Tular apabila kakak nak buat prank pada adiknya tetapi terlupa adiknya dikuarantinkan. Dia meletakkan satu nama ini pada parcel adiknya sehingga menghiburkan warganet.

Dunia Hiburan Keluarga Uncategorized

Al-Fateh menjadi perhatian warganet selepas parcelnya mempunyai nama tambahan yang pelik. foto ihsan Muhammad Al-Fateh Azmi Siapa tak gembira menerima bungkusan yang mengandungi barang yang dibeli secara dalam talian, lebih-lebih lagi penghantaran dibuat dari luar negara.

Namun, timbul tanda tanya dalam diri seorang pemuda apabila menerima parcel tetapi yang tertera namanya yang ‘panjan daripada biasa’. “Muhd Al Fateh Usyuk Asyam.”

Demikian nama tambahan penerima parcel itu menerusi sekeping foto yang dikongsikan di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 11,000 kali, merujuk kepada panggilan manja bagi ‘Busuk Masam’ yang kebiasaannya digunakan dalam kalangan ahli keluarga.

Parcel yang dihantar dari China.

Pemuda berkenaan yang nama sebenarnya Muhammad Al-Fateh Azmi berkata, parcel tersebut merupakan pengecaj bateri kamera yang dibeli secara dalam talian untuk dirinya. Namun, anak muda berusia 19 tahun itu memberitahu, dia meminta bantuan kakaknya untuk membuat pesanan kira-kira dua minggu lalu kerana masih berada di luar kawasan.

“Saya minta bantuan kakak untuk beli online untuk terus hantar ke alamat rumah keluarga di Kuching, Sarawak kerana ketika itu saya masih di Semenanjung. Tambahan pula kakak saya yang selalu membeli online, dapat memilih barang yang berkualiti dan dijual pada harga murah,” katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Al-Fateh, dia pada mulanya tidak menyedari nama yang tertera parcel itu sehingga foto tersebut dihantar oleh kakaknya.

Kakak Al-Fateh memberi isyarat ‘busuk’ merujuk pada nama tambahan di parcel.

Pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan itu berkata, ini bukanlah pertama kali kakaknya yang berusia 22 tahun itu membuat gurauan atau prank pada dirinya.

“Sebelum ini, banyak kali nama-nama pelik yang kakak letak atas nama saya sebagai penerima. Tapi kebiasaannya nama tambahan yang diletakkan adalah ‘busuk’,” ujar pelajar ijazah sarjana muda jurusan undang-undang itu.

Biasanya dia yang tolong buat pembelian secara online untuk kami adik-beradik, jadi dia akan letak nama penerima yang pelik-pelik

Bagaimanapun kata Al-Fateh, hasrat kakaknya untuk membuat prank tidak kesampaian kerana dia tidak berada di rumah ketika penyerahan parcel dibuat.

“Kakak beli online dua minggu lalu sebab dia tahu saya akan pulang ke Kuching minggu ini dan parcel diterima dari China, beberapa hari lepas. Tapi dia terlupa sekarang ni setiap orang yang masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin yang ditetapkan terlebih dahulu. Walaupun saya dah balik ke Kuching tapi saya tak terus pulang ke rumah kerana perlu menjalani kuarantin di hotel. Jadi prank tak menjadi, dan dia sendiri yang kena ambil daripada abang posmen,” katanya yang merujuk kepada negeri Sarawak mengeluarkan arahan kuarantin wajib 14 hari itu sebagai langkah penularan Covid-19. Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, selain dirinya, kakaknya yang terkenal kerana suka menyakat itu turut gemar menjadikan adik-beradik lain sebagai ‘mangsa’.

“Bukan saya je jadi mangsa, kakak saya seorang lagi dan adik perempuan juga pernah kena setiap kali dapat barang atau bungkusan yang dihantar ke rumah. Biasanya dia yang tolong buat pembelian secara online untuk kami adik-beradik, jadi dia akan letak nama penerima yang pelik-pelik. Dia memang suka bergurau,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, dia memberitahu bahawa nama yang sengaja ditambah itu tidak menjadi isu besar kerana apa yang lebih penting adalah alamat penghantaran adalah betul dan lengkap. Apa yang menjadi persoalan adalah parcel kami je ada nama ‘busuk’. Tapi kalau parcel kakak sendiri, mesti dia letak nama tambahan ‘cantik’… itu taktik dia nak suruh abang posmen panggil dia cantik bila parcel sampai ke rumah,” ujarnya secara berseloroh.

Remaja terkejut lihat baju raya impiannya selepas terima bungkusan jam 10 malam – “Saya rasa macam pontianak”

(kiri) Baju yang diimpikan oleh seorang remaja. (kanan) Baju yang diterimanya selepas membuat pembelian secara dalam talian. Niat di hati mahu berbaju baharu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, tapi nasib malang menimpa seorang remaja.

Manakan tidak, baju yang dipesan menerusi pembelian secara dalam talian tidak kelihatan seperti yang diimpikan. “Tak tahulah, dah macam pontianak ada, macam kelawar ada, macam hantu bungkus pun ada. Elok aku jadi burung jelah. Senang orang lain balik kampung naik kereta aku balik terbang sendiri je,” tulisnya sehingga luahan tersebut menjadi tular di media sosial.

Remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lela berkata, dia sebenarnya berkongsi luahan itu menerusi status story di aplikasi WhatsApp untuk dilihat dalam kalangan teman rapat. Namun dia tidak menyangka kisahnya menjadi tular apabila ia dikongsi oleh seorang rakannya di laman Twitter. Dia dalam masa sama, mengakui terkejut sebaik saja melihat baju tersebut.

“Saya terima bungkusan yang mengandungi baju pada pukul 10 malam 26 Jun lalu. Saya beli baju tu secara online daripada seorang ejen kepada sebuah instagram butik (IG shop). Tema keluarga saya tahun ni warna baby blue. Memandangkan masa Hari Raya Aidilfitri sebelum ini tak dapat beli, maka saya rancang untuk pakai pada raya haji nanti,” ujar remaja berusia 18 tahun itu kepada mStar.

Luahan seorang remaja menerusi status di WhatsApp.

Lela yang berasal dari Cheras, Selangor mengakui amat teruja sebaik menerima bungkusan tersebut kerana dia perlu membuat pra-pesanan terlebih dahulu sebelum ini.

“Bila pegang kain baju tu rasa best je sebab lembut dan licin, warna pun cantik. Tapi bila nak sarung terus rasa kelakar dan pelik sebab baju tu kena ikat dari dalam. Masa beli saya tak rujuk butik sebenar baju tu, jadi saya memang tak tahu tutorial macam mana nak pakai baju tu. Saya fikirkan baju tu dah siap jahit semua tinggal sarung dekat badan je. Mak dan kawan tak berhenti gelakkan saya. Mak tanya baju apa yang kau pakai ni? Mak cakap macam hantu penanggal sebab kain pada bahagian lengan memanjang sampai ke bawah. Saya pula rasa macam pontianak,” ujarnya secara berseloroh. Anak bongsu daripada lima beradik itu juga mengakui badannya agak berisi dan kebiasaannya memakai baju bersaiz L atau XL.

Memandangkan ia adalah pembelian dalam talian yang pertama, maka dia disarankan untuk memilih saiz yang lebih besar kerana pengubahsuaian boleh dibuat sekiranya baju tersebut longgar.

“Memang saya pakai nampak tak kemas, antara sebabnya salah saiz terlebih besar. Tapi kalau nak alter, nanti jadi lagi tak kemas pula baju tu. Jadi, saya buat keputusan untuk jual baju tu kepada orang lain yang berminat. Niat saya hanya bergurau, bukan marahkan IG shop atau complain sebab salah saya juga tak tanya lebih terperinci dekat penjual tentang baju tu,” ujarnya yang kini bekerja secara sambilan.

Pengajaran untuk semua kalau nak beli baju online sila rujuk dengan penjual tu lebih detail tentang cara pakai baju tu atau saiz.

Lela berkata, dia bagaimanapun tidak serik untuk membeli baju secara dalam talian pada masa akan datang tetapi menjadikan pengalamannya itu sebagai pengajaran. “Saya nak minta maaf kepada butik tu andai kata mereka rasa saya mengutuk baju mereka. Saya tengok baju-baju yang mereka jual semua cantik-cantik. Pengajaran untuk semua kalau nak beli baju online sila rujuk dengan penjual tu lebih detail tentang cara pakai baju tu atau saiz,” katanya.

Sementara itu, IG shop tersebut tampil memberi penjelasan dengan memuatnaik foto beberapa pelanggan yang memakai baju camela yang sama dengan pelbagai saiz. Kami dah jual camela ni lama tau, dah banyak terjual lebih 50,000 pasang. Jadi kalau sebab gambar viral tu nak claim baju ni teruk, kenapa yang pakai ni cantik? Sebab awak salah pilih saiz. Baju ni kena pakai ngam-ngam. Potongannya longgar jadi jangan ambil saiz besar. Kami tengok pelanggan tu saiz kecil je, yang ambil saiz besar sangat kenapa?” menurut IG Shop itu yang berpangkalan di Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *