Lori Kurier berlaku satu insiden ini di Cheras. Lazada tampil memberi penjelasan untuk barang yang rosak.

Amalan Dunia Infomaklumat ISU SEMASA

Baru-baru ini, kecoh di media sosial lepas sebuah lori kurier terjadi satu insiden di Cheras. Disebabkan ini, ramai pelanggan risau barang yang dibeli rosak kerana hangus dijilat api. Ekoran ini, menerusi kenyataan media, pihak Lazada Malaysia mengesahkan insiden tersebut dengan mengatakan kenderaan perkhidmatan penghantaran parti ketiga yang membawa barang penghantaran Lazada telah terbakar. Pun begitu, api sempat dipadamkan dan tak ada kecederaan mahu pun kes pemergian akibat dari insiden tersebut.

Buat masa ini, pihak Lazada sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat punca sebenar hingga berlakunya kebakaran dan menilai barang-barang yang terkesan. “Untuk pelanggan yang pesanan mereka telah rosak dalam insiden tersebut, Lazada akan pulangkan semua bayaran penuh yang akan dikreditkan semula menerusi kaedah pembayaran bersama rebat untuk membeli semula barang yang sama.”

Tak cukup dengan itu, sebagai token penghargaan kerana memahami dan bersabar, Lazada juga turut akan memberikan baucar Penghantaran Percuma. Buat masa sekarang, pihak perkhidmatan pelanggan sedang bekerja keras untuk menghubungi pelanggan yang terkesan dan proses pembayaran balik akan dibuat.So korang semua tak payah risau okay, kalau barang korang yang kena, nanti akan dapat ganti rugi balik.

Barang 11:11 Yang Korang Order Dekat Online Shopping Haritu Mungkin Dah Hanyut Kat Tengah Laut Sekarang

Admin yakin mesti ramai antara korang sekarang masih menunggu barang yang korang dah beli ketika promosi 11:11 lepas kan? Biasanya barang yang ambil masa tu kalau ianya dari luar negara.

Bagi sesiapa yang ada order barang daripada aplikasi TaoBao, ada berita buruk buat korang. Kemungkinan korang dah boleh cancel atau kena postpone lagi.

Menurut laporan Sin Chew Daily dan WORLD OF BUZZ kapal kargo dari taiwan yang dikatakan sedang mengangkut barang-barang dari TaoBao untuk diagihkan ke pelanggan yang menempah itu berlaku pelanggaran di tengah laut. Dikhabarkan bahawa 7 orang ahli krew kapal itu selamat dan 2 lagi disahkan sudah tiada. Disebabkan kapal tu dah karam, lebih 879 tan barang (kebanyakannya dari TaoBao) hanyut kat dalam laut.

Dikatakan juga ini adalah pertama kali TaoBao menghadapi insiden karam dalam pengurusan logistik mereka.

Buat masa sekarang, lebih 100 pelanggan TaoBao dah mula complain pasal barang mereka lambat sampai dan tak dapat bayaran penuh semula.

Walau bagaimanapun, TaoBao telah memberi jaminan kepada semua pembeli bahawa proses pampasan telah dimulakan melalui saluran pembayaran AliPay. Sekiranya masalah berlaku semasa pemprosesan, ejen perkhidmatan pelanggan akan bersedia untuk membantu.

Beli Televisyen Masa Ada Sale 11.11 Tahun Lepas. Lepas 9 Bulan Baru Perasan Barang Yang Dipesan Langsung Tak Sampai Rumah. Satu Hari Akhirnya Terbongkar Keberadaan Televisyen Tersebut

Seperti yang kita tahu 11.11 adalah antara sale yang dinanti-nantikan ramai orang. Lebih-lebih lagi untuk orang yang suka beli barangan online. Tapi rupanya, ada yang masih tak dapat lagi barang yang dorang dah beli masa sale ni tahun lepas!Ceritanya, seorang wanita dari Daerah Panyu di Guangzhou, China telah membeli sebuah TV semasa sale 11.11 tahun lepas melalui platform dalam talian yang menggunakan perkhidmatan SF Express untuk menghantar produk.

Menurut Oriental Daily, ketia wanita yang dikenali sebagai Ms Li ini membeli TV tersebut, dia tak rushing pun nak guna sebab tu dia tak kisah sangat bila barang yang dia beli ni sampai lambat.Hinggakan, bila dah masuk Julai 2020, baru wanita ni teringat yang dia ada beli TV tapi barang masih tak sampai-sampai.

Wanita ini kemudiannya menelefon perkhidmatan pelanggan dan mendapat tahu TV yang dibelinya itu telah pun dihantar kepada orang lain namun alamat tersebut berada di Daerah Tianhe, jauh dari tempat tinggalnya.Selepas membuat semakan lanjut, Ms Li dapat tahu semasa proses pembelian tersebut, suaminya tersalah masuk nombor telefon orang lain dan syarikat penghantaran tu telah menghubungi pemilik nombor tersebut.

Pemilik nombor telefon itu mengatakan, ketika dia mendapat panggilan dia telah meminta syarikat tersebut untuk hantar barang itu ke pemilik yang sepatutnya tapi perkhidmatan kurier tersebut tetap menghubunginya dan mendesak lelaki ini untuk tanda-tangan barang tersebut.Kerana tak tahan diganggu, lelaki ini telah menukar alamat dan tanda tangan barangan tersebut di bawah nama suami Ms Li dan memberikan TV tersebut kepada rakannya.

Selepas dihubungi Ms Li, lelaki ini telah pun mengambil semula TV tersebut dari rakannya tapi wanita itu tak mahu menerima barang itu kerana mengganggap nilai TV tersebut dan tak sama dengan harga yang dia beli. Dah jadi barang secondhand lah…Ms Li menganggap, walaupun lelaki tersebut telah menolak barang tersebut sebelum ini, tapi lelaki itu tetap tandatangan resit jadi lelaki itu perlu bayar semula harga asal.

Peguam terlibat dalam kes ini mengatakan yang Ms Li dan suaminya turut bersalah kerana tersilap letak nombor telefon tapi ia tak bermakna lelaki yang tandatangan dan syarikat kurier tersebut tak bersalah.Ini kerana, menurut undang-undang, lelaki ini sepatutnya memulangkan TV tersebut kepada pembeli asal dan syarikat kurier sepatutnya lebih berhati-hati dan menyemak dulu maklumat sebelum hantar barang.So, next time kenalah ingat bila beli barang tu, at least takdelah sampai dah jadi barang secondhand baru nak teringat.

“Habis duit saya dia kerjakan” – Suami Sebak Bank Account Dari RM90 Jadi RM13.50 Lepas Isteri Shopping Sakan Sale 11.11

Baru-baru ni, sale kaw-kaw sempena tarikh 11.11 telah menarik perhatian ramai warganet termasuklah admin sendiri untuk membeli-belah di platform macam Shopee, Lazada, Shopback dan macam-macam lagi lah!Haa bukan senang kan nak dapat barangan dengan harga 50-90% lagi murah dari asal! Tapi kalau korang tengah sesak dari segi kewangan tu, admin rasa eloklah korang shopping berpada-pada sebab takut jadi macam si suami malng ni.

“Dalam bank saya ada RM90 kini hanya tinggal RM13.50” Menerusi perkongsian di Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang suami meluahkan rasa hiba dan sebak di hatinya apabila isteri yang disayangi telah bershopping sakan sempena sale 11.11 menggunakan akaun banknya.

Lagi teruk, si suami ni tak tahu menahu isterinya guna akaun bank dia untuk bershopping tu sampai wang dalam bank yang ada RM90 terus jadi RM13.50! “Tak salah nak shopping tapi tengoklah kemampuan suami” Rata-rata warganet yang membaca posting ni kebanyakannya bersimpati dengan nasib si suami tu sebab kita manalah tahu kot-kot suaminya ini orang susah dan wang banyak tu je ada dalam akaun kan.

Sepatutnya si isteri kenalah bertimbang rasa dan bertanya dengan suami dulu kalau berkaitan bab duit ni. Mau tak stress baru awal bulan dah kering akaun jadi RM13.50!“Redo jela, bukan selalu… moga wang yang dibelanjakan oleh isteri tu, Allah taala akan gandakan rezeki” Walau bagaimanapun, ada juga warganet yang berpendapat tak salah kalau takat nak spend RM80 je untuk isteri. Amaun tu tidaklah banyak mana dan Tuhan akan gantikan dengan rezeki yang lebih banyak dari sekarang. Hmmm…Apa-apapun admin doakan si suami tabah dalam hadapi dugaan ni. Kalau kita diletakkan kat tempat suami dia pun, mesti susah hati kan sebab duit dalam bank ada RM13.50 je. Lambat lagi nak dapat gaji ni. 

“Kalau gitu baik takyah tunggu sale” – Suami Cuba Bahayakan diri Bila Tengok Isteri Shopping 11.11 Sampai RM170K

11.11 semalam mesti korang shoppig kaw-kaw kan? Paling tak pun korang mesti akan beli satu dua barang.Ya lah, macam durian runtuh, dekat aplikasi perbankan, atau sesiapa yang pakai kad kredit, pasti akan tergoda dengan cashback yang mereka tawarkan, apatah lagi dengan voucher-voucher penghantaran percuma daripada aplikasi tu.

Promosi ni bukannya dekat Malaysia je tau, hampir seluruh dunia. Tapi, berpada-padalah kalau ada sale pun, janganlah sampai overspent daripada bajet asal macam kes ni.Mungkin disebabkan nak self reward sampai beli segala barang yang ada promo, tapi kalau overspent sangat, baik tak yah tunggu hari promosi. Belanja sampai lebih daripada kadar bajet macam wanita dari China yang dikenali sebagai Zhan ni.

Dia bershopping sakan sampai suaminya Wang stress. Bukan calang-calang stress, kalau kena kat admin pun sama!Lapor World Of Buzz, pihak polis ada menerima laporan daripada seseorang yang cuba nak terjn dari bangunan 33 tingkat.Ketika polis sampai di tempat kejadian Wang dilihat sangat emotional sebab terkilan dengan sikap isterinya. Nak tahu sebab apa?

Isterinya pergi shopping barang sampai lebih 300,000 yuan (RM177,559)! Dia beli beg tangan, perfume mahal, baju dan banyak lagi lah secara online.Tahun lepas RM 118 k. Tapi apa yang membuatkan Wang hampa adalah, ini bukan kali pertama dia buat perkara sedemikian, isterinya selalu online shopping barang.

Lebih-lebih lagi lepas mereka dah menimang cahaya mata pertama tahun lepas, boros makin menjadi-jadi.Di China 11.11 juga dikenali sebagai Single Day, tahun lepas pun isterinya belanja sampai 200,000 yuan (RM118,374), lepastu orang yang kena bayarnya adalah Wang. Ini kerana isterinya pernah janji dengan nak control sikap boros tapi gagal.

Makin boros adalah.Ia merupakan satu bebanan buat Wang sebab gaji sebulan Wang cuma beberapa ribu sahaja, dan nafkah keluarga bergantung dekat dia sorang je.Tak jadi bunh diri lepas polis pujuk.Isterinya pula dulu kerja di bahagian hartanah tapi dah resign lepas bersalinkan anak. Masa dia dapat tahu yang isterinya shopping teruk, dia buat keputusan untuk bnh diri sebab tak tahu nak bayar macam mana.

Bagaimanapun, mujur polis selamat pujuk Wang untuk tidak melakukan tindakan sedemikian, polis ambil masa setengah jam untuk pujuk dia.Polis bawa dia balik kepada keluarganya, isterinya janji untuk tidak online shopping lagi. Pasal bayaran tu, Wang akan cuba untuk ikhtiar macam mana. Alahai, kalau admin pun pening

“Ayam pun nak shopping” – Kedai Huru- Hara Sebab Ayam Tersesat Masuk Mall

Kita selalu pegi mall, dan kita juga mesti pernah nampak ayam dekat kampung atau dalam reban. Macam mana benda ni ada kena mengena antara satu sama lain? Mall dan ayam?Haa.. kami nak share satu video yang ada kena mengena dengan dua benda dia atas ni; mall dan ayam. Simple, ayam bikin huru-hara sebab sesat dalam mall. Korang tengok sendiri lah macam mana keadaan satu kedai ni bila ada ayam masuk buat kacau. Memang huru-hara weh. Tengok video oleh @Flzhksma di Twitter bawah ni.

Kecoh weh ada ayam sesat!Memang betul haru biru jadinya kedai tu. Mana taknya, tiba-tiba ada ayam sesat, kalau setakat masuk rumah tu takpa lagi boleh paham, ni masuk dalam mall. Persoalannya sekarang ni, tu ayam sapa dan sapa yang bawak masuk mall?

Admin syak ayam ni dapat kelepasan outing dari tuan dia kot. Ye la kan bosan duduk dalam reban je. Lepas tu masuk kedai nampak banyak sales pulak, tu yang terkejut tu. K hambar.Tak pernah tahu pulak nandos pakai ayam hidup. Ni memang betul-betul fresh ni. Hidup lagi pastu smblih bagi orang makan. Kalau ada customer complain gak, bawak dia masuk tempat simpan ayam hidup dekat belakang.

Ayam nak balas dndam bagi pihak pekerja kedai yang nak kena viral haritu. Dia keluar cari akak tu, tapi sekali salah mall dah. Bikin huru-hara dekat mall lain. Ini baru betul viral.Weh tak baik tau cakap macam tu. Padahal admin pun ingat benda yang sama. Tu lah kadang-kadang kalau kita happy sangat sampai lupa kita gelak keluar bunyi apa. Ada member admin tu gelak bunyi zirafah bila kita buat lawak. Tapi zirafah takde bunyi. So sebenarnya dia tak gelak. K hambar lagi sekali.Akhirnya ayam tersebut berjaya diberkas!Kadang-kadang tu benda macam ni lah yang boleh hiburkan kita time kerja. Benda-benda random yang memang tak akan berlaku buat kali kedua memang kelakar kalau ingat balik dan ulang cerita. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *