Shuib akui hidupnya terlalu banyak kena kritikan dari warganet. Tiba Tiba ibu dan isterinya menangis disebabkan ini.

artis berita Dunia Hiburan

Setelah hampir 10 tahun bergelar anak seni, pelawak Shuib mengakui hidupnya tidak pernah sunyi dengan kritikan daripada warganet. Menurut Shuib, kritikan yang ditulis warganet itu sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada keluarga terutama ibu serta isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raisuddin.

“Saya pernah kena kritik di media sosial kerana beberapa isu… kalau saya salah cakap saya akui dan minta maaf, tapi bila dah viral orang akan terus bercakap. Saya terima kritikan itu dan tak cepat melatah… paling teruk emak dan isteri menangis dan bertanya mengenai isu tersebut sehingga saya terpaksa fahamkan mereka semula. Saya bila ada masalah akan rujuk semula dengan ustaz dan pakar motivasi untuk beri semangat kepada saya. Apa-apa pun kita percaya dengan ketentuan Allah dan yakin dengan apa yang kita buat!, ” katanya.

Sebelum Ini Heboh Bila Shuib Memberi Hadiah Jam Tangan Kepada Naim Daniel. Ini Komen Naim Daniel Selepas Dikaitkan Dengan Shuib Gara Gara Isu SPRM Tempoh Hari.

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel enggan memberi komen lanjut terhadap isu pemberian jam tangan oleh pelawak yang juga penyampai radio, Shuib Sepahtu pada sekitar Februari lalu. Memandangkan Shuib sedang dalam siasatan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) berhubung penggubahan wang haram, Gempak telah menghubungi Naim untuk mendapatkan sedikit komen.

Ditanya sama ada mahu memulangkan kembali jam tersebut ataupun tidak, Naim enggan memberi komen lanjut dan hanya mendoakan kebaikan buat Shuib dan isterinya, penyanyi Siti Sarah. “Berkenaan hal ini, saya tak mahu komen apa-apa sebab kita pun tak tahu lagi bagaimana penghujungnya nanti.

“Saya hanya pandang ke hadapan dan mendoakan supaya urusan Shuib dan Sarah dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya. Terdahulu, Shuib telah menghadiahkan jam tangan kesayangannya kepada Naim ketika penyanyi itu hadir ke konti radio Hot FM untuk ditemu bual selepas memenangi tempat pertama dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). Menerusi laporan Gempak pada 2 Oktober 2020, Shuib menganggap penahanannya selama hampir 24 jam di SPRM adalah sebahagian daripada ujian dan cabaran dalam perniagaan.- Gempak

Naim Daniel dapat jam Shuib

PELAKON yang juga penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel menerima hadiah jam tangan daripada pelawak yang juga penyampai radio, Shuib Sepahtu. Naim ketika dihubungi berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada Shuib yang sanggup melepaskan jam tangan kesayangannya itu.

“Saya sendiri pun tak sangka akan terima hadiah daripada Abang Shuib. Katanya, dia selalu tengok saya bagi hadiah kepada peminat setiap kali buat persembahan di mana-mana lokasi. “Jadi, dia ambil semangat saya itu dan buat kejutan dengan memberikan jam tangan kesayangannya kepada saya. Memang saya rasa sangat gembira dengan hadiah ini,” katanya kepada Harian Metro.

Naim menerima hadiah itu pagi semalam ketika hadir ke konti Hot FM untuk ditemubual selepas kemenangannya di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). Selain itu, Naim kini sedang menyiapkan lagu baru untuk penyanyi, Siti Sarah yang juga isteri kepada Shuib.

“Insya-Allah, saya kini sedang siapkan lagu untuk Kak Sarah berjudul Sudah. Sebenarnya, ada rasa sedih juga kerana sepatutnya susunan muzik untuk lagu ini disusun oleh Lok U. “Namun, Allah lebih menyayanginya dan Insya-Allah, ia akan disiapkan selepas ini dengan susunan muzik oleh pengkarya yang lain,” katanya. Terbaru, Naim kini hadir dengan single baru berjudul Sembah hasil ciptaannya bersama komposer, Ikkie.-HMETRO

Kes masih dalam siasatan. Kini Syarikat minuman Bubblebee Sdn Bhd umumkan cawangan yang ditutup buat masa sekarang disebabkan sesuatu ini.

Syarikat pengeluaran air minuman Bubblebee Sdn Bhd menamatkan usahasama di empat cawangan ekoran terkait dengan siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasvah Malaysia (SPRM). Kata Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee, Datuk Ismail Abdul Rahman, biarpun kes masih dalam siasatan namun ia memberikan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan tersebut. 

“Walaupun kami sendiri tidak pasti tentang kebersalahan rakan usahas ama cawangan kami ini kerana kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi yang jelas siasatan ke atas rakan usahasama ini mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali. “Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan kesemua rakan usahasama yang menguruskan empat cawangan berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan. 

Salah seorang daripada ahli lembaga pengarah Bubblebee, Shuib turut dipanggil bagi membantu siasatan baru-baru ini. Sementara itu, empat cawangan yang terletak di Ampang, Senawang, Sentul dan Sungai Buloh akan ditutup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

Syarikat Bubblebee ditubuhkan pada hujung tahun 2019 dengan menghimpunkan beberapa usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing terutamanya dalam industri minuman, penghasilan madu lebah, dan pemasaran. 

Melalui daya kreatif dan kepakaran pemasaran pasangan selebriti Shuib dan Siti Sarah, Bubblebee kini bukan sahaja minuman, malah jenama perniagaan yang dikenali ramai yang menjadi igauan pengusaha untuk menjadi rakan kongsi atau francais . Sehingga kini, Bubblebee mempunyai 17 cawangan iaitu 11 cawangan merupakan milik penuh manakala enam cawangan lagi dibuka secara usahasama.- Gempak

Isu Shuib dan Siti Sarah hadir ke ibu pejabar SPRM. Peguam yang mewakili pasangan selebriti itu akhirnya menjelaskan punca mereka hadirkan diri dan harap semua mohon maklum

Putrajaya: Peguam yang mewakili pasangan selebriti, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah iaitu, Muhammad Fadhli M. Sutris menafikan khabar angin anak guamnya itu ditahan rman Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM). Dalam satu kenyataan rasmi, Muhammad Fadhli berkata sebarang komen mengenai kes itu memang tidak dapat dikongsikan buat masa sekarang kerana boleh mengganggu proses siasatan.”Ingin kami tekankan sekali lagi bahawa kehadiran anak guam kami hanyalah untuk membantu proses siasatan pihak SPRM sahaja. Anak guam kami sudah memberi kerjasama penuh dalam membantu siasatan terbabit.  

“Tiada sebarang tngkapan mahupun permohonan remn dibuat terhadap kedua-dua anak guam seperti dilaporkan beberapa media sebelum ini. Kesemua kenyataan yang bertentangan dan tular adalah tidak benar sama sekali.”Tujuan kenyataan kami ini adalah bagi menjawab sebarang khabar angin mahupun berita tidak sahih dan spekulasi yang tular di media sosial mahupun berita-berita yang diterbitkan di media cetak sejak kehadiran anak guam kami di pejabat SPRM pada hari Khamis lepas,” katanya.

Tambah Muhammad Fadhli, sebarang komen berkenaan kehadiran dan sebab mengapa mereka hadir di pejabat SPRM tidak dapat didedahkan buat masa ini memandangkan ia masih berada di dalam peringkat siasatan SPRM.”Seperti yang sudah kami nasihatkan dan untuk menghormati proses perundangan negara, anak guam mahupun pihak pengurusan mereka tidak digalakkan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara terbabit.  

“Perkara ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang gngguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak SPRM,” katanya.Terdahulu, Harian Metro melaporkan pasangan selebriti itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang hram, pada Rabu lalu.

Difahamkan, pasangan berkenaan masing-masing berusia 36 tahun hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.Selain pasangan itu, difahamakan terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan.-metro

Persoalan tentang jam tangan yang dipakai Shuib menjadi bualan orang ramai. Warganet bongkarkan harga jam tangan Shuib dan harganya melangkaui 4 juta

Tak dinafikan, sejak berita Shuib memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) terkait isu penggubhan wang hram atau Macau Scm, pelawak ini terus menjadi perhatian ramai. Antaranya adalah spekulasi yang mendkwa kereta mewah milik Shuib telah dis1ta (SPRM). Meski demikian, kesahihannya belum dapat dipastikan.

Belum reda isu tersebut, kini jam tangan yang pernah disarungkan Shuib pula menjadi perbualan ramai. Makcik Kiah tak kata Soeb ni terlibat macau scm yeee. Cuma dengan gaya hidup mewah yang di tonjolkan Ib sefamili, maka…Daripada beberapa foto yang tersebar, Shuib dipercayai memakai jam tangan jenama mewah termasuk Rolex, Audemars Piguet dan Richard Mille.

Perkongsian itu menunjukkan harga seutas jam mewah itu dianggarkan sekitar RM60,000 hingga RM4 juta.Menerusi pemerhatian Gempak, rata-rata ‘tntera bwang’ mula membuat spekulasi dengan tinggalkan pelbagai jenis komen.Posting tersebut sehingga kini telah menerima lebih 200 komen dan hampir 160 shares.

Terdahulu media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang hram.Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi semalam.

Sementara itu, pihak syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada SPRM.Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya.Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM.sumber via transforma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *