Cat Farish selamat menamatkan zaman dudanya bersama Pereka Fesyen ini. Warganet tumpang gembira dan turut mendoakan.

artis Dunia Hiburan kisah rumah tangga

Selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang pereka fesyen tempatan Suriani Hassan, penyanyi dan pelakon terkenal Cat Farish kini sah menjadi bergelar suami kembali dalam sebuah majlis ringkas di Negeri Sembilan pada pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Cat yang juga salah seorang ahli kumpulan Ruffedge dalam sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Cat dilihat tampil menyajikan sekeping gambar bersama isterinya di luar Pusat Dakwah Islamiah di Negeri Sembilan kepada umum dengan kapsyen ringkas. Dalam pada itu, menurut laporan Oh My Media, isterinya Suriani dipercayai merupakan seoang ibu tunggal.

Malah, Suriani juga dilihat tidak ketinggalan berkongsi semula beberapa posting daripada pengguna lain ketika sesi berinai yang diadakan semalam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Cat dilihat seakan teruja dengan berita gembira itu. Selain menzahirkan ucapan tahniah, mereka juga tidak terlepas menitip doa agar hubungan yang terjalin kini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, Cat sebelum ini pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli pada Mei 2007 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nia Karlyssa, Eva Latheefa dan Qul Iskandar. Namun, segalanya musnah dan hanya mampu bertahan selama sembilan tahun sahaja selepas kedua-dua mereka disahkan telah bercerai sekitar April 2016.

Sumber: Oh My Media

“Kurus orang cakap sakit, ada juga kata nampak tua” – Cat Farish tak peduli mulut orang, yang penting sihat

Berat badan Cat Farish turun mendadak selepas menjalani operasi bariatrik. Penampilan terkini ahli kumpulan Ruffedge iaitu Cat Farish yang kelihatan semakin kurus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Segelintir peminat beranggapan perubahan mendadak itu menyebabkan Cat atau nama sebenarnya Farrish Zaquan Ramli, 46, kelihatan seperti orang sakit.

Bagaimanapun Cat memberitahu dia tidak pernah berkecil hati dengan tanggapan orang dan menegaskan kesihatannya semakin baik berbanding sebelum ini. “Apabila kurus orang cakap sakit, apabila gemuk orang cakap juga. Kadang-kadang ada yang cakap nampak tua… itu dan ini. Suka hati mereka la nak cakap apa sebab yang penting saya buat semua ni untuk sihat dan fit supaya boleh jaga keluarga.

“Tak pernah pun rasa kecil hati atau apa-apa sebab mereka tak tahu. Tapi kadang-kadang saya pun suka perli balik. Mereka tak tahu pun semua ni hasil daripada usaha saya. Ada orang sedap cakap sebab mereka ingat semua benda mudah. Jadi perlu ke ambil hati?” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Cat berkongsi foto yang memperlihatkan perubahan fizikalnya yang semakin kurus di Instagram dan mengakui terdapat warganet yang beranggapan dia sedang sakit.

Namun jelas penyanyi lagu Rimas ini, dia menjalani operasi bariatrik iaitu Sleeve Gastrectomy yang melibatkan pembuangan 70 hingga 80 peratus perut pada November 2019.

Saya ada masalah saluran pernafasan sempit sampai tak boleh nak sedut oksigen.

Hasil daripada itu Cat mendedahkan berat badannya kini 75 kilogram berbanding 130 kilogram pada tahun lalu. “Saya ada lakukan pemeriksaan kesihatan tahun lepas. Doktor cakap keadaan saya sangat teruk. Saya ada macam-macam masalah kesihatan termasuk diabetes, mudah tidur serta semput. Saluran pernafasan jadi sempit sampai tak boleh nak sedut oksigen. Masalah pernafasan tu buat saya banyak makan.

“Disebabkan masalah yang saya alami, doktor nasihatkan supaya menjalani pembedahan bariatrik,” jelasnya. Tambahnya, dia juga mengamalkan diet karbohidrat selama lapan bulan selepas selesai menjalani pembedahan tersebut. Selain itu Cat berkata dia tidak mengamalkan pengambilan gula dalam pemakanan sehariannya.

“Lepas selesai pembedahan, saya mengamalkan diet karbohidrat selama lapan bulan sehingga sekarang. Saya hanya makan ikan, ayam dan sayur… daging pun kadang-kadang saja saya ambil. Saya juga tak mengambil gula dalam pemakanan saya,” ujarnya.

“Farid tak marah, tiada salah faham antara kami” – Cat Farish tak terlibat konflik Zul Huzaimy, Farid Kamil

Cat tidak memihak kepada sesiapa apabila berlakunya konflik antara Zul dan Farid. Penyanyi dan pelakon Cat Farish menjelaskan dia tidak memihak kepada pelakon Zul Huzaimy atau Datuk Farid Kamil apabila timbulnya konflik antara dua selebriti tersebut melibatkan filem Rem-pit 2.

Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 45, berkata dia mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua mereka dan enggan mencampuri urusan peribadi dengan kerja.

“Saya tak ada nak memihak kepada sesiapa pun. Sebenarnya saya okey sahaja dengan Zul dan Farid. Malah, saya ada bersama Zul ketika dapat tahu mengenai cerita mereka berdua.

“Zul faham rezeki masing-masing dan Farid pun tahu waktu itu saya ada dengan Zul. Bagi saya, sebagai seorang pelakon, saya hanya perlu buat kerja. Profesional saja dan tak ada nak melibatkan urusan peribadi. Kalau ikutkan, saya lagi banyak job (kerja) dengan Farid,” kata Cat kepada mStar.

Cat ditemui ketika Mini Showcase Projek Amal #PrayForUtusan #PrayForKosmo yang diadakan di Panggung Asia, Setor Gombak, Kuala Lumpur pada Sabtu. Dia diminta mengulas mengenai dakwaan segelintir warganet yang mengatakan dia ‘hilang’ atau cuba melarikan diri daripada Farid disebabkan memihak kepada Zul.

Baru-baru ini, Farid ada memuat naik video di laman Instagram dalam keadaan marah kerana tidak dapat menghubungi Cat dan meminta tolong orang ramai yang menemui penyanyi itu menyampaikan pesanannya. Farid juga memberitahu Cat ada berhutang lagu yang harus diberikan kepadanya sebelum hari ke-22 penggambaran filem tersebut.

Sebelum ini, Zul mendedahkan telah menarik diri daripada pembikinan filem Remp-It 2 susulan perselisihan antara dia dan pengarah bersama filem sekuel itu.

Cat dan Farid kerap bergaduh di set penggambaran hanya ia tidak menjadi serius.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Ruffedge ini mengakui dia dan Farid kerap bergaduh di lokasi penggambaran filem Rem-It 2 yang masih dijalankan. Bagaimanapun, dia menjelaskan perbalahan yang selalu berlaku itu bukan sesuatu yang serius namun lebih dianggap seperti pergaduhan antara adik-beradik sahaja.

“Sebenarnya saya baru tahu mengenai video tersebut semalam dan saya ada terima mesej daripada rakan-rakan yang menghantar pesanan itu. Farid tak marah dan bukan ada berlaku salah faham antara kami. Mungkin dia nak saya beri perhatian kepada lagu untuk filem itu. Kalau nak diikutkan saya dan Farid memang selalu bergaduh di set penggambaran. Tapi bukan gaduh yang sampai jadi serius pun. Lebih kepada macam adik-beradik bergaduh saja,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *