Bersempena ulang tahun kelahiran anak pertamanya. Datin Anne Ngasri dedikasikan sesuatu buat anaknya sehingga meraih perhatian ramai

artis

Pelakon, Datin Anne Ngasri ada menitipkan dedikasi teristimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Abdul Warits Abdul Wafi.Sambil memanjat rasa syukur, pemilik jenama tudung AnneNgasri Exclusive ini turut mendoakan agar anak lelakinya itu sentiasa berada di bawah lindunganNya

Syukur Alhamdullilah. I gave birth 5 times but you were the 1st who made me become mama. With you we had so many 1st time together.“Dear Warits, you will always be number 1. Mama hopes that I will always be your number 1 too. Happy Birthday my dear 1st son.

“Thank to Allah swt for let me having you. May Allah swt granted your wish and protect you from any. Mama loves you son,” tulisnya sambil turut memberi tanda kepada beberapa nama termasuk bapa kepada anaknya itu.

Anne yang pernah popular menerusi drama bersiri Cili Padi itu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Sumali Reduan pada 22 Disember 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sufi Harraz dan Nefa Naura.Sementara menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, Anne dikurniakan tiga orang anak iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah.

Anne Ngasri tawar diri Exco Puteri Umno

SELEPAS kegagalan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14, pelakon Datin Anne Ngasri menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Exco Puteri Umno bagi penggal ini.Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 34, berkata dia melepaskan jawatannya sebagai Ketua Puteri Bahagian Bukit Bintang yang telah disandang sebelum ini.

“Saya memohon agar sahabat seperjuangan semua memberikan sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk terus memberi bakti kepada Umno.”Marilah kita sama-sama bersatu memulihkan parti kesayangan kita semua ini demi menegakkan syiar Islam di Malaysia,” tulis menerusi Instagram Puteri Umno Bukit Bintang.

Anne memegang jawatan Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang sejak 2013 hingga 2018 manakala suaminya, Datuk Mohd Sumali Reduan adalah Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno.Anne umum bertanding jawatan Exco Puteri Umno

Dalam pada itu, pelakon filem Love, Supermoon ini turut meminta semua ahli parti berkenaan tetap setia dengan perjuangan parti biarpun menempuhi kenangan yang agak perit pada PRU 14 lalu.Tambahnya, mereka perlu cekal dan tabah dalam setiap ujian yang diterima sebagai pembangkang.

“Setelah melalui kenangan pertama kali yang agak perit buat kita semua ahli Umno pada pilihan raya lepas saya mengharapkan agar kita semua tetap setia dengan parti dan perjuangannya.”Istiqomah dalam beribadah agar kita berbakti dengan akhlak dan harus cekal serta tabah dengan setiap ujian yang bakal diterima oleh kita sebagai pembngkang,” ujarnya.

Pada 22 Mei lalu, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas sebagai presiden parti, mengumumkan pemilihan parti peringkat cawangan diadakan 19 Mei hingga 10 Jun, diikuti pemilihan ketua sayap (23 Jun) dan pemilihan Majlis Tertinggi Umno (30 Jun).

Anne Ngasri Pilih Nama Anak Selepas Tujuh Hari

PETALING JAYA: Pelakon Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 25, selamat melahirkan bayi perempuan pada 21 Oktober lalu di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.Pelakon popular untuk drama bersiri Dunia Baru itu melahirkan bayi seberat 2.8 kilogram itu secara normal.

Anne melahirkan anaknya 17 hari lebih awal yang sepatutnya pada 7 November depan. Dia bagaimanapun masih belum mempunyai nama untuk anak ketiganya itu.“Saya belum mempunyai nama bayi ini lagi. Selepas tujuh hari baru saya akan memilih namanya. Alhamdulillah, saya dan anak berada dalam keadaan selamat.

“Sekarang ini saya sedang berpantang di rumah sendiri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Saya juga akan memberikan gambar bayi kepada pihak media selepas berpantang 44 hari nanti,” kata Anne kepada mStar Online.Difahamkan, bekas suami Anne iaitu Abdul Wafi Hassan turut menemani Anne ke hospital dan mengiqamatkan bayi tersebut. Malah, emak Wafi juga turut hadir bersama-sama untuk melawat Anne di hospital.

Anne sedang melalui tempoh edah setelah suaminya disahkan melafazkan cerai talak tiga di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Jun lalu.Pasangan itu bernikah pada 26 Mei 2006 dan turut dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Abdul Warits, 2, dan Abdul Wafri yang berusia empat bulan.

Aliff Aziz Dedah Rahsia Patut Nikahi Anne Ngasri Disember ini

SUBANG JAYA: Penyanyi Aliff Aziz mendedahkan hatinya benar-benar terluka selepas bekas kekasihnya Anne Ngasri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40, yang dijadualkan pada 22 Disember depan.Lebih memilukan kata Aliff, dia dan Anne pada dasarnya telah bersetuju dengan menetapkan bulan Disember ini untuk diijabkabulkan sebagai suami isteri.

“Ketika masih menjalinkan cinta bersama, kami merancang untuk menamatkan hubungan ini dengan sebuah ikatan perkahwinan pada Disember depan.”Memang perancangan itu menjadi tetapi sayangnya lelaki yang dipilih Anne bukanlah saya tetapi orang lain.”Sebelum ini, Anne pernah berkata bahawa saya adalah cinta terakhirnya dan jika jodoh kami tidak menjadi, dia akan berkahwin dengan sesiapa sahaja mengikut pilihan keluarganya,” kata Aliff.

Penyanyi kelahiran Singapura itu ditemui pada majlis pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Holliday Villa, dekat sini pada Rabu.Tambah Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 21, dia menyangka Anne, 28, merupakan jodohnya apabila melihat kesempurnaan yang terdapat pada diri wanita itu.

Kata Aliff, cintanya terhadap Anne begitu mendalam sehingga menyebabkan hatinya terluka apabila hasrat untuk berumah tangga tidak kesampaian.”Jujurnya, saya tidak pernah merasai perasaan cinta yang mendalam seperti ini. Apabila hubungan kami tidak menjadi, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka.

“Sepanjang sebulan lebih saya berehat kerana beberapa masalah kesihatan, saya juga cuba menyembuhkan hati ini.”Luka yang terlalu mendalam ini tiada siapa yang boleh mengubatnya kecuali Allah. Saya memohon kepada-Nya supaya kesakitan yang dirasai dapat dikurangkan selain berdoa untuk kebahagiaan Anne. Dia seorang wanita yang cukup sempurna di mata saya,” tuturnya.

Dalam pada itu, beritahu Aliff lagi, walaupun hubungannya bersama Anne hanya mampu bertahan selama lapan bulan, namun dia tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk menyayangi wanita itu.Malah kegagalan hubungan yang dijalinkan itu dianggap sebagai tiada jodoh selain merasakan dia mungkin telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Anne tanpa sedar.

“Saya tak tahu di mana silapnya hubungan kami. Mungkin saya terlalu ramah dengan orang lain sehingga membuatkan dia (Anne) ragu-ragu terhadap kejujuran saya sehingga ia menjadi masalah kepada perhubungan kami.

“Kegagalan hubungan ini merupakan satu pengajaran yang besar dan mengingatkan saya supaya jangan mengabaikan orang yang kita sayangi kerana Tuhan boleh menarik cinta itu dengan serta merta.”Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga terutamanya ibu bapa Anne kerana menyayangi saya seperti anak mereka sendiri dan halalkanlah makan minum saya,” ujarnya.

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, telah bertunang dengan Mohd Sumali di kediaman keluarga Anne di Jalan Ipoh, dekat sini pada 11 November lalu.Pasangan itu bersepakat untuk mengadakan majlis akad nikah di rumah keluarga [pihak lelaki di Pontian, Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *