Dah 3 bulan duduk di Malaysia tapi belum lagi pulang berjumpa ibunya. Kini Ryzal Duriankimchi perjelaskan isu kenapa masih tak balik ke kampungnya.

artis Dunia Hiburan

Orang ramai khususnya yang menetap di zon merah dinasihatkan untuk tidak pulang ke kampung bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk memberi kerjasama sekiranya tiada keperluan yang memaksa untuk mereka berbuat demikian.

Kerjasama orang ramai itu bertujuan untuk mengelakkan golongan berisiko seperti warga emas dan mempunyai sakit teruk termasuk di zon hijau bebas daripada jangkitan itu. Perkara ini turut diluahkan Instafamous pasangan suami-isteri Malaysia dan Korea Selatan yang popular dengan gelaran ‘Duriankimchi’.

“Tolonglah rakan-rakan. Saya mahu berjumpa mak ayah sejak saya pulang ke Malaysia tiga bulan lepas. Saya tidak balik kampung untuk elak penularan wabak ini,” tulis Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menerusi story di laman instagramnya.

Nik Muhammad Ryzal, 28, berkata, dia dan isterinya, Maryam You Narae, 28, pulang ke tanah air awal September lalu sebelum menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah hotel di Kuala Lumpur, yang merupakan pusat kuarantin wajib. Pemuda berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu memberitahu, dia pada mulanya berhasrat untuk pulang ke kampung sebaik selesai menjalani kuarantin wajib.

“Saya nak sangat balik kampung, tapi mesti nak duduk lama di kampung kan sebab dah lama tak balik. Namun, saya perlu menyelesaikan urusan pendaftaran perkahwinan kami di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebab kami bernikah di Korea Selatan. Selepas selesai menjalani kuarantin pada 25 September, saya dan isteri perlu melakukan beberapa urusan kerja terlebih dahulu, dan kemudian uruskan pendaftaran perkahwinan kami,” katanya kepada mStar.

Ryzal (kanan) dan Maryam pulang ke tanah air sejak awal September.

Ryzal berkata, urusan berkaitan pendaftaran tersebut mengambil masa sehinggalah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada 14 Oktober lalu, susulan lonjakan kes Covid-19 di ketiga-tiga lokasi itu.

Dia yang menikahi Maryam di Korea Selatan pada Ogos 2019 berkata, pelaksanaan PKPB yang masih disambung sehingga kini tidak membolehkan mereka untuk merentas negeri tanpa kebenaran.

Lebih baik tak balik kampung buat masa ini, daripada menyebabkan hilang banyak nyawa… terutama orang yang kita sayang.

“Kami boleh cuba minta kebenaran daripada pihak polis, tapi kami bimbang kerana berada di zon merah untuk pulang ke Kelantan,” katanya sambil menambah dia dan isteri kini menetap di Kuala Lumpur.Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, kali terakhir dia pulang ke kampung adalah awal tahun lalu ketika negara belum dilanda pandemik Covid-19.

Ryzal dan isteri diraikan sebagai suami isteri di Korea Selatan. foto Facebook Ryzal Ibrahim

“Itu pun saya balik bersendirian tanpa Maryam. Saya dan Maryam pernah balik ke Kota Bharu pada Jun 2019, dua bulan sebelum kami berkahwin.Kasihan juga dengan mama (panggilan ibu) sebab dia tak dapat hadir tengok saya nikah di Korea Selatan, masa majlis resepsi pun dia tak dapat hadir.mKadang-kadang tu bila terlalu sibuk dengan kerja, saya boleh sebak sampai menangis bila tiba-tiba teringatkan mama di kampung. Rasa rindu sangat kat mama, perkara pertama yang saya nak buat bila balik kampung adalah cium tangan mama. Saya selalu berhubung dengan mama dan minta maaf sebab tak dapat balik kampung sekarang walaupun berada di Malaysia. Mama faham dan pesan jaga diri, sentiasa sihat dan selesaikan urusan penting (daftar nikah) dahulu,” katanya sambil menambah ibunya berusia 46 tahun.

Sehubungan itu, Ryzal menasihatkan orang ramai supaya berfikir secara rasional dalam keadaan negara yang masih mencatatkan kes Covid-19 yang tinggi. “Lebih baik tak balik kampung buat masa ini, daripada menyebabkan hilang banyak nyawa… terutama orang yang kita sayang. Kasihanilah juga frontliners yang tidak henti berjuang untuk kita semua,” katanya.

Dikeji ketika live FB, pasangan Instafamous Malaysia-Korea buat laporan polis – “Tak sangka bila kami pulang ke sini, dia alami perkara sama”

Ryzal (kanan) membuat laporan polis berhubung komen negatif yang dilemparkan warganet. foto ihsan Ryzal Ibrahim Gempar apabila pasangan Instafamous yang merupakan suami-isteri Malaysia dan Korea Selatan membuat laporan polis terhadap seorang warganet.

Semuanya selepas warganet berkenaan didakwa mengeluarkan komen berbaur negatif ketika pasangan yang popular dengan gelaran ‘duriankimchi’, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim dan Maryam You Narae membuat video penstriman secara langsung di laman Facebook.

Susulan komen negatif yang ditujukan kepada dirinya, Maryam menerusi laman Instagram meluahkan kesedihan yang dirasainya dengan memuat naik video dirinya sedang menyediakan kopi.

“Saya sedih kerana terdapat perkara negatif yang dilemparkan kepada saya. Saya faham apa yang dirasakan Sulli sebelum ini. Bagaimanapun, saya cuba untuk mencari kegembiraan untuk hari ini bagi mengatasi rasa sedih yang dirasai. Sesiapa yang sedang bad mood, bagaimana anda mencari kegembiraan anda sendiri?” tulisnya.

Luahan Maryam yang mengaitkan kes kematian bintang K-Pop, Sulli.

Maryam berkata demikian merujuk kepada Sulli, seorang bintang K-Pop popular yang sering menjadi sasaran pembuli siber sehingga mengakibatkan dia mengalami kemurungan. Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri, ditemui mati di kediamannya di pinggir bandar Seoul, Korea Selatan, pada Oktober 2019.

Bercakap kepada mStar, Nik Muhammad Ryzal, 28, berkata, dia dan isteri telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati di Ampang, Selangor, lewat petang Jumaat.

Lebih dikenali sebagai Ryzal, komen berbaur negatif dan kritikan itu dikeluarkan oleh warganet di ruangan komen ketika mereka bersiaran secara langsung pada 10 November.

“Namun, komen tersebut hanya dibaca Maryam pada 12 November dan menimbulkan rasa kurang senang dalam dirinya sehingga dia mendiamkan diri kerana bersedih. Dengan saya pun dia tidak bercakap selama beberapa jam kerana amat terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan oleh warganet berkenaan,” katanya ketika dihubungi, Sabtu.

Komen-komen negatif yang dilemparkan netizen.

Ryzal yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, dia begitu bimbang dengan keadaan isterinya yang berusia 28 tahun itu kerana dia pernah mengalami masalah depresi sebelum ini. “Maryam pernah mengalami depresi dan kemurungan sebelum ini semasa di Korea Selatan. Tak sangka pula bila kami pulang ke Malaysia, dia alami perkara yang sama akibat buli siber.

Walaupun kami sering dengan perwatakan ceria dan kelakar di laman sosial, tapi kami juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan

“Sebagai suami, saya bimbang dengan keadaan dia yang dilanda kemurungan. Dia bukan sahaja enggan bercakap dengan saya, malah tidak mahu makan selama beberapa jam. Jadi, saya risau keadaan kesihatannya dan tidak mahu ia bertambah buruk yang boleh menyebabkan masalah depresinya berulang,” katanya yang menetap di Korea Selatan bersama isteri tetapi pulang ke tanah air, baru-baru ini. Susulan laporan polis itu, Ryzal meminta semua pihak supaya menjaga tutur kata terutama di media sosial supaya tidak menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasaan orang lain.

“Walaupun kami sering muncul dengan perwatakan ceria dan kelakar di laman sosial, tapi kami juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Saya telah berbincang dan mendapatkan nasihat guaman, yang mana kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat komen berkenaan mahupun mereka yang lain sekiranya keadaan memudaratkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *