Raja Ilya akui dia sangat merindukan sesuatu ini. Dia juga akui dia sangat terkenangkan suasana di Malaysia.

artis Dunia Hiburan Kehidupan Keluarga

Pelakon Raja Ilya yang kini berada di Perth Australia bersama suami tercinta, Trent Garret meluahkan rasa kerinduan kepada suasana Malaysia. Ini berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di seluruh Malaysia telah menyebabkan dia tidak dapat pulang ke Malaysia. Dia yang kini mengikuti suaminya itu setelah bernikah meluahkan rasa kerinduan menerusi ruangan Instagram miliknya, baru-baru ini.

“Kami rindukan Malaysia, saya amat rindukan masakan ibu, ayam varuval, nasi kerabu, mee goreng mamak telur mata, gulai tempoyak, durian, traffic jam, shooting, keluar dengan rakan-rakan, jalan-jalan di Taiping, balik kampung di Ipoh, ziarah pakcik, NAK BALIK!” Dia yang sering memuat naik aktiviti harian bersama suami buat tatapan peminatnya di Malaysia turut rajin mempromosikan produk secara online menerusi laman sosial miliknya

Raja Ilya dedah wajah suami selepas tiga hari berkahwin

Raja Ilya dedah wajah suaminya selepas tiga hari berkahwin. Foto Instagram: @rajailya. Pelakon Raja Ilya meluahkan rasa syukur apabila majlis perkahwinannya dengan warganegara Australia pada 23 Disember lalu berjalan lancar. Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 33, berkata dia berharap semua peminat mendoakan jodoh mereka kekal selama-lamanya.

“Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Majlis ini dilakukan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta kenalan terapat sahaja. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap kenalan dan peminat doakan jodoh kami kekal selamanya,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada Khamis.

Pelakon drama Gerak Khas ini sah bergelar isteri kepada pemuda dikenali sebagai TWG atau Trent yang berusia 37 tahun.  Menurut Raja Ilya, majlis pernikahan itu telah diadakan di kediaman  saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Dalam pada itu, Raja Ilya memberitahu dia masih sibuk dengan jadual penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 yang akan disambung di Perth bulan hadapan.

Katanya, jika ada rezeki dia tidak menolak untuk mengatur sebuah majlis resepsi di Malaysia bergantung kepada kelapangan suaminya yang merupakan ahli perniagaan.

Menerusi laman Instagram miliknya pada khamis, Raja Ilya turut berkongsi beberapa foto perkahwinannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Raja Ilya dan Trent telah berkenalan sejak 2012 dan mengesahkan sudah bertunang pada awal November lalu.Difahamkan, pasangan itu sedang berbulan madu di Rottnest Island, Australia.

“Kenapa tuduh saya?” – Raja Ilya nafi minta ‘sponsor’ bulan madu, siap nak token RM1,000

Majlis persandingan Raja Ilya telan kos RM10 juta. Selepas hampir dua bulan namanya dikaitkan dengan dakwaan meminta tajaan penuh pakej bulan madu berserta bayaran tambahan, pelakon Raja Ilya akhirnya tampil menjelaskan mengenai kontroversi tersebut. Terkejut dengan dakwaan itu, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad menegaskan dia tidak tahu-menahu kerana sudah mempunyai penaja untuk pakej bulan madunya di Langkawi.

“Saya tidak berapa pasti kenapa ada warganet yang tuduh saya adalah ‘pelakon’ tersebut. Apa yang saya tahu perkara itu kecoh seketika dan kemudian senyap begitu sahaja. Setahu saya untuk bulan madu, saya hanya mendapat tajaan hotel di Langkawi. Saya tidak ada kena mengena dengan isu pakej bulan madu yang dimaksudkan itu, tak profesionalnya individu tersebut,” kata Ilya kepada mStar.

Pelakon filem Soulmate Hingga Jannah ini ditemui semasa majlis resepsi dengan suami, Trent Garrett, 38, di Shah Alam pada Khamis. Pasangan ini bernikah pada 23 Disember lalu dengan dihadiri keluarga terdekat di Perth, Australia.

Akhir Julai lalu tular dakwaan yang mengaitkan Raja Ilya, 34, sebagai individu yang menghubungi sebuah syarikat ejen pelancongan tempatan bagi mendapatkan tajaan penuh pakej bulan madu. Menguatkan dakwaan apabila surat yang dikongsikan pemilik syarikat berkenaan di media sosial menyatakan bahawa majlis perkahwinan pelakon itu akan diadakan pada September.

Lebih mengundang kemarahan warganet apabila pelakon berkenaan turut meminta bayaran RM1,000 bagi tujuan promosi syarikat pelancongan di platform media sosialnya.

Raja Ilya masih dengan kekasih yang sama

Raja Ilya masih menjalinkan hubungan cinta dengan ahli perniagaan di Australia. Pelakon Raja Ilya menegaskan dia masih menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sama iaitu ahli perniagaan yang menetap di Australia. Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 33, berkata hubungan dia dan lelaki itu sudah terjalin sejak enam tahun lalu.

“Saya masih lagi bercinta dengan lelaki yang sama. Dia seorang ahli perniagaan yang berada di Australia. Kami sudah enam tahun menjalinkan hubungan cinta. Saya tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum. Mungkin sebab itu ramai orang tidak mengetahui tentang hubungan kami,” kata Ilya kepada mStar Online.

Ilya ditemui ketika majlis pentauliahan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan di BoraOmbak, Putrajaya pada baru-baru ini. Tambah Ilya, dia masih belum merancang untuk membawa hubungan tersebut ke peringkat seterusnya disebabkan kesibukan kerja masing-masing.

“Belum ada lagi apa-apa perancangan untuk berkahwin. Saya nak tumpukan perhatian pada karier dahulu. Dia pun sangat memahami,” ujarnya. Dalam pada itu, Ilya kini bergelar seorang penerbit dan bakal mengatur projek jangka panjang untuk syarikat produksinya. Dia dan rakan kongsinya akan menerbitkan sebuah filem bekerjasama dengan syarikat penerbitan di Indonesia pada hujung tahun ini.

“Apa yang boleh saya katakan filem berbajet tinggi ini bakal direalisasikan bersama sebuah syarikat dari Indonesia. Skripnya pula dihasilkan pasukan saya sendiri. Kami sudah melalui proses fasa ketiga pra produksi terutama memperkemaskan lagi skrip dan memilih barisan pelakon. Boleh dikatakan sebahagian besarnya pelakon Indonesia manakala tenaga belakang tabir digerakkan pasukan Malaysia,” katanya. Bagaimanapun, Ilya enggan berkongsi lebih lanjut mengenai projek tersebut selagi belum siap sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *