Dia menunggu sesuatu ini sudah lama. Nabila Razali akui menangis selama 2 hari hanya kerana heart broken.

artis Dunia Hiburan

Penyanyi Nabila Razali mengakui menangis selama dua hari selepas mengumumkan tidak dapat menyanyikan lagu Peluang Kedua pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 3 (SFMM 35) baru-baru ini. Jelas Nabila yang disahkan mengalami masalah peti suara memberitahu, tangisan itu disebabkan perasaan ralat kerana sudah lama menanti untuk muncul dalam pertandingan itu sejak lagi Pematah Hati.

“Saya sedih tak dapat menyanyikan lagu sendiri sebab saya sudah menunggu dari lagu Pematah Hati lagi, kali ini masih tiada rezeki. Apabila lagu Peluang Kedua dapat ke semi final Muzik-Muzik 35, saya dapat tahu pula tak boleh menyanyi, hati saya hancur. Dua hari saya menangis! Memang rasa ‘broken heart’. Tapi saya percaya apa yang berlaku ini ada hikmahnya,” katanya kepada Gempak.

Tambah Nabila, dia enggan mengambil risiko untuk meneruskan juga persembahannya kerana risau jangkaan peminat yang meletakkan harapan tinggi terhadap lagu itu.

“Proses ini panjang, ia membabitkan latihan dan sebagainya. Kalau saya buat juga mungkin saya tak boleh beri komitmen dan akhirnya tidak dapat berikan apa yang sepatutnya. Kalau peminat saya dengar dan hasilnya tidak seperti diharapkan ia akan menghancurkan hati mereka pula. Biarlah hati saya hancur awal daripada banyak lagi benda datang kemudian,” tambahnya. Ditanya mengenai penyanyi gantian yang bakal menyanyikan Peluang Kedua pada SFMM 35 nanti, Nabila enggan berkongsi lanjut.

“Insya-Allah, penyanyi gantian ini akan memberikan impak besar daripada apa yang saya boleh bagi. Siapa yang akan nyanyi, tak boleh kongsi lagi. Kalau diberi pilihan, saya tak boleh letak nama siapa-siapa. Cukup untuk saya tahu dia boleh beri rasa dan impak sama untuk SFMM 35 nanti,” katanya.

Pusingan ketiga SFMM 35 yang dijadual berlangsung pada Ahad lalu terpaksa ditunda ekoran penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19 yang juga terbabit dalam pertandingan itu pada Jumaat minggu sama. Difahamkan pusingan ketiga SFMM 35 itu akan disambung selepas 14 hari iaitu tempoh kuarantin bagi semua kru, pengacara dan penyanyi terbabit tamat.

Peminat Mengharapkan Nabila Razali Ada Untuk SFMM35. Nabila Akui Dia Mengalami Sakit Ini Dan Kerana Itu Dia Tidak Dapat Menghadiri.

Warganet mahu Nabila Razali nyanyi lagu Peluang Kedua di SFMM35. Penangguhan program nyanyian Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) disambut baik oleh segelintir penonton terutamanya peminat kepada penyanyi Nabila Razali. Ini kerana dalam tempoh tersebut, mereka berharap penyanyi lagu Peluang Kedua itu sudah sembuh daripada masalah kesihatan dan dapat membuat persembahan tanpa perlu diganti oleh penyanyi lain.

Menerusi laman sosial, rata-rata peminat meninggalkan komen mengharapkan Nabila menyanyikan sendiri lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu dalam merebut tempat ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang akan berlangsung tahun depan.

Menjawab persoalan peminat itu, pengurus Nabila iaitu Mohd Asrul Abdul Talib berkata, impian peminat untuk menyaksikan Nabila mempersembahkan lagu itu berkemungkinan akan tercapai namun bergantung kepada keadaan kesihatan penyanyi itu.

“Kita akan melihat keadaan kesihatannya pada masa itu… jika sudah pulih sepenuhnya besar kemungkinan Nabila akan buat persembahan itu. Sejak awal lagi dia mahu menyanyikan sendiri lagu berkenaan tapi masalah kesihatannya yang agak serius membuatkan pihak pengurusan membuat keputusan demikian” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Asrul berkata, dari sudut positif penangguhan program nyanyian itu seolah-olah memberi peluang untuk Nabila beraksi semula.

Justeru itu, Nabila memohon orang ramai mendoakan supaya dia segera pulih dan dapat menyempurnakan tugasan tersebut. “Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan mungkin juga lagu tersebut mahu dinyanyikan oleh penyanyi asal. “Nabila minta orang ramai doakan keadaan kesihatannya segera pulih,” katanya.

Nabila minta orang ramai doakan keadaan kesihatannya segera pulih secepat mungkin!

Pada Jumaat lalu, Nabila terpaksa melupakan impiannya untuk menyampaikan lagu Peluang Kedua di SFMM35 kerana masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Mengikut jadual, lagu tersebut akan bersaing di episod ketiga SFMM35 yang sepatutnya bersiaran pada Ahad lalu. Bagaimanapun, salah seorang penyanyi yang telah membuat persembahan pada episod pertama iaitu Alif Satar disahkan positif Covid-19.

Susulan itu, pihak produksi terpaksa menunda program tersebut sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Menerusi temubual bersama mStar baru-baru ini, Nabila mengakui sedang menjalani pemulihan daripada masalah tekak yang berkemungkinan boleh menyebab dia tidak boleh menyanyi dalam tempoh yang panjang.

Nabila Razali terlepas peluang Separuh Akhir Muzik Muzik 35, siapa bakal nyanyi lagu Peluang Kedua?

SUSULAN masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan, penyanyi Nabila Razali terpaksa melupakan impiannya untuk menyampaikan lagu Peluang Kedua di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SAMM35) pada Ahad ini.

Menurut pengurus Nabila iaitu Mohd Asrul Abdul Talib, keputusan itu dibuat selepas mendapatkan nasihat daripada doktor, guru vokal iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan komposer lagu tersebut, Hael Husaini serta MFMF.

Katanya lagi, biarpun sudah menjalani pelbagai rawatan namun berehat dalam jangka masa panjang merupakan pilihan terbaik buat Nabila.

Nabila alami masalah kesihatan.

“Nabila tak dapat membuat persembahan di SAMM35 pada Ahad atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Keputusan ini dibuat atas nasihat mereka yang berkepentingan. Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik. Ia keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SAMM antara yang menjadi impiannya sebagai penyanyi. Dia sudah menjalani latihan vokal sejak Oktober lalu dengan Syafinaz sebagai persiapan awal. Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya menerusi kenyataan rasmi. Nabila sepatutnya menyanyikan lagu Peluang Kedua pada malam Ahad, iaitu hari terakhir SAMM35.

Pihak pengurusan masih mencari pengganti Nabila.

Menerusi temu bual bersama mStar pada Isnin lalu, Nabila mengakui sedang menjalani pemulihan daripada sakit tekak yang berkemungkinan boleh menyebabkan dia tidak dibenarkan menyanyi.

Biarpun begitu, pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini tetap berusaha melakukan persediaan yang rapi menjelang konsert SAMM35 yang bermula pada Jumaat.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Nabila masih dalam usaha mencari pengganti terbaik untuk menyampaikan lagu tersebut dan akan memaklumkan perkembangan mengenainya dalam masa terdekat.

“Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian. Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini,” ujarnya.

Nabila Razali dituduh gadai maruah untuk dapat ‘job’ – “Saya dan team hanya buat kerja, kami tidak pernah ganggu sesiapa”

MENERIMA mesej berbaur negatif itu melakukan perbuatan tidak elok, pelakon dan penyanyi Nabila Razali mengakui kritikan tersebut menjejaskan emosinya.

Menurut Nabila, 28, dia tidak pernah mempertikaikan rezeki orang lain dan menegaskan kejayaan yang dicapainya kini datang daripada hasil kerja kerasnya.

“Kritikan bukanlah perkara baharu tapi kali ini paling membuatkan saya sedih. Saya kata saya tidak pernah mempertikaikan rezeki orang lain.

Nabila berkongsi paparan skrin mesej individu tersebut di laman Twitter.

“Saya bekerja sangat keras untuk sampai ke tahap ini. Ramai yang DM (mesej langsung) beri kata-kata semangat dan minta saya untuk mengabaikan mesej sebegini.

“Tapi sebagai manusia biasa tipulah kalau saya katakan tidak terkesan dengan komen berunsur negatif seperti ini. Kata-kata kotor yang dilemparkan sangat tidak boleh diterima oleh mana-mana individu pun.

“Saya dan team hanya buat kerja kami dan tidak pernah menganggu sesiapa. Untuk masa depan… saya harap tiada lagi komen sebegini,” katanya kepada mStar.

Nabila berkongsi paparan skrin mesej daripada pemilik akaun Instagram yang menuduhnya tergamak melakukan perkara tidak senonoh untuk mendapatkan tawaran berlakon di stesen televisyen.

Ramai yang DM beri kata-kata semangat dan meminta saya untuk mengabaikan mesej sebegini.

Malah, individu tersebut juga menghina fizikal dan suara penyanyi lagu Peluang Kedua itu yang disifatkan seperti watak kartun. “Hoi sun**! Kau mengangkang kat orang TV3 mana yang dapat job berlakon ha? Dah la muka hodoh hitam, hidung besar pun boleh jadi heroin. Nyanyi pun macam kartun nak berlakon. Isk geli! Tengok teaser pun meluat dengan suara kartun kau tu. Tolonglah cermin sikit muka tu sedar diri kau tak berbakat. Kau hidup pun makan duit seperti itu sebab tak ada bakat. Kenapa la kau tak mam*** saja!” tulis individu itu.

Dalam pada itu, Nabila memohon maaf sekiranya ada menggores hati mana-mana pihak sepanjang berada dalam industri dan berharap tiada lagi komen atau mesej seperti itu lagi di masa hadapan.

“Saya juga minta maaf jika ada menggores hati mana-mana pihak sepanjang saya berada dalam industri,” ujarnya. Sebelum ini, pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi itu pernah beberapa kali berdepan dengan kritikan terhadap nyanyian dan lakonannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *