Angah Raja Lawak berkongsi perkara ini di Instagram. Dia turut meluahkan rasa syukur dan terima kasih atas sebab ini.

artis Dunia Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga Uncategorized

Penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak menyambut kelahiran cahaya mata perempuan bersama isterinya, Amira Asyura Abd Razak. Angah berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya pagi tadi.

Pemilik nama sebenar Iskandar Shah Hashim ini meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan dan mendoakan urusan kelahiran tersebut.

“Alhamdulillah syukur bidadari saya selamat melahirkan puteri kami yang sangat comel macam bapaknya. Terima kasih semua atas doa dan ucapan kalian ya,” tulisnya sebagai kapsyen. Meninjau ruangan komen, ramai pengikut Angah termasuk beberapa rakan industri mengucapkan tahniah kepadanya dan isteri. Antara yang meninggalkan komen adalah Elizad Sharifuddin, Fizo Omar, Feeya Iskandar, Jep Sepahtu dan ramai lagi.
 
Angah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016 dan  telah memiliki seorang cahaya mata perempuan sebelum ini. Selain itu, Angah juga memiliki seorang cahaya mata perempuan hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.

Angah (Raja Lawak) Belajar Jadi Imam Sebelum Kahwin

Angah dan Ameera bakal disatukan sebagai suami isteri pada 19 Februari depan.

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Angah sedang mempersiapkan diri dengan mendalami ilmu agama sebelum bergelar suami kepada Ameera Syura Abd Razak pada 19 Februari depan.

Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 37, berkata, selain menjaga solat dia juga mempelajari untuk menjadi seorang imam agar dapat memimpin bakal isterinya itu dalam ibadat.

“Sebagai persiapan peribadi saya menjaga solat dan belajar bagaimana menjadi imam selain persediaan lain bergelar suami. Alhamdulillah persiapan lain juga sudah 80 peratus siap dan kini hanya menunggu untuk disatukan sebagai suami-isteri,” katanya kepada mStar Online.

Angah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) pada Rabu lalu. Bekas peserta program Raja Lawak itu bergabung dengan dua pelawak lain iaitu Tauke (Jambu) dan Ajak (Shiro) menerusi kumpulan LOL. MLM 2016 bakal menampilkan 15 peserta dan bakal bersiaran selama 14 minggu pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari ini. Ia disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Dalam pada itu, Angah berkata, dia berkenalan dengan Ameera, 20, lebih dua tahun lalu ketika dia menjadi pengacara majlis dalam sebuah majlis yang dianjurkan oleh bapa wanita itu sendiri. Kata Angah, biarpun jarak usia mereka jauh berbeza namun ia tidak menjadi masalah kerana paling penting keserasian di antara cukup baik.

“Hanya dalam tempoh setahun mengenali bakal isteri saya selesa dengannya dan keserasian di antara kami melengkapkan hubungan kami. Alhamdulillah kami bakal disatukan sebagai suami-isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagian kami berdua,” ujarnya yang sudah menduda sejak sembilan tahun lalu. Terdahulu, Angah mengikat tali pertunangan dengan Ameera pada Januari tahun lalu dan pernikahan pasangan itu bakal diadakan di rumah pengantin perempuan di Melaka.

Bercakap mengenai MLM 2016, Angah berkata, ini adalah kali pertama dia menyertai program berkenaan dan mengakui gementar untuk bertanding bersama 14 peserta lain yang mantap. Bagaimanapun kata Angah, sekarang adalah masa paling sesuai untuk dia berbuat demikian dan berharap gabungan bersama Ajak dan Tauke akan disukai peminat.

Angah (Raja Lawak) Akhiri Status Duda Dengan Sekali Lafaz

Angah (kiri) akhirnya bergelar suami kepada Amina Asyura. FOTO: Instagram Angah

PETALING JAYA: Pelawak yang dicungkil bakatnya dalam program Raja Lawak iaitu Angah akhirnya bergelar suami kepada Amira Asyura Abdul Razak pada pagi Jumaat selepas 9 tahun menduda. Majlis akad nikah pasangan itu telah disempurnakan oleh Imam Masjid Ar Rahman, Kampung Tun Razak, Melaka iaitu Mohamad Suhaimi Kassim di rumah pengantin perempuan di Melaka Perdana Resort Homes.

Pihak lelaki menyerahkan wang hantaran RM15,000 manakala rantai emas pula dijadikan sebagai mas kahwin. Enam dulang hantaran diberikan pengantin lelaki dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 38, sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Amira Asyura, 20, pula merupakan seorang pelajar.

Gara-gara lagu ‘Balik Kampung’ warganet marah Jep Sepahtu gurau kasar dengan Angah Raja Lawak – “Sebenarnya dia sangat hormati saya sebagai abang”

Angah memohon maaf kepada warganet yang salah faham melihat cara mereka bergurau.

Tindakan pelawak Jep Sepahtu memperbetulkan kenyataan Angah Raja Lawak mengenai lagu Balik Kampung ketika segmen Pagi di Sinar live di rumah mengundang rasa kurang senang warganet. Rata-rata warganet menganggap Jep bersikap kasar apabila cuba membantah kenyataan Angah bahawa single nyanyian Allahyarham penyanyi Sudirman itu sebenarnya bukan lagu raya.

Bagaimanapun, Angah atau nama sebenarnya Iskandarsah Hashim, 42, tampil memohon maaf kepada warganet yang salah faham melihat cara mereka yang sememangnya sudah terbiasa bergurau seperti itu. Menurut Angah, dia dan Jep serta Rahim yang merupakan penyampai radio Sinar FM untuk segmen tersebut sentiasa mengamalkan memohon maaf antara satu sama lain setiap kali mereka habis bekerja.

“Terima kasih sangat-sangat di atas keperihatinan kalian semua. Saya memohon sejuta kemaafan kepada kalian semua, mungkin cara kami bergurau agak nampak kasar tapi semangnya gurauan kami ini memang dah terbiasa dari dulu. Sebagai manusia biasa memang kami tak lari dari kesilapan dan kesalahan, kadang ada yang saya terasa hati dan kadang ada juga Jep dan Rahim terasa tetapi kami sentiasa mengamalkan memohon maaf setiap kali kami habis bekerja,” katanya.

Sebenarnya Jep amat menghormati saya sebagai abang cuma bila kami bekerja memang ada peranan masing-masing

Angah berkata demikian menerusi ruang komen di perkongsian rakaman Angah, Jep, Rahim dan Pegawai Eksekutif Muzik Sinar, Ariff yang dimuat naik di Instagram radio Sinar FM pada Selasa.

Menerusi perkongsian itu, Angah memberitahu lagu Balik Kampung bukan dicipta sebagai lagu raya namun sudah dimainkan hanya ketika menyambut perayaan tersebut.

Malah warganet turut bersetuju dengan kenyataan Angah dan meminta suami kepada pelakon Sari Yanti itu supaya melakukan kajian sebelum ingin memperbetulkan rakannya itu.

Antara komen warganet yang berpendapat Jep bersikap kasar dengan Angah.

Dalam pada itu, Angah menjelaskan Jep sebenarnya sangat menghormati dirinya sebagai seorang abang. Guarauan kasar itu dilakukan hanya kerana ingin menghidupkan suasana Ramadan dan mereka mempunyai peranan masing-masing dalam mengendalikan segmen tersebut.

“Sebenarnya Jep amat menghormati saya sebagai abang cuma bila kami bekerja memang ada peranan masing-masing untuk menghidupkan suasana di bulan yang penuh kemaafan ini. Sekali lagi Angah memohon maaf pada kalian semua ya… Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT amin… Sayang kalian semua… layan saja!” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *