Selepas solo selama beberapa tahun. Kini Ezurin sudi membuka hati untuk berkenalan dengan lelaki lain dengan nasihat daripada seseorang ini.

artis Dunia Kehidupan Keluarga Uncategorized

Menjalani kehidupan selama tiga tahun sebagai ibu tunggal lima anak, bukan hal asing buat Ezurin Khyra diintai banyak lelaki yang ingin mencuba nasib berkenalan dengannya.

Meski demikian, untuk wanita ini, tidak pernah sekali pun beliau terfikir untuk mencari cinta baharu selepas berpisah dari bekas suaminya beberapa tahun lalu. Namun saat ibunya, Zelly Ariffin datang bertandang ke The House dalam episod keenam, Ezurin diminta untuk memikirkan sampai bila beliau ingin menutup dirinya daripada berkenalan dengan lelaki lain.

Melihat keluar berkenalan dengan lelaki lain bukan bermaksud terus menjalin cinta, Ezurin sedikit terbuka dengan idea tersebut. Namun beliau tidak tahu siapakah lelaki yang akan ditemuinya, apa lagi sesi perkenalan blind datenya diatur oleh rakan rapat beliau, Magie Abang Saufi. Bagaimanapun, adakah Ezurin akan menemui kualiti lelaki yang diinginkannya untuk menjadi pendamping hidup selamanya?

Adakah lelaki yang berkenalan dan mengidamkannya, mampu memikat hati Ezurin untuk berlabuh bersamanya? Semuanya akan terjawab nanti. The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Kepada anda yang terlepas untuk menyaksikannya, usah risau kerana anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand, atau tonton sahaja semua episod yang telah ditayangkan di aplikasi Astro Go pada bila-bila masa. Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.

Princess Ezurin, 5 Tunku sahut cabaran berkampung di Hulu Langat… tinggalkan kehidupan mewah, tetap tukar baju 6 kali sehari!

Ezurin Khayra membuka ruang kehidupan peribadinya kepada umum menerusi program realiti The House. – Foto Instagram @ezurinkhyra

Pemilik nama Ezurin Khyra barangkali tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ikon fesyen dan sosialit terkenal ini mempunyai tarikan tersendiri sehingga ramai yang ingin mengetahui tentang dirinya.

Maka tidak hairan, Ezurin mempunyai pengikut tersendiri di Instagram yang ingin melihat dengan lebih dekat kehidupan serba mewah bekas model itu. Tidak hanya itu, fesyen digayakan Ezurin juga turut mencuri perhatian yang kebanyakannya direka khas oleh pereka fesyen terkenal dunia.

Bagaimanapun di sebalik kemewahan yang dipaparkan, ada segelintir melemparkan kata-kata negatif dan memberi persepsi buruk terhadap gaya hidupnya tanpa mengetahui realiti sebenar seorang bernama Ezurin di belakang tabir.

Buat pertama kali, Ezurin atau lebih mesra dengan sapaan ‘Princess Ezurin’ tampil dalam sebuah program realiti terbitan Astro iaitu The House bagi menyingkap karakter dan kehidupan sebenarnya yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini.

Mengambil masa setahun sebelum menyatakan persetujuan, Ezurin memberitahu dia memberi lampu hijau selepas anak-anaknya kebetulan berada di Malaysia disebabkan Covid-19.

Ezurin memberitahu, penting baginya untuk melibatkan anak-anaknya dalam program tersebut kerana ingin berkongsi mengenai ikatan kekeluargaan bersama penonton. “Program ini tidak akan lengkap sekiranya anak-anak tiada bersama saya dan kebetulan mereka berada di Malaysia, jadi saya bersetuju.

Ezurin bersama anak-anaknya yang turut membuat kemunculan dalam The House.

“Apa paling utama saya mahu berkongsi tentang elemen kekeluargaan dalam program ini yang diharap dapat memberi mesej positif kepada penonton,” katanya.

Ezurin dikurniakan lima cahaya mata hasil perkahwinan dengan Tunku Datuk Yaacob Tunku Tan Sri Abdullah iaitu Tunku Amaan Khrya, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra. Bagaimanapun pasangan itu berpisah dua tahun lalu.

Meskipun perlu berkongsi privasi kehidupan peribadi kepada umum, Ezurin berharap keterbukaannya memaparkan aktiviti bersama keluarga dapat memberi gambaran tentang sisi berbeza dirinya berbanding apa dilihat masyarakat di laman sosial. Tambahan pula, menerusi The House mereka sekeluarga menyahut cabaran untuk hidup secara sederhana dan meninggalkan seketika realiti kehidupan royalti sebelum ini.

Apa paling utama saya mahu berkongsi tentang elemen kekeluargaan dalam program ini yang diharap dapat memberi mesej yang positif kepada penonton.

“Anda kena tonton sendiri program ini dan lihat sisi berbeza kehidupan saya,” ujarnya. Menariknya kongsi Ezurin, biarpun menyahut cabaran hidup sederhana, dia tetapi membawa pelbagai koleksi pakaian berjenama untuk digayakan.

Kata Ezurin, dia sudah terbiasa menukar sekurang-kurangnya tiga helai pakaian setiap hari dan ia tidak boleh dikorbankan ketika menjalani penggambaran The House. “Saya tidak boleh kira berapa banyak baju yang saya bawa untuk penggambaran program ini. Saya memang sudah terbiasa menukar pakaian, paling kurang tiga kali dalam sehari,” katanya.

Ezurin cukup gemar berfesyen.

Trivia The House bersama Ezurin Khyra;

1. Lokasi utama penggambaran program realiti ‘The House’ telah dijalankan di sekitar Hulu Langat serta mengambil masa lebih kurang 30 hari untuk diselesaikan. 2. Sebagai penggemar fesyen, Ezurin menukar pakaiannya sebanyak lima hingga enam kali setiap kali waktu penggambaran berlangsung.

Setiap ‘look’ yang ditampilkan turut mempunyai sentuhan solekan dan gaya rambut yang berbeza. Ezurin turut menyediakan sendiri koleksi busana mewah daripada pelbagai jenama antarabangsa untuk digayakan sepanjang program ini.

3. Kesemua hiasan dan dekorasi rumah yang dapat dilihat menerusi episod mingguan ‘The House’ merupakan citarasa dan idea asal Ezurin menggunakan koleksi peribadi Ezurin sendiri. Jika diperhatikan, penonton boleh melihat sisi Ezurin sebagai seorang ibu yang jarang ditonjolkan di laman sosial menerusi cara beliau menghias rumah dan memasak resepi juadah Melayu.

Gambar kenangan bersama anak-anak pada Aidilfitri yang lalu.

4. Ezurin agak ‘terkejut’ apabila pertama kali melihat lokasi rumah yang akan digunakan untuk penggambaran ‘The House’. Namun, beliau cukup ‘sporting’ dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang penggambaran dijalankan.

5. Dalam salah sebuah episod, Ezurin dan Maggi Abang Saufi bertengkar dan mengalami sedikit salah faham ketika sedang menyelesaikan cabaran memasang khemah. Mungkin kerana tertekan dengan cabaran yang diberikan.

6. Ketika penggambaran episod terakhir sedang berlangsung, sekumpulan angsa yang tiba-tiba muncul tanpa dirancang mengejutkan mereka kecuali Tunku Amaan yang kekal tenang. Gelagat dan aksi spontan mereka juga berjaya dirakam. The House akan bersiaran selama 10 episod menerusi saluran Astro Ria(124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap Rabu, jam 9 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *