Idzham ismail timang anak keduanya. Syukur dapat temankan isterinya sehingga selesai.

artis Dunia Hiburan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Idzham Ismail bersyukur isteri selamat lahirkan anak kedua. Pelakon Idzham Ismail meluahkan rasa syukur apabila isterinya Siti Nur Abilah Shamsudin selamat melahirkan anak kedua mereka pada pagi Ahad. Menurut Idzham, 32, bayi lelaki itu dilahirkan secara normal pada pukul 7.45 pagi di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

“Alhamdulillah isteri selamat lahirkan anak kedua kami… sama seperti anak sulung, saya dapat temankan isteri sepanjang proses kelahiran. Kalau anak pertama dulu, isteri menunggu 12 jam untuk bersalin tapi kali ini sangat mudah, kami ke hospital pukul 3.30 pagi dan beberapa jam kemudian isteri selamat bersalin.

Mujurlah semua persediaan sudah dibuat awal… tentang nama itu nanti kita akan kongsikan!

“Mujurlah semua persediaan sudah dibuat awal… tentang nama itu nanti kita akan kongsikan,” katanya kepada mStar. Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah yang juga seorang pramugari pada Ogos 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.

Idzham maklumkan isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat. Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini memberitahu isterinya akan berpantang di rumah ibu mentua di Selangor.

“Isteri berpantang di rumah ibunya sebab mak mentua nak jaga… saya tak kisah mana-mana pun tak apa asalkan isteri dan anak di tempat mereka selesa dan ada orang jaga. Saya pun sekarang tengah penggambaran dua drama serentak, jadi kalau dia di rumah dan saya balik lambat tak ada orang yang boleh jaga pada waktu malam,” ujarnya.

Idzham Ismail sekeluarga masuk hospital kerana denggi – “Pening juga kepala sebab wad lain-lain”

Idzham sekeluarga ditahan di hospital kerana jangkitan demam denggi. Pelakon Idzham Ismail bersama isteri dan anaknya dimasukkan ke Hospital Klang, Selangor selepas dijangkiti demam denggi pada Jumaat lalu. Menurut Idzham, 32, dia sekeluarga dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengalami demam panas sejak beberapa hari lalu.

“Kami sekeluarga masuk hospital sebab jangkitan denggi… anak yang mula-mula tunjuk simptom, lepas itu saya dan kemudian isteri. Semalam kami buat pemeriksaan darah dan doktor mengesahkan rupa-rupanya denggi dan terus ditahan di hospital. Pening juga kepala ni sebab kami wad lain-lain… mujurlah adik ipar boleh tolong jagakan anak kami di wad itu,” katanya kepada mStar.

Layanan doktor dan jururawat di hospital ini sangat baik, jika bacaan darah semakin baik, kami akan dibenarkan pulang dan berehat di rumah.

Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah yang juga seorang pramugari pada Ogos 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun. Sementara itu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini memberitahu keadaan kesihatan mereka semakin baik. Bagaimanapun, isterinya memerlukan pemantauan rapi daripada doktor berikutan kini sedang hamil tujuh bulan.

“Alhamdulillah, keadaan masih terkawal… isteri pun sihat sahaja cuma doktor nak pantau sebab bimbangkan kandungannya. Layanan doktor dan jururawat di hospital ini sangat baik, kata mereka jika bacaan darah semakin baik, kami akan dibenarkan pulang dan berehat di rumah. Memang tak sangka kami bertiga kena duduk hospital. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bertanyakan mengenai kesihatan kami,” ujarnya.

“Mula-mula ingat saja nak bermanja, rupa-rupanya…” – Idzham Ismail urut isteri setiap malam, buang angin sebelum tidur

Isteri Idzham Ismail alami alahan teruk sepanjang proses kehamilan kedua ini. Memasuki usia kandungan lima bulan, pelakon Idzham Ismail berkata isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin mengalami alahan lebih teruk berbanding ketika hamil anak pertama. Cerita Idzham, 32, isterinya mudah loya dan muntah-muntah jika makan hidangan yang sama serta perlu diurut setiap kali sebelum tidur.

“Alhamdulillah, kandungan isteri dah masuk lima bulan… masa mengandung anak pertama tiada alahan tapi kali ini agak teruk, isteri sering mengadu badan masuk angin dan cepat rasa loya. Setiap malam saya akan urut keluarkan angin dulu sampai dia tidur. Selain itu, dia tak boleh makan makanan yang sama setiap hari. Mula-mula ingat dia saja nak bermanja, rupanya selepas tengok situasi dan keadaan dia, betullah itu alahan ibu hamil… sebagai suami saya ikutkan sahaja permintaan isteri,” katanya kepada mStar.

Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah yang juga seorang pramugari pada Ogos 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu menerusi laman Instagram, pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini berkongsi rakaman isterinya melakukan pemeriksaan ultrasound bagi mengetahui perkembangan bayi mereka yang dijangka akan dilahirkan pada awal Disember ini.

Jantina dah tahu… tapi saya dan isteri sepakat untuk merahsiakan terlebih dahulu.

“Alhamdulillah, kandungan sihat dan sempurna! Tak sabar rasanya nak tunggu anak kedua kami ini dilahirkan nanti. Jantina dah tahu… tapi saya dan isteri sepakat untuk merahsiakan terlebih dahulu. Kita nak buat kejutan untuk keluarga kami. InsyaAllah kalau keadaan semasa mengizinkan kami merancang nak buat majlis gender reveal, semasa itu baru kami akan maklumkan jantina bayi ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Idzham memberitahu dia baru selesai menjalani penggambaran drama 1 To Hantu yang akan ditayangkan di saluran Awesome TV tidak lama lagi. Selain itu, dia juga sibuk menguruskan perniagaan katering makanan bersama isteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *