Irwansyah dan Zaskia Sungkar akui ingin berkongsi rasa bahagianya bersama pasangan lain. Mereka mencari 2 pasangan untuk membuat satu rawatan ini dengan percuma.

artis berita Kehidupan Keluarga

Pasangan selebriti Indonesia Irwansyah dan Zaskia Sungkar ingin berkongsi rasa bahagia dan bersyukur menanti kehadiran cahaya mata dengan menaja dua pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.  Menerusi laman sosial Instagram, Irwanyah berkongsi program ‘bayi tabung bersama Syahki’ hasil kolaborasi klinik Morula Jakarta dan Bandung untuk mencari dua pasangan untuk menjalani rawatan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF). 

“Kami tidak mahu bahagia sendiri, semoga bayi tabung bersama Syahki ini, kami dapat membantu cita-cita calon ibu dan bapa mendapatkan anak secara IVF dan ia percuma,” kata Zaskia Sungkar kepada Fimela ketika sesi sidang media virtual pada Rabu.  Memetik laporan Fimela, Irwansyah dan Zaskia turut berasa bersyukur apabila diberi rezeki dari segi kewangan untuk menjalani rawatan IVF tersebut. 

Mencari satu pasangan dari Jakarta dan satu lagi dari Bandung, pasangan ini cukup memahami jika ada ibu dan bapa yang mengidamkan cahaya mata tetapi tidak mampu untuk menjalani rawatan IVF yang berkos tinggi.  Program ini turut menetapkan beberapa syarat untuk dipatuhi antaranya pasangan mestilah tidak melebihi 33 tahun, belum memiliki zuriat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

“Keinginan kami untuk sama-sama berkongsi kebahagiaan dengan membantu pasangan memperoleh anak. Kami berharap program ini memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar berkeinginan mempunyai zuriat,” ujar Irwansyah.  September lalu, penantian cahaya mata pasangan ini selama 10 tahun berakhir apabila Zaskia disahkan hamil selepas menjalani rawatan IVF. Usia kandungannya kini memasuki bulan kelima. Sekadar info, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011. 

Terus Hilang Kontrak Iklan Gara Sesuatu Ini. Irwansyah Baru Sahaja Dedahkan Punca Dia Hilang Kontrak Tersebut Yang Membuatkan Irwansyah Menangis Di Samping Isterinya

Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi.PELAKON dan penyanyi Irwansyah meluahkan rasa syukur memiliki seorang isteri yang penyabar seperti Zaskia Sungkar ketika mereka berhadapan dengan ftnh.

Menurut Irwansyah, 35, tiga kontrak iklan yang diterima dia dan isterinya terpaksa dibatalkan berikutan kenyataan yang dilmparkan kepadanya berkaitan bisnes.”Saya tahu ini adalah ujian tetapi saya tertanya-tanya kenapa saat saya ingin melakukan benda baik, lagi ikhtiar punya anak, saya perlu berdepan situasi macam ini,” katanya.

Bagaimanapun, Irwansyah yang berkongsi perkara itu menerusi saluran YouTube Daniel Mananta tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai kenyataan tersebut.Dalam pada itu, Zaskia Sungkar juga mendedahkan suaminya berasa sedih sehingga menangis ketika berkongsi perkara itu kepadanya.Pasangan yang hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga itu bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Baru Sahaja Mengidam Jering. Mengejutkan Sekali Isteri Irwansyah Teringin Nakkan Sesuatu Ini Dan Tanpa Ragu Irwansyah Realisasikan Permintaan Isterinya Itu

PENYANYI dan pelakon Indonesia Irwansyah yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama selepas 10 tahun berkahwin mengikuti kemahuan isterinya Zaskia Sungkar.Menurut Irwansyah, Zaskia yang kini hamil tiga bulan meminta untuk memijk rumput di rumah adiknya Shireen.

MasyaAllah dari pagi dah ajak ke rumah Shireen, katanya mahu pijk rumput hehe” tulisnya.Penyanyi lagu Pencinta Wanita ini bersyukur isterinya tidak membuat permintaan yang aneh dan susah untuk ditunaikan.”Mujur bukan mahu pijk awan, kalau itu (pijk rumput) permintaannya InsyaAllah boleh lah,” ujarnya.

Dalam pada itu, warganet mendoakan kehamilan Zaskia berjalan lancar dan dipermudahkan urusan kelahiran.Sebelum ini, Irwanysah pernah memberitahu isterinya mengidam untuk makan jering dan turut meminta dia makan ulam-ulaman itu.-mstar

Dalam Proses Lakukan Persiapan Sambut Kelahiran Cahaya Mata Sulung. Irwansyah Nekad Sediakan Lif Untuk Rumah Baru Dan Sanggup Bebruat Sesuatu Ini Demi Isterinya

Irwansyah tidak mahu isterinya menggunakan tangga dalam rumah .PENYANYI dan pelakon Irwansyah memberitahu dia kini dalam proses melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya beberapa bulan lagi.

Memetik laporan Liputan6, Irwansyah dan isterinya iaitu Zaskia Sungkar juga dalam perancangan untuk berpindah ke rumah baharu yang lebih selesa.Irwansyah menerusi video di saluran Youtube miliknya turut berkongsi keadaan rumah baharu mereka yang kini masih lagi dalam proses ubah suai.

Apa yang menariknya, Irwansyah menyediakan lif dalam rumah kerana bimbang keadaan isterinya yang kini sedang berbadan dua.Irwansyah dan Zaskia bakal timang cahaya mata pertama.“Ini ruang untuk menonton TV, ruang untuk keluarga bersantai, dan nanti ada ruang untuk Zaskia bersenam. Walaupun ruang rumah tidak terlalu besar tapi cukup la untuk keluarga kecil saya.

“Nanti akan ada lif sebab bimbang nak biarkan Zaskia naik turun tangga dalam keadaan hamil. Jadi, nanti dia gunakan lif saja untuk naik ke ruang atas rumah,” katanya.Sebelum ini, pasangan itu berkongsi berita gembira bakal timang anak pertama selepas hampir 10 tahun berkahwin dan kini usia kandungan sudah memasuki usia 10 minggu.-mstar

Sembilan Tahun Berusaha Dan Menanti. Akhirnya Khabar Baik Buat Irwansyah Dan Isteri Yang Bakal Menimang Anak Pertama Dan Harap Semua Doakan Anak Mereka Berada Dalam Keadaan Yang Baik

Setiap pasangan yang sudah lama berkahwin pasti inginkan cahaya mata sebagai pelengkap kebahagiaan rumah tangga. Namun, rezeki setiap pasangan itu berbeza, ada yang cepat dan ada yang menunggu lama untuk dikurniakan zuriat.

Begitu juga pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah yang memaklumkan khabar gembira apabila isterinya Zaskia Sungkar disahkan hamil anak pertama selepas 9 tahun mereka berkahwin. Berkongsikan perkara itu di Instagram untuk para peminat mereka, Zaskia dan Irwansyah meluahkan rasa syukur dan gembira di atas berita kehamilan yang sudah lama dinantikan.

Difahamkan, pasangan itu menjalani proses IVF sejak awal tahun 2020. Dalam pada itu, Zaskia berkongsikan usia kandungannya kini sudah mencecah lapan minggu dan meminta peminat mendoakan anak mereka berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

Pasangan itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua terutama rakan-rakan, keluarga dan juga para peminat yang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaan mereka sehingga dikurniakan cahaya mata kelak.-rotikaya

Irwansyah rancang bawa isteri jalani rawatan kesuburan di Pulau Pinang

SUBANG JAYA: Pelakon Indonesia, Irwansyah, 31, merancang membawa isterinya, Zaskia Sungkar, 26, menjalani rawatan kesuburan di Pulau Pinang pada hujung Mac depan.Irwansyah, yang sedang menjalani penggambaran drama 60 episod berjudul Dia bersama produksi tempatan, membuat keputusan untuk meminta bantuan pakar setelah enam tahun mendirikan rumah tangga.

“Selesai tamat penggambaran, saya merancang untuk ke sebuah pusat pakar perubatan di Pulau Pinang bagi menjalani rawatan kesuburan setelah mendapat cadangan daripada kenalan artis di Indonesia.”Rata-rata kenalan yang mendapat bantuan pakar di sana berjaya (mendapatkan zuriat). Ia antara ikhtiar kami setelah enam tahun berkahwin, namun bukanlah kerana desakan mana-mana pihak.

“Saya terbuka untuk bercerita mengenai perkara ini kerana tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang mengaibkan. Tidak salah rasanya untuk dikongsi bersama,” katanya kepada BH Online ketika ditemui di lokasi penggambaran drama terbabit di sini, hari ini.

Drama rantaian karya Eoon Shuhaini itu menampilkan dirinya dan Janna Nick sebagai bintang utama.Irwansyah dan Zaskia, juga seorang pelakon dan penyanyi, belum dikurniakan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.-bh

Acha Septriasa Terkilan Kerana Tidak Terima Kad Undangan Perkahwinan Irwansyah

HANYA tawa kecil kedengaran tatkala diusik siapa insan bertuah yang bertakhta di hatinya kini selepas namanya tidak terlepas dikaitkan dengan beberapa jejaka popular, apatah lagi bekas kekasihnya, Irwansyah, juga sudah mendirikan rumah tangga.

Bagi Acha Septriasa, kegagalan cinta masa lalu membuatkan dirinya lebih matang mengatur langkah, malah tanpa berselindung mengakui masih menanti cinta yang diharap hadir tanpa dipaksa.Biar diteka pelbagai persoalan termasuk hubungan lalu, penyanyi dan pelakon popular Indonesia itu mengakui tidak membataskan pergaulan, sebaliknya sedia berkawan dengan mana-mana lelaki asalkan ikhlas.

Begitupun, Acha yang juga penuntut tahun tiga Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya, mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajiannya yang bakal selesai setahun lagi, sebelum mengejar cinta.“Ya, saya senang begini, solo, tetapi kehidupan saya tidak pernah sunyi kerana sentiasa dikelilingi teman. Bagusnya apabila berada di kuliah, selain belajar kita juga berpeluang berjumpa ramai jejaka hebat,” seloroh si manis yang sememangnya gemar berjenaka itu.

Pertemuan dengan Acha atau nama sebenar Jelita Septriasa, 22, yang diatur Broadway Media bersempena pelancaran saluran baru Astro, Bintang 141 dan Pelangi 142, tidak dilepaskan wakil media begitu saja untuk mengetahui perkembangannya.

Bintang Heart dan Love Is Cinta itu dibawakan khas ke majlis berkenaan berikutan beberapa filem pecaah panggung lakonannya bersama Irwansyah antara senarai produk yang bakal mengisi slot saluran baru berkenaan. Masih kekal dengan sikap peramah dan mudah tertawa, Acha juga tidak menolak untuk berkongsi soal perasaan selepas kekasih yang sudah menjalin cinta dengannya selama tiga tahun selamat bergelar suami orang awal tahun ini.

Jika dikatakan sebaik berpisah mereka tidak lagi bertegur sapa, sekeras-kerasnya dkwaan berkenaan dinafikan kerana katanya mereka masih bertanya khabar dan bertegur sapa walaupun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

“Waktu itu saya masih muda, mahu mengejar cita-cita dan kerjaya, manakala Irwansyah pula ingin membawa hubungan kami ke fasa lebih serius, iaitu perkahwinan. Daripada membiarkan dia terus menunggu, lebih baik kami meneruskan haluan sendiri.

“Memang agak pahit melalui semua itu, tetapi kami harus kuat selain percaya jika ada jodoh, kami akan dipertemukan semula. Nyata takdir tidak menyebelahi apabila dia bertemu jodoh dengan gadis lain. Biar apa pun, saya mendoakan mereka dari jauh,” luahnya penuh makna.

Hanya kesyukuran yang mampu diucapkan apabila insan yang pernah disayangi dilingkari kebahagiaan, cuma dirinya agak terkilan apabila tidak menerima kad undangan perkahwinan untuk hadir pada hari bersejarah itu. Katanya lagi, ketika masih solo memang kerap mereka berhubungan, tetapi selepas Irwansyah bergelar suami, Acha cuba menjauhkan diri bagi mengelakkan ada hati yang terluka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *