Wanita ini sanggup berhenti kerja dan menolak 2 tawaran pekerjaan hanya demi ibunya dan anaknya yang disleksia. Siapa sangka selepas membuat keputusan begitu ini yang terjadi.

Covid 19 Kehidupan Keluarga KESIHATAN

Mazuin mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pensyarah kerana mahu menjaga anak dan ibunya. Bukan mudah untuk beralih daripada kerjaya yang agak selesa kepada yang ‘biasa-biasa’. Namun itulah pengorbanan wanita ini apabila dia nekad untuk berhenti kerja sebagai seorang pensyarah, tahun lalu.

Menurut Mazuin Osman @ Stephen John Clarke, sungguhpun bergelar sebagai seorang pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sejak 15 tahun lalu, namun ia bukanlah penghalang untuknya mengambil keputusan nekad sedemikian kerana mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan juga ibu.

“Sedangkan waktu itu saya ada dapat tawaran mengajar di dua IPTA, namun akhirnya saya menolak kerana ibu tidak sihat ketika itu. Dalam masa sama, saya mahu beri tumpuan kepada anak saya yang disahkan menghidap disleksia. Saya berhenti kerja sebagai pensyarah pada Februari 2019 dan tinggal bersama ibu di Pontian, Johor.

“Saya dan suami terpaksa berjauhan seketika, dia tinggal bersama keluarganya di ibu kota. Itulah pengorbanan yang kami berdua lakukan, tambahan lagi sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” kata wanita berusia 39 tahun ini.

Mazuin (kanan) bersama tiga orang klien yang mendapatkan khidmat urutannya.

Sejak itu, wanita ini berkata dia mengajar secara ‘freelance’, selain turut bekerja sebagai tukang urut dan pembantu dapur di sebuah syarikat katering di Singapura. Namun siapa sangka, pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia bermula penghujung tahun lalu menjejaskan sumber pendapatan wanita ini memandangkan pintu sempadan ke negara jiran ditutup untuk mengekang penularan wabak.

“Mungkin Allah dah aturkan sesuatu untuk saya. Hendak dijadikan cerita, dalam tempoh getir itu, saya ada mengurut seorang kenalan… niat asalnya hanya mahu membantu. Kenalan saya ni dah lama tak boleh berjalan. Selama sejam saya mengurutnya, dengan izin Allah, dia mampu berjalan semula. Sejak daripada itu, kenalan saya ini mula rekomen kepada rakan-rakannya yang lain dan sejak itulah, saya aktif sebagai tukang urut hingga sekarang,” ujarnya yang aktif terlibat dengan pelbagai NGO sebagai sukarelawan.”

Menurut Mazuin, selain mewarisi kemahiran mengurut daripada neneknya yang merupakan seorang bidan dan juga ibunya yang merupakan seorang tukang urut, dia sebenarnya mempunyai sijil urutan refleksologi.

“Kalau ikutkan, dah 10 bulan saya sudah bergelar sebagai tukang urut. Niat saya memang nak menolong orang, Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki… hingga hari ini, tak putus-putus pelanggan. Cuma impian saya, jika diberikan peluang, saya teringin sangat nak mengurut Tokti (Datuk Seri Siti Nurhaliza). Saya memang minat sangat dia sejak remaja lagi. Saya kagum sangat dengan personalitinya,” tambah ibu kepada seorang anak ini.

Saya tak nafikan pada peringkat awal dahulu saya sangat down…pernah ada suara kata ‘ibu pensyarah tapi anak tak pandai’. Saya sangat terkesan lantas bermuhasabah.

Hampir setahun bergelar tukang urut, Mazuin berkata dia sama sekali tidak menyesal mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pensyarah, malah terlalu bersyukur dengan hikmah yang diatur untuknya.

“Banyak hikmah daripada keputusan saya ini. Walaupun saya tak nafikan pada peringkat awal dahulu saya sangat down…pernah ada suara kata ‘ibu pensyarah tapi anak tak pandai’. Saya sangat terkesan lantas bermuhasabah.

Antara tulang belakang Mazuin iaitu ibu dan bapa mentua (gambar kiri) dan rakan-rakannya (gambar kanan).

“Saya dulu sangat bersungguh ajar pelajar saya… saya tak boleh terima jika guru tak ada effort ajar anak saya di sekolahnya, jadi saya ambil keputusan ajar anak sendiri. Sekarang dia dah berusia sembilan tahun. Dalam masa yang sama saya boleh luangkan banyak masa dengan keluarga dan ibu yang tak sihat. Ibu dah jaga kita daripada kecil, jadi sekarang masa untuk kita berbakti kepadanya pula,” katanya lagi

Demi ibu… Pemuda sanggup ‘resign’ kerja di pelantar minyak, mahu tebus kesilapan lalu – “Dulu duduk tengah laut sebulan, turun darat seminggu dua…”

Faisal membuat keputusan berhenti kerja sebagai juruteknik pelantar minyak demi menjaga ibunya yang mengalami masalah kesihatan. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Itulah ungkapan tepat menggambarkan usaha seorang pemuda yang sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menjaga ibunya yang mengalami masalah kesihatan.

Muhammad Faisal Rahimi Shafie berkata kesihatan ibunya, Fatimawati Shamsudin, 64, mula merosot sejak hujung tahun lalu dan disebabkan itu dia nekad untuk meninggalkan pekerjaannya sebagai juruteknik pelantar minyak di Kemaman, Terengganu. Malah katanya lagi, tanggungjawab itu dipikul kerana bapanya sudah tiada pada 2013.

“Masa saya kerja di Kemaman tu mak tengah tak sihat dan selera makan pun kurang. Jadi masa tu saya terfikir siapa nak jaga mak kalau dia masuk hospital.

“Saya pula anak bongsu tiga beradik dan anak lelaki tunggal dalam keluarga. Kakak sulung kerja di Shah Alam, manakala kakak nombor dua pula dan berkahwin dan bekerja sebagai guru tadika.

“Jadi atas sebab itu saya mengambil tanggungjawab menguruskan mak sepenuh masa. Lagipun sebelum ayah meninggal dia amanahkan saya untuk jaga keluarga terutamanya mak,” katanya.

Menurut anak jati Kuala Nerang, Kedah itu, sejak dia berhenti kerja September lalu, ibunya sering tidak sihat dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar awal bulan ini.

“Sebelum ni mak masuk wad sebab ada sesuatu dekat tengkuk pada April lalu. Lepas tu OK kemudian masuk semula hospital baru-baru ni sebab ada jangkitan kuman dalam dar4h. Doktor cakap jangkitan kuman tu dan merebak ke jantung, jadi nadi dia memang lemah. Kalau orang panggil dia macam khayal sebab kurang oksigen.

“Lepas tu proceed empat kali tukar antibiotik, Alhamdulillah baru OK. Ikutkan doktor pakar cakap dah boleh discharge petang ni (Selasa) tapi mak masih lagi dalam pemantauan,” katanya.

Alhamdulillah sekarang saya rasa lagi tenang bila mak ada depan mata. Dalam bahasa mudah apa kita nak buat tengok mak depan mata tu kerja jadi lebih mudah.

Meskipun ramai bimbang hilang pekerjaan ketika ini, Muhammad Faisal Rahimi atau mesra disapa Faisal tidak sesekali menyesal dengan keputusannya itu.

“Saya sedikit pun tak menyesal, keputusan tu dibuat dengan rela hati. Saya nak jaga mak sebab usahanya amat besar tak dapat dibalas dengan wang ringgit. Betul orang cakap nak dapat kerja sekarang memang susah tapi sementara mak ada depan mata ni, kita jagalah. Kerja boleh cari tapi mak tak ada pengganti,” katanya.

Ibu Faisal sudah dibenarkan keluar hospital petang Selasa tetapi masih dibawah pemantauan doktor pakar.

Malah kata pemuda berusia 28 tahun itu, dia juga mahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap ibu yang pernah diabaikannya sebelum ini.

“Saya belajar daripada kesilapan masa lalu. Saya dulu tak jaga mak betul-betul sebab sibuk kerja. Jadi banyak benda terabai. Bila kita fikir balik apa kita buat tu sebenarnya banyak pengaruhi kehidupan kita hari ini. Dulu kalau duduk tengah laut dalam sebulan, kemudian turun darat dalam seminggu dua lepas tu pergi semula ke laut. Jadi masa dengan family terutamanya mak tu kuranglah. Dalam setahun tu kalau balik kampung pun adalah tiga, empat kali. Lagipun kos nak balik tu tinggi sebab jauh. Jadi sekarang saya mahu tebus kembali kesilapan saya,” katanya. Pada masa sama, Faisal berkata dia kini lebih tenang apabila dapat menjaga ibunya sepenuh masa.

“Alhamdulillah sekarang saya rasa lagi tenang bila mak ada depan mata. Dalam bahasa mudah apa kita nak buat tengok mak depan mata tu kerja jadi lebih mudah. Saya turut berdoa semoga mak diberikan kesihatan baik dan saya mampu kembali bekerja demi masa depan. Saya percaya doa ibu pada anak amat mustajab.

Posting Faisal mendapat repons positif di kalangan warganet. “Buat sementara ini, biarlah saya berkorban bagi memastikan mak tidak terabai dan kesihatannya semakin baik dari semasa ke semasa,” katanya. Sebelum ini, Faisal turut berkongsi kisahnya yang terpaksa berhenti kerja demi ibunya di Facebook sehingga menjadi tular.

“Sebelum ni saya selalu post tentang kerja saya di media sosial. Jadi bila saya tak buat benda sama ada yang pelik. Ada juga yang tak tahu saya berhenti kerja sebab apa. Sebab itulah saya post status tu. Saya nak beritahu punca sebenar saya berhenti kerja,” katanya.

Rata-rata kagum dengan keputusan berani pemuda itu di saat keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. “Semoga dipermudahkan segala urusan. Terbaik… respect. Tak semua orang boleh buat. Semoga kau kuat laluinya,” kata Zul. Semoga Allah permudahkan segala pengorbanan hang. Percayalah apa yang hang lakukan hari ini one day hang akan rasa happy sebab hang sempat bahagiakan ibu hang. Jagalah dia sebaik mungkin. Jangan pernah terasa hati dengan kata-katanya. Aku dah laluinya,” kata Nurul Atiqah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *