Tular Tony Fernandes jual rumah agamnya yang berharga RM13.5 Juta. Tapi tiba tiba Aliff Syukri pula yang dikritik oleh warganet.

artis Dunia ISU SEMASA

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Tony Fernandes yang difahamkan telah mengambil keputusan untuk menjual rumah agamnya yang terletak di Ayrshire, Scotland yang bernilai 2.5 juta pound (RM13.55 juta).

Menurut laporan Astro Awani, tokoh korporat dari Malaysia itu terpaksa membuat demikian bagi menyelamatkan empayar perniagaannya. Lalu, berita tersebut mendapat perhatian ramai pihak, termasuk usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Menurutnya, dia bersimpati mendengar perkhabaran tersebut selain mengakui ketika fasa pendemik Covid-19 ini, ramai usahawan yang terkesan termasuk dirinya.

“Saya turut bersimpati malah saya juga turut terasa. Zaman Covid-19 ini terlalu banyak syarikat gergasi dan orang kenamaan yang terkesan. Tapi apakah daya hidup perlu diteruskan saya yakin golongan seperti kami rakyat marhen lagi terkesan. Hidup ini perlu diteruskan walaupun pahit tetap ditelan,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Cuba Bahagia itu menerusi akaun Instagram. Dalam pada itu, Aliff juga berharap agar orang ramai diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi waktu sukar ini. “Semoga mereka yang melalui saat getir ini kuat dan tabah dengan dugaan. Dan carilah rezeki dengan cara yang halal dan baik. Aminn,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat buat selain turut berharap agar keadaan dapat kembali pulih dalam masa terdekat.

KOMEN WARGANET

Tular Tentang Pelanggan Tak Puas Hati Dengan Perkhidmatan Di Resort Dato Aliff Syukri. Sekali Dato Aliff Tampil Bongkarkan Keadaan Sebenar Yang Jadi Masa Dekat Resort.

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberi penjelasan mengenai aduan seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan di tempat penginapan miliknya. Aliff Syukri menerusi posting di Instagram (IG), memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sekumpulan pengunjung yang tidak menjaga etika ketika mengunjungi Sugeh Hill Resort yang terletak di Janda Baik, baru-baru ini.

Menerusi rakaman CCTV tersebut, Aliff Syukri mendkwa keluarga pemuda yang menularkan tentang rumah rehatnya itu tidak menjaga etika dan adab ketika berada di sana. Antara yang dipaparkan ialah beberapa orang kanak-kanak berlari di kawasan lobi, bermain tali skipping dan bola sepak termasuk makan di ruangan tersebut.

Menurut Aliff Syukri, lobi bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan semua aktiviti tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana menegur kelemahan pihak pengurusan Sugeh Hill Resort. Dalam pada itu, Aliff Syukri turut memberitahu pekerja di tempat penginapan tersebut telah menegur keluarga berkenaan namun dibalas dengan kata-kata ksat oleh mereka.

“Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas komen untuk resort saya dan ingin saya maklumkan resort saya ini baru beroperasi dalam beberapa bulan sahaja. “Di sini saya ingin kongsikan juga keadaan sebenar yang berlaku. Di sini kita lihat etika yang kurang manis apabila kanak-kanak dibiarkan berlari-lari bermain di belakang kaunter, makan di lobi saya.

“Kan sudah disediakan kafe, tempat bermain seperti padang dan ruang legar yang lebih sesuai. Dan saya rasa baring, makan bawak periuk tidak sesuai dilakukan di lobi. “Anda lihat sendiri seorang wanita bermain skipping di lobi saya dan kami sudah memaklumkan ini bukan tempat permainan.

“Kerusi sofa semua dialihkan tanpa meminta kebenaran kami. Secara jujurnya sukar untuk saya ungkapkan tetapi bila dah jadi macam ni saya terpaksa juga berkongsi tentang kumpulan ini yang mereka buat lobi seperti rumah mereka.

“Yang paling menyedihkan siap main bola sepak ya…Siap masuk ke ruangan kaunter utama saya…,” katanya ksal. Dalam pada itu, Aliff Syukri turut merakam komen beberapa penginap di rumah rehat beliau dan rata-ratanya berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan.

Terdahulu seorang atlet ‘freerunner’ profesional, Abudi Alsagoff mendkwa menerima ugutan selepas mengkritik tempat penginapan milik seorang usahawan kosmetik terkenal yang bergelar Datuk. Perkara berkenaan dikongsi Abudi menerusi sebuah posting di Facebooknya.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia bersama keluarganya bercuti ke penginapan tersebut baru-baru ini. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media Online

Sumber : GEMPAK

Nekad Nak Beli Pasukan Bola Sepak Kedah. Mengejutkan Ini Respon Dari Presiden KFA Bila Dato Aliff Syukri Nak Beli Pasukan Kedah.

Hasrat usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman untuk membeli pasukan bola sepak Kedah (KFA) disambut baik oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor. Memetik laporan Sinar Harian, Muhammad Sanusi yang merupakan Presiden KFA menyatakan mereka sememangnya mengalu-alukan mana-mana hartawan dan usahawan berminat dengan pasukan itu untuk berunding dengan pihak pengurusan tertinggi.

“Kita alu-alukan mana-mana hartawan, usahawan dan sebagainya untuk berunding dengan KFA sama ada berminat untuk membeli ataupun menaja pasukan Kedah, kita akan pertimbangkan. “Jikalau beliau berminat, boleh datang bertemu dengan saya untuk berunding,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, setakat ini pihaknya ada berunding dengan beberapa pihak termasuklah sebuah koperasi yang mengemukakan tawaran dilihat baik untuk mengendalikan pasukan secara bersama. Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menyambut baik hasrat mana-mana pihak dan akan mempertimbangkan cadangan terbaik untuk pasukan Kedah. “Lagipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ada menasihatkan supaya tidak menerima tawaran yang merugikan, yang mana kita akan patuh dengan pandangan diberikan itu,” jelasnya lagi.

Aliff Syukri Nak Beli Pasukan Kedah

Terdahulu, Aliff memilih Kedah yang juga merupakan negeri kelahiran isterinya dan pada masa yang sama sedang meneliti pasukan lain dengan kriteria utama adalah mempunyai penyokong yang ramai dan berpengaruh. “Kalau boleh nak beli pasukan Kedah. Kalau JDT memang tak mampu. Rasanya itu saja yang ada pengaruh sangat kuat,” ujar Aliff kepada Arena Metro.

Pada 2016, usahawan dengan tagline Terlajak Laris itu pernah berhasrat untuk menaja pasukan Helang Merah namun rundingannya dengan KFA tidak berjaya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Kucing Media Online

Sumber : GEMPAK/ My Metro

Mengejutkan Pembantu Peribadi Dato Aliff Syukri Luah Perasaan Diberhentikan Kerja. Akhirnya Kak Mel Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Puncanya Buat Ramai Terkedu.

Pembantu peribadi usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri, Melati Abdul Ghani tampil bersuara berhubung isu perkhidmatannya yang akan diberhentikan tidak lama lagi. Jelas Melati, 43, dia tidak kisah apabila diberhentikan dan menganggap rezekinya hanya setakat itu.

“Banyak sangat pertanyaan dan khabar angin yang tak betul kenapa saya berhenti. “Anda baca sendirilah saya malas nak cerita banyak. Kalau cerita dongeng mungkin boleh direka-reka dan seronok dibaca. “Saya tak kisah pun kena buang kerja sebab bagi saya, saya selalu yakin dengan rezeki Allah. “Allah taburkan rezeki luas di dunia ini tinggal kita rajin dan malas saja nak mencari,” tulisnya menerusi Instagram baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *