapi Tak Sangka Disebabkan Ini Dia Dikritik Pula Oleh Warganet.

Penyanyi Andi Bernadee telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 malam tadi. Andi diraikan dengan cara paling nakal iaitu satu plastik tepung dituang ke atas kepala dan badannya dengan tiba-tiba menyebabkan dia tidak dapat mengelak. Sambutan secara suka-suka itu dilakukan oleh rakan-rakannya yang kemudiannya ketawa melihat gelagat Andi terkejut.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila ada beberapa pengikut tidak bersetuju dengan situasi berkenaan. Mereka mendakwa Andi dan rakan-rakan tidak peka dengan keadaan ekonomi yang kurang baik sehingga sanggup membazir dan dikatakan tidak bersyukur dengan makanan.

Sekadar info, acara membaling atau menuang tepung ini merupakan antara cara paling popular dalam kalangan remaja untuk membuat kejutan sebagai tanda menyambut hari jadi satu ketika dahulu.

Tak dapat balik Sabah, Andi Bernadee sedih sambut Ramadan tanpa keluarga – “Memang rindu tapi tak boleh nak buat apa!”

Penyanyi Andi Bernadee bersyukur dan teruja kerana masih diberikan kesempatan meraikan kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini. Bagaimanapun, dalam masa sama dia turut bersedih kerana tidak dapat bersama keluarga berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jika sebelum ini saya pulang ke Sabah pada awal Ramadan ataupun keluarga yang datang ke Kuala Lumpur, tapi tahun ini kami semua tak boleh kemana-mana kerana PKP. Jadi saya menyambut awal Ramadan sendirian di KL… memang rindu tapi tak boleh nak buat apa! Kita ikut sahaja saranan kerajaan untuk kekal di rumah. Lagipun saya dah biasa merantau jauh, jadi itu bukanlah satu masalah terlalu besar buat saya! Ramadan tahun ni tiada sebarang persiapan khusus, semua barang-barang dapur sudah dibeli. Masak orang-orang bujang sahaja, sardin, telur macam tu… kalau malas nak masak, buat tempah delivery sahajalah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Shimmy ini berkata Ramadan tahun ini sangat berbeza dengan tahun sebelumnya. “Tahun ini memang berbeza, tak boleh nak solat terawih beramai-ramai, bazar pun tak ada. Kalau sebelum ini bulan puasa memang penuh dengan aktiviti bersama anak-anak yatim, tapi tahun ini tak kesampaian nak buat aktiviti macam itu lagi.

Andi terpaksa tangguh pelancaran album kerana Covid-19.

“Saya anggap ada hikmah atas apa yang berlaku dan mungkin tahun ini adalah waktu untuk cari masa sendiri. Apa-apa pun kita doakan wabak Covid-19 ini akan cepat-cepat berakhir,” ujarnya. Bercakap mengenai karier seni, Andi memberitahu dia dan pihak syarikat rakaman terpaksa menangguhkan pelancaran album yang dijangka selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Kalau diikutkan selepas hari raya ni saya akan lancarkan album penuh yang mengandungi tujuh lagu. Tapi memandangkan penularan Covid-19 dan PKP, jadi semuanya ditangguhkan dahulu… belum tahu lagi tarikh baharu untuk pelancaran album itu,” katanya.

Andi Bernadee keluar zon selesa, ‘Penat’ mahu kelainan

Enggan terus berada dalam zon selesa, penyanyi Andi Bernadee tampil dengan genre muzik berbeza menerusi lagu terbaharunya berjudul Penat.Andi berkata setelah tiga tahun bergelar penyanyi, dia ingin mempelbagaikan jenis muzik dalam karier nyanyiannya dan tidak mahu terikat dengan irama reggaeton sahaja.

“Walaupun saya berjaya menempa nama melalui muzik reggaeton, namun kali ini saya nekad untuk untuk mempertaruhkan lagu balada pula. Saya mahu keluar daripada zon selesa dan ingin mempelbagaikan lagi jenis muzik dalam karya saya… memang ini bukan kali pertama saya membawakan lagu berentak balada, namun karya kali ini mempamerkan jenis balada yang berbeza dan lebih sesuai dengan citarasa muzik saya,” katanya.

Video muzik (MV) Penat telah dilancarkan di laman YouTube pada Khamis. Rata-rata penonton mengakui teruja dan memuji penghasilan MV untuk lagu tersebut.

“MV memang international level… terbaik untuk tahun 2020. Lain daripada lain lagu kali ini Andi Bernadee. Tahniah! Lirik dan melodi sangat berbeza, eksperimen terbaik dari Andi,” komen penonton.

MV Penat juga merupakan antara video muzik yang memakan kos tertinggi pernah dihasilkan setakat ini

Sementara itu, penyanyi berusia 28 tahun ini berharap lagu tersebut menerima maklum balas positif daripada peminat. “Saya berharap lagu ini mendapat sambutan positif pendengar walaupun ianya berbeza daripada lagu-lagu hits saya sebelum ini. Lagu ini saya tuju khas buat para peminat yang setia menyokong saya selama ini. Saya tidak akan pernah penat menghasilkan karya-karya terbaik untuk mereka. MV Penat juga merupakan antara video muzik yang memakan kos tertinggi pernah dihasilkan setakat ini,” katanya. Single ini adalah hasil terbitan Warner Music Malaysia sudah boleh didapati di semua platform digital bermula Rabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *