Ada yang menganggap dia sudah tiada dan pergi buat selamanya. Aweera dedahkan perasaannya susulan kenyataan itu dibuat oleh warganet

artis

PENYANYI Aweera meluahkan rasa terkilan dengan komen negatif warganet yang mendoakan soalah-olah dirinya sudah hembuskan nafas terakhir.Bagaimanapun, Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Noriyissham, 29, berkata, komen seumpama itu keterlaluan dan berharap insan itu insaf dengan perbuatannya.

Aweera harap individu tersebut diberikan hidayah.“Saya saja nak baca komen di Youtube… dan ternampak satu komen yang saya rasa agak terkilan. Saya pun dengan sengaja screenshot dan muat naik di Instastory.”Komen yang sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan roh saya tenang di sana tu bagi saya agak melampau.

“Saya bukan nak marah cumanya saya harap dia sedar apa dia buat dan diberi hidayah kerana itu semua kuasa Allah,” katanya kepada mStar.Sebelum ini, Aweera memuat naik paparan skrin komen individu yang mengatakan penyanyi itu sudah tiada.Menurut laporan mStar pada 3 Ogos lalu, Aweera pernah mendedahkan dia mengalami depr3si akibat dikritik.

Dalam pada itu, Aweera memberi penjelasan terhadap status yang berbaur kurang senang apabila ramai yang menyanyikan semula lagu Roman Cinta yang pernah dipopularkannya.”Saya bukan tidak puas hati atau marah kepada artis-artis yang cover lagu saya tu, sebenarnya bagus la mereka tolong mempromosikan dan rezeki masing-masing, cuma status itu luahan hati kecil sebagai penyanyi asal saja.

Sementara itu, Aweera berkongsi berita gembira bahawa dia mempunyai perancangan ingin berikan sesuatu yang luar biasa kepada peminat pada tahun depan sekali gus muncul semula dalam industri.

Aweera bakal muncul dengan sesuatu yang baharu pada tahun hadapan.“Buat masa sekarang, saya tak nak kongsi apa-apa lagi. Insya-Allah hujung Januari tahun depan, saya akan umumkan di platform media sosial saya,””Alhamdulillah… saya tengok rata-rata peminat beri komen positif dan tidak sabar menantikan kemunculan saya semula,” ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi ini sedar masih mempunyai banyak kekurangan dan menganggap cabaran dalam industri seni seperti ujian dalam kehidupan seharian.Aweera berharap kariernya dalam industri seni terus disokong dan mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.

LUMRAH menjadi selebriti, penyanyi Aweera berkata, dia tidak terlepas daripada menjadi individu bualan warganet sehingga pernah berdepan dengan depr3si.Bagaimanapun, Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Noriyissham, 29, berkata, dia mula belajar untuk meneruskan kehidupan tanpa terlalu memikirkan kata-kata orang sekelilingnya.

“Saya sudah lali dengan thmahan orang. Apabila keluar dengan benda baik, tiada pula orang nak ambil tahu. Apabila benda tak baik, cepat sahaja cerita kurang enak bertebaran.”Bagi saya, tak perlu lagi menoleh ke belakang. Jika memandang ke belakang, saya akan mengalami dpresi. Saya tak menafikan, mengalami sedikit dpresi apabila dihntam.

“Contohnya, apabila saya bersama Pelita Lusoh, ada sahaja yang bercakap mengenai perangai saya, seolah-olah mendoakan perkara tidak baik.”Sebagai orang Islam bukankah lebih baik kita mendoakan kebaikan, bukannya menjathkan orang lain,” kata Aweera kepada mStar.

Pelita Lusoh tampil dengan lagu ketuhanan dan produk kecantikan Ali Zahraa Medina.Ahli kumpulan Pelita Lusoh itu ditemui ketika sidang media pelancaran lagu terbaharu mereka berjudul Kembara Nabawi dan produk kecantikan Ali Zahraa Medina di Hotel Gran Millennium, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bercerita mengenai lagu terbaharu yang berjudul Kembara Nabawi, Pelita Lusoh yang dianggotai oleh Aweera, Anep dan Alan berkata penampilan rock tidak menghalang mereka untuk membawa lagu ketuhanan.”Mungkin orang nampak penampilan kami ini rock dan tak sesuai untuk bawa lagu ketuhanan. Tapi kami tidak kisah dan apa yang kami mahu menyampaikan mesej dalam lagu tersebut,” katanya.

Wanita Indonesia cari Aweera, dikatakan ‘hilang tanpa alasan’ – “Aku dah empat tahun single… makcik tolong jangan fitnah”

PENYANYI Aweera melahirkan rasa terkejut dan bingung apabila menerima mesej peribadi daripada seorang wanita tidak dikenali di Instagram.Menurut Aweera, 28, dia hairan apabila pemilik akaun tersebut menulis mesej seolah-olah dia mempermainkan perasaan wanita itu.

“Tak tahu datang dari mana, kenal pun tidak tiba-tiba mesej aku macam ni, g1la ke apa? Tiba-tiba hantar mesej (dakwa) yang aku ni bagi harapanlah… cakap aku bohonglah!”Adeh, aku dah empat tahun hidup single ni dey… makcik tolong jangan timbulkan ftnah, aku tak pernah kacau orang tolong jangan kacau aku.

“Apalah yang tak puas hati sangat dengan aku ni, aku bukannya famous mana pun… aduhai manusia!,” katanya menerusi Instagram pada Selasa.Aweera tidak pernah memainkan perasaan mana-mana wanita.

Bersama kapsyen tersebut, Aweera turut memuat naik paparan skrin mendedahkan isi kandungan mesej peribadi yang diterimanya daripada wanita tersebut.Pengirim berkenaan meluahkan rasa kecewa dengan sikap Aweera yang didakwa mempermainkan perasaannya dengan menghilangkan diri tanpa dapat dikesan.

“Untuk selamanya kamu boleh sakiti aku tapi ingat karma itu ada. Apalah ini kelakuan seorang Aweera yang terhormat, apakah sudah tiada hati murni sebagai seorang Islam yang baik.Aweera berkongsi isi kandungan mesej yang dihantar wanita tidak dikenali itu.“Hati aku hncur sekejap, apa alasanmu menghilang daripada aku, jawab aku jangan jadi pengecut. Hilang tanpa alasan, kenapa abang datang hanya untuk memberi,” tulis wanita itu.

Sementara itu, penyanyi lagu Terhakis ini meminta pengikut serta orang ramai berhati-hati dengan pemilik akaun tersebut.”Awas kawan-kawan… takut korang yang di mesej olehnya. Guys, hati-hati dengan pemilik Instagram ini,” ujarnya.Hasil tinjaun mStar di akaun tersebut mendapati pemiliknya wujud, namun dipercayai bukan berasal dari Malaysia.Tags/Kata Kunci:

“Makcik jual goreng pisang lagi kaya daripada segelintir artis Malaysia” – Aweera sokong cadangan Black anak seni perlu dibantu

PENYANYI Aweera berkata tindakan segelintir warganet membandingkan pendapatan artis tempatan dengan selebriti antarabangsa adalah tidak wajar.Menurut Aweera, 29, anak seni di negara ini berdepan dengan pelbagai isu membabitkan industri dan ramai antara mereka yang masih berjuang untuk meneruskan hidup.

“Hello warganet… pertama sekali jangan anggap artis Malaysia semua kaya, yang kaya mungkin dalam beberapa peratus sahaja, lagi banyak survival struggle.”Ramai warganet tidak tahu dan tak pernah ambil tahu permasalahan dalam industri, sukar untuk sokong karya tempatan berbanding artis antarabangsa dengan alasan mereka lagi baik.

“Negara dia orang ekonomi cantik, kita hanya jual produk dalam Malaysia jadi… mereka satu dunia jual tak sama artis kita, sebab itu mereka boleh bagi bantuan pada kerajaan, bukan sikit-sikit tapi juta-juta,” katanya.Aweera menyokong cadangan dan kenyataan Black.

Aweera menulis luahan pendapatnya itu menerusi ruangan komen di Instagram mStar Online.Ia susulan kenyataan penyanyi Black Hanafiah yang mencadangkan supaya kerajaan tidak meminggirkan penggiat seni dengan memberikan bantuan khusus akibat kesan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pandangan Black itu mengundang rasa kurang senang segelintir warganet yang berasakan golongan selebriti sudah cukup kaya dan tidak perlukan bantuan.Sementara itu, Aweera memberitahu anak seni bergntung sumber pendapatan hasil undangan persembahan semata-mata.

Kenyataan Black menerima kecaman hebat warganet.“Makcik jual goreng pisang pun lagi kaya daripada segelintir artis Malaysia yang kurang bernasib baik sebab kami sebagai artis hanya berpandukan job semata-mata.”Ada show atau shooting adalah duit… tak ada kena cari! Artis pun perlu membayar cukai, bil dan sebagainya dengan ekonomi negara sekarang naik dan turun, bajet untuk artis kadang-kadang tak masuk akal langsung,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aweera menyokong kenyataan Black itu dan meminta warganet berfikiran positif serta tidak memanjangkan isu ini.”Isu ini saya rasa tak perlu dipanjangkan selebihnya berserah pada Allah SWT.”Pada saya mungkin Black bersuara untuk artis-artis yang kurang bernasib baik… dalam jangka masa PKP ini saja. Fikir positif,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *