Ismail Sabri bersama cucu kesayangannya memberi ucapan pada Alif Satar. Tidak sangka dia mengirim sesuatu ini untuk diberikan pada Ismail Sabri.

artis Covid 19 KESIHATAN

Menteri kanan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan kata-kata semangat kepada Alif Satar yang kini sedang menjalani rawatan selepas disahkan positif COVID-19. 

Menerusi laman sosial Instagram pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie yang juga merupakan menantunya, Ismail Sabri bergambar bersama cucu kesayangan, Jeanelle Nika Mandagie sebagai tanda sokongan kepada Alif. 

“Ini untuk awak brother @alifsatar. Saya harap gambar ini menceriakan hari awak serta saya mendoakan awak dan keluarga terus dilindungi. Semoga awak cepat sembuh dan dapat kembali di pangkuan keluarga. Atok mail @ismailsabri cakap terima kasih dan cepat sembuh Alif,” tulis Jovian sebagai kapsyen. 

Menerusi perkongsian itu lagi, dilihat Ismail Sabri turut menerima sejadah boleh sandar pemberian Alif untuk digunakan semasa solat.  Malah, Alif turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut dengan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat yang diterimanya. 

“Ameen, alhamdulillah terima kasih untuk ini brother. Harap Tok Mail suka sejadah tersebut,” tulis Alif yang kini sedang menjalani rawatan dan proses kuarantin di Hospital Melaka.  Terdahulu, Alif disahkan positif COVID-19 pada 22 November lalu.  Selain Alif, ibu bapanya, Hafiza dan Satar Ramli, adiknya Jim Satar dan datuknya Mohammad Che Noh, 71, juga disahkan positif pada awal minggu ini.

Manakala isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad Ali, 1, bebas dari jangkitan virus tersebut. Alif yang kini beransur sihat dijangka akan discaj dari Hospital Melaka pada 3 Disember ini.

Sebelum Ini Alif Satar Dikritik Oleh Warganet. Kini Tak Sangka Jiran Jirannya Buat Begini Pula.

Selebriti serba boleh, Alif Satar yang kini berada dalam tempoh kuarantin akibat C0VlD-19 sekali lagi menyatakan rasa terharu atas sifat pemurah jiran tetangga yang menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepadanya. Perkara tersebut dikongsi pemilik dengan nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 30, selepas memuat naik gambar sumbangan makanan daripada jiran di laman Instagram miliknya.

“Alif sangat terharu. Jiran Alif ambil maklum tentang situasi keluarga Alif sekarang dengan isteri dan anak-anak Alif perlu kuarantin. Mereka semua menawarkan bantuan, ada yang ingin bantu dengan membuangkan sampah, menghantarkan makanan. Ini baru betul #KitaJagaKita,” jelasnya.

Dalam pada itu, Alif mengucapkan terima kasih kepada yang berkenaan sambil menyifatkan perlakuan mereka itu sebagai bukti nilai kemanusiaan yang baik masih wujud. “Terima kasih MD Community, anda tahu siapa anda, faith in humanity restored. Ada hamba Allah nama Aziz dan Arsyad memberi hidangan nanas masak lemak dan salah seorang jiran kami, Jasmine tinggalkan depan pintu. Ini dia… contoh #KitaJagaKita. Alhamdulillah komuniti jiran tetangga Alif sangat ‘supportive’, memahami dan membantu dalam kesusahan,” jelasnya.

Terdahulu, isteri penyanyi, Alif iaitu Sha Dila Hadid dan tiga anak mereka, Alisha Anugerah, 5; Ariana Mecca, 3; dan Muhammad Ali, 1, disahkan neg4tif C0VlD-19 selepas membuat ujian saringan pada Isnin. Sebelum ini, Alif turut menyatakan rasa terharu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudi bertanya khabar kepadanya. Alif turut berterima kasih atas keprihatinan Dr Zulkifli yang mendoakan kesihatannya menerusi aplikasi panggilan video FaceTime.

Sumber: Awani

Isteri Alif Satar Menarik Nafas Lega Apabila Mendapat Tahu Keputusan Seperti Ini. Alif Satar Juga Turut Sempat Mengatakan Satu Benda Ini Pada Warganet.

Selebriti serba boleh, Alif Satar melahirkan rasa syukur selepas isteri, Sha Dila Halid, 35, dan anak-anak, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, negatif Covid-19. Walaubagaimanapun, demi keselamatan keluarganya itu akan terus kuarantin di rumah selama dua minggu. “Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah.. Isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid-19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu,” tulisnya.

Berita gembira itu dikongsikan di Instagram (IG) miliknya dengan memuat naik foto keluarga. Dalam pada itu, pelantun lagu I Want You To Love Me turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan untuknya dan keluarga.

“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan WhatsApp. Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan-tuan dan puan- puan sekalian. Terima kasih atas semua yang telah anda lakukan untuk keluarga saya dan saya. Saya berdoa semoga Allah SWT mengabulkan doa untuk anda dan keluarga anda juga. Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Pada Ahad lalu, Alif membuat pengumuman di laman sosial IG mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan di Melaka. Sebagai kontak rapat, Sha Dila dan tiga cahaya mata, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, sudah melakukan ujian calitan di kediamannya, jam 9.30 pagi, semalam (Isnin).

Isteri Alif Satar Risaukan Keadaan Anak Anaknya. Kini Isterinya Tampil Memberitahu Keadaan Alif Satar.

Isteri kepada penyanyi Alif Satar, Sha Dila Hadid meluahkan rasa bimbang menerusi ruangan IG Story di laman sosial Instagram (IG)nya malam tadi.Luahan sayu tersebut seolah-olah menggambarkan perasaan Sha Dila ketika ini yang sangat bimbang dengan keadaan tiga orang anaknya.

“Berat untuk tidak berasa tertekan. Kegelisahan, risau, mental pain…Siapa yang betul-betul kuat untuk melalui semua ini. Anak-anakku…Ya Allah, aku merayu bermohon pada-Mu lindungilah mereka…Semua ini berlaku diluar jangkaan ku…Lindungi mereka, Ya Allah,” luahnya menerusi tiga buah hantaran tersebut.

Pada Ahad lalu, Alif Satar membuat pengumuman di laman sosial IG mengesahkan dirinya positif Covid-selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan di Melaka. Sebagai kontak rapat, Sha Dila dan tiga cahaya mata, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, sudah melakukan ujian calitan di kediamannya, jam 9.30 pagi, semalam (Isnin). Dalam pada itu menerusi laporan BH Online, Sha Dila berkata, keputusan ujian calitan dijangka diketahui dalam tempoh 24 jam.

“Saya minta jauh daripada dijangkiti pandemik COVID-19, selama ini. Satu pengalaman yang saya percaya semua orang enggan melaluinya, tetapi akhirnya datang juga. Saya hanya reda dan pasrah. Jauh di lubuk hati, saya mengharapkan keputusan yang diperoleh menyebelahi saya dan anak-anak. Saya menitiskan air mata melihat tiga cahaya mata perlu melalui ujian calitan. Anak sulung agak okay dan hanya terkejut apabila melakukan ujian calitan pada bahagian hidung dan mulut. Anak kedua mulanya agak takut, tetapi berjaya ditenteramkan. Anak bongsu pula hanya menangis sekejap, kemudiannya kembali tenang,” katanya.

Mengenai keadaan suaminya, Sha Dila berkata, Alif dalam keadaan tenang dan enggan terlalu memikirkan apa yang dilaluinya ketika ini. “Saya tahu emosi dan fikiran Alif terganggu, namun dia tak mahu larut dengan perasaan dan kegelisahan hati. Alif cuba alih perasaan tidak tenteram dengan bersenam, mengaji dan pelbagai aktiviti lain. Dalam masa sama, Alif juga risaukan keadaan saya dan anak-anak. Jika ikutkan, Alif nak minta dipindahkan ke pusat perubatan di Sungai Buloh, tetapi doktor tidak membenarkan. Saya tak putus berdoa supaya suami terus kuat dan sembuh secepat mungkin,” katanya. Sha Dila berkata, kali terakhir bersua muka dengan suami selepas waktu Subuh pada Sabtu lalu.

Sumber : Gempak

Ibu Bapa Serta Adik Bongsu Alif Satar Baru Sahaja Disahkan Positif Covid19 Manakala Pengurus Pula Disahkan Negatif. Ini Perkembangan Terbaru Yang Dikongsi Oleh Alif Satar

Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar mengesahkan dirinya negatif Covid-19 selepas membuat ujian saringan tersebut pada Sabtu lalu.Namun dukacita dimaklumkan, ibu bapa serta adik bongsu Alif baru sahaja disahkan positif Covid-19 hari ini.

“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan negatif Covid-19 oleh pihak hospital.“Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12.“Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Adlina dihubungi Astro Gempak selepas beliau berkongsi mengenai keputusan Covid-19 di media sosial.Dimaklumkan, ibu bapa Alif, Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim membuat saringan ujian tersebut pada Sabtu.Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka selepas disahkan negatif Covid-19 pada Ahad.

Menurut pengurusnya lagi, isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga bakal menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.“Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa symptom atau sakit.

“Cuma Alif meminta semua mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dilindungi dari jangkitan virus tersebut dan mereka berada dalam keaadan sihat,” katanya.Alif yang menjalani penggambaran drama Pnjara Cinta sejak minggu lalu baru membuat persembahan di sebuah acara pada Jumaat.

Alif Satar Terima Berita Mengejutkan Apabila Dia Disahkan Positif Covid-19. Alif Sanggup Beri Nama Kontak Rapatnya Selama 14 Hari Kepada KKM

Alif Satar sahkan dia dijangkiti Covid-19.DUA hari selepas membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) pada Jumaat, penyanyi Alif Satar menerima berita mengejutkan apabila dia disahkan positif Covid-19.

Menerusi Instagram, Alif memaklumkan keputusan ujian saringan terbaharu yang dilakukan mendapati dia dijangkiti virus tersebut.”Assalamualaikum… dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Alif,” katanya.

Alif maklumkan berita itu menerusi Instagram.Meskipun masih terkejut dengan berita tersebut, penyanyi lagu I Want You To Love Me ini berkata dia akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi mengesan individu atau kontak rapat yang berhubung dengannya sebelum ini.

Malah, dia turut mendoakan agar orang ramai dilindungi daripada jangkitan virus tersebut.Alif bimbang keselamatan isteri dan anak-anak.“Alif juga telah memberi nama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kontak rapat yang Alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari… dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini.

“Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT ini.”Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… Alif sekarang menjalani proses kuarantin,” ujarnya.

Dah 3 Minggu Tidak Ada Solat Jumaat. Alif Satar Membuat Satu Perkara Yang Membuatkan Warganet Terkejut Dan Tidak Disangka Sangka.
Artis

Berkongsi sebuah video memaparkan dirinya membaca surah Al-Kahfi di laman Instagram sebelum berkunjung ke masjid untuk solat Jumaat, pelakon versatil Alif Satar raih pujian warganet. Posting yang menonjolkan bakatnya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran itu mengundang perhatian pengikut di laman berkenaan selepas bacaan 10 ayat terawal tersebut kedengaran merdu.

Malah, entri itu juga meraih komen positif kerana bacaan tajwid serta makrajnya yang disampaikan olehnya dilihat hampir sempurna sehingga ada yang mendakwa ia menimbulkan rasa tenang di jiwa setelah mendengar alunan tersebut.

Sekadar informasi, Surah al-Kahfi amat digalakkan untuk dibaca oleh umat Islam pada hari Jumaat. Hal ini demikian kerana, tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya, surah berkenaan difahamkan mampu menjadi benteng keimanan kukuh daripada fitnah dajjal.

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan tidak membenarkan aktiviti keagamaan dijalankan di masjid selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Meski sudah tiga minggu tidak dapat menunaikan solat Jumaat, penyanyi dan pelakon Alif Satar memberitahu ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mendapat ganjaran pahala di hari Jumaat.

Penyanyi berusia 30 tahun itu telah berkongsi perkara tersebut menerusi laman media sosial Instagram miliknya. “Assalamualaikum.. dah 3 minggu tak pergi solat jumaat. Tapi walaupun tak dapat pi, boleh buat benda sunat untuk score ‘point’ pahala jumaat. “Potong kuku, baca surah al-kahfi, banyakkan selawat dari hari-hari biasa, bersedekah etc.. kita buat sama-sama, semoga diterima segala amalan kita guys okay! AL-KAHFI MODE ON! – @iktikafalif,” tulisnya. Sekadar informasi, perlaksanaan PKPB tersebut yang mula berkuatkuasa pada 14 Oktober lalu telah dilanjutkan sehingga 9 November depan.

Foto: Instagram Alif Satar

Mana wira wirawati negara sekarang. Menakjubkan Alif Satar kongsikan memori lamanya sewaktu menjalani PLKN sehingga meraih perhatian warganet yang tinggalkan banyak komen di postingnya.
Penyanyi dan pengacara Alif Satar meraih perhatian wargamaya apabila terkenang memori ketika menjalani latihan di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sekitar 12 tahun lalu. Menerusi laman sosial Instagram, Alif berkongsi sekeping foto bersama seorang jurulatih kecergasannya ketika berada di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor.

“12 tahun lepas waktu khidmat negara. Dan masih lagi berkhidmat demi negara dengan cara sendiri. Mana wira wirawati negara sekarang, korang dekat mana?. “Kem PLKN Princess Haliza, ni bersama seorang jurulatih kitorang panggil dia, cikgu Pet. Besar dan tinggi macam The Rock,” tulis Alif di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian tersebut, Alif kelihatan segak mengenakan pakaian seragam dan berkepala botak semasa menjalani program latihan selama tiga bulan itu. Di ruangan komen, ramai wargamaya yang berkongsi kem dan pengalaman mereka ketika turut sama menjalani program latihan tersebut.

“Saya dulu PLKN Sinaran Suria, Sungkai. Waktu 2017, kumpulan 1 siri 14/2017, team Bravo” kata seorang wargamaya. “Alip, aku kem PLKN Nasuha, Pagoh, kumpulan 1, siri 1, 2004,” komen seorang wargamaya. “Kem PLKN Desa Rimba, Kuala Kangsar, Perak (2011),” tulis seorang wargamaya.

“Omg saya teringat pergi kem PLKN Princess Haliza lawat kakak pastu nampak Alif botak lepak depan koperasi. Muka gangster gila nak mintak ambil gambar pun takut,” kongsi seorang wargamaya. “Alif, kita sama batch. Banyak sangat kenangan dekat kem PLKN Princess Haliza, cikgu Pet memang happy go lucky,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 45,000 tanda suka dan 500 komen daripada warga Instagram. Sekadar info, PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia apabila tamat pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Program latihan bagi pembinaan sahsiah diri dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda ini bermula pada tahun 2004 dan diberhentikan pada tahun 2018. -GEMPAK

Allah ganti dengan lebih baik. Mengejutkan ada bahagian pada motosikal berjenama Alif Satar telah diambil orang yang tidak bertanggungjawab. Ini reaksi Alif Satar lepas perkara itu terjadi.
Penyanyi dan pengacara Alif Satar kesal apabila alatan dan komponen pada motosikal miliknya diambil pihak tidak bertanggungjawab pada Jumaat. Menurut Alif, 30, beberapa komponen antaranya sistem brek pada motosikal berkuasa tinggi jenama BMW 1000 RR yang diparkir di kawasan kondominiumnya didapati lesap. “Salam Jumaat! Nak pesan, cvri barang orang berdosa… jangan main-main dengan doa orang yang teraniay.

“Parking dekat kondominium sendiri, motor ada tapi brek tak ada. (Pencvri) potong brake harness dan brake calipers,” katanya. Pengacara program Big Stage ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram pada Jumaat.

Perkongsian Alif mengenai kecvrian pada komponen motosikal miliknya. Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik dua keping foto komponen pada bahagian motosikal yang hilang dicvri penjenyh. Sementara itu, Alif berharap pelaku berkenaan segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi perbuatannya itu. “Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ni, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniya.

Beberapa komponen pada bahagian sistem brek dicvri pihak tidak bertanggungjawab. “Allah nak ganti dengan lebih baik, InsyaAllah doakan!,” ujarnya. Perkongsian penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku ini menerima pelbagai reaksi daripada pengikut. “Saya pernah kena tahun lalu… samalah potong tali minyak dan ambil brake caliper, melayang RM3,000! 1000 RR ni silap-silap dua kali ganda (harga) bro!. “Ada hikmah tu bro, mungkin asbab nak tukar model baharu tu! Park lama sangat tu… manusia memang tak boleh tengok benda-benda mahal depan mata,” komen warganet.-Mstar

Pernah anggap Alif Satar ‘poyo’, Shahrol (Shiro) tak sangka kini jadi kawan baik – “Sikit-sikit cakap orang putih… siap buat rolling eyes dekat aku”
This image has an empty alt attribute; its file name is 553-1-300×200.jpg
Shahrol Shiro imbau kenangan bersama Alif Satar. ENAM tahun menjalinkan persahabatan, pelawak Shahrol (Shiro) mendedahkan tidak menggemari sikap dan karakter pengacara Alif Satar ketika awal perkenalan mereka. Digandingkan bersama menerusi program Sukalattew terbitan Astro sekitar tahun 2014, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 35, berkata, sukar untuk dia menerima cara Alif yang dianggap ‘poyo’ atau menjengkelkan.

“Tahun 2014 kali pertama aku berkenalan dengan seorang mamat bernama Alif Satar. Kami digandingkan dalam sebuah program Sukalattew.”Minggu pertama sebelum mula program tu aku cuba la berbual dengan dia. Masa berbual sikit-sikit cakap orang putih… siap dengan kening terangkat sambil buat rolling eyes dekat aku. Foto yang diambil pada rakaman terakhir program Sukalattew pada 2014. “Dalam hati aku fikir poyo g1la mamat ni. Ni mesti jenis-jenis minum laga gelas dulu, nak buang air pun dekat KLCC ni,” tulisnya.

Kata Shahrol, dia hampir menarik diri pada minggu pertama rakaman program tersebut kerana menganggap gandingan mereka tiada keserasian.Lebih menyedihkan, kata Shahrol dia mendapat tahu Alif juga berasa kurang senang dengan sikapnya yang agak kekampungan.”Minggu tu aku minta nak tarik diri sebab tak nak berpasangan dengan mamat ni. Rupa-rupanya dia pun sama, tak nak berpasangan dengan aku juga. Katanya aku macam budak kampung, sikit-sikit sebut nama Kluang… macam la ada Pavillion kat Kluang tu.

“Bos dah pening kepala minta cuba sampai sebulan dulu. Aku pun setuju, hadap saja la dia berbual dan cuba kenal dia lebih rapat,” jelasnya.Bagaimanapun, Shahrol mengakui tanggapannya mula berubah selepas mengenali lebih rapat penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu.Malah, Shahrol berkata, Alif merupakan seorang sahabat dan pendengar yang baik terutama ketika dia sedang menghadapi masalah.

“Rupa-rupanya apa tanggapan aku selama ni jauh meleset. Bila ada masalah aku luahkan, dia pendengar yang baik dan dia cuba bantu semampu yang boleh. Kepala sama saja g1la-g1la dengan aku. Shahrol dan Alif masih berkawan rapat sehingga kini. “Rehat masa rehearsal akan solat Asar sama-sama. Jauh dari budak moden yang ke arah barat yang aku sangka sebelum ini. Lama kelamaan hubungan itu sangat rapat, masa aku kahwin dia la pengapit aku,” katanya.

Mengimbau kenangan itu, Shahrol berpesan kepada pengikutnya supaya tidak terlalu cepat menilai seseorang sebelum mengenali mereka dengan lebih rapat.”Gambar 2014 itu adalah hari terakhir program Sukalattew. Terus terang air mata jantan masing-masing jatuh sebab itu adalah kali terakhir berada di pentas yang penuh kenangan bersama.”Moral of the story, hidup kita ini jangan cepat menilai seseorang. Jangan nilai dan dengar tentang seseorang melalui mulut orang lain. Kita kenal dan nilai sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *