Misteri ketukan pintu tanpa salam. Akhirnya penduduk kampung ini tampil jelaskan.

Cerita Seram Dunia ISU SEMASA Uncategorized

SABAK BERNAM – Penduduk di beberapa kampung di daerah ini diselubungi misteri apabila mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam sejak kelmarin. Gangguan misteri itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung antaranya Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting. Seorang penduduk Khairol Anuar Mhd Zaini, 39, berkata, kejadian jam 10.45 malam kelmarin itu berlaku di dapur rumahnya di Kampung Batu 37.

“Semasa kejadian saya sedang berehat sambil menonton televisyen di dapur selepas pulang menjual burger. Tiba-tiba saya terdengar bunyi pintu dapur rumah diketuk dengan kuat seperti seseorang ingin masuk ke dalam dengan cepat. Mulanya saya membiarkan sahaja sebab ingatkan anak saudara datang ke rumah, tapi saya dengar bunyi ketukan itu semakin kuat sebelum saya intai di tingkap dan mendapati tiada sesiapa di luar rumah,” katanya.

Khairol Anuar berkata, dalam beberapa minit selepas itu, dia sekali lagi dikejutkan dengan bunyi sama di dalam bilik air rumahnya. “Seluruh tubuh saya menggigil dan bulu roma mer3mang sebaik dengar ketukan pintu di bilik air yang sudah lama tidak digunakan,” katanya. Khairol Anuar yang menggunakan akaun nama Erolkhairol memuat naik status di Facebook berhubung kejadian itu semalam. Kejadian gangguan pintu rumah diketuk turut tular di Facebook.
Seorang penduduk, Nor Azuwa Shaaban, 31, berkata, bunyi misteri sama turut dialami dua adiknya, Nur Farzana, 22, dan Nurul Farisya, 17, yang menetap di Kampung Batu 38. Katanya, kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin itu dialami selepas Nur Farzana menyelesaikan tugasan kerja di beranda sebelum masuk ke dalam rumah.

“Nur Farzana yang masuk ke rumah terdengar bunyi pintu depan diketuk dan kebetulan seorang lagi adik saya (Nurul Farisya) yang sedang duduk di sofa turut mendengar bunyi sama. Semasa kejadian mereka berdua tidak berani membuka pintu dan pada keesokannya kecoh di dalam WhatsApp dan Facebook mengenai penduduk diganggu dengan bunyi ketukan tanpa salam itu,” katanya. Bagi Nor Zaihana Yaakob, 38, pula mengakui kejadian seram itu turut dialami ketika dia bersama dua anak dan ibunya berada di rumah mereka di Kampung Tengah. Nor Zaihana memberitahu, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku semasa dia sedang menidurkan bayinya berusia empat bulan.

“Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja, namun sangkaan meleset apabila saya menjenguk di tingkap mendapati tiada sesiapa di luar rumah. Seram jugalah dengan peristiwa ini, lebih-lebih lagi suami tiada di rumah kerana bekerja malam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, pihaknya ada menerima banyak aduan berhubung perkara itu. Malah, katanya, dia sendiri turut diganggu bunyi ketukan pintu itu semasa berada di rumahnya pada jam 11 malam kelmarin.

“Boleh dikatakan hampir separuh penduduk kampung ini mengadu kejadian sama dan saya menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan tidak membuka pintu jika terdengar bunyi meragukan,” katanya. Beliau berkata, penduduk dinasihatkan menghubungi polis atau pihaknya selain jiran terdekat sekiranya ternampak sesiapa yang mencurigakan.

“Kami telah mengambil tindakan antaranya melakukan rondaan membabitkan sukarelawan MPKK bermula jam 10 malam hingga 3 pagi di sekitar kampung ini,” katanya. Nur Farzana (kiri) dan Nurul Farisya (kanan) menunjukkan pintu rumah mereka diketuk beberapa kali malam semalam.

Berikut pula reaksi dari warganet

“Cuba cek sapa yg baru pergi dan background dia. Maybe bomoh ke atau pembela. Kalau dah pergi selalunya jin dia laa pegi ketok2 rumah org. Merayau cari tuan baru. Yg kata x dak keja hantu ketok2. Sapa x penah kena mmg x caya. Tu jenis ketok2, belom yg jenis cakar2. Yg kum2 tu bg salam, kena ingat yg tu jgn jawab Salam dia. Dia bg salam bukan sama mcm kita bg. Yg komen bukan2 tu hati2 jugak. Kang muncul depan kau baru tahwan
Kalau dh 1 kg kena kacau, elok la panggil ustaz utk pagarkan kg atau rumah masing2. Pagar sendri pon boleh rumah. Selalu tgk arwah ayah sy dlu buat lepas solat mahgrib. Paling taktau apa nak buat pon. Tutup semua pintu dgn tgkap sebelom maghrib, masa tutup tu baca bismillah, lepas tu ayat qursi dan 3 qul. Niat mintak perlindungan Allah dr segala ancaman jin atau manusia j4hat”

“Ok… Kt Kg Ak Pon Ad Benda Ni Sebelum PKP Ritu…. Memang Pelik, Sebab Pintu Pagar Dah Kunci, Pintu Kaca Sliding Ad Grill.. Grill Pulak Rapat2,.. Kalau Nk Ketuk Pintu Kaca Tu Kna Masukkan Tgan Molek2 Baru Boleh Capai Pintu… Tapi Hal Ketuk Pintu Ni Satu Malam Smpai 2 @ 3kali.. Seolah2 Xde Grill Ja.. Mudah Dia Ketuk2…. Bila Selak Langsir, Mang Xde Orang Pon.. Haha.. Kalau Org, Mustahil Cepat Dia Lari.. Mesti Nampak… Mula2 Scary, Lama2 Biasa.. Malas Nk Fikir Dah..
Tp Sejak PKP Ritu, Langsung Xde.. Pelik.. Hehe..
Biarlah, Dia pon Makhluk Tuhan Jgk”

“Teringat baru 2 minggu lepas anak saya di luar negara tengah nak tidur di dalam biliknya dalam pukul 2, 3 pagi.. Tiba2 terdengar Mcm ada orang ketuk Tingkap biliknya..dia cerita VC Kat Saya esoknya sebab rasa takut..saya nasihat…kawan tu masak tengah2 malam sebab biliknya dekat sangat ngan dapur dan hanya takutkan Allah Sahaja… Rupa2nya betul sangkaan saya, memang kawannya masak pagi2 buta tu.. .Jgn tuduh2 hantu Semua bagai..x pasti lagi..Zaman sekarang Ni manusia lagi jahat dari hantu sebab x reti2 nak sembah Allah, membunuh,,menyamun dan sebagainya..ya syaitan iblis memang wujud tapi x pasti lagi apakah benda tu…Zaman 2020 umat Islam di Malaysia masih Kuat percaya benda2 tahyul, khurafat..Nauzubillahminzalik.Wal ‘iyya zubillah”

Wanita Ini Tampil Berani Berpakaian Seperti Watak Dalam Sebuah Filem Seram. Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Pemakaian Wanita Itu Di Dalam MRT Singapura

Di kala beberapa pihak dilihat sukar untuk mematuhi arahan wajib memakai topeng muka, kelibat watak seram dalam filem The Nun, Valak dikesan memakai topeng muka di dalam MRT Singapura. Gambar ini dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki warganegara Singapura di Facebook Page COMPLAINT SINGAPORE. Gambar-gambar menarik ini mendapat sehingga 2,000 perkongsian dan hampir 400 komen daripada warganet.

Lelaki yang dikenali sebagai Ong itu pada mulanya sedang dalam perjalanan menuju ke Stesen Newton dengan menaiki MRT, apabila dia ternampak seorang wanita sedang berehat dan memejam mata di kerusi MRT.Namun, dia mula berasa pelik apabila melihat pakaian yang dipakai wanita tersebut seolah-olah menyerupai watak Valak dalam filem The Nun. Lebih melucukan, wanita tersebut siap pakai topeng muka!

Hasil penelitian warganet mendapati, wanita yang memakai kostum Valak itu mungkin sedang meraikan sambutan Halloween yang disambut pada 31 Oktober lalu. Mungkin terlalu penat menjadi hantu, wanita tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di dalam MRT tanpa menghiraukan persepsi orang lain.“Hantu Halloween pun tidak mahu ambil risiko disaman $300”, ujar salah seorang warganet yang terhibur dengan gambar wanita tersebut.Sumber: Rayz Ong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *