Bekas pramugari ini berhenti sebagi krew kabin dan dia meneruskan punca rezekinya dengan cara ini. Siapa sangka boleh jadi sebegini rupa.

Amalan Dunia Hiburan Uncategorized

Nina mula berniaga kuih-muih pada Julai lalu atas saranan suaminya. Dari kerjaya di awan biru, siapa sangka bekas pramugari ini juga memiliki sentuhan magis dalam penghasilan kuih-muih Melayu? Begitulah kisahnya mengenai Dayang Shazrina Mohd Noordin, 30, yang kini menjadi pengusaha makanan selepas berhenti kerja pada Februari lalu. Mesra disapa Nina, dia mengakui berhenti kerja kerana mahu fokus terhadap cahaya mata sulungnya, namun tidak sangka negara teruk dibadai pandemik Covid-19 sehingga menyukarkan usahanya mencari kerja baharu.

“Saya bersalin anak perempuan pada Oktober tahun lepas. Awal Februari tahun ini saya perlu kembali bertugas. Tapi saya risau kerana kes Covid-19 sedang meningkat di Malaysia. Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti. Tak sangka pada Mac, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula dilaksanakan. Saya dah jadi kru kabin dari tahun 2013. Tapi ada kelulusan dalam bidang kulinari dan pengurusan perhotelan.Saya fikir mahu menceburi bidang hotel, tapi industri itu juga menerima impak teruk. Suami saya yang kerja dalam bidang hotel turut terkesan,” ujarnya kepada mStar.

Atas idea dan saranan suaminya, Mohd Nazrin Md Affandi, 31, Nina yang enggan berpanjangan mengharap untuk ditawarkan kerja baharu mengambil keputusan berniaga kuih bermula Julai lalu. “Sebenarnya ayah saya dulu juruterbang. Sewaktu saya umur sembilan tahun, ayah pernah sakit, tak boleh kerja jadi mak berniaga kuih tepi jalan untuk sara hidup kami.

Saya dan suami je yang buat kuih, sambil jaga anak lagi.

“Jadi dari kecil saya dah belajar sedikit-sebanyak dari mak. Baru-baru ini kami balik rumah mak, dia ada terima tempahan kuih dari rakannya. Dari situ suami bagi idea, dia tanya saya boleh buat kuih ke? Malah, kawasan rumah kami di Cyberjaya juga agak susah kalau nak cari kuih. Dari situlah bermula perniagaan kami,” jelasnya.

Kata Nina, dia bersyukur apabila mendapat sokongan padu rakan dan keluarga sejak mengusahakan perniagaan itu. Malah, dia sama sekali tidak pernah berhadapan persepsi negatif yang memandang rendah perubahan kerjayanya.

Seleksi kuih yang dihasilkannya.

Menghasilkan variasi kuih seperti seri muka, kaswi, kuih lapis, kuih cara, nona manis dan sebagainya, Nina juga bersyukur apabila posting hebahan oleh adiknya di Twitter menjadi tular sehingga membuka peluang rezeki buatnya.

“Alhamdulillah, mesej masuk tak berhenti selepas viral di Twitter. Terlalu banyak mesej untuk kami jawab. Saya dan suami je yang buat kuih, sambil jaga anak lagi. Kami mohon maaf kalau ada yang kami tak sempat layan lagi,” ujarnya.

Malah, Nina sempat menitipkan pesan buat sesiapa yang terkesan akibat pandemik Covid-19 agar tidak mudah berputus asa dan cuba meneroka bakat yang ada untuk diubah menjadi punca pendapatan.

“Jangan mudah putus asa. Saya masa awal-awal dulu, duit makin sikit. Tapi jangan putus asa. Kadang-kadang kita tak nampak bakat kita, boleh tanya orang sekeliling. Macam saya pun, suami yang sarankan saya buat kuih. Rezeki tak pernah salah alamat,” ujarnya lagi.

Tambah Nina, kuih yang dihasilkannya bukan sahaja dijual sekitar Cyberjaya, malah dia turut bersedia menerima tempahan dari luar kawasan seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan sebagainya.

Untung RM3 sehari, nasib lelaki tua patah kaki jual cendol berubah selepas pramugari bikin kecoh di Twitter – “Dia tak larat tekan pedal lori”

Warga emas ini menyewa tapak gerai yang terletak di Lembah Maju, Ampang, Selangor. Sudah berusia 67 tahun, namun dia masih gigih menjalankan perniagaan cendol dan rojak. Lebih malang, dia yang sebelum ini berniaga menggunakan lori terpaksa bertapak di sebuah gerai selepas ditimpa malang hingga patah kaki. Simpati dengan nasib yang melanda warga emas dikenali sebagai Pakcik Ghani itu, seorang pramugari tampil membuat hebahan di Twitter sehingga tular.

Bercakap kepada mStar, Fatin Shabirah Mohd Shariff, 24, mendedahkan warga emas itu menyewa tapak gerai yang terletak di hadapan gerai ibunya di Lembah Maju, Ampang, Selangor. “Mak saya dah berniaga makanan sekitar 20 tahun di situ. Jadi dia sewakan gerai di hadapan kedai kepada Pakcik Ghani. Baru je dalam sebulan dia menyewa. Katanya dia dah tak larat nak tekan pedal lori sebab kaki patah. Masa dia mula-mula menyewa, ada satu hari tu dia dapat RM3 je. Mungkin pelanggan-pelanggan dia sebelum ni tak tahu.

“Jadi saya cuba post di Twitter, saya pun ada bagitahu dia nak cuba viralkan dia,” ujarnya sewaktu dihubungi. Mesra disapa Fatin, dia mengakui cukup terharu dengan sokongan warga Twitter sehingga membawa punca rezeki buat warga emas berkenaan. Jelasnya, dia tidak begitu tahu mengenai latar belakang Pakcik Ghani namun berharap ia sedikit sebanyak mampu membantu kelangsungan hidupnya.

Dia kata Alhamdulillah, rojak pun habis dua tiga hari ni.

“Sebelum ni dia pernah cakap pada mak, kalau bisnes dia tak bagus, dia nak berhenti menyewa. Tapi saya bersyukur, ramai yang nak datang gerai dia lepas viral. Kami pun tak mengharapkan apa-apa balasan.

Fatin terharu dengan sokongan yang diberikan oleh warga Twitter.

“Kita pun tak tahu apa dia lalui, tapi sekurang-kurangnya dapat bantu hidup dia. Beberapa hari selepas viral, saya tanya dia. Dia kata Alhamdulillah, rojak pun habis dua tiga hari ni,” ujar Fatin lagi.

Kedai ibu Fatin yang turut menempatkan gerai kecil warga emas itu dihadapannya.

Tambah Fatin lagi, selain bersikap peramah, cendol dan rojak dihasilkan warga emas itu juga cukup menyelerakan. Sehingga kini, posting Fatin mengenai Pakcik Ghani menerima lebih 12,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *