Azira Shafinaz mendapat tawaran berlakon yang betul betul mencabar dirinya. Azira akui dia banyak belajar satu perkara ini untuk mendalami watak yang diberi.

artis berita Dunia Hiburan

Mendedahkan watak yang dipegang dalam telefilem Penunggang Agama lakonannya sangat mencabar, pelakon dan ahli kumpulan Defam, Azira Shafinaz akui dirinya banyak belajar tentang hukum  tajwid dalam bacaan Al-Quran. Katanya lagi, beliau memegang watak sebagai seorang wanita yang kuat pegangan agama dan melibatkan babak membaca dan mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran.

“Bagi saya, watak dalam telefilem ini sangat mencabar kerana saya perlu betul-betul belajar mengenai karakter seorang wanita yang kuat agama. Terdapat babak di mana saya perlu mengajar budak-budak membaca Al-Quran, jadi, saya perlu tahu membaca Al-Quran dengan bacaan yang betul. Ia memang mencabar, apa yang pasti, jalan ceritanya sangat menarik, jelas dan mudah difahami.”

Ujar Azira, banyak yang dipelajarinya termasuklah perlu menghafal beberapa surah dan merujuk kepada individu yang mahir dalam hukum bacaan Al-Quran yang betul ketika di set penggambaran. “Saya diberi beberapa surah untuk dihafal sendiri, dalam proses menghafal itu, saya banyak bertanya kepada yang mahir membaca Al-Quran kerana saya bukanlah hebat mengetahui hukum-hukum tajwid dan sebagainya. Di set penggambaran kami memang ada yang tahu hukum bacaan Al-Quran, jadi saya banyak merujuk kepadanya.”

Selain Azira, telefilem ini turut menampilkan Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan dan Johan Asari. Untuk rekod, Azira memegang watak sebagai Anna yang berdepan dugaan getir apabila wujud anggota keluarganya mengalami gangguan makhlus halus.

Sumber: Gempak

Bercinta lapan tahun, Azira Shafinaz letak harapan kahwin tahun depan – “Keluarga dah jumpa cuma belum ada tarikh”

Azira berharap dia dan kekasihnya berkahwin pada tahun depan. Setiap pasangan yang sudah beberapa tahun bercinta sudah pasti mahukan hubungan tersebut dibawa ke fasa perkahwinan. Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz, 29, yang meletakkan harapan untuk mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Yaseer Khan dalam masa terdekat. Ahli kumpulan DeFam ini mengakui biarpun kedua-dua belah keluarga sudah bertemu namun mereka masih belum menetapkan tarikh untuk majlis bahagia itu. Azira dan kekasihnya Yasser sudah mengenali satu sama lain selama lapan tahun.

“Bagi saya, tidak pernah nak pertikaikan dia tak nak kahwin dengan saya ke tidak. Saya hanya follow the flow saja. Kalau dah sampai masa, itu la dia. Saya pun tak tahu nak beri kepastian macam mana sebab saya pun selalu cakap tahun hadapan.

“Saya memang berharap sebab saya dengan dia pun dah bercinta lapan tahun dan saya percaya pada jodoh.

Saya pun tak tahu nak beri kepastian macam mana sebab saya pun selalu cakap tahun hadapan

“Kami tidak ada perbincangan lagi tapi ada la perjumpaan antara kedua-dua belah keluarga. Tapi kami belum ada lagi tarikh yang tepat,” kata Azira kepada mStar. Azira ditemui ketika sidang media pelancaran saluran Awesome TV yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur pada Selasa.

Pada Januari tahun lalu, Azira mendedahkan hubungan cintanya sudah berakhir. Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 6 September tahun lalu, Azira mengakui dia dan kekasihnya sudah berbaik semula. Azira ceburi bidang pengacaraan.

Dalam pada itu, Azira bersyukur kerana diberikan peluang untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang pengacaraan menerusi program terbitan saluran Awesome TV. “Sebenarnya itu satu peluang yang saya mahukan. Kalau orang tanya, dari dulu lagi saya memang akan cakap yang saya ini pelakon, penyanyi dan pengacara. Sebab karier saya pun bermula dengan satu rancangan. Jadi, saya rasa bila dapat peluang ini saya nak cuba semua sekali. Tengok mana yang saya selesa dan buat masa sekarang Alhamdulillah, saya selesa buat tiga-tiga bidang itu dan mana yang boleh ambil (tawaran) saya akan ambil,” ujarnya.

Cinta bertaut kembali selepas enam bulan putus, Azira Shafinaz minta doakan yang terbaik – “Tipulah tak ada perasaan nak kahwin…”

“Azira tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.” Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz memberitahu dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Menurut Azira, 28, meskipun dia dan pasangannya Yasser Khan pernah bercakap soal perkahwinan namun tiada sebarang perancangan khusus dibuat mengenainya.

“Doakan yang terbaik untuk saya… terus terang sebenarnya saya tiada rancangan untuk berkahwin pun. Kami pernahlah bercakap mengenainya tetapi tiada perancangan terperinci mengenainya. Tiada tarikh, tak ada tempah baju atau apa-apa rancangan pun. Saya nak fokus pada karier dahulu sebab dah dua tahun peminat menanti kemunculan single terbaharu kami,” ujarnya kepada mStar.

Azira ditemui pada Majlis Pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH 32) di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam pada itu, Azira yang juga merupakan ahli kumpulan DeFam ini menyatakan keyakinan terhadap hubungan cinta yang dijalinkannya selama enam tahun itu tidak akan goyah sekiranya wujud persefahaman di antara pasangannya itu. Malah, pihak keluarga juga cukup memahami dan tidak pernah mendesak untuk dia segera menamatkan zaman bujang.

“Dia takkan lari sebab kami dah ada persefahaman tu. Tipulah tak ada perasaan nak kahwin tetapi saya percaya dengan jodoh, kalau ada perkara itu pasti akan berlaku.

Tipulah tak ada perasaan nak kahwin… tetapi saya percaya dengan jodoh, kalau ada pasti akan berlaku.

“Setakat ini keluarga pun sangat memahami dan emak pun tidak mendesak saya untuk segera berkahwin,” katanya. Hubungan Azira dan Yasser yang terjalin selama enam tahun sebelum ini pernah berakhir selepas pasangan itu membuat keputusan untuk memilih haluan masing-masing pada Januari lalu.

Bagaimanapun ia kembali bertaut selepas enam bulan berpisah kerana masing-masing nekad untuk meneruskan semula hubungan itu dan bersepakat mencari persefahaman. Azira bersama kumpulannya DeFam bakal membawa single terbaharu mereka di pentas ABPBH 32 pada 22 September 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Enam bulan ruang kami perbaiki hubungan” – Azira Shafinaz beri peluang kedua kepada kekasih

Azira sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta bersama Yasser selama enam tahun. Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mendedahkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan iaitu Yasser Khan kembali bertaut selepas enam bulan berpisah. Azira, 28, berkata, dia nekad untuk meneruskan hubungan itu yang pernah terjalin selama enam tahun itu selepas bersepakat untuk bermuhasabah dan mencari semula persefahaman di antara mereka.

“Sudah enam tahun menjalin cinta, dalam setiap perhubungan pasti akan ada masalah masing-masing. Saya anggap putus enam bulan sebelum ini sebagai tempoh berehat untuk kami kerana waktu itu hampir setiap hari kami asyik bergaduh. Dalam tempoh itu adalah ruang untuk kami betul-betul fikir dan memperbaiki apa yang buruk.

“Malah, perpisahan ini sebenarnya menguatkan lagi cinta kami. Kami berdua sudah ada tahap persefahaman itu semula. Saya nampak dia memang bersungguh-sungguh mahuperbaiki keadaan dan memenangi hati saya semula,” katanya kepada mStar.

Ketika disoal mengenai punca dia menerima Yasser kembali dalam hidupnya, Azira berkata, sikap teman lelakinya yang matang dan boleh membimbing ke arah kebaikan antara faktor utama.

“Saya taknak cari lelaki yang setakat tengok luaran sahaja. Saya nak lelaki yang boleh membimbing saya ke arah yang baik. Dia pula seorang yang selalu mengingatkan saya tentang agama. Malah saya pernah beritahu parents saya nak kahwin dengan dia sebab saya tak pernah jumpa lelaki lain yang sayangkan saya seperti mana dia. Lagipun saya tak suka nak berkenalan dengan orang baharu. Sejujurnya saya ada banyak kawan lelaki tapi kalau nak dibandingkan dia dengan lelaki lain. Cara dia berfikir juga sangat matang. Hanya dia sahaja yang boleh mengubah saya ke arah kebaikan. Benda itu yang saya tak nampak ada pada orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Pia ini memberitahu dia pernah membincangkan soal perkahwinan namun tidak secara serius kerana ingin fokus terhadap karier terlebih dahulu.

“Sekarang kami masih dalam proses berkawan. Kalau ada rezeki baru saya boleh cakap kami akan ke fasa seterusnya tetapi buat masa ini saya dan dia hanya berkawan baik. Mengenai berkahwin, kami ada bercakap mengenainya cuma belum ada apa-apa perancangan dalam masa terdekat. Saya juga ada beritahu dia untuk fokus dalam karier dimana ketika ini saya tengah struggle untuk naik. Kalau ada rezeki lebih nanti, kami akan bincang untuk fasa ke seterusnya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *