Tular kisah sedih 1 keluarga orang asli ini. Akhirnya ini yang Ebit Lew buat.

berita Covid 19 ISU SEMASA

Sebelum ini pernah tular di Johor mengenai kisah sedih tiga beranak Orang Asli, apabila motorsikal yang ditunggang terbakar ketika dalam perjalanan mendapat bantuan di baitulmal. Turut prihatin dengan nasib keluarga tersebut, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tidak ketinggalan memberikan sumbangan kepada mereka.

Motorsikal terbakar diganti baru

Menerusi perkongsian di Facebook, memaparkan Ustaz Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah motorsikal baharu buat kegunaan keluarga tersebut. Malah, bukan itu sahaja Ustaz Ebit juga sempat menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada 84 buah keluarga di kampung tersebut, yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum Orang Asli. Meluahkan rasa syukur ada pihak yang sudi membantu, Tok Batin dan juga penduduk kampung tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit.

Sumber : Ustaz Ebit Lew

Sanggup redah hujan kayuh basikal uzur demi pesanan pelanggan, rupa-rupanya ada kisah sedih di sebalik apa yang berlaku – “Dia baru tiga hari kerja”

Afizull baru saja tiga hari bekerja sebagai penghantar makanan di sekitar bandar Kuala Terengganu. Setiap hari rider FoodPanda ini akan mengayuh basikal uzurnya untuk menghantar makanan yang dipesan pelanggan di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Namun kegigihan rider ini yang sanggup meredah hujan lebat untuk memastikan pesanan sampai ke tangan pelanggan baru-baru ini mengundang sebak Muhammad Syamieyl Mohamad sehingga menjentik hatinya untuk bertemu empunya badan.

Menurut Muhammad Syamil Mohamad Suhaimi, pertemuan dengan bapa kepada seorang anak yang hanya dikenali sebagai Afizull itu membongkar keperitan hidup yang terpaksa dilaluinya selepas hilang punca pendapatan akibat Covid-19. “Saya terbaca fasal abang Afizull dekat status Facebook kawan yang order makanan untuk celebrate birthday anak dia. Jadi saya pun minta nombor telefon dan terus call abang tu.

Syamieyl (kiri) bertemu dengan Afizull untuk menyerahkan baju hujan dan topeng muka kepadanya.


“Saya minta nak jumpa malam tu (Selasa). Sebelum jumpa tu saya dah belikan dia baju hujan dan mask. Sedih bila dia cakap masa on the way nak jumpa saya dia jumpa kedai bundle dan beli baju hujan bundle RM3. Sebenarnya dia baru saja bekerja sebagai rider FoodPanda tiga hari lalu selepas sebulan mencari pekerjaan susulan diberhentikan kerja sebagai kelindan lori akibat Covid-19,” katanya kepada mStar.

Sebak dengan nasib rider tersebut, Muhammad Syamil memuatnaik status di Facebook untuk mengutip dana bagi membeli basikal baru untuknya. “Bila saya tengok keadaan basikal dia tu memang sedihlah. Basikal tu dah uzur dan tak sesuai untuk kegunaan orang dewasa. Lagipun basikal tu pun dia kata beli dekat orang lain. Sebenarnya dia ada motosikal tapi dia suruh isteri guna untuk pergi kerja. Oleh kerana bimbang keselamatan isteri, dia pilih kayuh basikal untuk hantar makanan kepada pelanggan.

“Jadi saya pun up status dekat Facebook untuk kutip sumbangan beli basikal baru untuk dia. Bila bangun pagi tu check akaun persatuan wang dah cukup untuk belikan sebuah basikal yang selesa untuknya,” kata pemuda berusia 25 tahun itu. Mesra disapa Syamieyl, selepas sumbangan mencukupi dia pun membeli basikal baru tersebut dan diserahkan kepada rider tersebut malam Rabu lalu di rumahnya.

Menerusi kisah abang Afizull saya sendiri dapat lihat orang Malaysia memang pemurah dan baik hati. Dalam keadaan ekonomi sekarang walaupun ramai struggle untuk hidup tapi bantuan tetap dihulurkan atas dasar kemanusiaan.

“Bila sampai rumah mak mentua dia, nampak anak kecil sambut dia balik kerja. Masa ni memang sedih sangat tapi saya tahan je air mata jantan daripada tumpah. Dapat je basikal tu nampaklah riak wajah gembiranya. Dia terharu sebab dapat basikal baru yang lebih selesa. Dia berterima kasih kepada penyumbang dan tak sangka ada orang sudi bantu dia,” katanya. Di sebalik kisah tersebut, Syamiely turut memuji sikap orang ramai yang sedia menghulurkan bantuan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu hari ini.

Syamieyl menyerahkan baju hujan kepada rider FoodPanda menggunakan wang lebihan sumbangan orang ramai.

“Menerusi kisah abang Afizull saya sendiri dapat lihat orang Malaysia memang pemurah dan baik hati. Dalam keadaan ekonomi sekarang walaupun ramai struggle untuk hidup tapi bantuan tetap dihulurkan atas dasar kemanusiaan. Walaupun dana dah cukup tapi masih ada yang beri bantuan. Jadi duit lebihan yang diterima tu saya belikan baju hujan untuk kegunaan rider FoodPanda di sekitar bandar Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Syamieyl memberitahu dia turut bergerak aktif membantu golongan susah di sekitar Terengganu menerusi badan bukan kerajaan (NGO) Al-Hikmah Charity yang diterajuinya. “Saya dan rakan-rakan sering mendekati golongan yang memerlukan di sekitar Terengganu, selain mereka yang terjejas teruk akibat Covid-19 di Sabah. Dalam tempoh tiga hari saja kami berjaya mengumpul RM27,000. Ternyata rakyat Malaysia memang baik hati dan sama-sama membantu mereka yang ditimpa musibah meskipun diri sendiri struggle untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *