Nazrief Nazri bersedia timang anak selepas setahun hidup berdua. Kini dia tidak berharap dan tidak juga menolak rezeki.

artis Dunia Hiburan Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga

Nazrief bahagia melayari alam rumah tangga bersama isteri. Genap setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Nazrief Nazri berkata dia dan isteri, Aizatul Aqma kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata. Bagaimanapun kata Nazrief, 29, dia yakin Tuhan mempunyai perancangan yang baik untuk dia dalam membina keluarga.

“Masa mula-mula kahwin, kami memang merancang tak nak ada anak lagi. Tetapi sekarang kami dah agak bersedia dan serah kepada Allah SWT. Maksudnya buat masa sekarang kami tak terlalu berharap dan tak juga menolak rezeki,” katanya kepada mStar.

Nazrief dan pasangan mendirikan rumah tangga pada 15 November tahun lalu. Baru-baru ini dia berkongsi foto meraikan ulang tahun perkahwinan bersama Aizatul di Sekinchan, Selangor berlatar belakangkan pemandangan sawah padi. “Alhamdulillah, setahun yang membahagiakan. Apa yang saya boleh katakan, banyak benda kami belajar bersama dan saling bantu-membantu,” katanya.

Isteri saya sangat memberi sokongan pada saya walaupun mula-mula dulu tak biasa nak buat video bersama.

Sementara itu Nazrief berkata walaupun terpaksa melalui awal perkahwinan di musim pandemik Covid-19, dia tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya mempunyai isteri untuk menemaninya sepanjang tempoh ini. Malah dia turut menggunakan masa terluang dengan menghasilkan video menarik bersama isteri untuk tatapan pengikut di laman sosial.

“Setakat ni 90 peratus video saya bersama isteri menerima komen-komen yang positif. Selebihnya tu ada juga yang buat akaun palsu untuk kecam. “Bagi saya senang saja, saya terus block, tak perlu marah-marah atau balas komen tu,” katanya.

Sementara itu Nazrief yang kini aktif sebagai perunding kewangan berkata dia juga mahu mendidik peminat dan pengikutnya di media sosial untuk memahami kepentingan ilmu berkenaan di media sosial.

“Sebenarnya saya nak wujudkan satu kefahaman mengenai kewangan di media sosial. Jadi apabila saya buat video sweet dengan isteri, saya turut selitkan juga tentang itu. Dalam dunia sekarang kalau saya asyik terang pasal kewangan, orang bosan jadi saya kena pandai mencuri perhatian warganet. Isteri saya sangat memberi sokongan pada saya walaupun mula-mula dulu tak biasa nak buat video bersama,” jelasnya lagi.

Nazrief Nazri selamat bergelar suami kepada model, rancang majlis nikah hanya sebulan

Pelakon Nazrief Nazri selamat diijab kabul dengan suri hati pilihannya Aizatul Aqma dengan sekali lafaz kira-kira pukul 6 petang pada Jumaat. Nazrief dan Aizatul Aqma disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah di The Seavoy House, Jalan Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.

Pasangan ini diijab kabul pada Jumaat.

Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 28, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80 dan wang hantaran sebanyak RM15,000. Pelakon drama Leftenan Zana itu menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima hantaran daripada pihak perempuan. Sementara itu, Nazrief yang ditemui meluahkan rasa syukur apabila majlis berjalan lancar biarpun dirancang dalam masa yang singkat.

“Alhamdulillah… majlis berjalan lancar biarpun perancangan perkahwinan ini dibuat hanya sebulan lebih sahaja. Kami buat yang halal sahaja dulu, majlis resepsi belum ada perancangan lagi setakat ini,” ujarnya yang bakal berbulan madu di Bali, Indonesia. Nazrief menghantar rombongan merisik pada 30 Jun 2018, namun mereka tidak mengikat tali pertunangan.

“Bukan Artis Je, Orang Biasa Pun Buat” – Nazrief Nazri

Tahun 2017 banyak memperlihatkan beberapa artis terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk isu curang, perceraian dan penyalahgunaan barangan terlarang. Insiden melibatkan artis sedikit sebanyak memberi tempias kepada nama selebriti secara keseluruhannya.

Bagi Nazrief Nazri, sebagai pelakon yang sedang meningkat naik dia menjadikan perkara yang berlaku sebagai pengajaran agar tidak mudah tersalah langkah. Ini kerana kata Nazrief, walaupun kontroversi menimpa segelintir artis namun sebagai selebriti dia sedar setiap tingkah lakunya sentiasa diperhatikan.

“Jika diikutkan bukan artis sahaja yang buat salah tetapi orang biasa pun ramai cuma sebagai selebriti kami menjadi perhatian masyarakat. Saya sendiri sebelum bergelar pelakon sedar akan perkara ini dan Insya-Allah cuba menjaga nama baik dan sentiasa beringat agar tidak terpalit dengan sebarang kontroversi. Alhamdulillah setakat ini belum lagi saya buat perkara bukan-bukan dan fokus saya pun hanya kepada kerja sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nazrief berkata, pihak pengurusannya, Mind Order Management turut sentiasa mengingatkan dirinya agar sentiasa menjaga kelakuan agar tidak terjerumus dalam kancah kontroversi. Malah katanya, dia juga beruntung kerana pengurusnya juga adalah bekas wartawan hiburan berpengalaman yang banyak memberinya nasihat tentang dunia seni dan media.

“Pengurus saya sering ingatkan saya tentang perkara yang boleh dilakukan dan sebaliknya. Dia juga banyak membantu dalam hal-hal berkaitan dengan media dan ia banyak membantu kerjaya saya,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *