Andi Bernadee meraikan hari jadinya bersama kawan kawannya yang lain. Tapi tak sangka disebabkan ini dia dikritik pula oleh warganet.

Amalan artis Hiburan Uncategorized

Penyanyi Andi Bernadee telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 malam tadi. Andi diraikan dengan cara paling nakal iaitu satu plastik tepung dituang ke atas kepala dan badannya dengan tiba-tiba menyebabkan dia tidak dapat mengelak. Sambutan secara suka-suka itu dilakukan oleh rakan-rakannya yang kemudiannya ketawa melihat gelagat Andi terkejut.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila ada beberapa pengikut tidak bersetuju dengan situasi berkenaan. Mereka mendakwa Andi dan rakan-rakan tidak peka dengan keadaan ekonomi yang kurang baik sehingga sanggup membazir dan dikatakan tidak bersyukur dengan makanan.

Sekadar info, acara membaling atau menuang tepung ini merupakan antara cara paling popular dalam kalangan remaja untuk membuat kejutan sebagai tanda menyambut hari jadi satu ketika dahulu.

Tak dapat balik Sabah, Andi Bernadee sedih sambut Ramadan tanpa keluarga – “Memang rindu tapi tak boleh nak buat apa!”

Penyanyi Andi Bernadee bersyukur dan teruja kerana masih diberikan kesempatan meraikan kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini. Bagaimanapun, dalam masa sama dia turut bersedih kerana tidak dapat bersama keluarga berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jika sebelum ini saya pulang ke Sabah pada awal Ramadan ataupun keluarga yang datang ke Kuala Lumpur, tapi tahun ini kami semua tak boleh kemana-mana kerana PKP. Jadi saya menyambut awal Ramadan sendirian di KL… memang rindu tapi tak boleh nak buat apa! Kita ikut sahaja saranan kerajaan untuk kekal di rumah. Lagipun saya dah biasa merantau jauh, jadi itu bukanlah satu masalah terlalu besar buat saya! Ramadan tahun ni tiada sebarang persiapan khusus, semua barang-barang dapur sudah dibeli. Masak orang-orang bujang sahaja, sardin, telur macam tu… kalau malas nak masak, buat tempah delivery sahajalah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Shimmy ini berkata Ramadan tahun ini sangat berbeza dengan tahun sebelumnya. “Tahun ini memang berbeza, tak boleh nak solat terawih beramai-ramai, bazar pun tak ada. Kalau sebelum ini bulan puasa memang penuh dengan aktiviti bersama anak-anak yatim, tapi tahun ini tak kesampaian nak buat aktiviti macam itu lagi.

Andi terpaksa tangguh pelancaran album kerana Covid-19.

“Saya anggap ada hikmah atas apa yang berlaku dan mungkin tahun ini adalah waktu untuk cari masa sendiri. Apa-apa pun kita doakan wabak Covid-19 ini akan cepat-cepat berakhir,” ujarnya. Bercakap mengenai karier seni, Andi memberitahu dia dan pihak syarikat rakaman terpaksa menangguhkan pelancaran album yang dijangka selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Kalau diikutkan selepas hari raya ni saya akan lancarkan album penuh yang mengandungi tujuh lagu. Tapi memandangkan penularan Covid-19 dan PKP, jadi semuanya ditangguhkan dahulu… belum tahu lagi tarikh baharu untuk pelancaran album itu,” katanya.

Andi Bernadee keluar zon selesa, ‘Penat’ mahu kelainan

Enggan terus berada dalam zon selesa, penyanyi Andi Bernadee tampil dengan genre muzik berbeza menerusi lagu terbaharunya berjudul Penat.Andi berkata setelah tiga tahun bergelar penyanyi, dia ingin mempelbagaikan jenis muzik dalam karier nyanyiannya dan tidak mahu terikat dengan irama reggaeton sahaja.

“Walaupun saya berjaya menempa nama melalui muzik reggaeton, namun kali ini saya nekad untuk untuk mempertaruhkan lagu balada pula. Saya mahu keluar daripada zon selesa dan ingin mempelbagaikan lagi jenis muzik dalam karya saya… memang ini bukan kali pertama saya membawakan lagu berentak balada, namun karya kali ini mempamerkan jenis balada yang berbeza dan lebih sesuai dengan citarasa muzik saya,” katanya.

Video muzik (MV) Penat telah dilancarkan di laman YouTube pada Khamis. Rata-rata penonton mengakui teruja dan memuji penghasilan MV untuk lagu tersebut.

“MV memang international level… terbaik untuk tahun 2020. Lain daripada lain lagu kali ini Andi Bernadee. Tahniah! Lirik dan melodi sangat berbeza, eksperimen terbaik dari Andi,” komen penonton.

MV Penat juga merupakan antara video muzik yang memakan kos tertinggi pernah dihasilkan setakat ini

Sementara itu, penyanyi berusia 28 tahun ini berharap lagu tersebut menerima maklum balas positif daripada peminat. “Saya berharap lagu ini mendapat sambutan positif pendengar walaupun ianya berbeza daripada lagu-lagu hits saya sebelum ini. Lagu ini saya tuju khas buat para peminat yang setia menyokong saya selama ini. Saya tidak akan pernah penat menghasilkan karya-karya terbaik untuk mereka. MV Penat juga merupakan antara video muzik yang memakan kos tertinggi pernah dihasilkan setakat ini,” katanya. Single ini adalah hasil terbitan Warner Music Malaysia sudah boleh didapati di semua platform digital bermula Rabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *