Sarah Hildebrand kongsi gambarnya bersama PU Azman. Warganet menyuarakan tidak puas hati mereka pada Sarah atas sebab sesuatu ini.

artis Dunia Hiburan Kehidupan Uncategorized

Sarah minta warganet tidak menjatuhkan hukuman sewenang-wenangnya selepas dia mengambil keputusan menanggalkan tudung. Keputusan pelakon Sarah Hildebrand untuk tidak lagi mengenakan hijab sejak pertengahan Oktober lalu terus mengundang kritikan sehinggalah ruangan komen di akaun Instagram suaminya iaitu Otto Gillen turut dihujani pelbagai teguran dan nasihat daripada netizen.

Menjawab salah satu komen yang ditinggalkan, Sarah meminta individu berkenaan tidak lagi menghantar mesej yang kurang tepat mengenai hijab termasuklah soal hidayah di laman sosial milik suaminya itu. Menurut Sarah atau nama sebenar Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, tiada manusia yang berhak untuk mengadili seseorang kerana hidayah itu milik Allah.

“Bagaimana anda tahu bahawa Tuhan tidak akan membimbing saya ke jalan yang benar dan bagaimana anda tahu bahawa saya berada di jalan yang salah? Anda tidak tahu jadi tolong berhenti berceramah seperti anda tahu. Berhenti menghantar mesej yang salah kepada suami saya. Terima kasih… doakan yang terbaik untuk orang lain dan diri sendiri” katanya.

Sarah menjawab salah satu komen yang ditinggalkan oleh warganet di foto pertemuan mereka bersama Pencetus Ummah (PU) Azman yang dimuat naik di akaun Instagram suaminya, baru-baru ini. Dalam komen yang ditinggalkan itu, warganet berkenaan meminta Otto menasihati isterinya supaya mengenakan hijab dan mengingatkan wanita yang mendedahkan aurat tidak akan dimasukkan ke syurga.

Tak perlu beritahu apa saya perlu lakukan!

“Suruh isteri anda pakai tudung… sesiapa yang tidak memakai tudung tak dapat menghidu bau syurga. Isteri anda dah pakai tudung lama, kenapa tiba-tiba tanggal?” tulis warganet itu. Sementara itu Otto berkata sebagai suami dia lebih mengetahui tindakan dan keputusan yang dibuat oleh isterinya itu.

Pasangan suami isteri ini bertemu PU Azman, baru-baru ini.

“Tak perlu beritahu apa saya perlu lakukan!” komen Otto. Pada 14 Oktober lalu, Sarah memuat naik foto bersama suami tanpa memakai tudung di laman Instagram miliknya sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet.

Keputusan aktres itu untuk tidak lagi berhijab turut mendapat sokongan suaminya. Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu mula bertudung sepenuhnya sejak penghujung tahun 2015. Sarah Hildebrand berkahwin dengan jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika itu pada 3 November tahun lalu.

Muat naik foto ‘free hair’, Sarah Hildebrand buka tudung – “Terima kasih kepada yang positif dan menyokong tanpa menilai”

Tindakan pelakon Sarah Hildebrand memuat naik foto bersama suami tanpa memakai tudung di laman Instagram miliknya pada Rabu menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet.

Rata-rata warganet mula membanjiri ruangan komen di foto berkenaan, malah turut bertanya perkara itu kepada suami pelakon tersebut iaitu Otto Gillen. Tidak lama kemudian, pemilik nama Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, menerusi Instastory memuat naik status yang mempersoalkan tentang seseorang yang beragama namun mempunyai kebencian dalam diri.

Why is it that the most religious of us are often also the most hateful and intolerant? (Mengapa kita yang mempunyai agama juga adalah orang yang mempunyai kebencian dan tiada toleransi?)” katanya. Sarah menerusi sebuah video di Instastory menjelaskan soalan yang diajukannya itu hanya untuk menjadi renungan bersama dan tidak memerlukan jawapan.

Sarah juga mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang bersikap positif dan terus memberi sokongan kepadanya tanpa menilai dirinya. “Soalan terakhir di Instastory saya itu sebenarnya rhetorical question. Jika anda tidak tahu apa maksudnya, itu bermakna saya tidak mahu jawapannya.

Anda tahu, saya mahu berterima kasih dari lubuk hati saya.

“Lebih kepada soalan yang sudah ada pernyataan dan anda perlu renungkan. Fikirkan sebentar saja. Saya ingin berterima kasih kepada semua orang yang bersikap positif dan memberi sokongan tanpa menilai. Anda tahu, saya mahu berterima kasih dari lubuk hati saya. Seronok melihatnya sebab kita tak tahu apa yang orang itu sedang lalui,” katanya.

Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu mula mula bertudung sepenuhnya sejak penghujung tahun 2015. Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Sarah gagal apabila aktres itu tidak membalas mesej.

Dalam pada itu, Keputusan yang dibuat oleh aktres tersebut juga mendapat sokongan suaminya yang memuat naik semula foto itu di Instastory. “Saya memberi sokongan penuh semua keputusan peribadi yang dibuatnya. Itu saja satu-satunya maklum balas saya. Jangan mesej saya,” tulisnya. Sarah Hildebrand berkahwin dengan jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika itu pada 3 November tahun lalu.

Sarah Hildebrand luah rasa rindu, lebih setahun tidak jumpa bapa – “Saya sentiasa berdoa agar dia sihat”

KRISIS penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan pelakon Sarah Hildebrand tidak dapat bertemu bapanya yang kini berada di Amerika Syarikat.

Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, berkata sudah lebih setahun dia tidak dapat pulang ke negara itu untuk bertemu bapanya.

Menurut Sarah lagi, dia sentiasa berdoa kepada Allah untuk kurniakan kekuatan dan selalu menghubungi bapanya bagi memastikan keadaan baik sahaja.

“Sudah setahun setengah juga saya tak balik dan berjumpa dengan bapa saya. Memang perasaan risau itu ada memandangkan Amerika antara negara yang tertinggil jumlah kes Covid-19. Tapi saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk bertenang dan membantu saya agar sentiasa kuat dalam menghadapi situasi sekarang. Saya selalu menghubunginya dan dia juga akan pastikan saya tahu keadaan dirinya baik-baik sahaja di sana,” kata Sarah kepada mStar. Sebelum ini, Sarah ada memuat naik luahan perasaan kerinduan terhadap bapanya yang berada di luar negara di laman Instagram miliknya dan berdoa agar diberi rezeki untuk ke sana.

Dalam pada itu, Sarah berkata, hasrat untuk ke negara itu pada hujung tahun ini juga tidak dibenarkan oleh bapanya memandangkan krisis wabak yang masih menular.

“Kalau ikutkan perancangan saya nak balik dalam penghujung tahun ini tapi buat masa sekarang bapa saya nasihatkan untuk elakkan melancong ke sana memandangkan keadaaan di sana sangat teruk. Tapi kalau Allah mengizinkan, ada rezeki untuk ke sana, memang saya akan ke sana untuk menziarahi bapa saya. Dia tinggal berseorangan di sana tapi ada saudara-mara kami yang tinggal berdekatan. Selalunya saya memang lebih memilih untuk melawatnya di sana sebab saya sendiri membesar juga di sana dan boleh dianggap seperti kampung saya juga,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *