4 bahan dapur yang ada rahsia disebaliknya. Ia mampu menghalau cicak di rumah anda dengan cara paling efektif.

Amalan Infomaklumat Kehidupan Uncategorized

Terdapat pelbagai cara untuk menghalau cicak daripada rumah anda. Siapa sahaja yang tidak berasa takut dan geli apabila ternampak cicak yang tiba-tiba menempel di dinding rumah! Kehadirannya cukup mengganggu malah boleh mendatangkan kekecohan terutamanya bagi yang fobia dengan haiwan ini.

Untuk menghalau cicak daripada menjadikan rumah anda sebagai sarang, terdapat pelbagai cara boleh digunakan. Berikut adalah lima cara efektif untuk menghalau cicak daripada terus membelenggu hidup anda.

1. Kulit telur

Jika anda memasak telur, kulitnya jangan dibuang kerana ia boleh digunakan untuk menghalau cicak dengan meletakannya di tempat laluannya. Ini kerana cicak tidak suka dengan bau telur dan akan menjauhkan diri daripadanya.

2. Bawang putih

Aroma bawang putih dapat menghalau cicak kerana baunya cukup dibenci haiwan itu. Caranya mudah, gantungkan beberapa buku bawang putih di dapur atau bilik. Memang cicak tak berani datang dekat.

3. Kopi dan tembakau

Cicak juga tidak gemar akan bau kopi dan tembakau. Jadi apa kata anda campurkan kedua-dua bahan itu dan balut dalam kain nipis. Gantung di tempat yang banyak cicak. Ia bukan sahaja dapat menghalau cicak tetapi membunuhnya. Jadi bersedialah untuk mengutip bangkai cicak.

4. Lada hitam

Taburkan lada hitam di kawasan yang sering menjadi tumpuan cicak dan ia tidak akan menghampiri kawasan itu lagi.

Warna api boleh beri petunjuk dapur gas anda selamat atau bermasalah… jom periksa!

Api berwarna biru adalah paling selamat. Terdapat pelbagai cara untuk mengenal pasti kebocoran gas yang digunakan untuk memasak termasuklah bau belerang serta bunyi desiran ketika api dihidupkan. Sebenarnya warna api juga boleh menjadi kayu pengukur sama ada dapur gas anda bermasalah atau pun tidak.

Pada asasnya, sebuah dapur gas mestilah mempunyai jumlah bahan bakar yang tepat selain faktor keseimbangan oksigen dalam menghasilkan karbon dioksida. Warna api biru adalah tanda tong gas dan dapur gas anda berfungsi dengan baik namun bagaimana jika warna lain yang keluar?

1. Api Jingga

Ketidakseimbangan campuran bahan bakar oksigen boleh disebabkan pelbagai perkara. Lubang pembakar gas yang tersumbat akibat penumpukan jelaga boleh menyebabkan bahan bakar tidak rata ke silinder. Apabila api membakar tompokan jelaga, cahaya yang dihasilkan juga berwarna jingga. Dengan bekalan oksigen mencukupi, hanya sebahagian gas boleh menyala dengan api biru dan selebihnya dibazirkan dengan api oren yang suhunya lebih rendah.

2. Api Merah

Dapur gas dengan api berwarna merah adalah amaran bahawa jumlah karbon dioksida meningkat dengan suhu di bawah 1,000 darjah celcius. Pembakaran api merah ini juga tidak sempurna. Jika ternampak warna ini, berhati-hatilah kerana ia boleh menyebabkan keracunan karbon dioksida. Memasak dengan api ini juga boleh menyebabkan periuk terbakar dan meninggalkan kesan hitam. Ia juga petanda bahawa gas dalam tong sudah mulai sedikit dan perlu ditukar dengan yang baharu.

3. Api biru

Api berwarna biru adalah yang paling baik dan mempunyai suhu melebihi 1,500 darjah celsius. Proses memasak dengan api ini juga menjadi lebih cepat selain tidak membuatkan kuali anda terbakar. Api warna ini biasanya memberi tanda bahawa tahap karbon dioksida yang selamat digunakan ketika memasak.

Jangan biarkan bilik tidur bau kepam… Ketahui 4 cara mudah wangikan kamar anda!

Buah lemon antara bahan semula jadi yang boleh digunakan sebagai pewangi bilik tidur anda. Bilik tidur adalah ruang yang perlu dijaga kebersihannya bagi membolehkan kita berehat dengan tenang dan tidur nyenyak. Ini termasuklah memastikan bilik sentiasa berbau wangi sepanjang hari.

Sebenarnya jika tidak menggunakan pewangi bilik, kita juga boleh menggunakan pelbagai bahan semula jadi untuk membuat wangian bilik.Ia bukan sahaja mudah tetapi baunya juga cukup menenangkan selain tidak memerlukan kos yang tinggi.

1. Kopi

Kopi dapat memberikan aroma istimewa kepada ruang bilik tidur anda. Selain dapat memberikan aroma wangi, ia juga mampu menghilangkan bau busuk dalam bilik. Caranya mudah, letakkan serbuk kopi dalam bekas terbuka dan letak di tepi sudut bilik. Baunya akan tersebar di dalam bilik dan mampu bertahan selama tujuh hari!

2. Kayu manis

Hidupkan lilin dan letakkan kayu manis disekelilingnya. Udara panas daripada lilin akan mengeluarkan bau kayu manis.

3. Potpourri

Potpourri adalah pewangi yang terbuat dari campuran berbagai macam buah, bunga, ataupun tanaman yang sudah dikeringkan. Jika memiliki jambangan bunga, jangan dibuang! Ia boleh dibuat sebagai pewangi bilik. Caranya juga mudah – campurkan bunga kering dengan kulit limau, bunga cengkih dan kayu manis. Nah! Baunya akan tersebar di seluruh bilik anda.

4. Lemon

Campurkan dua biji buah lemon, dua batang rosemary dan satu sudu teh vanila. Hiris lemon, masukkan ke semua bahan ke dalam bekas berisi dua liter air dan didihkan di atas api sederhana. Apabila baunya sudah keluar, matikan api dan tuang dalam botol semburan.

5. Kulit limau

Ambil kulit limau dan campurkan dengan minyak zaitun. Rebus selama 45 minit. Air rebusan diletakkan di dalam mangkuk dan letakkan di dalam bilik. Memang wangi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *