Kenyataan Zul Yahya kali ni tidak diterima oleh warganet. Zul Yahya undang dikritik oleh warganet.

artis Kehidupan Keluarga

Bekas pelakon terkenal negara yang sudah berhijrah nampaknya berterusan memuat naik pandangannya yang mengundang kontroversi menggunakan akaun peribadinya di laman medsos sejak akhir-akhir ni…

Admin ada perhatikan komennya berkenaan dengan pendemik c0vid 19, sop solat jemaah di masjid surau agak menjurus kepada puak-puak yang percaya dengan teori konsp1rasi Dajjal. Dan yang terbaru, komennya berkenaan dengan kebanyakan kitab2 yang dikarang selepas perginya nabi saw sudah tidak berapa betul…. Astaghfirullahal ‘aziim…

Namun carian terbaru menunjukkan status ini sudah hilang dari radar bila merujuk kepada akaun FBnya!

Admin tidak mahu mengulas panjang tentang isu ni, cuma persoalan yang timbul  ialah jika kebanyakan kitab yang dikarang ulamak sudah tidak betul, lalu daripada mana kita nak ambil ilmu yang memerlukan huraian dan pencerahan untuk difahami kerana banyak perkara di dalam Al-Quran dan Al Hadith bukan boleh difahami dengan detail oleh kebanyakan orang awam.

Contoh yang mudah ialah cara kita mengerjakan ibadat solat… Bagaimana seseorang tu solat jikalau tak ambil kitab ulamak… Agak agak solat ikut Quraan tampa pencerahan ulamak camana ya? Adakah dinyatakan dengan detail cara-cara mengerjakan solat di dalam Al-Quran?

Berikut adalah komen terpilih daripada warganet untuk rujukan semua…Mior Fakhrullah Abdull Jalil menulis… Banyak kali saya menahan jari ini dari menaip, kali ini saya dah tak tahan. Saya baca post2 Tuan dan kali ini saya nak menegur. Tuan, dalam kebanyakan post2 Tuan, ramai yang menasihati Tuan dan Tuan selalu mengajak orang untuk berfikir, tanya iman dan sebagainya.

Sekarang, saya nak tanya Tuan. Sebelum Tuan tulis post ni, Tuan berfikir x? Sebelum Tuan tulis post ni, Tuan tanya iman Tuan dak? Sekiranya Tuan benar2 beriman, Tuan fikir dak kedudukan Tuan nak dibanding dengan ulama’.

Sebab itu Tuan, saya nasihat diri saya dan Tuan dan jemaah karkun yang mungkin ada membaca ni supaya fahamkan bahawa, yang paling utama adalah mengaji ilmu tauhid, feqah, tasawuf berteraskan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Jemaah tabligh adalah jemaah yang sangat saya kagumi. Kerana bukan semua orang mampu buat kerja dakwah seperti kalian termasuklah saya. Tapi Guru kami pernah tanya dan saya tersent4k, katanya, “Ya bagus ajak dakwah orang. Tapi sebenarnya kita nak bawak orang ke mana, jika kita sendiri tak menguasai ilmu fardu ain.”

Last2 jadi gini. Sesuka hati post, macam kita sorang buat kerja agama, orang lain x buat. Kalau ya kamu sungguh2 berdakwah, tunjukkan akhlak yang baik terhadap ulama’ yang jauh lebih dalam memikir masalah ummah berbanding kita, hormat keputusan ulama’ yang jauh lebih faqeh daripada kita.

Kita satu huruf kitab pun x pernah tulis, hari2 duk tulis di FB ja, tu pun duk rasa kemaih dari ulama’. AMPUN YA ALLAH, AMPUN YA RASULALLAH. Maafkan saya atas ketelanjuran. Saling kita mendoakan.

Perkongsian Zul Yahya Luah Rasa Syukur Diberi Kesempatan Rapatkan Saf Ketika Solat Jemaah Undang Perhatian Warganet. Ini Penjelasan Zul Yahya Berkenaan Hal Tersebut

Meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan untuk merapatkan saf ketika menunaikan solat jemaah, posting pelakon Zul Yahya di laman Instagram miliknya undang pelbagai reaksi daripada warganet.

Bukan itu sahaja, Zul juga dilihat seakan mempersoalkan keyakinan para muslimin terhadap kuasa Allah dan sunnah Nabi S.A.W.Dalam pada itu, beliau juga menyeru kepada pihak berwajib agar solat jemaah di masjid dapat dilakukan mengikut norma lama.“Aku cadangkan buka salah satu masjid di setiap kawasan untuk solat berjemaah ikut norma lama. Kami boleh buat solat hajat perdana dan macam-macam amalan untuk memohon bantuan dari Allah.”

Hal ini demikian kerana, andai dibenarkan, umat Islam dapat menunaikan solat hajat supaya mampu memohon bantuan daripada Illahi.Katanya lagi, tiada apa yang perlu ditakutkan, jika ada dalam kalangan kita yang belum bersedia cukup hanya sekadar duduk di rumah sahaja.“Apa yang susah sangat? Apa yang takut sangat? Perkara dunia orang berhimpun tak apa pula. Tapi bab masjid bagi macam-macam alasan yang kadang-kadang tak masuk akal. Yang tak bersedia duduk diam-diam di rumah.”

Namun begitu, seperti sudah dijangka, entri berkenaan dihujani pelbagai komen daripada warganet .Ada yang menyokong tindakan pelakon itu, malah ada juga yang tidak bersependapat dengannya kerana lain orang, lain pendiriannya.

Dahulu Aktif Dalam Dunia Industri Seni Kini Zul Yahya Berani Mengambil Risiko Dengan Meneruskan Punca Rezekinya Dengan Membuka Satu Perniagaan Ini

Selepas pendakwah Ustaz Ebit Lew, kini pelakon Zul Yahya pula menceburkan diri dalam perniagaan pasar raya.Sejak beberapa hari lalu, Zul Yahya sudah mula memberitahu tentang persiapan pembukaan pasar raya miliknya yang diberi nama Zulyahya Mart itu di laman sosial medianya di Instagram.

Menurut Zul, perniagaan memerlukan usaha, tawakal dan doa yang tidak pernah putus.”Kami belum baik, baru belajar sedikit demi sedikit untuk perkara-perkara baik seperti ini. Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa istiqamah, masa dan harta untuk kehidupan agama.

“Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tak putus-putus, Insya-Allah, rezeki akan ikut menyusul.” tulisnya menerusi sebuah entri.Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Zul Yahya memberi sokongan dan mendoakan kejayaannya untuk perniagaannya itu.Ada juga yang berbangga kerana lebih ramai warga tempatan tampil untuk memajukan ekonomi perniagaan Islam.

Sedar Tak Sedar Dah Timang Anak Yang Keenam. Zul Yahya Kongsi Berita Gembira Selepas Timang Cahaya Mata Keenam Dan Ucapan Istimewa Buat Isteri

Pelakon Zul Yahya sekali lagi menerima berita gembira apabila menimang cahaya mata yang keenam pada hari Jumaat yang lalu. Lalu bintang yang kini bergiat aktif dalam bidang keagamaan itu turut menzahirkan rasa syukur apabila isterinya, Siti Raihan Mohd Rodzi selamat melahirkan anak lelaki mereka.

Pada masa yang sama, Zul turut berdoa agar permata hati mereka membesar menjadi anak yang soleh dan al-hafiz. Perkara itu dimaklumkan Zul menerusi satu posting di Instagram. Sementara itu menerusi satu hantaran lainnya, Zul turut menitipkan kata-kata istimewa bersempena dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga besarnya itu.

“MashaAllah, 9 muharram 1442 hari jumaat. Allah swt hadirkan kpd kami seorang lagi permata hati.“Alhamdulillah, ibu dan anak sihat dan dipermudahkan kelahirannya. #Allahmahabaik #amanahAllah #6point,” tulisnya sambil disusuli dengan ucapan tahniah. Foto: Instagram Zul Yahya

‘Cari kerja lainlah yang lebih berkat’ – Zul Yahya

PELAKON Zul Yahya, 47, menyeru pekerja industri filem dan drama kalangan kru produksi dan teknikal belakang tabir untuk mengubah punca rezeki mereka selama ini.Menerusi perkongsian video berdurasi tiga minit di Instagram TV (iGTV), Zul berkata, sudah tiba masanya mereka melakukan suatu peralihan dalam kehidupan mereka untuk mencari nafkah hidup yang lebih berkat di sisi Allah.

“Jom ubah kehidupan kita. Industri kini (hiburan) tidaklah seperti yang dibayangkan,malah ianya juga kurang keberkatan dan tidaklah peroleh banyak pun (wang) dan pasti akan sentiasa rasa tidak pernah cukup.

“Nasib kru (pekerja belakang tabir) yang kerja begitu susah tidaklah mengikut tempat. Kadang-kadang pihak atasan tak nampak pengorbanan ini. Apa yang mereka nampak adalah keuntungan yang bakal mereka perolehi,” katanya. Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya juga mendakwa penerbit, pengarah, stesen TV dan banyak pihak tidak memandang serius soal keberkatan hidup.

Katanya, apa yang ditayangkan pun sudahlah tidak berkat, apatah lagi yang mengusahakan produk terbabit. Justeru, Zul menyeru kepada pekerja terbabit untuk mengambil peluang untuk ubah cara hidup masing-masing dan undur diri didalam dunia industri.”Kerja dalam industri ini, EPF (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) pun tidak disediakan. Insurans ada yang boleh disediakan, dan ada juga yang tidak mampu untuk menampungnya. Jadi, hadirnya Covid-19 ketika ini, ia sebagai ujian untuk kita buka minda dan ambil peluang itu untuk ubah kehidupan kita selama ini.

“Undur diri, cari rezeki lebih berkat. Biar sedikit, asalkan cukup. Rezeki Allah ini luas dan jangan mengalah. Lagi pun, industri (hiburan) kita ini tidak berjaya,” katanya.Menurut Zul, apa yang dikongsi itu berdasarkan pengalaman pernah dilaluinya menceburi kerjaya seni selama 20 tahun.

Katanya, melalui pengalaman terbabit membuatkan dia akhirnya nekad untuk mengundur diri dan meninggalkan industri seni dan berubah mencari rezeki yang lebih berkat. Sehingga kini, video perkongsian Zul itu sudah mencatat lebih 6,000 komen dengan lebih 30 komen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Zul Yahya raih tumpuan

PELAKON Zul Yahya, 46, tidak mengharapkan maklum balas dari pihak masyarakat apabila membersih dan mengutip sampah di sekitar Taman Meru, Ipoh, yang tular baru-baru ini. Pelakon yang popular itu menerusi siri drama Pepaya itu meraih tumpuan ramai apabila bertindak untuk membersihkan sampah-sarap di kawasan terbabit sendirian.

Zul ketika dihubungi berkata, dia sememangnya sedar apa yang dilakukannya sebelum ini tidak memberi kesedaran dan bertindak membuat keputusan sedemikian. “Dari dulu sehinggalah sekarang perkara ini masih tidak mempunyai respon. Cakap banyak kali pun masih sama juga kerana itu adalah akhlak masing-masing. Saya bercakap berkenaan akhlak manusia. Saya juga buat apa yang termampu. Ibarat saya mahu tandas saya bersih, tidak mungkinlah saya mengharapkan orang lain yang melakukannya.

“Saya cuci dan tunjukkan saya nak tandas saya bersih seperti ini, kemudian saya suruh orang yang bertindak untuk melakukannya. Kalau mereka tidak lakukan juga, bermakna mentaliti mereka memang teruk,” katanya. Zul yang kini bergelar usahawan berkata, tujuannya adalah memupuk kesedaran pada manusia betapa pentingnya menjaga kebersihan yang menjadi asas hidup.

“Hidup kita sekarang pada zaman gajet, semuanya nak glamour. Apa yang dipandang hanyalah perkara glamour. Saya semua orang bangun dan sedarlah terutama golongan muda supaya menjaga kebersihan masing-masing kerana ia adalah asas kualiti hidup. Kalau tak bersih bermakna ia pemalas dan orang malas tiada hala tuju dalam hidup mereka sendiri. Ia juga merupakan asas utama mereka,” katanya.

Tindakan Zul melakukan kerja pembersihan ini dikesan seorang individu bernama Mohd Hairuddin yang merakam video dan kemudiannya memuat naik di Facebook. “Semalam Zul memberitahu bahawa banyak sampah di kawasan Mcdonalds Meru. Hari ini dia sendiri yang datang sapu sampah penuh satu kereta pacuan empat roda,” tulis Mohd Hairuddin. Hantaran video ini dikongsi sebanyak 560 kali dan menerima 68,000 tontonan dan rata-rata warganet memuji usaha dan tindakan murni pelakon tersebut.

Zul berkata, dia sendiri asalnya orang miskin tetapi sudah diajar menjaga kebersihan sejak kecil lagi. “Rumah buruk juga tapi ibu bapa saya ajar kalau boleh rumah sentiasa bersih dan tempat tidur juga wajib sentiasa kemas.“Ini yang perlu ditekankan dalam masyarakat kita. Saya tak pasti sama ada orang suka mahupun tidak dengan perbuatan saya. Saya bukannya nak menunjuk yang saya baik dan semua manusia juga tidaklah terlalu sempurna,” katanya.

Menurutnya, dia mahu menyuntik kesedaran di dalam diri sendiri serta masyarakat bahawa pentingnya menjaga kebersihan.“Itu menunjukkan akhlak, pemikiran dan hala tuju kita pada zaman kini. Kalau boleh biarlah seluruh hidup kita bersih dan mempunyai sikap untuk bertindak.

“Saya perasan ada yang kata soal kebersihan adalah urusan pekerja majlis perbandaran, tapi bilangan mereka haruslah dititikberatkan. Mereka juga dipertanggungjawabkan untuk membersihkan kawasan yang besar. Takkanlah masih nak mengharapkan dia untuk memberikan kebaikan terhadap keburukan kita pada setiap hari? Untuk apa mengharapkan orang lain buat sedangkan kita juga masih berupaya untuk melakukannya sendiri,” katanya.

Menerusi laman Facebook miliknya pula, Zul turut memberi nasihat kepada orang awam supaya menjaga kebersihan bumi ini kerana itu adalah tanggungjawab bersama.“Buang tabiat buruk itu dan jadilah manusia berkualiti. 20 bungkus plastik sampah berjaya dikutip selama lebih dua jam,” tulisnya.-mymetro

Rezeki artis tak berkat? Johan As’ari jawab pandangan Zul Yahya – “Cukup kalau kita kerja kerana Allah, direstui ibu bapa dan tahu ia halal”

Sejak beberapa hari lalu, dunia hiburan seakan menerima tamparan hebat selepas pelakon senior Zul Yahya mengajak penggiat industri agar meninggalkan kerjaya masing-masing. Kata Zul, 47, sudah tiba masanya pekerja industri filem dan drama dalam kalangan kru produksi dan teknikal belakang tabir untuk mencari sumber pendapatan yang lebih diberkati Allah.

Dek kerana itu, maka ramai juga anak-anak seni yang menyuarakan pendapat mereka kerana tidak bersetuju dengan mesej yang ingin disampaikan oleh Zul. Bagaimanapun pelakon Johan As’ari dilihat tenang dengan seruan Zul dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Sebenarnya apabila saya selami kembali seruan Zul itu, saya dapat merasakan ia bersifat kasih sayang. Dia kasihan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh pekerja belakang tabir yang mengalami kesukaran dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. “Jadi rasanya tidak perlu kita menyalahkan mana-mana bidang pekerjaan, yang penting kerja yang dilakukan itu halal,” kata Johan kepada mStar.

Perkongsian Zul Yahya di Instagram menerima pelbagai respons. Johan berkongsi pandangannya menerusi rancangan mStar Live di Facebook pada Rabu lalu. Ujar pelakon filem Juvana ini lagi, soal keberkatan itu sebenarnya bergantung kepada niat seseorang itu.

“Tak wajar untuk kita menyama-ratakan semua pekerja industri hiburan. Soal isu keberkatan ini lebih baik kita tepuk dada dan tanyalah hati masing-masing.”Keberkatan itu pasti dirasai apabila kita gembira dengan hasil kerja sendiri dan yang paling penting janganlah pernah ada prasangka buruk terhadap sesiapa,” tambah Johan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *