Hafiz mahamad sanggup membatalkan semua urusan kerjanya hanya kerana terjadi sesuatu pada sahabatnya ini. Sikap hafiz dipuji oleh ramai warganet.

artis Kehidupan KESIHATAN

Nama Hafiz Mahamad bukanlah sesuatu yang asing jika kita merupakan pengguna tegar media sosial. Ushawan muda yang mengusahakan perniagaan kosmetik bersama isterinya kerap kali tular kerana melakukan kebaikkan.

Sekali lagi batal semua kerja di KL

Sebelum ini Hafiz pernah membatalkan segala urusannya di Kuala Lumpur dan ‘terbang’ ke Kelantan bagi menguruskan kemasukkan sahabat sewaktu kecil ke hospital kerana ditimpa sakit.

Kali ini,usahawan tersebut sekali lagi melakukan perkara sama dengan membatalkan segala mesyuarat yang sepatutnya dihadiri demi sahabat tersayang. Menurut perkongsian Hafiz, sahabat yang dikenali sebagai Loh itu kini sedang sakit teruk.

Rakan dah semakin teruk

Dalam perkongsiannya di Instagram, Hafiz Mahamad memaklumkan Loh sedang sakit teruk dan tidak sedarkan diri. Demi tidak mahu menyesal andai tiada disisi sahabatnya, dia terus bergegas ke Kelantan bersama beberapa lagi rakan untuk sama-sama berada di samping Loh.

Kumpul sahabat2 untuk ziarah Loh

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan mengumpul rakan-rakan sewaktu mereka remaja untuk sama-sama membantu sahabatnya yang terlantar di hospital. Dia membelikan tiket kapal terbang dan membiayai ujian saringan dengan membawa 2 orang sahabat mereka agar masing-masing dapat berada bersama dengan Loh.

Tak mahu menyesal

Hafiz sama sekali tidak menyesal menangguhkan segala urusannya kerana rakan-rakannya itu yang banyak memberikan dorongan dan semangat kepadanyan untuk terus berjaya.

Kawan yang sangat baik

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah memuji tindakan Hafiz yang sangat prihatin dengan sahabatnya. Mereka juga berasa terharu kerana masih ada sahabat yang begitu peka dengan rakan-rakan dan berharap agar Loh dapat kembali kembali sihat serta urusan mereka dipermudahkan.

Semoga semuanya baik2 sahaja

Permudahkanlah urusan mereka

Sumber: Hafiz Mahamad, OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *