Ramai yang menyatakan Ustaz Ebit Lew untuk mencari publisiti. Akhirnya pengasas rumah anak yatim ini tampil bersuara.

Amalan Dunia Uncategorized

Syafiq akui tidak terlepas dengan prasangka buruk atas kerja amal yang dilakukannya. Nama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat negara ini. Malah, dia cukup popular dalam lapangan kerja kebajikan dan sering menerima pujian warganet.

Namun begitu, tetap ada segelintir individu yang berprasangka buruk dan menyifatkan Ebit mencari publisiti semata-mata kerana sering berkongsi aktiviti amalnya di media sosial. Tidak terkecuali, aktivis berusia 33 tahun, Muhammad Syafiq Mobin yang pernah mendapat perhatian Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) MIke Pompeo atas kerja amalnya sewaktu Covid-19 mula melanda turut berhadapan perkara sama. Mesra disapa Syafiq, dia sewaktu dihubungi mStar mengakui segala kritikan, dan prasangka buruk bagaikan sudah sinonim dalam lapangan kerja itu.

Antara tweet mengenai Ebit yang tular.

“Masa awal-awal dahulu rasa luntur juga semangat bila kita buat kebaikan pun orang kritik. Ada orang kata nak ambil wang derma, persoal kenapa masuk akaun sendiri dan minta bukti ke mana duit itu disalurkan? Tapi lama-kelamaan baru saya faham,” ujarnya.

Menurut Syafiq, tidak salah untuk berkongsi amal kebajikan yang dibuat di laman sosial kerana ia menjadi bukti bahawa wang sumbangan digunakan ke arah yang benar. Malah, perkongsian sebegitu turut menjadi amalan dirinya dan menafikan ia dibuat atas alasan mahu menunjuk-nunjuk.

“Macam Ustaz Ebit Lew buat, setiap sumbangan dia buat posting, dia sendiri ada dalam gambar… ia satu cara kita tunjuk pada orang bahawa duit yang diamanahkan itu digunakan ke arah kebaikan. Kita gunakan wang seperti yang kita war-warkan masa minta derma. Memang itu yang saya amalkan juga.

Tak salah mereka berprasangka buruk. Tapi sebelum lontarkan tuduhan atau kata-kata, siasatlah dulu.

“Seperti contoh saya minrta derma untuk baik pulih van sekolah, saya tunjuk bukti gambar pergi kedai, resit bayaran dan sebagainya. Selain bukti, ia juga boleh beri inspirasi kepada orang lain. Tapi walau macam mana pun, mesti ada persepsi negatif. Dalam 10 orang, akan ada seorang yang negatif,” ujarnya yang turut mengasaskan sebuah rumah anak yatim di ibu negara sejak tahun 2010.

Syafiq sebelum ini juga pernah mengikuti misi kemanusiaan di Tanzania dan Afrika pada 2018. Namun kata Syafiq, tidak salah juga jika ada yang mempertikai derma yang disalurkan memandangkan ada individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas sikap pemurah rakyat Malaysia.

“Saya nak salahkan mereka 100 peratus pun tak boleh. Tengok dalam media sosial, banyak berlaku kes ambil duit secara haram. Tak salah mereka berprasangka buruk. Tapi sebelum lontarkan tuduhan atau kata-kata, siasatlah dulu. Tengok posting dia, ada ke sejarah terlibat aktiviti kebajikan sebelum ini?

Ada segelintir individu yang berprasangka buruk dan menyifatkan Ebit mencari publisiti semata-mata kerana sering berkongsi aktiviti amalnya di media sosial.

“Tak salah bertanya untuk elakkan penipuan,” ujarnya lagi. Untuk rekod, Syafiq mendapat perhatian Setiausaha White House di Washington pada Mei lalu kerana kerja kebajikan termasuklah bantuan untuk mereka yang terhimpit akibat Covid-19. Sebelum ini, dia juga pernah mengikuti misi kemanusiaan di Tanzania dan Afrika Selatan pada 2018.

Ustaz Ebit Lew Turun Lagi Membantu Orang Yang Memerlukan. Kini Ebit Lew Beri Bantuan Pada Zoo Negara Pula.

Umum mengetahui bahawa Ustaz Ebit Lew merupakan antara pendakwah tempatan yang langsung tak lokek dalam berkongsi rezekinya bersama golongan yang memerlukan. Banyak membantu ketika pandemik COVID-19, pendakwah ini sekali lagi membuatkan ramai terharu apabila dia dikhabarkan telah membantu menyelamatkan haiwan di Zoo Negara.

Daripada entri yang dikongsikan di laman Instagramnya, Ustaz Ebit Lew menjelaskan bahawa dia menerima permintaan secara terus daripada pihak di zoo tersebut sebelum menyampaikan bantuan pada hari yang sama.

“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Saya dapat tahu tengah hari tadi. petang ni terus bawa 200kg daging lembu dan 500kg buah-buahan dan sayuran.” Bukan itu sahaja, pendakwah itu turut mendedahkan bahawa Zoo Negara kini memerlukan dana sebanyak RM1 juta bagi tujuan makanan dan penyelenggaraan setiap hidupan yang berada di sana.

Disebabkan keadaan semasa yang masih belum pulih, Zoo Negara khabarnya tidak mampu untuk menjana pendapatan secukupnya kerana kehadiran pengunjung yang tidak memberangsangkan. Malah, Zoo Negara dikatakan turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin membantu sama ada dari segi wang atau pun makanan.

Terima kasih Ustaz Ebit Lew.

Ebit Lew Seakan Akan Hero Orang Ramai. Ebit Lew Sebak Apabila Sesuatu Ini Terjadi.

Ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama yang peru diperkenalkan lagi. Melakukan kerja amal dengan memberikan bantuan kepada mereka yang mengalami kesusahan membuatkan seluruh rakyat Malaysia menyayangi beliau. Kali ini, pendakwah muda tersebut telah memberikan bantuan kepada pengusaha van sekolah selepas pendapatan mereka terjejas teruk susulan penutupan sekolah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).

Sumbangan buat pemandu van sekolah

Menerusi perkongsian Ebit Lew di media sosial miliknya, dia berasa sebak apabila ada pemandu van sekolah meminta bantuan kepadanya  disebabkan ujian yang dilalui ketika ini.

6 bulan tiada pendapatan

Ebit Lew juga telah menghadiahkan 250 bungkus barangan dapur kepada para pemandu dan ada sebahagian mereka diberikan sedikit sumbangan duit belanja. Beliau mengakui sebak  apabila para pemadu van sekolah mengadu yang pendapatan mereka terjejas teruk kerana hanya 6 bulan sahaja memperoleh mata pencarian dan 6 bulan selebihnya tiada langsung kerana pelajar tidak ke sekolah.

Terharu dengan bantuan Ebit Lew

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji tindakan mulia yang dilakukan. Mereka juga mengakui terharu di atas keprihatinan pendakwah berusia 35 tahun itu yang sentiasa menjaga kebajikan mereka yang mengalami kesusahan.

Tular di Twitter

Ada juga warganet yang memuat naik gambar-gambar semasa Ebit Lew mengedarkan bantuan di Twitter dan mendapat ribuan tanda suka dan perkongsian semula di media sosial tersebut sebagai tanda menghargai usaha murni beliau.

Rasa Sayu Hati Bila Selangor Tiada Air. Tergamam Ustaz Ebit Lew Sanggup Beli 2 Lori Besar Air Untuk Agihkan Kepada Warga Selangor Yang Mengalami Gangguan Air.

Masalah air di Selangor sememangnya bukan sesuatu yang baru untuk dihadapi oleh penduduknya. Hampir setiap bulan pasti berlaku gngguan tersebut sehingga orang ramai sudah penat untuk merungut. Kali ini, masalah itu kembali menghantui penduduk ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersasar (PKPB) yang terpaksa mereka lalui disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang semakin ‘mengg1la’.

Datang bagi air bersih. Oleh sebab itu, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk memberikan bantuan kepada sebahagian penduduk yang terjejas akibat daripada masalah tersebut. Menerusi posting di laman Facebook, beliau memaklumkan telah membeli dua lori besar air untuk diagihkan kepada penduduk di Pinggiran Batu Caves, Gombak.

Dari malam hingga subuh bantu beri air

Beliau berkata, urusan mengagihkan air telah dilakukan sejak jam 10 malam sehingga subuh bagi memastikan penduduk sekurang-kurangnya mendapat bekalan air. Sayu lihat warga emas minta air. Tambahnya, melihat keadaan orang yang sudah berusia mahu mendapatkan air membuatkan dirinya berasa sayu dan meminta pembantunya menolong warga emas mengangkat air untuk dibawa ke kediaman masing-masing.

Tak perlu kejar jawatan nak bantu orang. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan meluahkan rasa terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan pendakwah berkenaan. Mereka juga tidak lepas mendoakan agar Ebit terus dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik agar dapat membantu orang ramai lagi. “Tak perlu jadi menteri untuk bantu rakyat”.”Semoga Allah permudahkan urusan ustaz”

Sumber: Ebit Lew, OhMyMedia

Tak pernah lelah malahan rasa sebak mula menyelubungi diri. Ustaz Ebit Lew sanggup hantar bantuan sampai ke Kedah bagi membantu golongan ini

Sungguh mengagumkan. Seperti yang kita kenal penceramah bebas, Ebit Lew tidak pernah lelah membantu golongan yang memerlukan walaupunpun harus menempuh pelbagai rintangan dan cabaran. Terkini, usaha bantuan percumanya telah diperlukan oleh pihak Pnjara Pokok Sena, Kedah. Menerusi perkongsian terbaharunya semalam, Ebit  mengatakan telah menerima surat rasmi dari Pnjara Pokok Sena, Kedah yang meminta bantuan untuk individu Covid-19 yang dikuarantin.

Agak sedih dengan permintaan pihak pnjara, tanpa membuang masa beliau terus bergegas membeli segala barang keperluan serta menguruskan lori untuk menghantar semua barang ke sana dengan segera.“Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat rasmi dari Pnjara HQ dan Pnjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga pnjara untuk mereka yang dikuarantin. 

Tamabh dia lagi. “Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke pnjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana. “Kita semua sebuah keluarga. “Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas,” katanya seperti yang dilihat oleh Gempak.

Pada masa yang sama, Ebit berharap semua yang disahkan positif Covid-19 diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.“Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga Penjara Pokok Sena dan Alor Setar. “Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran.“Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan disana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama,” pintanya.-gmpk

Terkandas Di Universiti. Tak Sanggup Lihat Keadaan Pelajar Pelajar Ini. Ebit Lew Tekad Beri Bantuan Dan Pertolongan Ini Sehingga Meraih Perhatian Masyarakat.

Tular baru baru ini, Isu pelajar terkandas ekoran salah faham mengenai pengumuman penangguhan pendaftaran secara fizikal untuk semester baharu di intitusi pengajian tinggi telah mendapat perhatian banyak pihak. Orang ramai telah tampil memberikan bantuan kewangan dan juga penempatan sementara buat mereka kerana memahami kesulitan yang dihadapi. Nak bantu pelajar yang terkandas. Prihatin dengan nasib pelajar-pelajar, pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew telah menyuarakan hasrat membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas untuk membawa pulang mereka yang terkandas di IPT.

Pelajar2 boleh terus pm ustaz. Menurutnya lagi, mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut diminta untuk terus menghubunginya kerana urusan mendapatkan bas sedang dijalankan oleh ketika itu. Terima kasih Ustaz Ebit Lew. Perkongsian itu telah mendapat perhatian warganet kerana terharu dengan keprihatian yang ditunjukkan oleh pendakwah tersebut.

Macam biasa, laman sosial Ebit Lew telah dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh pelajar disebabkan isu tular semalam. “Nak tolong orang sebenarnya bukan susah”. “Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz”

Sumber: Ebit Lew

Setelah dikejutkan dengan berita anak anak yang kehilangan ibu sewaktu perjalanan ke sekolah. Kini Ebit Lew kongsikan kisah sayu mereka selepas menziarahi kediaman baru baru ini sehingga meraih tumpuan warganet.

Semalam, kita dikejutkan dengan berita seorang ibu yang menghadap ilahi selepas terbabit dalam satu kejadian tak diingini di jalan raya ketika mahu bergegas  ke tempat kerja. Lebih memilukan apabila anak-anaknya yang dalam perjalanan ke sekolah menaiki motosikal lain terduduk hiba setelah mengetahui jasad ibunya sudah kaku di tengah jalan ketika melalui jalan yang sama. Santuni anak2 kehilangan ibu. Kisah hiba itu bukan sahaja mengundang sebak warganet, malah membuatkan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turut sama terkesan dengan kejadian tersebut. Oleh hal yang demikian, beliau sempat menziarahi kediaman adik Fatihah Aina, 7 dan abangnya yang berusia 18 tahun untuk bertanyakan keadaan mereka.

Tampil beri kata2 semangat. Dalam perkongsian tersebut, Ebit telah memberikan kata-kata semangat buat mereka serta menghulurkan hadiah serta sumbangan kepada kedua-duanya. Beliau turut mendoakan agar dua beradik itu kuat menempuhi ujian selain mengucapkan terima kasih kepada guru-guru sekolah atas keprihatinan mereka terhadap kebajikan pelajarnya. Sayu rasa lihat mereka menangis.

Rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan menzahirkan rasa simpati atas ujian yang menimpa dua beradik berkenaan. Warganet turut sama mendoakan agar mereka berdua kekal tabah dan kuat menempuhi dugaan ini serta berharap agar roh ibunda mereka ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang beriman. Terima kasih ustaz tenangkan mereka. Semoga adik2 terus dibawah lindunganNya

Sumber: Ebit Lew, OhMyMedia

Kali pertama kena suap makan dengan Ustaz Ebit Lew. Ustaz Ebit Lew luah rasa sebak dengan keadaan M Daud Kilau dan ternyata perkongsian ini terus meraih perhatian warganet setelah mengetahui perkembangan Raja Gelek tersebut

Pendakwah bebas Ebit Lew mengakui sebak ketika melihat keadaaan penyanyi veteran Datuk M Daud Kilau saat meluangkan masa menziarahi beliau di rumahnya, di Bagan Datoh, Perak semalam.Menurut Ebit, meskipun penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek itu sedang sakit namun masih ceria dan semangat melayan tetamu.

“Sebak sayu hati rasa baru ziarah Datuk M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau sakit beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. “Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz,” ceritanya.

Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi perkongsian itu, Ebit memuat naik rakaman video sewaktu melawat M Daud Kilau. Selain itu, Ebit yang turut memberikan sumbangan kepada M Daud Kilau. Dia juga teruja apabila Raja Gelek itu sempat menyanyikan sebuah lagu.“Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz. 

“Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah.“Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara,” katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan kesihatan terbaharu M Daud Kilau yang sakit dan memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan sehari hariannya.Penyanyi berusia 82 tahun itu dipercayai mengidap beberapa jenis sakit termasuk kncing manis dan drah tinggi.-gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *