DJ Lin menang ABPBH 33 sekali lagi. Dengan itu dia ingin meneruskan dengan hasratnya yang satu ini selepas tamat tempoh PKP.

artis Dunia ISU SEMASA Uncategorized

DJ Lin berjaya membawa pulang trofi Penyampai Radio Popular ABPBH33. Sebelum impian untuk merangkul trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Paling Popular 33(ABPBH33) menjadi kenyataan, penyampai Suria FM DJ Lin pernah menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah.

Lebih manis apabila DJ Lin, 44, turut berkongsi berita gembira kerana jumlah pendengar Suria FM mencatat peningkatan yang sangat positif.

Pemilik nama Roslinda Abdul Majid ini meluahkan rasa syukur atas pencapaian luar biasa sepanjang dua tahun menyandang jawatan sebagai Pengurus Kanan Suria FM.

DJ Lin berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya.

“Ramai yang tanya saya, sebaik saja menang anugerah itu apa wish atau hasrat saya. Sebenarnya untuk pengetahuan anda, saya dah pasang niat. Sekiranya radio survey catat jumlah pendengar tinggi, saya nak tunai umrah… jika saya diberikan rezeki untuk menang anugerah Penyampai Radio Popular, saya nak tunai umrah. Alhamdulillah… Allah mendengar luahan hati saya dan Allah berikan apa yang saya impikan. Dua kemenangan serentak dalam minggu yang sama. Sepanjang dua tahun di bawah pengurusan saya, Suria FM dapat penambahan jumlah pendengar. Syukur Alhamdulillilah daripada 1.8 juta kini menjadi 2.9 juta pendengar. Satu pencapaian yang sangat luar biasa,” katanya.

Terima kasih kepada peminat yang sentiasa doakan dan sudi sokong karier saya.

DJ Lin turut berterima kasih kepada seluruh warga kerja Suria FM atas kejayaan tersebut dan berharap dapat mencapai sasarannya untuk berada dalam kalangan tiga radio paling popular di Malaysia. ABPBH33 yang berlangsung pada 13 November lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil turut menyaksikan kemenangan penyanyi Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular. Dalam pada itu, DJ Lin yang mengendalikan segmen Suria Cinta ini berharap pandemik Covid-19 berakhir dengan cepat supaya dia dapat menunaikan hajatnya.

“Saya harap sangat agar pandemik Covid-19 akan cepat berakhir bagi membolehkan saya tunaikan hajat dan niat untuk mengerjakan umrah. Saya harap semua orang sudi doakan saya semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan dapat jejak kaki sekali lagi ke Tanah Suci. Sudah pasang niat, dah capai apa yang kita inginkan… jadi kenalah tunaikan niat supaya hati rasa tenang. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa doakan dan sudi sokong karier saya,” ujarnya.

DJ Lin kekal Penyampai Radio Popular ABPBH dua tahun berturut-turut – “Saya all out di semua platform media sosial”

DJ Lin mempertahankan kategori Penyampai Radio Popular

Penyampai radio Suria FM DJ Lin mempertahankan kategori Penyampai Radio Popular dua tahun berturut-turut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian KE-33 (ABPBH33) yang berlangsung pada malam Jumaat. DJ Lin atau nama sebenar Roslinda Abdul Majid, 44, yang popular dengan segmen, Suria Cinta menewaskan 19 pencabar lain antaranya Haziq, Haiza, Shuk Sahar dan Jep Sepahtu. Menurut DJ Lin, kemenangan ini adalah hasil kerja keras peminat-peminat yang mengundinya. “Saya mengikut apa yg di war-war kan dan sudah tentu saya selalu balas DM dan berinteraksi dengan peminat..


Kemenangan ini adalah hasil kerja keras peminat-peminat yang mengundinya. “Jadi kena ambil berat dan balas semua pesanan peminat dan ikhlas Insya-Allah peminat dapat rasa keikhlasan kita. Secara jujur, pengikut saya aktif di Facebook. Mungkin bagi selebriti lain khusus penyampai radio mereka hanya aktif di Instagram. Saya all out di semua platform media sosial saya tak fokus satu platform sahaja, kita kena ingat untuk undi online, melibatkan peminat luar dan dalam negara. Ini merupakan kemenangan ketiga DJ Lin bagi kategori sama selepas kejayaan dicapai pada ABPBH 2015 dan edisi ke-32, tahun lalu. ABPBH33 yang dihoskan Datuk AC Mizal dan dan Nabila Huda bersiaran secara langsung dari Axiata Arena Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Anak-anak tak paksa DJ Lin kahwin – “Masa dengan mereka pun tak banyak apa lagi jika ada suami”

DJ Lin bimbang tidak dapat membahagikan masa dengan baik selepas berkahwin Penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin memberitahu anak-anak tidak pernah memaksa dia untuk mencari pasangan hidup dan berkahwin. Menurut DJ Lin, 44, dia bimbang tidak dapat membahagikan masa dengan baik apabila sudah kahwin memandangkan terlalu sibuk mencari rezeki.

“Anak-anak tak kisah dan mereka juga tak pernah paksa untuk saya cari pasangan hidup dan berkahwin semula.

Anak-anak memahami DJ Lin sibuk dengan kerja.

“Sebabnya masa saya dengan mereka pun tak banyak apa lagi jika ada suami. Nanti asyik bergaduh sahaja. Jadi, saya tak nak tambahkan masalah. Sekarang ini kehidupan saya dah okey. Tanggungjawab saya besar, selagi ada kudrat kena cari rezeki,” katanya kepada mStar. Pemilik nama Roslinda Abdul Majid, 44, ini bercerai pada 2006 dan mempunyai dua orang anak bernama Nureen Aresya, 19, dan Nazren Asyran, 17. Sebelum ini, DJ Lin mengakui sukar mencari pasangan dan terlalu selesa menjalani kehidupan tanpa suami menyebabkan dia tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Dalam pada itu, Penyampai Radio Popular ABPBH31 ini turut meluahkan rasa syukur dengan kejayaan Suria FM dan slot Suria Cinta yang dikendalikannya sejak 2006 sehingga kini. “Alhamdulillah saya sangat bersyukur di bawah tanggungjawab saya, Suria FM kini mencatat peningkatan yang sangat memberangsangkan. Saya mahu membawa Suria ke peringkat yang lebih tinggi. Sasaran saya nak menjadi top 3 radio paling popular dan sekarang sikit lagi nak capai. Alhamdulillah rating Suria Cinta pun kini sangat bagus dan diterima ramai pendengar baharu,” ujarnya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *