George Clooney beri RM4 Juta seorang kepada 14 teman baiknya. George beri demi membalas jasa teman teman baiknya.

artis Dunia Hiburan Uncategorized

Bayangkan betapa kaya dan banyaknya harta yang dikumpul penerbit, pengarah, aktor Hollywood, George Clooney hasil daripada kariernya dalam bidang hiburan apabila beliau pernah memberikan sejumlah USD14 juta bersamaan RM57 juta kepada 14 orang teman baiknya.

Clooney mengaku memberi setiap seorang daripada 14 teman baiknya wang tunai bernilai USD 1 juta atau RM4 juta beberapa tahun silam kerana masih belum berkahwin apalagi memiliki keluarga. Rahsia itu diceritakan pemenang tiga kali Golden Globe itu dalam wawancara terkininya bersama majalah GQ yang juga menobatkan suami Amal Clooney ini sebagai Icon of Year.

Menurut Clooney, ‘pembahagian harta’ itu dilakukan selepas filem lakonannya bersama Sandra Bullock, Gravity yang dibintangi pada tahun 2013 menjadi blockbuster. Lantaran itu, lelaki berusia 59 tahun ini mendapat bahagian yang lumayan hasil daripada filem yang menjadi hit. 

Namun kata Clooney oleh kerana pada saat itu beliau tidak punya sesiapa, belum berkahwin dan memiliki keluarga sendiri, dirinya memutuskan untuk memberikan RM4 juta seorang kepada 14 teman rapatnya. “Tanpa mereka, saya tidak akan ada di sini atau berada pada tahap ini,” dedah Clooney dalam wawancara tersebut yang dipetik dari CNN.

Ayah kepada dua orang anak, Alexander Clooney dan Ella Clooney itu kemudian melanjutkan ceritanya dengan mengatakan beliau memandu sebuah van buruk ke sebuah gudang di luar bandar Los Angeles, lokasi dirinya memiliki RM57 juta sebelum menelefon 14 temannya untuk datang ke rumah.

“Macam mana saya boleh membayar jasa mereka yang telah bersama saya selama ini? Dan saya katakan pada diri sendiri, ‘apa kata saya berikan kalian RM4 juta seorang? Dan saya keluarkan peta, tunjukkan saja tempat mana di dunia yang ingin saya lawati dan saya dapat lakukannya kerana mereka,” kata Clooney.

George Clooney Timang Anak Kembar Pada Usia 56 Tahun

George dan Amal Clooney kini bergelar ibu-bapa kepada pasangan kembar, Ella dan Alexander. Isteri kepada pelakon George Clooney iaitu Amal Clooney selamat melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan pada Selasa.

Pasangan itu memilih nama Ella dan Alexander Clooney untuk pasangan kembar itu dalam satu kenyataan dikeluarkan kepada CNN. “Pagi ini Amal dan George menyambut kelahiran Ella dan Alexander Clooney dan mereka kini berada dalam keadaan baik dan sihat,” kata kenyataan itu.

George dan Amal berkahwin tiga tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Venice, Itali. Sebelum ini, pelakon itu pernah menyuarakan kegusaran untuk bergelar bapa pada usianya yang kini memasuki 56 tahun.

“Semua rakan-rakan saya sekarang sudah boleh bersenang-lenang kerana anak-anak mereka semua sudah besar. Mereka kini ketawakan saya kerana baru sekarang hendak mempunyai anak,” katanya ketika muncul dalam sebuah program bual bicara baru-baru ini.

George Clooney Sudah Biasa Jadi Bapa

Pelakon George Clooney sudah dapat membiasakan diri menjadi seorang bapa kepada anak kembarnya iaitu Alexander dan Ella. Malah kata George, 56, dia juga mahir menukar lampin anak-anaknya walaupun tugas itu sukar baginya ketika mereka baru dilahirkan.

“Saya sangat bagus menukar lampin! Malah saya sudah terbiasa bergelar bapa. Rumah kami kini tidak lagi sunyi dan sentiasa ada tangisan bayi dan ia membuatkan saya sentiasa tersedar siapa saya sekarang,” katanya.

Alexander dan Ella dilahirkan pada Jun lalu di London. Malah isteri George, Amal Clooney turut menyifatkan suaminya itu sebagai seorang bapa penyayang. “Saya tidak ada masalah tinggalkan anak-anak kepadanya kerana tahu mereka dalam jagaan yang baik,” katanya.

Nampak Tua Dan Kurus, Apa Jadi George Clooney?

George Clooney dan Amal Clooney pasangan yang terkenal dengan sikap romantisnya. George Clooney diketahui mempunyai karisma tersendiri sehingga pernah dilabel sebagai antara lelaki terseksi dan tertampan di dunia.

Bahkan, majalah People sendiri pernah beberapa kali menobatkan dirinya dalam kategori tersebut. Akan tetapi, dalam peningkatan usianya hari ini, aura ketampanan George Clooney nampaknya mula tenggelam.

Hal tersebut kelihatan jelas dari foto yang berjaya diambil paparazi baru-baru ini. Clooney yang pada ketika itu sedang berjalan berpimpin tangan dengan sang isteri berhampiran rumah mereka di Lake Come, Itali setelah kepenatan bermain tenis.

Inilah foto yang dirakam paparazzi menunjukkan diri Clooney yang nampak begitu kepenatan. Pada ketika itu Clooney memakai pakaian serba biru nampak begitu kepenatan. Hal itu terlihat jelas dari tatapan matanya yang sayu seperti kurang tidur.

Dengan rambut dan jambang yang mula keputihan, Clooney nampak begitu tua. Apatah lagi tubuhnya terlihat lebih kurus dari kebiasaan. Seperti yang diketahui, Clooney sebelum ini baru sahaja dianugerahkan sepasang anak kembar bernama Ella dan Alexander pada Julai lalu. Agaknya menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa membuatkan Clooney seperti tiada waktu lagi untuk menguruskan diri sehingga menampakkan usia wajahnya yang sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *