Aishah dikritik teruk oleh warganet ini. Kini dia tidak lagi berdiam diri dan sudah mengambil satu tindakan ini pada warganet itu.

artis Dunia Hiburan Uncategorized

KUALA LUMPUR: Membaca entri dimuat naik penyanyi Aishah selepas menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Aku Bidadari Syurgamu pada Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) Ke-35 menerima kritikan teruk oleh warganet, dapat membayangkan betapa terlukanya hati penyanyi lagu Janji Manismu ini.

Sebagai bintang yang sudah lebih tiga dekad dalam dunia seni dan pernah mengharumkan nama negara, terbit rasa terkilan dalam hati Aishah atau nama penuh, Wan Aishah Wan Ariffin apabila kebanyakan komen dilayangkan berunsur biadap dan menghina martabatnya.

“Sejujurnya, saya bukanlah artis yang tidak boleh menerima kritikan. Kalau saya tidak boleh dikritik, saya tidak akan masuk program Gegar Vaganza (GV). Tapi, kalau hendak kritik, biarlah kritikan itu membina dan beri jalan penyelesaian.

“Soal nyanyian itu sedap atau tidak, ia terpulang kepada telinga si pendengar. Setiap orang ada cita rasa tersendiri. Dalam hal ini, kebanyakan komen yang ditulis di laman sosial bukannya kritikan yang membina tetapi lebih kepada sikap biadap apabila sanggup mengeluarkan kata-kata berunsur negatif. Sebagai seorang yang sudah berusia, apabila membaca komen sebegini, sudah tentu saya sedih. Kadang-kadang yang menulis itu boleh dipanggil anak. Tergamak mereka berkata sebegitu pada seseorang yang mungkin sebaya dengan ibu mereka,” katanya kepada BH Online.

Aishah berkata, dia bukan sengaja melayan, tetapi tujuannya untuk menjawab atau mendedahkan wajah individu yang berkata sebegitu dalam media sosial adalah bertujuan untuk mengajar mereka.

“Jika terus berdiam diri, nanti generasi baharu menyangka bersikap negatif di media sosial menjadi amalan normal dalam masyarakat hari ini. Mereka akan menganggap perkara itu tidak salah. Saya tidak mahu perkara itu berlaku. Sebelum ia menjadi lebih teruk, lebih baik saya cantas dan bertindak untuk berdepan dengan golongan wira papan kekunci ini. Saya juga sudah serahkan perkara ini kepada peguam dan mereka sedang menelitinya. Sehingga ke hari ini, saya tidak menerima sebarang maklum balas daripada individu terbabit. Tujuan saya mendedahkan wajahnya adalah kerana saya hendak bagi peringatan supaya jangan sewenang-wenangnya menulis komen yang bukan-bukan. Jangan jadikan orang lain sebagai tempat pelepas kemarahan jika dia mempunyai masalah dalam kehidupannya. Apakah dia sengaja mahu memalukan saya dengan menulis komen sebegitu? Saya tidaklah sengkek sangat seperti yang dikatakannya itu,” katanya.

Juara program realiti Gegar Vaganza musim keempat itu berkata, dia juga tidak berpuas hati dengan nyanyiannya, tetapi cuba memberikan yang terbaik.

“Bayangkan, dalam tempoh lima hari, saya perlu menghafal lagu itu, membuat latihan, kena siapkan baju dan pelbagai persiapan lain yang menuntut masa yang bukan sedikit. Saya pegang tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi. Segala-galanya berjalan lancar sehinggalah ketika membuat persembahan, saya rasa seperti mahu pitam. Untuk mengelak berlakunya kejadian tak diingini, saya cuba mengawal pergerakan saya supaya tidak jatuh sehingga mengganggu fokus saya. Saya bersyukur kerana tiada apa yang berlaku. Apabila dengar kembali, saya tak rasa nyanyian saya teruk seperti yang didakwa. Tapi saya faham cita rasa pendengar berbeza,” katanya.

Aishah berkata, ketika mula menerima tawaran untuk menyanyikan lagu itu, dia terkejut kerana pernah terdetik dalam hati mengapa tiada komposer dapat memberikan lagu sebegitu kepadanya.

“Tidak sangka Tuhan menjawab doa saya. Selain tertarik dengan melodi dan demi penyanyi asalnya, Siti, saya anggap peluang itu adalah satu tawaran kerja buat saya. Daripada tidak buat apa-apa, saya terima tawaran itu. Namun, apabila ada yang tidak berpuas hati dan mengkritik saya, ralat juga hati ini. Apapun, saya serahkan kepada komposer, Ippo Hafiz untuk membuat keputusan. Kalau Ippo masih mahukan saya menyanyikan lagu itu jika ia berjaya ke final, saya sudi menyanyikannya,” katanya

Sebelum ini Penyanyi Aishah meluahkan rasa berang terhadap seorang warganet yang berkata sebegitu pada dirinya akan menjual hadiah kek pemberian Datuk Siti Nurhaliza ke kedai pajak gadai. Aishah menyifatkan komen yang diberikan pemuda itu di laman sosial sebagai hendak menjatuhkan reputasi dan maruahnya, ditambah pula menggelarkannya sebagai ‘artis sendu’.

Ada Warganet Mengatakan Aishah Sanggup Jual Hadiah Pemberian Dato Siti Ke Pajak Gadai. Ini Respon Mengejut Dari Aishah Susulan Kritikan Warganet Tersebut

Penyanyi Aishah meluahkan rasa berang terhadap seorang warganet yang mengkritik dan mengatakan dia akan menjual hadiah kek pemberian Datuk Siti Nurhaliza ke kedai pajak gadai.Aishah menyifatkan komen yang diberikan pemuda itu di laman sosial sebagai hendak menj4tuhkan reputasi dan m4ruahnya, ditambah pula menggelarkannya sebagai ‘artis sendu’.

Pelantun lagu Janji Manismu itu mendedahkan wajah warga maya tersebut di akaun Instagram miliknya.“Haaaa ini dia wajah orang mengkritik gitu sekali. Saya ni taklah singkek sangat hingga kek pemberian Tok Ti (Siti Nurhaliza) pun takut dibawa ke pajak gadai.

“Allahu,kerana pulut santan binasa. Tuan @izwanazmi this is too much already, menj4tuhkan reputasi dan m4ruah saya,” katanya.Aishah juga meminta pendapat adakah patut dia bawa perkara ini ke mahkamah selain suaminya sendiri mahu bersemuka dengan warganet tersebut.“What say you? Patut ke kita seret ke mahkamah orang ini sebagai pengajaran?

“Kepada tuan punya badan AB Rahim ni, ada satu permintaan, suami saya nak sangat bersemuka dengan awak,” tegasnya.Aishah telah menerima pelbagai maklum balas mengenai nyanyiannya sewaktu membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.Ada yang memuji nyanyiannya, bahkan ada juga yang menyifatkan nyanyiannya kurang menyerlah.

Sementara itu, pada perkongsian lainnya di Instagram, Aishah mengajak warganet yang mengecamnnya di media sosial untuk berjumpa dan luahkan rasa tidak puas hati itu.“Memang rancang untuk ‘att4ck’ ye atau kena bayar? Wow Jangan selindung-selimdung dik, meh (mari) jumpa saya. Itu pun kalau awak beranilah. Apa barang setakat DM (Direct Mesage) saja nak kut-uk saya. Mehlah (Marilah) jumpa saya depan-depan dan saya jelaskan pada awak apa perbezaannya. Jangan jadi penakut, pengecut, baling batu sembunyi tangan,” katanya.

Aishah juga menc4bar warganet berkenaan supaya menunjukkan gambar muka yang sebenar supaya pengkutnya boleh kenal individu tidak beradap itu.Dato Vida Mohon Maaf.Sebelum ini Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) pernah memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 54, sebagai satu daripada tiga syarat hasil proses mediasi antara kedua-dua pihak di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Isnin lalu.

DSV atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman memohon maaf atas representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan bagi program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang beliau akui terkhilaf dalam mengumumkan harga barang kemas itu yang mana ia adalah harga ketika dibeli suatu ketika dahulu.

Aishah Menangis Dan Sedih Dengan Sikap Segelintir Warganet. Aishah Luah Apa Yang Dia Rasa Dan Sanggup Mengajak Warganet Yang Mengkritknya Di Media Sosial Untuk Berjumpa.

Penyanyi, Aishah menangis, sedih dan kecewa dengan sikap segelintir warganet ketika ini yang sanggup memberi kritikan sewenang-wenangnya. Aishah menerusi satu perkongsian di Instagram, menyifatkan kehidupan zaman sekarang cukup mencabar baginya kerana berhadapan generasi alam maya yang berasa diri masing-masing kebal di sebalik akaun media sosial.

“Hidup zaman sekarang cukup mencabar kerana kita berhadapan generasi alam maya yang terasa diri mereka kebal di sebalik akaun media sosial mereka dan diizinkan untuk berkata-kata, mengkritik sesiapa saja. Allahuakbar, hilang segala budi pekerti, adab sopan tutur kata dalam alam ini. Bukanlah tak boleh komen,tetapi komenlah dengan berhemah dan berfakta.

“Tunjukkanlah kecerdikan dan ilmu yang mungkin ada di dalam diri masing-masing untuk membina industri seni ini. Setiap artis itu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing,” tulisnya.Aishah menjadi antara kritikan warganet selepas persembahannya menyanyikan lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aku Bidadari Syurgamu di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35, kelmarin, dikatakan kurang mantap.

Aishah berkata, dia menangis sejak semalam mengenangkan sikap generasi hari ini yang hilang rasa hormat kepada golongan berusia apabila di alam maya.“Mak ayah ajar kita untuk beradab, sopan dalam berkata-kata dan hormat pada orang yang lebih tua dari kita. Hilang semua itu di alam maya. Malangnya, komen hanya untuk menjtuhkan maruah seseorang hingga tahap mengkritik walaupun orang yang kau hina itu sudah tahap usia ibu kau sendiri,” katanya.

Menurut Aishah, dia boleh terima jika dikritik dari segi nyanyian. Pembabitannya ketika di Gegar Vaganza (GV) sebelum ini pun kerana sedia untuk dikritik.Katanya, walaupun sudah 34 tahun dalam industri muzik, proses pembelajaran tetap berjalan. Apatah lagi untuk dia yang suka belajar dan sedia mendengar pandangan.

Sementara itu, pada perkongsian lainnya di Instagram, Aishah mengajak warganet yang mengkritknya di media sosial untuk berjumpa dan luahkan rasa tidak puas hati itu.“Memang rancang untuk ‘att4ck’ ye atau kena bayar? Wow Jangan selindung-selimdung dik, meh (mari) jumpa saya. Itu pun kalau awak beranilah. Apa barang setakat DM (Direct Mesage) saja nak kut-uk saya. Mehlah (Marilah) jumpa saya depan-depan dan saya jelaskan pada awak apa perbezaannya. Jangan jadi penakut, pengecut, bling batu sembunyi tangan,” katanya.Aishah juga mencabar warganet berkenaan supaya menunjukkan gambar muka yang sebenar supaya pengkutnya boleh kenal individu tidak beradap itu.

Persetujuan Aishah suatu penghormatan – Siti Nurhaliza

Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan pemilihan Aishah mendendangkan lagu popularnya, Aku Bidadari Syurgamu pada Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) Ke-35, malam tadi, sebagai detik bersejarah.Siti memberitahu, persetujuan Aishah untuk menggalas tanggungjawab itu dianggap suatu penghormatan.

“Apabila Kak Aishah bersetuju menyanyikan lagu itu, Siti anggap ia suatu penghormatan. Sebelum jadi penyanyi, ketika buat persembahan di majlis orang kahwin dan sebagainya, Siti sering menyanyi lagu Kak Aishah.Ketika menyertai Bintang HMI peringkat akhir, Siti menyampaikan lagu Kak Aishah. Kali ini, giliran Kak Aishah pula…. Ini seperti suatu sejarah bagi Siti,” katanya kepada BH Online.

Malam tadi, menjawab teka-teki ramai, Aishah tampil menggantikan Siti mendendangkan lagu ciptaan Ippo Hafiz dan lirik dihasilkan Siti Rosmizah itu, pada SFMM 35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.Sebagai bekas anak didik kepada komposer terkenal, Datuk Adnan Abu Hassan, penyanyi Anta Permana ini berkata, Aishah menjadi pilihan tepat kerana melodi lagu itu mempunyai sentuhan serupa dengan karya dihasilkan komposer terbabit.

“Bagi Siti, lagu ini dapat mengembalikan kegemilangan muzik zaman 1990-an dan mengingatkan kembali lagu dicipta beliau. Pastinya, anak-anak didik beliau sinonim dengan rentak lagu seperti ini.“Kak Aishah tentulah salah seorang daripada anak didik beliay dan saya yakin beliau dapat menyampaikan lagu ini dengan baik,” katanya.

Keputusan mencari penyanyi gantian dibuat selepas pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali melalui Jerat Percintaan, Cindai dan Balqis itu memutuskan untuk tidak lagi bertanding di pentas itu.Sebelum ini, beberapa nama di sebut-sebut sebagai penyanyi yang bakal menggantikan Siti seperti Misha Omar dan Liza Hanim.Bagaimanapun, Misha dan Liza masing-masing menafikan mereka adalah penyanyi dimaksudkan.

Niat Nak Promosi Produk Tapi Guna Gambar Orang Lain. Aishah Luah Perasaannya Di IG Susulan Individu Terbabit Guna Gambarnya Untuk Satu Tujuan Ini

Aishah,penyanyi popular era 90-an telah memberi amaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan fotonya di media sosial untuk mempromosikan produk serta program menurunkan berat badan supaya memadamnya dalam masa 24 jam. Jelas Aisyah, amarn itu dikeluarkan kerana tidak mahu masyarakat di luar sana tertipv dengan iklan produk yang mengelirukan dengan mengatakan dia kini hilang berat badan kerana mengikuti program individu berkenaan.

Dia dilihat telah memuat naik sebuah entri meluahkan perasaannya itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.Berikutan amarn itu, difahamkan individu tersebut telah memadam entri iklan berkenaan. Aishah kemudiannya menjelaskan pendiriannya yang tidak mahu fotonya disalah gunakan pihak lain untuk mendapatkan keuntungan.

Mengimbas kembali, penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu kini lebih langsing setelah menjalani operasi bariatric serta diet dan pemakanan sihat.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Sumber: beautifulnara

Biodata Aisyah

Wan Aishah binti Wan Ariffin (atau lebih dikenali sebagai Aishah) merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan, Malaysiadan pernah menganggotai kumpulan Fan Clubdari New Zealand sehingga dikenal seluruh dunia sebelum meneruskan karier solo di tanah airnya. Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa malahan pernah menduduki carta Billboard Hot 100 menerusi lagu Dont Make Me Fall Alone pada tahun 1990 . Setelah beliau tidak lagi bersama Fan Club, Aishah pulang ke Malaysia masih aktif menyanyi secara solo hingga diangkat sebagai salah seorang lagenda pop negara dengan deretan lagu-lagu hits dan album terlaris. 2013.

Jangan Sebarkan Gambar Dia Yang Tak Tutup Aurat. Terkedu Aishah Tiba Tiba Tinggalkan Pesanan Sesuatu Dekat Ank Lelakinya. Rupa Rupanya Ini Punca Dia Cakap Macam Tu.

Penyanyi Aishah meniitipkan pesanan agar segala gambar lamanya yang tidak menutup aurat tidak disebarkan lagi kepada umum selepas dirinya pergi menghadap illahi. Menurut Aishah perkara itu juga sudah diberitahu kepada anak lelakinya sebagai pesanan buatnya kepada umum selepas pemergiannya kelak.

“Hari ni berbuka puasa ditemani Armand (anak) pula. Terkeluar cerita mengenai pemergian bintang Big Stage Sandra. “Pastinya ia sesuatu yang meruntun hati buat ibu dan keluarga yang berdepan dengan komen-komen negatif. Allahuakbar semoga mereka diberikan ketabahan.

“Dihujung perbualan itu saya berpesan pada Armand untuk ingatkan media dan peminat,’bila mum dah tak ada, jangan keluarkan lagi iimej-iimej tidak bertudung mum untuk tatapan ramai’,” katanya. Perkara itu dikongsikan Aishah menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, kata Aishah lagi, dia juga tidak mahu sebarang bentuk nyanyian tribute selepas ketiadaannya hanya kerana mahu mengenang penglibatannya dalam dunia seni. “Dan mohon peminat doakan banyak-banyak tanpa perlu sebarang nyanyian-nyanyian mengingatkan mum. Cukup dengan doa.

“Semoga perbualan ini akan menjadi kenangan indah dan pedoman untuk anak-anak satu ketika bila kita tiada lagi,” katanya. Dalam entri tersebut Aishah turut memuat naik gambar kenangan bersama dua orang anak lelakinya. “Dulu sebagai ibu tunggal membesarkan mereka saya selalu rindu untuk berbual dengan orang dewasa.

“Sekarang saya boleh lakukannya bersama mereka. Saya juga banyak tinggalkan pesanan pada mereka untuk bagaimana mereka nak survive bila saya tak ada lagi,” ujarnya. Aishah mempunyai dua orang cahaya mata, Armand Azhari, 27, dan Azhad Ahlami, 21, menerusi dua perkahwinan pertamanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Janji Manismu itu kemudian berkahwin lain selepas berpiah buat kali ketiga dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 2010. Begitupun, Aishah yang membuat pengakuan mengenai statusnya itu ketika menyertai Gegar Vaganza musim keempat enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai rumah tangganya kepada umum.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media OnlineSumber: GEMPAK@Teh Tarik Kaw

Aishah turun 31 kg, dah boleh pakai baju lama

PENYANYI popular Aishah, 55, kini lebih selesa dan gembira apabila berjaya menurunkan berat sebanyak 31 kilogram (kg) dalam tempoh kira-kira dua bulan selepas mengamalkan pemakanan sihat dan berpuasa. Dalam tempoh itu, Aishah berjaya menurunkan berat badan dari 110kg kepada 79kg dan mensasarkan untuk turun lagi 10kg bagi mendapatkan berat badan ideal.

Menerusi perubahan yang dilakukannya, penampilan penyanyi lagu Janji Manismu ini nampak semakin menarik sama seperti kemunculan awalnya dalam bidang seni. Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata, memandangkan konsert MPO dan Aishah: A Musical Journey ditangguhkan ke tahun depan, dia masih berpeluang untuk menurunkan lagi berat badan sehingga mencapai berat yang ideal.

“Sekurang-kurangnya saya ada masa untuk lebih berusaha kurangkan berat badan. Mulanya saya risau berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu kerana asyik kerja makan tidur sahaja. “Tapi saya kuatkan diri dengan berpuasa. Saya buat begini kerana tahu jika duduk rumah mulut asyik nak mengunyah.

“Selain itu saya juga tak ambil makanan berminyak, gula dan minuman manis dan minuman dalam tin (can drink). Saya lebih suka minum ‘sparkling water’,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Exclusive Face Mask Extender by Aishah X Nazrai Hijabpin baru-baru ini.

Aishah berkata, amalan yang dipraktikkan itu membuatkan berat badannya turun secara drastik. “Saya boleh mendisiplinkan diri untuk lakukan ini. Pada usia saya, penjagaan kesihatan kena serius. Saya pula ada anak-anak lelaki. Kasihan mereka kena jaga saya sekiranya saya sakit. Kami sama-sama kena jaga apa yang kami makan.

“Ikutkan hati saya memang suka makan macam-macam. Tak makan nasi tak apa tapi saya makan coklat serta kek dan ia amat bahaya. Kadang-kadang saya makan juga, namun dalam kadar yang sikit,” katanya. Aishah berkata, amalan berpuasa dan ‘intermittent fasting diet’ yang diamalkannya dikira memadai untuk menjaga kesihatan selain mengawal berat badan.

“Ketika mula-mula berpuasa saya masih makan nasi apabila berbuka. Namun, apabila banyak makan salad sekarang, ia membantu saya lupakan nasi. “Sebenarnya saya masih makan nasi tapi bukan dalam kadar yang banyak. Dalam tiga, empat sudu dah kenyang tapi saya lebih sedap makan salad dan buah. Saya juga tak lupa sauna dan berbekam untuk kesihatan. Saya tak ikut sesi kecergasan kerana kesibukan saya lebih lagi apabila berada di rumah,” katanya.

Paling menggembirakan, dia kini mampu menggayakan semula pakaian yang pernah dipakai ketika zaman muda. “Banyak yang boleh dipakai semula. Kadang-kadang banyak baju lama yang saya simpan sahaja. Ada yang sudah disimpan lebih 15 tahun tapi sekarang dah boleh dipakai semula. Cuma saya masih gagal pakai baju ketika zaman saya bersama Fan Club.

“Mungkin pada masa itu saya belum ada anak. Jadinya bentuk badan ada perbezaan. Namun baju dari tahun 2010 saya sudah boleh pakai. Bahkan saya terkejut kerana lagi longgar berbanding dulu,” katanya. Aishah pernah melakukan pembedahan Bariatric Surgery atau pintasan gastrik pada awal 2018. Tindakan ini dilakukan kerana dia bimbang dengan pertambahan berat badannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *