Daqmie terkejut apabila melihat kehidupan Aeril dan Wawa yang kini sudah berubah. Dan dia menceritakan kenapa dia tak suka orang mengenalinya.

artis Dunia Hiburan Uncategorized

Lebih 10 tahun mengenai pasangan selebriti terkenal iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, penyanyi Daqmie mendedahkan perangai kedua-dua mereka tidak pernah berubah. Menurut Daqmie atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap, 48, dia berasa terkejut melihat kejayaan yang dikecapi pasangan itu selepas beberapa tahun tidak bertemu. Kata penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Nasyid Ikim FM 2014 (ANI) 2015 menerusi lagu Tangisan Sebatang Tamar ini, biarpun pasangan itu kini menjalani kehidupan mewah namun mereka sentiasa merendah diri.

“Saya sudah mengenali Aeril dan Wawa sejak mula-mula pasangan itu di bawah syarikat pengurusan yang sama iaitu MIG. Boleh dikatakan kami memang kawan baik la. Kami sentiasa berhubung satu sama lain tapi sebelum ini saya menetap di Perak, jadi lama juga tak jumpa dengan mereka. Tapi sekarang, saya dah pindah dan menetap di Kuala Lumpur. Bila saya jumpa semula pasangan itu, saya agak terkejut. Wah… dah tahap begini rupa-rupanya mereka. Dahsyat! Sebab saya kenal mereka daripada tak ada apa-apa.

Kelebihan bila orang tak kenal, kita tak perlu nak terlalu menjaga penampilan dan bebas untuk apa saja. “Walaupun Aeril dan Wawa dah berjaya tetapi mereka tetap sama… tak ada beza pun. Tak ada sikap nak menunjuk-nunjuk, masih rendah diri dan tak sombong,” kata Daqmie kepada mStar.

Daqmie ditemui ketika sidang media pelancaran lagu Sabda Kekasih yang merupakan hasil karya kerjasama dengan Aeril Zafrel di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Khamis. Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Yang Terindah ini memberitahu dia lebih selesa jika orang mengenali lagu daripada namanya. Daqmie selesa orang kenali lagu berbanding dirinya.

“Sebenarnya saya lebih suka orang tak kenal saya tapi tahu lagu saya. Sekarang pun kalau saya pergi pasar ke, tak ada orang kenal… rasa seronok. Tapi kalau orang kenal saya pun, Alhamdulillah. Tapi kelebihan bila orang tak kenal, kita tak perlu nak terlalu menjaga penampilan dan bebas untuk apa saja. Rimas juga kalau nak kena sentiasa pakai cantik saja. Bagi saya, yang penting orang dalam industri muzik. Kita kena pastikan mereka kenal diri kita. Bukan saya tidak hargai peminat tapi tidak mahu sampai minat keterlaluan,” ujarnya.

Mula dari meja bulat kini miliki wisma sendiri! Ini kisah liku hidup Aeril, Wawa sebelum bergelar jutawan

Bukan setakat pasangan cantik sama padan, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel antara pasangan selebriti yang sangat dikagumi ramai. Pada awalnya kehidupan mereka sama seperti pasangan yang lain, bermula dengan lakonan akhirnya kini berubah bergelar usahawan yang berjaya.

TIDAK PUTUS ASA, BERJAYA MEMILIKI WISMA SENDIRI

Mana-mana usahawan pasti akan kongsikan resepi kejayaan yang sama iaitu jangan cepat mengalah dan sentiasa fokus mencapai matlamat yang diusahakan. Prinsip itu lah yang diguna pakai oleh mereka berdua sehingga kini berjaya memiliki wisma sendiri. Berita gembira ini dikongsikan oleh Aeril menerusi laman instagram miliknya. Dia dilihat berkongsikan dengan peminat pengalaman serta liku-liku hidup selama mengusahakan produk bersama isteri, Wawa Zainal.

KERJA DARI RUMAH DARI AWAL

Bukan senang untuk jadi senang. Merasai perkongsian Aeril ini ternyata usaha mereka berbaloi. Aeril memberitahu bahawa mereka pada awalnya hanya bermula dari rumah. Wawa menjadi tukang ambil order dengan pelanggan melalui aplikasi whatsapp, kemudian mencatat semua pesanan itu.

MEMILIKI 20 ORANG STAF DAN 1000 RESELLER

Manakala, tugas Aeril pula sebagai runner memastikan semua pesanan diserahkan kepada pihak poslaju. Bermula dengan berdua, kini mereka memiliki hampir 20 orang staf tetap dan hampir 1000 reseller yang menjadi tunjang produk mereka, wawacosmetics.

Aeril turut memperlihatkan meja makan di mana tempat mereka berdua berkerja sebelum mencapai kejayaan kini. Betul lah kata pepatah bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Yang penting tidak lupa kepada Maha Kaya yang memberi pinjaman rezeki ini.

WARGANET TURUT TERUJA KEJAYAAN AERIL DAN WAWA

Melihat ke ruangan komen instagramnya, ramai pengikut turut merasai kegembiraan yang diraih pasangan romantis ini. Peminat rata-rata meninggalkan ucapan tahniah buat Aeril dan Wawa dan mendoakan agar perniagaan diusahakan bertambah maju.

Jadi, kepada masyarakat di luar sana, jadikan perkongsian pasangan ini sebagai suatu inspirasi bukan hanya mengejar harta dunia, malah hubungan sesama mereka yang sentiasa bahagia serta perniagaan yang diredhai oleh agama.

Sumber: instagram Aeril Zafril

Wawa Zainal Membuka Satu Perniagaan Kosmetik. Dan Tiba Tiba Kantoi Di Kangar Atas Sesuatu Ini. Wawa Akui Dia Sangat Kecewa Atas Apa Yang Terjadi Ini.

Pasangan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel menyertai serbuan di di sebuah premis di Taman Putra Utama, di Kangar, yang dipercayai mengedarkan produk kosmetik tiruan jenama miliknya. Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel bersama sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis, memasuki premis berkenaan jam 12,15 tengah hari.

Selain kecewa dengan pihak yang dipercayai mengedarkan produk kosmetik tiruan jenama Wawa Cosmetics by Wawa Zainal, aktres tersebut mendakwa syarikat terbabit menggunakan cap dagangan tidak berdaftar yang seakan-akan menyamai cap dagangan berdaftar miliknya.

“Apa yang dikesalkan adalah ia seolah-olah mengelirukan pengguna. Cap dagangan ini bukan senang untuk didaftarkan malah ia memakan masa hampir dua tahun untuk diluluskan oleh pihak KPDNHEP selepas melalui prosedur tertentu. Justeru sekiranya pihak terbabit berterusan menggunakan cap dagangan ini, ia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab,” dakwanya.

Sementara itu Pengarah KPDNHEP Perlis, Norazah Jaapar, berkata dalam serbuan berkenaan, pihaknya merampas lebih 5,542 unit peralatan kosmetik dianggarkan bernilai RM210,596. Beliau berkata, pihaknya turut menahan 16 individu berusia antara 20 hingga 31 tahun termasuk seorang lelaki yang juga pemilik perniagaan berkenaan untuk membantu siasatan.

Menurut Norazah, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan daripada pasangan selebriti terbabit mengenai pengeluaran produk kosmetik menggunakan logo dan jenama yang boleh mengelirukan pengguna dan peminat mereka.

“Hasil siasatan mendapati premis terbabit telah beroperasi lebih dari tiga tahun dan turut menjalankan perniagaan menggunakan sistem ejen selain dijual di dalam talian. KPDNHEP juga telah melihat iklan mengelirukan yang telah dikeluarkan oleh syarikat milik ahli perniagaan terbabit. Tindakan itu boleh memanipulasi persepsi pengguna kerana telah menggunakan logo pemilik asal,” katanya dalam sidang media yang turut disertai Wawa dan Aeril pada petang Rabu.

Norazah berkata, syarikat terbabit dipercayai memiliki sebuah gudang di Kedah dan menjadikan premis di Taman Putra Utama sebagai pusat pengedaran. Katanya, kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Sumber: Astro Awani

Didikan Aeril Zafrel Terhadap Anak Anaknya Dalam Tempoh PKPB Terus Meraih Perhatian Orang Ramai. Rupanya Ini Yang Aeril Zafrel Buat Untuk Pendidikan Anak Anaknya.

Walaupun terpaksa berada di rumah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelakon, Aeril Zafrel tetap memastikan anak-anaknya terus mencari ilmu. Kerana tidak dapat menjalani pembelajaran di sekolah seperti biasa, Aeril mengambil inisiatif sendiri dengan menjemput guru bagi mengajar anak-anaknya di rumah.

“Untuk anak-anak, tempoh PKPB ini mungkin tak menjadi masalah kerana mereka pun masih kecil dan akur apabila saya dah isteri jelaskan mengenai apa yang berlaku. Disebabkan tak dapat ke sekolah, jadi, saya jemput guru untuk mengajar di rumah. Sekurang-kurangnya, dalam tempoh ini mereka dapat teruskan pembelajaran,” katanya.

Dia sendiri juga banyak memberi kefahaman kepada anak-anak dan membuatkan mereka selesa walaupun terpaksa ‘berkurvng’ di dalam rumah. “Saya bekerja seperti biasa, cumanya ada masanya saya luangkan masa bersama mereka. Jadi, mereka penuhi dengan beberapa aktiviti di rumah contohnya bermain dengan haiwan peliharaan,” katanya.

Aeril juga tidak menafikan, krisis pandemik Covid-19 ini sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada ekonomi. “Walaupun saya masih lagi bekerja, tapi saya sedar bahawa krisis ini mengganggu ekonomi ramai orang. Secara tak langsung, ini juga memberi kesan kepada emosi seseorang. Kalau ada salah atau silap sedikit pun dah boleh membuatkan seseorang marah,” katanya.

Aeril menyeru supaya seluruh masyarakat memberi penekanan kepada kesihatan emosi masing-masing. “Jaga diri dan kesihatan emosi kita. Baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai individu yang membunvh diri kerana terlalu rindukan keluarga.

“Ada juga yang dibuang kerja sekali gus mengganggu emosi. Jadi, saya harap kita semua dapat pastikan emosi kita berada dalam keadaan stabil,” katanya. Terbaru, Aeril kini sedang menjalani penggambaran drama 20 episod berjudul Tercipta Satu Ikatan dan selepas ini, akan meneruskan lakonan untuk drama Cukup Derita Itu.- HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *