Fatin Afeefa ingin tonjolkan dirinya pada orang lain. Biarpun susah Fatin sanggup lakukan tugas ini.

artis Dunia Hiburan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Fatin Afeefa membuktikan dia bukan hanya pelakon yang sering di kelilingi kontroversi, tetapi merupakan seorang pelakon yang seharusnya diambil serius dalam bidang lakonan. Mempunyai raut wajah yang jelita, Fatin Afeefa mengakui dia gembira bila mendapat tawaran lakonan yang lain daripada kebiasaan.

“Fatin nak orang tengok yang Fatin mampu bawa watak yang berbeza dan bukan setakat watak-watak biasa. Kepercayaan yang diberikan oleh pengarahnya Feroz Kader untuk Fatin sangat dihargai. Biarpun susah, Fatin beri sebaik mungkin untuk menunaikan watak yang diberikan,” kata Fatin ketika dihubungi Gempak.

“Saya sanggup jilat lantai supaya nampak real dalam lakonan tu” Fatin Afeefa

Melalui telefilem Kisah Seram hospital, Fatin melalukan pelbagai perkara yang mungkin di luar dugaan. “Saya sanggup jilat lantai supaya lakonan saya nampak real dan tidak menggunakan CGI. Walaupun banyak kali juga saya tanya mereka sama ada dah lap dan cuci lantai ke belum,” kata Fatin sambil ketawa kecil. Namun menurut Fatin, perkara itu masih dianggap kecil berbanding dengan babak di mana dia harus memakan paru yang sudah dicampurkan dengan pelbagai bahan untuk menampakkannya lebih seperti realiti.

“Bayangkan Fatin terpaksa makan paru yang besar tu dan dah dicampurkan dengan pelbagai bahan untuk nampak real. Kena nampak Fatin betul-betul gigit dan kunyah. Masa tu betul-betul rasa nak munt4h, tapi Fatin tahankan. Habis scene tersebut terus muntah. Balik rumah, berus gigi sekuat mungkin tapi masih lagi terasa apa yang dibuat ketika penggambaran,” kata Fatin mengingat kembali.

Dia juga bersyukur kerana digandingkan dengan pelakon seperti Fattah Amin dan Shahrol Kamal dan diarahkan oleh Feroz Kader. “Walaupun belum pernah berganding dengan Fattah dan Shahrol, tetapi sifat saling bantu membantu dan sering berbincang membuatkan keadaan di set sangat baik. Ditambah pula dengan pengarah Feroz Kader yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sabar membuatkan energy di tempat penggambaran sangat best dan happy untuk bekerja,” kata Fatin yang tidak menolak jika berpeluang lagi untuk berlakon di bawah arahan Feroz Kader. Telefilem Kisah Seram hospital bakal ditayangkan di saluran Astro Citra dan Citra HD pada hari Sabtu, 3hb Oktober, pukul 9:00 malam.

Didakwa ganggu suami orang, nama Fatin Afeefa terpalit kontroversi Alya Iman – “Saya bukan pakar motivasi nak komen fasal itu”

Fatin enggan mengulas isu Alya kerana tidak mengenali pelakon baharu itu.

Kontroversi melanda pelakon baharu Alya Iman yang didakwa menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang, nama Fatin Afeefa turut terpalit dan disebut-sebut warganet di laman sosial. Ia berikutan Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 26, pernah menjadi hangat sekitar tahun lalu apabila menerima tuduhan yang sama. Bagaimanapun, Fatin ketika ditemui enggan mengulas lanjut berikutan dia sendiri tidak mengenali anak kepada pelakon legenda Azmil Mustapha itu.

Dia juga tiada kena mengena dengan saya dan saya sendiri tak kenal dia.

“Saya tak kenal siapa Alya Iman yang diperkatakan. Jadi, saya tak nak beri sebarang komen mengenai isu tersebut. Lagipun, saya tidak sesuai untuk memberi komen memandangkan saya bukan pakar motivasi. Dia juga tiada kena mengena dengan saya dan saya sendiri tak kenal dia. Malah, dia pun tak ada dalam senarai pengikut saya di laman sosial pun,” kata Fatin kepada mStar.

Pelakon drama bersiri The Gadis itu ditemui pada sebuah sidang media perlantikannya sebagai duta Havainas. Sebelum ini, Fatin pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki berstatus suami orang sekitar Jun tahun lalu.

Perkara itu didedahkan oleh seorang wanita yang menggunakan nama Mag di Twitter yang mendakwa pelakon drama Red Velvet itu menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, Mag memberitahu Fatin sudah menghubunginya bagi memohon maaf dan berjanji tidak akan menganggu hubungan mereka.

Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercerai dengan talak satu pada 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan itu, dia mempunyai dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 6, dan Ivy Herra Sophia yang kini berusia empat tahun.

“Adakah mereka akan anggap saya ibu yang jahat?” – Fatin Afeefa bimbang fitnah beri kesan kepada anak-anak

Pelakon Fatin Afeefa mengakui berasa tertekan apabila terlalu memikirkan kesan yang bakal dia dan anaknya alami berpunca daripada kata buruk yang tidak berasas di laman sosial. Malah, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin berkata, dia penat memikirkan sekiranya anaknya akan tersalah anggap membenci dirinya gara-gara kata-kata orang yang diterima itu.

“Tadi borak dengan Arrian. Masa drive nak balik, saya beritahu dia saya terpaksa bekerja esok dan dia cakap ‘kerja lagi’? Dia diam sekejap dan cakap ‘mummy kerja nak cari duit kan? Tak apa, Arrian faham. Lain kali sajalah’. Kata-kata itu menusuk hati saya. Sudah lama kami tak pergi bercuti bersama. Saya terlalu sibuk bekerja. Dari pagi sampai lewat malam saya kerja untuk beri yang terbaik kepada mereka. Mummy penat kadang-kadang. I really am. Bukan pasal kerja. Tapi kata buruk orang ramai terhadap saya. Setiap hari saya fikir, bila anak-anak sudah besar dan baca artikel yang menulis perkara tidak benar mengenai saya, adakah mereka akan anggap saya ibu yang jahat? Atau mereka akan benci saya?, katanya.

Fatin bersama dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Fatin meluahkan rasa itu menerusi sebuah catatan berserta foto dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian, 7, dan Ivy Herra Sophia, 4, di laman Instagram miliknya pada Ahad. Tambah Fatin, status ibu tunggal yang digalasnya bukan suatu perkara mudah malah apa sahaja yang dilakukannya pasti dianggap salah oleh segelintir pihak.

“Ibu tunggal. Gelaran itu sahaja sangat berat untuk digalas. Apa sahaja saya lakukan pasti salah. Mesti mereka cakap mummy tak reti jaga Arrian dan Arra. Tapi mereka harus sedar, saya tidak pernah meminta apa-apa bantuan pun dari anda. Saya besarkan anak saya 100 peratus usaha saya sendiri. Tak siapa tahu apa yang saya lalui setiap hari,” katanya.

Dalam pada itu, Fatin memberi amaran akan menyekat mana-mana akaun yang mengeluarkan komen berunsur negatif terhadap kedua anaknya itu.”Setiap kali saya hampir putus asa, saya akan ingat pesan Arrian pada saya. Jangan menangis sebab Allah ada dengan Mummy.

“Dia sahajalah kekuatan saya ketika ini. Kalau dia tak ada, saya tak tahu apa akan jadi pada saya. Arra terlalu kecil untuk faham tapi dia seorang anak perempuan yang sangat baik. Maaf kerana tidak menjadi ibu yang baik kepada anda berdua. Tapi saya mencuba dan terus mencuba. Mummy kumpul duit sikit lagi lepas tu kita pergi bercuti ya. My beautiful child, mummy sangat menyayangi kamu dan takkan pernah biarkan sesiapa menyakiti kamu. I’ll block them!, katanya.

Fatin berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *