Tiada lagi lobak merah dan labu lepas ni. Ika Nabella ingin minta doakan untuk anaknya hanya kerana sesuatu ini.

artis Kehidupan KESIHATAN

Pelakon Ika Nabella, 31, mendedahkan anak lelakinya, Muhammad Noah Zayn telah didiagnosis penyakit karotenemia atau jaundis palsu iaitu salah satu jenis penyakit kuning. Menurut Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, punca penyakit tersebut disebabkan pengambilan makanan karotin yang berlebihan seperti lobak merah.

“Makcik dan pakcik sila doakan @muhammadnoahzayn sihat sempurna. Dia kini didiagnosis sebagai bayi karotenemia atau orang selalu memanggil ‘bayi oren’ kerana pengambilan makanannya. “Pengambilan makanan karotin yang berlebihan. Dia suka lobak merah sangat. Phewww. Salah Ibu,” tulisnya di Instagram (IG).

Walaubagaimanapun, pelakon drama Sein Dan Luna menyatakan keadaan itu tidak merbahaya. “Tapi jangan risau Noah baik-baik saja, keadaan ini tidak berbahaya cuma Mommy dan Ayah kena merawat perubahan warna kulitnya. Terlalu banyak pigmentasi kuning pada kulit dan peningkatan beta-karotin dalam darah. Sekarang! Tiada lagi lobak merah atau labu! Kita pergi hijau ok dan merah,” tulisnya lagi.

Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang. Pasangan ini menerima cahaya mata lelaki pada 23 Otober 2019 di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Terima Mesej Daripada Orang Ramai Di Media Sosial Yang Meminta Jasa Baiknya Untuk Menghulurkan Bantuan. Ika Nabella Berimpian Nak Buat Sesuatu Ini Untuk Membantu Pihak Yang Tidak Berkemampuan

Pelakon Ika Nabella mendedahkan bahawa dia menerima mesej daripada orang ramai di media sosial yang meminta jasa baiknya untuk menghulurkan bantuan akibat desakan hidup ekoran pandemik Covid-19, hampir setiap hari. Begitupun, Ika atau nama sebenarnya, Ika Nabila Abdul Rahim, 31, berkata, dia tidak mampu untuk memberikan bantuan kepada semua pihak yang datang kepadanya.

“Sejak akhir-akhir ini, saban hari orang hantar DM (mesej peribadi) minta bantuan. Hantar gambar tong beras kosong, gambar anak menangis, cerita suami kena buang kerja, suami kerja dari rumah gaji separuh.”Banyak kesusahan masyarakat kita sebab pandemik. Saya dah beri sumbangan bantuan, tapi tak mampu nak bantu semua orang,” katanya menerusi satu entri di Instagram.Begitupun, kata Ika apa yang boleh dibantunya, adalah dengan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai.Katanya, dia berharap dengan cara itu, secara tidak langsung, dia mampu mencapai impiannya untuk memberi sumbangan yang lebih banyak kepada masyarakat di luar sana.

“Sentiasa minta supaya saya ikhlas dalam perbuatan kerana saya selalu bayangkan diri saya sebagai seorang yang berkemampuan dan pemurah dalam segala aspek.”Saya nak tergolong dalam kalangan mereka yang berjiwa besar mampu beri manfaat pada orang lain..”Saya berimpian nak bayar zakat ratusan ribu, nak derma juta-juta, nak bina masjid dan berbagai-bagai lagi. Besar impian saya dan tak nak tunggu jadi jutawan baru realisasikan semua tu.

Makanya, saya mulakan langkah, baby steps,” kongsinya.Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar impian Ika untuk membantu orang ramai itu dipermudahkan.”Semoga tercapai impian Ika untuk membantu yang memerlukan. Impian akak pun sama seperti Ika.”Moga Allah limpahkan rezeki buat Ika dan keluarga,” komen sebahagian pengikutnya.

Ika Nabila Tampil Menunjukkan Kini Dia Sudah Berhijab. Dia Meminta Warganet Untuk Mendoakannya.

Foto pelakon Ika Nabila yang tampil dengan imej bertudung sejak lima hari lalu mendapat perhatian pengikutnya. Menerusi Instagram miliknya, Nabila memberitahu dia sedang menyesuaikan dirinya dengan imej baharu itu dalam masa yang sama menjadi ibu dan isteri yang baik.

“Saya menerima banyak panggilan dari semua medium yang bertanyakan banyak soalan mengenai imej baharu saya. Sebenarnya saya sedang menyesuaikan diri dan masih mencuba untuk menjadi seorang yang lebih bagus, sebagai seorang isteri dan ibu juga. Doakan saya ya, sepertimana saya mendoakan kamu semua. Segan sebenarnya,” katanya.

Ika berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya manis berhijab. Dalam tinjauan Gempak, rata-rata mengucapkan tahniah di atas penghijrahan tersebut dan mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah.Sekadar info, Ika mendirikan rumah tangga dengan  Muhammad Zaid Aznam pada 30 Julai 2016 dan menimang cahaya mata lelaki, Muhammad Noah Zayn pada 23 Oktober 2019.
 

Ika Nabila Akui Tak Dapat Lupakan Pengalaman Bersalin. Terkedu Ika Nabila Kongsikan Detik Cemas Ketika Melahirkan Putera Sulung.

Pelakon Ika Nabila berkongsi pengalamannya melahirkan anak sulung, Noah Zayn setahun yang lalu. Sempena ulang tahun kelahiran pertama puteranya itu, Ika mengimbau kembali detik-detik cemas anaknya dilahirkan. Menurut Ika sehari sebelum kelahiran anaknya, dia sudah mula rasa kontraksi dan keluar tanda. “Bermula 22 October 2019 : 2am tu dah rasa sakit. Tahan. Takut.

Ingat lagi malam tu tak boleh tidur langsung tak sanggup tunggu sampai subuh bagitau suami dia kata “You think too much. Tido,” dan dia berdengkur. “The longest night ever. Finally subuh & wake him up “Sayang, I think it’s time” Tapi he still chill. I did ask him kenapa dia chill sangat tahu tak dia kata apa? “Because you looked fine tak macam dalam movie” Haha dia ingat I masih ada masa nak test my acting skill ke?”

“I was ready lepas subuh tu mandi ada spotting. Nearly scream dalam sakit takut boleh senyum lagi bagitau suami “Sayang! Kita nk jumpa dia dah OMG! Kita nk jadi mak bapak dahhhhh,” ceritanya teruja. Ika berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia berkongsi juga video sebelum dan ketika melahirkan anaknya. Tambah Ika, dia bersyukur kerana ibu dan keluarga mertuanya banyak memberi kata-kata semangat selain ditemani suami tersayang. Wanita itu mengakui pengalaman bersalin ini tak dapat dilupakan kerana kesakitan yang ditanggung amat tinggi sejak bukaan 2cm (sentimeter).

“Sampai hospital terus ke LR (dewan bersalin). Wow! Nak bersalin dah ke? Doctor masuk. “Ika are you ready to meet your little one?” Cek bukaan baru 2cm! Hahahahahhaha kenapa sakit mcm kepala dah nk keluar?,” ceritanya lagi. Ika akhirnya selamat melahirnya anaknya secara normal lewat malam dan memasuki keesokan harinya pada 23 Oktober 2019.

“Suami cakap, “Sayang I nampak kepala dia sayang! Sikit lagi sayang sikittt lagi. Tahan nafas push jangan sedut.”. “Suami cakap lagi “Sayang jerit sayang tak apa jerit jeeee.” Dalam hati nk gelak. Kenapa dia suruh aku jerit eh?. “Akhirnya 1203am 23rd October 2019. Lahirlah zuriat yg dinanti. 3.25kg. Longgggg gentle normal delivery,” katanya. Ika dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam diijabkabulkan di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang pada 30 Julai 2016.

sumber- GEMPAK

Ikhtiar berubat dengan Ustaz mahukan cahaya mata. Ika Nabila dedah dia sanggup minum satu air ini dan banyak lagi dia lakukan untuk hamil selepas kahwin

Seperti yang kita tahu, setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap dalam kehidupan berumah tangga. Walaubagaimanapun,tidak semua pasangan dikurniakan rezeki anak dalam mahligai yang dibina. Hal ini,ada pasangan yang mengambil masa bertahun tahun sebelum mereka mampu bergelar ibu dan bapa.

Menurut pelakon Ika Nabila sendiri,dia mengakui telah melakukan pelbagai ikhtiar untuk hamil selepas berkahwin termasuklah pergi berubat dengan ustaz. “Hampir setahun saya lahirkan zuriat pertama kandungan kedua saya! Bahagianya dia tahu! Allah tahu bukan mudah untuk tepis soalan sinis kiri kanan, petua lapuk atas bawah,suara sumbang depan belakang, lawak orang

“Bersyukur dipertemukan dengan pasangan ini. Tak sangka ada yang sudi bantu kami yang buntu mahukan zuriat tanpa meletakkan sebarang bayaran.”Selain amalkan pemakanan sihat, ubah gaya hidup, bersukan setiap hari. Ubah pemikiran. Salah satu cara saya dan @zaidbowie ikhtiar untuk hamil dulu adalah pergi berubat dengan ustaz,” ceritanya.

Dalam posting tersebut, Ika turut berkongsi gambar dengan individu yang membantunya dalam usahanya melakukan ikhtiar menggunakan rawatan Islam. Bahkan, menurut Ika juga, pada masa sama, dia juga mengamalkan petua pemakanan. ” Tak lupa amalkan air rebusan buah zuriat setiap malam, minum air kelapa bakar dengan bacaan beberapa potong ayat suci al-Quran, bunyi macam mudah.

“Hanya mereka yang TTC (Trying to Conceive – wanita yang cuba mengandung) je tahu. Saya belajar erti reda selama tempoh mencuba, di kala saya reda, Allah kurniakan zuriat tak dijangka… Allah Maha Pemurah,” katanya. Pada masa sama, Ika turut menasihati wanita lain yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat agar terus bersangka baik dengan Sang Pencipta.

“Saya doakan kalian agar semua dapat merasa nikmat yang satu ini. Saya nak kalian rasa kehidupan seorang wanita yang berubah 360 darjah, tolong terus bersangka baik dengan Dia, yakin ketetapan Dia. “I am a better person dengan kehadiran Noah Zayn di sisi. Alhamdulillah. “Tadi ada bertanya ustaz, apa petua untuk hamil anak kembar heheheheh mana tahu adik Noah Zayn kembar ke.. ada yang nak tahu ke? Jom kita tunggu ustaz jawab post ni,” tulisnya.Ika mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Aznam pada 30 Julai 2016. Pasangan tersebut kemudian dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Noah Zayn pada 23 Oktober 2019 selepas tiga tahun menanti.-GEMPAK

Suami Nampak Beza Yang Ketara. Warganet Syak Suami Kepada Ika Nabila Buat Sesuatu Ini Untuk Kurus Dan Ini Jawapan Padu Dari Ika Berkenaan Isu Tersebut

Pelakon Ika Nabella mengakui dia merupakan insan yang paling banyak memberikan sokongan kepada suaminya, Muhammad Zaid Aznam untuk mengamalkan gaya hidup sihat.Ika atau nama sebenarnya, Ika Nabila Abdul Rahim, 31, berkata, gaya hidup sihat itu mula diamalkan semenjak mereka berusaha mahu mendapatkan zuriat dan ia kekal sehingga sekarang.

“Dia mula mendapat seruan untuk mengamalkan gaya hidup sihat ketika kami sama-sama berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.”Saya cuba memberikan sokongan kepada suami untuk turunkan berat badan. Misalnya dia akan berlari sekitar 10 hingga 13 kilometer setiap hari dan kini dia juga aktif berbasikal.”Alhamdulillah, rutin ini kekal sampai sekarang dan saya gembira menjadi penyokong nombor satu suami. Apa yang penting, bukan kurus sebab pot0ng usus tau,” selorohnya.

Mengimbas kembali penampilan fizikal suaminya itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini teringat kata-kata yang dilmparkan warganet kepada mereka.”Kadang-kadang, saya teringat apa yang wargamaya katakan pada kami sebelum ini. Kononnya, saya menjadi isteri kedua dan sanggup mengahwini lelaki gempal semata-mata kerana duit.”Jadi bila teringkatkan balik dan selak semula foto-foto lama, saya terfikir… Memanglah suami aku ni gemuk. Jujurnya pada waktu itu, saya tidak nampak suami saya seorang yang bertubuh besar.

“Sekarang bila beratnya turun daripada 100 kilogram kepada 70 kilogram, saya baru tahu yang dia sebenarnya sudah kurus. Berbeza sungguh penampilannya ketika kami bercinta sehinggalah sekarang.”Bila teringat balik apa yang warganet kata mengenai fizikal dia, ada betulnya juga. Senang cakap, kerana cinta buatkan saya tidak nampak dia seorang yang berisi ketika itu. Cinta itu bvta,” seloroh Ika.Ika dan Zaid mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dan menimang cahaya mata lelaki, Muhammad Noah Zayn pada 23 Oktober 2019.-gmpk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *