Ada yang khuatir sekiranya muncul kluster i sinar. Terbaru tular notis i Sinar boleh dipohon 15 Disember ini sehinggakan menjadi bualan orang ramai

berita

Baru-baru ini, tular di media sosial kononnya notis daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengatakan bahawa orang awam kini boleh membuat permohonan i-Sinar bermula 15 Disember 2020. Notis yang dipercayai ditampal di salah sebuah pejabat cawangan KWSP tersebut telah menimbulkan kejutan kepada orang ramai sehinggakan ramai yang menyerbu cawangan KWSP di tempat masing-masing tanpa memastikan kesahihan berita terbabit.

RAMAINYERR ORANG BERATUR KAT KWSP….Sumber Orang Awam (Cawangan KWSP)Tular satu nota ditampal bila i-sinar KWSP…KWSP yang mengumumkan baru membuka cawangan mereka di seluruh negara bermula hari ini walau bagaimanapun belum mengeluarkan kenyataan mengenai pengeluaran i-Sinar pada tarikh yang digembar-gemburkan itu. 

Menurut Harian Metro, orang ramai menyerbu premis KWSP berkenaan seawal 8 pagi itu juga mula merungut kerana ada yang sudah menunggu hampir 40 minit namun masih tidak dapat masuk ke dalam premis kerana terlalu ramai yang menunggu giliran masing-masing.

“Saya sudah berbaris 40 minit namun belum dapat masuk untuk berurusan. Ketika saya tiba, ramai orang yang sudah beratur menunggu giliran.“Saya hanya mahu mengeluarkan penyata sahaja. Pengurusan KWSP perlu pertimbangkan untuk menambah kaunter atau alternatif lain agar mengelak orang menunggu dan berkumpul di sini,” kata Noraini Sahid, 37.

Dalam pada itu, dia juga menambah kemudahan dalam talian walau bagaimanapun tidak menjadi pilihan kerana bukan semua pencarum berkemahiran menggunakan sistem itu atau mempunyai i-Akaun.Seorang pelanggan bernama Nur Ishak Abd Rahim, 26 memberitahu yang dia terpaksa menunggu hampir sejam sebelum dapat berurusan kerana jumlah ahli yang menunggu terlalu ramai.

Dia juga bimbang risiko penularan Covid-19 disebabkan orang yang ramai dan cenderung mengabaikan penjarakan fizikal ketika beratur menunggu giliran.Pihak KWSP perlu ambil langkah elak orang ramai beratur panjang begini. Bukan hanya untuk memudahkan urusan kami tapi secara tidak langsung membantu mencegah penularan Covid-19. Kita tidak tahu siapa pembawa,” katanya.Uish harap ramai-ramai tu jagalah penjarakkan sosial. Kita tak mahu benda lain pulak yang jadi nanti. 

Ada Ahli Yang Beratur Di Luar Premis Seawal 8 Pagi Untuk Berurusan. Berikut Perincian Dan Kriteria Kelayakan Ahli Terbaru Pengeluaran I Sinar KWSP

Kluang: Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai pengoperasian semula cawangannya semalam, menyebabkan ada ahli yang beratur di luar premis itu seawal 8 pagi, hari ini untuk berurusan.Noraini Sahid, 37, berkata, dia menyangka dengan hadir sebelum waktu operasi akan memudahkannya urusan, sebaliknya lain yang berlaku.

“Saya sudah berbaris 40 minit namun belum dapat masuk untuk berurusan. Ketika saya tiba, ramai orang yang sudah beratur menunggu giliran.“Saya hanya mahu mengeluarkan penyata sahaja. Pengurusan KWSP perlu pertimbangkan untuk menambah kaunter atau alternatif lain agar mengelak orang menunggu dan berkumpul di sini,” katanya ketika ditemui di cawangan KWSP di sini.

Maklum mengenai kemudahan dalam talian namun, katanya, bukan semua pencarum berkemahiran menggunakan sistem itu atau mempunyai i-Akaun.Turut menunggu, Nur Ishak Abd Rahim, 26, yang memberitahu beratur hampir sejam sebelum dapat berurusan disebabkan jumlah ahli menunggu yang ramai.

Katanya, dia bimbang risiko penularan Covid-19 disebabkan orang yang ramai dan cenderung mengabaikan penjarakan fizikal ketika beratur menunggu giliran.“Pihak KWSP perlu ambil langkah el4k orang ramai beratur panjang begini. Bukan hanya untuk memudahkan urusan kami tapi secara tidak langsung membantu menc3gah penu-laran C0vid-19. Kita tidak tahu siapa pemb4wa,” katanya.

Dalam pada itu, pengurusan KWSP Cawangan Kluang belum dapat dihubungi untuk sebarang kenyataan.Berikut pula perincian terbaru i-sinar KWSP yang boleh di mohon dalam talian bermula 21 Disember 2020.Najib Razak juga turut berkongsi maklumat tersebut di laman media sosial beliau dan meminta pendapat dari semua. “Okay atau tidak?” soal Najib.

Berikut reaksi dari warganet.“Tak ok lnsg.. Sbb bukan one off. Dan bulan januari baru nk proses. Tetap kena buat permohonan. Kenapa x ikut je data i-lestari???? Kesian lah kt pkcik mkcik yg perlukan duit. Tp xde yg tlg apply kan.. Nk mnyusahkn manusia2 yg ada dalam malaysia ni mmg number 1 ke eh? Dan buka jap minda tu kalau dah tepu sgt.. Siapa yg mohon i-lestari dah sah2 deme mmg golongan yg tjejas. Kenapa x auto kreditkan je? Susah sgt ke?”

“saya ni kerja gaji bulanan basic je 1.2k..memang takde elaun takde ot..so slip gaji memanh takkan berubah..selain tu saya buat side job yang mana upah dapat tu cash, takde rekod bank bagai..side job dah tak banyak macam sebelum ni..simpanan pun takde..Sekarang camne nak buktikan yang pendapatan memang terjejas?”

“Sangat² mengecewakan.. sy buat 2 kerja tapi 1 dah tutup.. hanya 1 saja sumber mana cukup untuk tampung.. sepatutnya beri kepada semua ahli walaupun tiada pengurangan caruman.. kereta cari makan sy dah jual sebab tak mampu nak bayar bulanan..masih BERSYARAT.. apa salahnya bagi je tanpa syarat tanpa apa dokumen.. lantak laa orang tu nak beli iPhone ke nk gi joli ke ape ke.. itu duit dorang.. apa lah susah sangat nak luluskn duit kami tuu.. tolong kami Najib Razak kasi lawann balikkk dgn kwsp.. ckp ngn kwsp luluskn semua orang tanpa syarat..dan dokumen.. dan ter pulang pada individu nak keluar atau tidak hak masing2″

“Ini smua ta okay, Rakyat mahu 10k one off … berserta tanpan syarat. sesiapa yg berminat bole bwk kluar tanpa syarat. itu duit kami, hasil titik peluh kami, rakyat memerlukan pda masa ini, tlong hapuskan syarat2 tu. hmm”

Permohonan i-Sinar bermula pertengahan Disember 2020: KWSP.Sebelum ini Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.

“KWSP akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 hari ini.“Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji,” katanya.Apa pula kata anda? Kongsikan bersama kami

Tular Notis Tarikh Permohonan I Sinar. Dimaklumkan Tiada Khabar Tentang Perihal Tersebut Dan Ini Komen KWSP Susulan Perkara Tersebut Tular

PETALING JAYA – Satu notis makluman berhubung tarikh permohonan skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 15 Disember 2020 tular di media sosial hari ini.Notis itu dipercayai ditampal di salah sebuah pejabat cawangan KWSP, namun tiada sebarang makluman rasmi dikeluarkan KWSP berhubung perkara tersebut setakat pagi ini.

KWSP dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan, ahli KWSP yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.Perincian itu merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji. – K! ONLINE

Ramai Mula Berbaris Panjang Sejak Jam 8 Pagi. Keadaan Pejabat KWSP Menjadi Tumpuan Susulan Atas Urusan I Akaun Dan I Sinar Dan Ini Maklumat Lanjut Bagi Pengeluaran

ALOR SETAR: Pencarum bertumpu ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) yang membuka pejabat cawangannya mulai hari ini untuk pelbagai urusan terutama mendaftar i-Akaun dan i-Sinar.Pejabat KWSP di Alor Setar mula dipenuhi orang ramai yang mula berbaris panjang sejak jam 8 pagi tadi.

Ada antara mereka yang datang dari daerah lain dan membawa pasangan yang turut mahu mengeluarkan Akaun Satu menerusi program i-Sinar KWSP.Ahmad Nasri Abu, 44, dari Naka Padang Terap, berkata beliau kini hanya bergntung kepada wang KWSP untuk kelangsungan hidup selepas mengidap sakit batu karang kronik sejak dua tahun lalu.

Katanya, wang simpanan KWSP Akaun Dua sebelum ini sudah habis diterima dan beliau berhasrat mengeluarkan semua wang simpanan akaun satu miliknya sebanyak RM6,000.”Saya sebelum ini pernah kerja kilang di Pulau Pinang selama tiga tahun sebelum berhenti dan kembali ke kampung menoreh getah, namun akibat sakit yang saya hadapi, saya tak dapat keluar menoreh lagi.

“Isteri saya juga sudah keluarkan Akaun Dua dan hari ini kami akan sama-sama memohon untuk keluarkan akaun satu, kami tak ada pilihan kerana anak-anak masih belajar, wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan cukup untuk membeli keperluan dapur sahaja,” kata bapa kepada lapan anak itu.Bagi Norjuzini Jamaludin, 37, wang simpanan akaun satu yang mahu dikeluarkan akan digunakan untuk menambah modal perniagaan dalam talian.

Katanya, selepas beliau dan suami Ahmad Syakir Rosli, 33, berhenti kerja sebagai jurujual telefon tahun lalu, mereka terpaksa mengeluarkan wang simpanan KWSP untuk berniaga.”Pandemik COVID-19 sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga, suami saya berniaga nasi lemak dan burger, anak pula baru berusia dua tahun, saya bantu suami berniaga kosmetik dalam talian supaya boleh menjaga anak di rumah,” katanya.

Orang kurang upaya (OKU), Ahmad Osman berkata beliau bersyukur usianya yang bakal menjangkau 55 tahun pada 14 Disember ini akan memudahkan urusannya untuk mengeluarkan simpanan KWSP.”Sejak kejadian yang tidak diingini berlaku tujuh tahun lalu, saya hanya kerja kampung, tangan kiri saya tidak dapat berfungsi seperti biasa, isteri membantu saya dengan bekerja sebagai tukang cuci kerana dua orang anak kami masih bersekolah.

“Isteri saya pun akan keluarkan Akaun Satu selepas Akaun Dua kami sudah digunakan, dalam keadaan sekarang, semua perlukan wang tambah pula golongan kurang kemampuan seperti kami,” katanya yang berasal dari Jitra.KWSP semalam mengumumkan semua pejabat cawangan beroperasi seperti biasa dengan semua perkhidmatan kaunter disediakan bermula hari ini, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

Cawangan KWSP di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Sabah yang ditutup berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Oktober lalu turut beroperasi sama.Di Kuala Terengganu, rata-rata pelanggan yang datang ke pejabat KWSP mahu mendaftar i-Akaun KWSP selain mahu mengemas kini akaun masing-masing.

Tinjauan mendapati urusan berkenaan dilakukan di kiosk yang disediakan selain turut membuka beberapa kaunter khas untuk tujuan berkenaan.Bagi pencarum yang mempunyai urusan lain di KWSP, mereka perlu membuat janji temu secara dalam talian terlebih dahulu.Semua pencarum yang datang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Ketua KWSP Terengganu, Rahmat Ali, berkata semua pejabat KWSP di negeri ini beroperasi seperti biasa bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Katanya, perkhidmatan kiosk juga dibuka seperti biasa bermula jam 7 pagi hingga 9 malam berbanding jam 9 pagi hingga 5 petang sebelum ini.

“Pencarum yang datang kebanyakannya untuk mengemas kini dan mendaftar i-Akaun mereka.”Bagi urusan lain, kita menyediakan lima kaunter perkhidmatan yang mana ia dilaksanakan melalui janji temu secara dalam talian.”Pelanggan perlu membuat janji temu melalui laman web KWSP sebelum hadir ke kaunter bagi mengelak kesesakan memandangkan kita masih berdepan dengan COVID-19.

“Semalam sahaja, hampir 1,000 pencarum datang untuk mengemas kini akaun i-Akaun,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.Bagi Mohd Jais Ismail, 39, beliau datang untuk mengemas kini akaun KWSP miliknya selain mendaftar i-Akaun.”Saya buat keputusan daftar secara talian sebab lagi mudah mahu tengok jumlah duit yang ada,” katanya.

Semua Perkhidmatan Dan Kaunter Di Semua Cawangan KWSP Bermula Esok. KWSP Dedahkan Waktu Buka Dan Tutup Serta Janji Temu Melalui Web Ini

KUALA LUMPUR: Semua pejabat cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan beroperasi seperti biasa dengan semua perkhidmatan kaunter disediakan bermula esok, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan mengamalkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) yang wajib untuk membendung penularan wabak COVID-19.

“Ahli yang ingin berurusan harus membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online di laman web www.kwsp.gov.my/janjitemu,” kata kenyataan itu.Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *