Guru ini tidak salah membuat keputusan apabila membeli telefon untuk warga emas ini. Akhirnya tak sangka ini yang terjadi selepas keputusan dibuat.

Amalan Dunia Kehidupan Uncategorized

Mohd Fadli berkongsi kisah mengenai satu pasangan suami isteri, Pakcik Saman dan Makcik Yati. Sering terlibat dalam aktiviti kebajikan membuatkan seorang guru yang dikenali ramai ini begitu mesra dengan masyarakat, termasuk satu pasangan suami isteri.

Guru berkenaan menceritakan dia mengenali pasangan warga emas itu yang hanya tinggal berdua kerana tidak dikurniakan cahaya mata, sejak akhir tahun lalu. Si isteri lumpuh tidak boleh berjalan dan bercakap akibat serangan strok, manakala suami kerap sakit jantung hingga tidak lagi dapat bekerja sebagai pemandu teksi.

“Terus aku ziarah mereka. Dari ziarah pertama, mereka terus berada dalam radar aku. Setiap sebulan dua sekali aku pasti singgah bertanya khabar, kirim bantuan dan bantu semampu aku,” tulis Mohd Fadli Salleh di halaman Facebook sehingga dikongsi lebih 1,400 kali.

Pakcik Saman disifatkan sebagai peramah dan suka bergurau.

Mohd Fadli berkata, dia masih teringat kata-kata si suami yang dikenali sebagai Pakcik Saman kepada isterinya, Makcik Yati setiap kali dia datang menziarahi mereka. “Allah tidak kirim anak kat kita selama ini, rupanya Allah nak kirim cikgu sebagai pengganti anak kita,” kata Pakcik Saman yang disifatkan sebagai seorang yang peramah dan suka bergurau.

Menurut guru itu, dia berkali-kali memujuk suami isteri itu untuk tinggal di rumah orang-orang tua kerana bimbang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini pada pasangan itu. “Aku risau, jika dia pengsan atau pergi, tiada siapa perasan dan Makcik Yati pun tak boleh nak minta bantuan sesiapa. Mereka enggan. Mereka kata biarlah mereka tinggal di situ. Mereka selesa. Jiran-jiran semuanya baik-baik belaka. Maka aku belikan telefon untuk Makcik Yati, siap daftar simkad dan pesan, jika apa-apa berlaku pada Pakcik Saman, Makcik Yati call je saya. Walau makcik tak boleh cakap, jika ada panggilan daripada nombor ini saya tahu ada kecemasan berlaku,” ujarnya.


Mohd Fadli memberitahu, dia berjaya menghantar Pakcik Saman dan Makcik Yati untuk tinggal dan dijaga dengan baik di rumah orang-orang tua, tiga minggu lalu. Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu masih enggan tinggal di pusat jagaan tersebut dan bertegas mahu pulang ke rumah mereka.

“Dan semalam, buat pertama kalinya ada call daripada nombor Makcik Yati, Uhhh, uhhh, uhhhh. Itu sahaja yang aku dengar. Sabar makcik, insyaAllah minggu depan saya bawa makcik keluar dari sana. Saya tunggu ambulans Dana Kita siap sepenuhnya dulu. Baru senang nak ambil makcik dan pakcik. Memang dari minggu lepas Pakcik Saman merungut nak balik rumah dia. Dia selesa di rumahnya. Katanya kalau ada apa-apa, Makcik Yati boleh panggil jirannya. Puas aku pujuk, katanya nak pulang juga. Maka aku janji aku bawa mereka pulang dengan ambulans Dana Kita nanti. Aku dah pun cari orang untuk jaga mereka di rumahnya,” ujar Mohd Fadli yang merujuk kepada aktiviti pertubuhan kebajikan yang sering dilakukannya.

Namun, takdir itu adalah ketentuhan Tuhan. Pakcik Saman telah disahkan pergi di rumah orang-orang tua, pada Jumaat. “Rupa-rupanya, tidak sempat aku tunaikan hasrat terakhir Pakcik Saman. Dia pergi dahulu. Namun aku bersyukur, tepat keputusan aku bawa mereka ke rumah orang-orang tua.”

aku angkat dan aku usung. Solatnya aku turut sama sembahyangkan. Hanya itu bakti terakhir yang mampu aku lakukan untuk Pakcik Saman

“Ada orang pantau setiap masa. Tidak boleh aku bayangkan jika Pakcik Saman pergi di rumah sendiri. Bagaimana Makcik Yati nak minta pertolongan? Mana tahu masa tu telefon duduk jauh atau habis bateri, bagaimana dia nak call aku? Ada kemungkinan mereput dan membusuklah dia sehingga orang perasan jika berlaku di rumah mereka,” katanya.

Mohd Fadli turut mengenang kembali saat dia menghantar pasangan suami isteri itu ke rumah orang-orang tua. “Baru tiga minggu lepas, aku hantar Pakcik Saman dan Makcik Yati ke rumah orang-orang tua. Semalam, aku mengangkatnya. Aku membuat ikatan kainnya. Aku melihat wajah itu tidak lagi boleh bergurau senda dengan aku. Badannya itu aku angkat dan aku usung. Solatnya aku turut sama sembahyangkan. Hanya itu bakti terakhir yang mampu aku lakukan untuk dia. Buat Pakcik Saman, tenanglah pakcik. Usah risau dengan Makcik Yati. Selagi saya berdaya, selagi saya bernyawa, saya akan pastikan kebajikan Makcik Yati terjaga,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *