Isteri Dr.Say tekad untuk berhenti dari kerjayanya. Rupa rupanya ini sebabnya kenapa dia tekad untuk berhenti.

berita Dunia Keluarga Uncategorized

Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril memaklumkan isterinya Dr. Azura tekad mahu berhenti bekerja sebagai doktor selepas akui tidak tahan menguruskan banyak hal dalam satu masa. Menurut Dr. Say, isterinya bimbang akan banyak perkara termasuk anak tunggal mereka Aezril  atau panggilan manjanya, Ace, 1, yang kini mempunyai masalah lambat bercakap.

“Bini tekad behenti kerja. Sekuat mana seorang manusia tu pasti akan ada breaking point juga dan bini saya just reached her limit. Juggle between kerja full time, sambung masters full time, menerima berita yang Ace delayed in communication semestinya tak mudah. Dia salahkan dirinya sebab tak luangkan lebih masa dengan Ace. Dia stress sebab dah masuk sistem CNS (Central Nervous System) yang memerlukan lebih pembacaan dan penghafalan tapi pada masa yang sama risau mengenai pendapatan,” katanya. Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Memahami kebimbangan dan tekanan yang dialami oleh isterinya, Dr. Say mencadangkan berhenti bekerja adalah satu keputusan yang terbaik. “Saya tahu something needs to be done. Kalau tulang belakang saya (bini) not in a good condition macam mana saya nak berada dalam keadaan yang baik jugakkan? Maka saya senyap-senyap menghubungi jabatan sumber manusia tempat bini bekerja bahawa berhenti bekerja adalah keputusan terbaik,” katanya lagi.

Pun begitu, Dr. Say akui ramai tidak setuju apabila isterinya berhenti bekerja di kala pandemik sedang melanda negara, namun beliau pasti dengan keputusan tersebut. “Satu perkara yang saya cukup kagum dengan bini adalah dia tak kisah penat mana pun dia, senyuman dan layanan mesra kepada pesakit tetap diutamakan. Akan tetapi kesihatan diri dia harus diutamakan. Mungkin ada yang tak setuju berhenti kerja ketika situasi COVID-19 ini tapi saya okay sebab bagi saya lebih semangat untuk earn for my family.

As long as saya jarang nampak air mata mengalir dari bini saya, itu sudah cukup gembira. Duit boleh cari tapi kesihatan mental dan ketenangan hati tak mudah diganti. Disember akan jadi bulan terakhir bini bekerja, start 2021 masa untuk focus on Ace, pelajaran dan suami yeahhh!” jelasnya. Dr. Say dan isterinya berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama selepas lima tahun berumah tangga.

Dr Say cemas, isteri WhatsApp foto ‘dua line’ – “Saya mungkin akan dimaki… tapi Say Shazril mana dengar cakap bini”

Dr Say berkongsi kisah mengenai kit ujian kehamilan. Foto instagram say_shazril Bapa mana yang tidak gembira, tidak bersyukur apabila mereka diraikan dan dihargai sempena Hari Bapa.

Bagi seorang doktor popular ini, hadiah Hari Bapa yang diterimanya bukan biasa-biasa, mungkin sesuatu yang tidak pernah dijangkakannya pada hari istimewa itu. “Best Father’s Day Gift Ever!!! (Hadiah hari bapa yang terbaik!!!),” tulis Dr Muhammad Shazril Shahruddin di laman Instagramnya. Segala-galanya bermula apabila dia menerima satu panggilan cemas daripada isterinya, Dr Azura Abas malah diberikan ‘amaran’ berhubung dengan kejutan itu.

Dr Say berkongsi kisah mengenai panggilan cemas daripada isterinya.

“Pagi tadi saya dapat panggilan cemas daripada bini ‘Ubby, I buat UPT (ujian kehamilan) tadi dan dapat dua line (garisan). I macam tak percaya, jadi I buat sekali lagi dan dapat dua line juga! Tapi samar-sama kedua-duanya, betul ke ni? I hamil ke ni?’. Dah dia kalut saya lagilah kalut ‘Waaah, best gila unny! Alhamdullilah! Happy gilaaa, mai gambar tengok,” ujar beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Say Shazril di laman sosial.

Berkongsi pengalaman, Dr Say Shazril yang merupakan pengacara bagi program Tanya Doktor dan My Doctors berkata, beliau kemudian menerima sekeping foto kit ujian kehamilan daripada isteri menerusi aplikasi WhatsApp.

Perkongsian Dr Say di laman sosial mengenai kehamilan isteri.

“Saya mungkin akan dimaki bini akibat post gambar ni tapi saya tak boleh tahan! Di WhatsApp-kannya gambar di atas dengan pesanan ‘you jangan post, benda tak pasti lagi, kalau tak jadi nanti I down (sedih)’. Tapi Say Shazril mana dengar cakap bini dan Say Shazril mana boleh simpan excitement (keterujaan) maka alhamdulillah… Saya tahu mana ada orang post keputusan UPT ni sehinggalah sekurang-kurangnya kehamilan mereka dah masuk trimester kedua. Tapi bagi saya jadi atau tidak itu belakang kira. Sekurang-kurangnya ada sinar harapan yang kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat,” tambahnya.

Selepas lima tahun berkahwin, Dr Say dan isteri dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Doktor berusia 32 tahun itu tampil menjelaskan meskipun telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia setahun, Aezril atau lebih mesra dengan panggilan Ace.

“Sebab apa doc cakap macam tu? Doc dah dapat Ace kot, kenapa nak risau tak boleh dapat anak lagi?’. Tu semua ada saya jelaskan dalam video YouTube pertama saya tidak lama lagi! Sesuatu yang saya dan bini tak pernah kongsikan dalam media sosial kami kemungkinan yang kami akan sukar mendapatkan zuriat lagi.

Bagi saya jadi atau tidak itu belakang kira. Sekurang-kurangnya ada sinar harapan yang kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat

“Tapi yelah masih terlalu awal juga maka di sini saya ingin memohon jasa baik anda, doakanlah kandungan kami ni agar terpelihara kesihatannya. Kasihan tengok Ace tak ada kawan dan kasihan tengok daddy muka dia tak diturunkan kepada sesiapa,” ujarnya secara berseloroh merujuk wajah Ace mirip wajah isterinya.

Selepas lima tahun berkahwin, Dr Say Shazril dan Dr Azura dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 5 Mei 2019.

Sebelum ini, Dr Say Shazril pernah berkongsi mengenai masalah kesuburan dan usahanya untuk mendapatkan zuriat, sehingga perkongsian tersebut menjadi tular.

Selain mendedahkan dirinya menjalani ujian kesuburan, beliau turut menggariskan beberapa tip untuk kesuburan lelaki seperti mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat, mengamalkan pemakanan sihat dan aspek pemakaian khususnya seluar yang ketat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *