Datin marlia Musa dedahkan sesuatu rahsia ini berkaitan Sherry Alhadad. Disebabkan itu warganet tumpang sebak atas apa yang diceritakan ini.

artis berita Keluarga KESIHATAN

Hantaran Datin Marlia Musa di laman sosial Instagram (IG) beliau pada Selasa lalu, mengundang sebak warganet terutama peminat kepada selebriti versatil, Sherry Alhadad. Isteri kepada komposer, penyanyi dan pelakon popular Datuk M.Nasir itu, memuat naik hantaran untuk menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada Sherry.

Pada hantaran tersebut Marlia yang juga pensyarah Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu turut mengimbau detik pertemuannya dengan Sherry. Kata Marlia, Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Alhadad seorang individu yang berkeyakinan tinggi sejak awal lagi.

“Mengenali Sharifah Mariam dari beliau berusia 19 tahun. Saya dan Che Kem yang audition beliau.. Berbaju kurung dia pagi tu.. Yakin menjawab setiap soalan kami..Saya bagitahu dia; “di dalam kelas saya, awak kena berguling dari corner ke corner, boleh ke?” “Dengan suara yang terang dan tegas dia jawab; “nak buat sekarang ke?” “Keyakinan beliau itulah yang terus menjadi semangatnya untuk menjadikan bidang seni ini sebagai sumber mata pencarian beliau,” katanya. Bagaimanapun pada hantaran tersebut, Marlia telah mendedahkan Sherry pernah melarikan diri daripada beliau.

“Beberapa tahun kemudian, pada satu hari saya perasan yang dia cuba melarikan diri dari saya..Bila saya cari ada saja alasannya. Rupanya ketika itu dia sedang dirundung duka. Cinta remajanya musnah…Saya confront dia, menangislah kami teresak-esak. Hari ni doa saya pada Sharifah Mariam @sherry_alhadad, semoga beliau terus berkerja keras demi mencapai cita-cita dan membahagiakan ibunya yang tercinta. Semoga cinta yang musnah angkara orang ketiga dulu akan Allah gantikan dengan seorg lelaki yang beriman, yang menghormati serta menyayangi beliau dan ibunya. Selamat ulangtahun,” tulis Marlia.

Sherry turut membuat hantaran semula di IGnya dan rata-rata yang meninggalkan komen meluahkan rasa sebak selepas membaca ucapan daripada Marlia. Mereka turut mendoakan Sherry bertemu jodoh dengan lelaki yang benar-benar menyanyangi dirinya dan sentiasa sukses dalam kehidupan.

“Doktor beri saya masa tiga tahun sahaja” – Sherry Alhadad

Pengacara dan pelakon Sherry Alhadad memberitahu dia diberi tempoh selama tiga tahun oleh doktor untuk menjaga kesihatannya atau dia berhadapan dengan risiko pelbagai penyakit berbahaya. Atas kesedaran itu, Sherry berkata, dia mula mengubah gaya hidupnya dan mula melakukan senaman sejak tiga bulan lalu dan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram dalam tempoh itu.

“Sebelum ini saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan doktor selalu cakap saya ada tiga tahun sahaja untuk jaga kesihatan. Bukan untuk mati… tapi untuk mengelak daripada sebarang penyakit. Alhamdulillah, saya dah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram dalam masa tiga bulan. Saya bersenam dan jaga permakanan ini pun bukan nak kurus semata-mata tapi untuk sentiasa sihat dan cergas,” kata Sherry kepada mStar Online.

Sherry ditemui ketika majlis beramah mesra bersama peminatnya di butik Asyikin Exclusive, Setapak Central Mall, di sini pada Sabtu. Berat badan pemilik nama sebenar Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 34, sebelum ini 119 kilogram dan terkini hanya 108 kilogram. Sherry menyasarkan untuk mengurangkan berat badannya dibawah 100 kilogram dalam tempoh dua bulan lagi.

Sherry kurus bukan kerana ingin kelihatan cantik tetapi menjaga kesihatannya. Dalam pada itu, Sherry kata, proses peralihan yang dialaminya bukan mudah terutamanya terpaksa melupakan semua makanan kegemarannya. Selain itu, pengacara program Drop The Beat ini turut memastikan dia meluangkan masa di pusat kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

“Selama tiga bulan ini saya memang menjaga permakanan. Setiap hari saya hanya makan set makanan sihat. Tapi saya tetapkan hari Ahad sebagai ‘cheat day’. Jadi, hari itu saya boleh makan apa sahaja yang teringin tetapi bukanlah secara melampau. Tambahan pula, saya ada pergi ke pusat kecergasan untuk bersenam dalam tiga kali seminggu. Saya akan pilih hari yang tak sibuk,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang kolaborasinya bersama Asyikin Exclusive, Sherry berkata, dia bakal tampil dengan koleksi baju raya untuk wanita berbadan gempal bersempena Aidilfitri tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, ini tahun kedua saya bekerjasama dengan Asyikin Exclusive. InsyaAllah kami akan keluarkan baju raya untuk wanita berbadan besar pula. Kami akan lancarkan beberapa rekaan sesuai dengan bentuk badan bersaiz besar dan paling penting harganya mampu milik,” katanya.

Kehilangan bapa pada usia 9 tahun, Sherry Alhadad luah rasa rindu, “Abah jangan risau kalau anak abah ni tak kahwin lagi”

Sherry meluahkan rasa rindu terhadap bapa serta datuknya. Disebalik perwatakannya yang lucu dan sentiasa cerita, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad tersimpan rasa sedih dan rindu kepada bapanya Syed Abdullah Al Hadad dan datuknya Syed Ali Al Hadad.

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 35, mendedahkan dia tidak pernah berkesempatan bertemu arwah datuknya, malah turut kehilangan bapa sewaktu berusia sembilan tahun.

“Salam Jumaat semua. datuk saya sebelah kiri, Syed Ali Al Hadad dan abah saya di sebelah kanan Syed Abdullah Al Hadad. Saya tak pernah jumpa datuk kerana dia pergi setahun selepas saya lahir. Abah pula saya pergi masa saya umur 9 tahun. Masa kecil-kecil duhulu, saya lah peneman setia abah. Orang akan tegur abah dan tanya, cucu ke Tuan Syed? Taklah anak bongsu..,” katanya di Instagram. Sherry meluahkan rasa rindu itu melalui posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Kata Sherry lagi, dia kini menjalani kehidupan yang baik bersama ibu serta adik-beradiknya dan berasa gembira meskipun masih belum mendirikan rumah tangga pada usia 35 tahun.

By the way abah, jangan risau kalau anak abah ni tak kahwin lagi. Dia gembira hidup dengan umi dan adik-beradik yang lain. Eh cucu abah pun dah ramai tau… Cicit pun dah ada. 

I love you Abah. Semoga abah dan atok di tempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Al Fatihah,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *