Hawa Rizwana berkongsi satu gambar di laman Instagram. Tak sangka tiba tiba warganet perasan ada sesuatu kesan ditangannya.

artis Dunia Hiburan Uncategorized

Pengacara dan pembaca berita, Hawa Rizwana bukanlah nama yang asing lagi dalam dunia hiburan tanah air apatah lagi sejak wajahnya yang tular di media sosial kerana memiliki iras dengan selebriti popular, Neelofa.

Walau bagaimanapun, personaliti TV3 ini yang turut aktif dalam aktiviti berbasikal juga semakin menjadi perhatian ramai malah menerusi laman Instagram dia juga diikuti ribuan followers dimana kini telah mencecah lebih 625 ribu. Baru-baru ini, namanya menjadi sebutan ramai peminat dan pengikut di laman sosial tersebut juga apabila dia ada berkongsikan keputusannya yang cemerlang.

Difahamkan, Hawa Rizwana yang bergelar seorang penyampai berita ini dalam pada masa yang sama turut melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Komunikasi Massa.

Ternyata, meskipun sibuk dengan kerja tetapi gadis berusia 25 tahun ini berhasil mendapatkan keputusan yang cemerlang lalu berkongsikan berita gembira itu kepada umum.

Menerusi posting, Hawa turut meluahkan rasa syukurnya dan ternyata juga ia mencetuskan inspirasi buat para gadis diluar sana disamping ada juga yang meninggalkan komen memuji Hawa Rizwana.

“Tahniah…”. “Congrats Kak Hawa, it’s inspired me very well… hope I can make it too. Amin…” “Tengah buat Master rupanya. Dean list pula tu. Beauty with brain”

Terbaru Hawa Kongsi Foto Tarik Perhatian Ramai

KOMEN WARGANET :

“Saya tak rasa dia nak ‘try’ sebab…” – Hawa Rizwana jawab mengenai hubungan dengan Fizo Omar

Hubungan antara Hawa dan Fizo hanya sebagai adik dan abang. Pembaca berita Hawa Rizwana menganggap komen pelakon Fizo Omar di laman Instagram miliknya baru-baru ini hanyalah kata-kata dari seorang abang kepada adik. Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 24, berkata, dia sudah lama mengenali usahawan tersebut yang juga merupakan kenalan kepada bapanya. 

“Saya tak rasa dia nak try saya pun sebab hubungan kami macam adik dengan abang sahaja. Saya anggap gosip yang timbul itu sekadar usikan daripada peminat. Lebih-lebih lagi kerana status duda dipegangnya,” kata Hawa ketika dihubungi mStar.

Komen Fizo di foto Hawa mengundang perhatian netizen.

Hawa diminta mengulas spekulasi warganet bahawa Fizo cuba memikatnya berikutan komen memuji pembaca berita yang sering dikaitkan seiras wajah pengacara Neelofa itu. Komen Fizo yang mengucapkan tahniah atas tugasan kerjanya yang baik mengundang perhatian warganet yang rata-ratanya mengusik aktor itu. Menjelaskan lebih lanjut, Hawa berkata, dia sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun lalu memandangkan aktor itu mengenali bapanya.

“Saya memang peminat abang Fizo dari dulu. Selain mengenali abang Fizo sebagai seorang pelakon, saya kenal dia kerana dia adalah kenalan ayah.Ayah pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan abang Fizo juga merupakan salah seorang alumni di sana. Dia lebih rapat dengan ayah kerana mereka pernah bermain bola sepak bersama-sama,” ujarnya.

Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Hawa Rizwana tepis gosip cinta dengan 3 artis popular – “Saya nak lelaki matang, penyayang… paling penting kena kenal bapa dulu”

Tahun ini nama penyampai berita TV3, Hawa Rizwana Redzuan menjadi sebutan warganet apabila terpalit gosip kononnya dia sedang mengenali beberapa selebriti lelaki.

Meskipun khabar angin itu telah berlalu, Hawa berkata dia sentiasa berfikiran terbuka dan tenang berdepan sebarang gosip kerana menganggap ia hanyalah salah faham dan berlaku secara kebetulan.

“Saya ingat lagi sebelum ini ada yang kaitkan saya dengan Sufian Shuhaimi dan Fizo Omar… sebenarnya itu semua salah faham sahaja. Ceritanya kedua-dua mereka kenal ayah saya yang juga merupakan pensyarah di kampus pengajian mereka dahulu. Tiada istilah bercinta, kami hanya kawan biasa. Semua yang berlaku itu hanya kebetulan dan saya sudah jelaskan situasi sebenar. Gosip dengan Zizan pula timbul selepas viral video terbitan mStar pada September lalu dan ia mula menjadi perbualan ramai… memandangkan saya juga merupakan seorang wartawan jadi kami pernah kenal di lokasi tugasan, itu sahaja,” katanya kepada mStar.

Mengakui masih belum berpunya, gadis berusia 24 tahun ini berkata dia mencari seorang lelaki yang matang dan penyayang untuk dijadikan kekasih. Namun yang menjadi keutamaan ialah lelaki itu haruslah mengenali bapanya, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman dan menerima restu keluarga terlebih dahulu.

“Saya tak pernah meletakkan ciri-ciri khas untuk bakal kekasih, kalau rasa serasi okay sahaja… cumanya kalau boleh dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, matang, setia dan penyayang. Yang paling penting kena dapatkan kebenaran dan kenal ayah saya dulu, tapi buat masa ini saya belum terfikir lagi tentang hubungan cinta kerana fokus saya adalah kerjaya dan ingin menamatkan pengajian master terlebih dahulu,” ujarnya.

Bercakap mengenai karier pengacaraan, Hawa berharap orang ramai memandang pada bakatnya dan tidak terus dibayangi sebagai gadis berwajah Neelofa. “Saya mengagumi Neelofa sebagai seorang ikon wanita berjaya dan berharap satu hari nanti akan mengikut jejak langkahnya. Dikatakan wajah seiras itu tiada masalah cumanya kalau boleh saya nak dikenali kerana bakat yang ada. Semoga tahun 2020 membawa lebih banyak perkara baik dalam hidup saya dan dalam masa sama saya mahu memperbaiki kemahiran serta ilmu dalam bidang ini,” katanya yang kini sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana di sebuah universiti awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *