Sanggup memberikan yang terbaik buat ibunya. Warganet puji Chef Wan sanggup tempahkan pakaian khas buat ibunya hasil sentuhan seorang pereka fesyen ni

artis

Selalunya jika ingin menghadiri majlis atau acara tertentu, barulah seseorang itu memilih untuk menempah pakaian khas yang mendapat sentuhan pereka fesyen.Begitupun berbeza pula dengan cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan yang turut menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal biarpun hanya untuk kegunaan baju harian.

Bukan untuk dirinya, sebaliknya tempahan khas pakaian harian itu dibuat untuk ibu tercintanya, Noraini Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Ani.Menerusi satu entri di Instagram, Chef Wan berkongsi mengenai baju Kedah yang mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo.”Alhamdulilah semua baju Kedah ibu untuk pakaian hariannya sudah pun disiapkan oleh pereka fesyen Calvin Thoo.”Saya pergi ambil di kedainya di Jalan Imbi semalam. Emak kata sangat selesa pakai, jahitan dan kain pun sejuk sahaja Wan. Tengoklah siapa yang pilih emak, sambil saya usiknya,”

Chef Wan, baju basahan itu nanti akan dipadankan dengan 15 kain batik yang baharu dibelinya.”Dengan 15 batik sarung baharu untuk dipadankan, yang mana dah lusuh dan reput itu boleh disimpan asing buat masa ini.”Dia sangat gembira menerima pakaian tersebut dan tak sabar nak tengok malam tadi tapi saya minta tunggu pagi lah,” ceritanya yang memberitahu ibunya itu kemudian sudah mencuba pakaian tersebut senyap-senyap ketika dirinya tidur.

Di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Chef Wan yang sanggup memberikan yang terbaik buat ibunya.”Bertuah Mak Ani, Calvin Thoo jahitkan baju kedah. Moga Allah merahmati anak yang menyantun baik ibunya.”Class Cik Ani, baju harian designer yang jahit. Patutlah Datuk murah rezeki.”Sejuk perut Mak Ani mengandungkan Chef Wan.”Ya Allah bertuahnya Cik Ani dapat anak yang baju Kedah pakai di rumah pun dijahit Calvin Thoo tau. Kita ni beli baju Kedah siap kat pasar malam je. Awak memang terbaik Chef Wan,” komen sebahagian pengikutnya.Sebelum ini, Chef Wan sering berkongsi perjalanan kisah dirinya bersama ibu yang kini disahkan menghidap sakit teruk payudara pada usia 89 tahun.

Sanggup Beli Katil Bayi.Chef Wan Jawab Persoalan Ramai Bila Dia Beli Katil Bayi Untuk Sesuatu Ini Dan Cerita Serba Sedikit Mengenai Ibunya

Sesiapa sahaja yang mampu mesti mahu melakukan yang terbaik untuk siapa dan apa jua yang mereka sayang. Berhabisan duit itu belakang kira. Kalau mampu apa salahnya.Itulah yang dikongsikan oleh Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan ketika berkongsi cerita di Instagram miliknya.

“Saya nak beli katil siang (day bed) untuk emak saya dalam bilik tv di tingkat atas. Selalunya dia akan tengok TV dan tertidur. Jadi tak perlulah dia tidur di sofa tetapi hanya pindah ke katil yang ada dan tidur dengan selesa tanpa perlu nak turun ke bawah ke bilik dia.”Kasihan tengok emak kita dah tua, sakit pulak tu tak larat so I decided to get a bed for her la. Kalau saya perlukan tidur sekejap waktu tengahari, saya pun boleh tidur di bilik TV juga, tak payah nak tidur di bilik tidur utama.

Tambah Chef Wan, tak perlulah katil besarnya bersepah hanya untuk tidur sekejap dan dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik apabila tidak perlu membuka penghawa dingin kerana bilik tidur utamanya besar.Namun bukan itu sahaja yang dibeli oleh Chef Wan. Ramai pasti terkejut apabila dia turut membeli katil bayi (baby cot), tetapi untuk siapa?

Kucing Chef Wan yang diberi nama Jade.By the way i also saw this baby cot in the shop too. Jadi saya beli juga katil ni untuk kucing kesayangan saya, Jade. Nanti bila Neil dah sampai, dua-dua boleh kongsi katil ni lah.”Jangan berperang sudah. Am I crzy to get this for my cat? Dah sayang punya pasal! Macam la perpatah kata, Sayang kan anak kita tangan-tangan kan. Sayang kucing habis semua kita beli kan!” seloroh Chef Wan.

Pikul Tanggungjawab Jaga Adik Beradik Sejak Kecil Lagi. Chef Wan Tanpa Ragu Dedahkan Kisah Zaman Kanak Kanaknya Dan Tanggungjawabnya Terhadap Bekas Isteri

Menjadi seorang chef terkemuka, sudah pasti banyak kisah yang terkandung di sebaliknya.Menerusi program Naura Shares episod ke-16 malam ini, Chef Wan tampil diundang untuk berkongsi pelbagai kisah menarik mengenai dirinya.Pemilik nama sebenar Redzuawan Ismail ini mendedahkan tentang tanggungjawab menjaga adik-beradiknya sejak usia kecil lagi.

Chef Wan sudah mula membantu ibunya di dapur ketika itu dan membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk bersukan seperti rakan-rakannya yang lain.Namun, kisah itulah yang menjadi faktor wujudnya seorang insan terkenal bernama Chef Wan hari ini.Selain itu, Chef Wan juga akan berkongsi mengenai perpisahan bersama bekas isteri, meskipun berpisah, dia sudah berjanji untuk tidak bersengk3ta dan bertanggungjawab terhadap bekas isterinya supaya perpisahan mereka tidak memberi kesan buruk kepada anak-anak.

Nak tahu lebih lagi tentang apa yang dikongsikan Chef Wan? Jangan lupa saksikan Naura Shares malam ini!Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Datin Alyah, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.

Baru Selesai Hak Penjagaan Anak Antara Serina Redzuawan Dan Bekas Suami. Chef Wan Luah Sesuatu Berkaitan Dengan Hak Penjagaan Cucunya

Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan bin Ismail, mahkamah telah memerintahkan bahawa Serina akan mendapat hak penjagaan penuh anak perempuannya, Isabella manakala hak penjagaan anak lelakinya iaitu Tristan akan berada di bawah Gavin.

Menerusi perkongsian chef selebriti yang juga pengacara program masakan terkenal,Datuk Chef Wan meluahkan rasa syukur selepas mahkamah telah membuat keputusan mengenai kes perpisahan anaknya, Serina Redzuawan dan bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh.

Hak Penjagaan Berasingan 

Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan bin Ismail, mahkamah telah memerintahkan bahawa Serina akan mendapat hak penjagaan penuh anak perempuannya, Isabella manakala hak penjagaan anak lelakinya iaitu Tristan akan berada di bawah Gavin. Dedah Chef Wan lagi, dia percaya bahawa baik Serina mahupun Gavin akan berasa kecewa dengan keputusan ini apatah lagi terpaksa memisahkan anak-anak mereka yang masih kecil.

Bagaimanapun, Chef Wan berkata mahkamah telah menolak permintaan bekas menantunya itu untuk tidak membenarkan anak-anaknya tidur di kediaman datuk mereka. “Alhamdulillah selepas hampir 3 tahun anak saya berpisah dan berjuang menuntuk hak penjagaan dua anaknya iaitu Tristan dan Isabella, mahkamah telah memerintahkan hak penjagaan Isabella akan diberikan kepada Serina manakala Tristan akan bersama bapanya.”

“Saya pasti kedua-dua belah pihak kecewa dengan keputusan ini. Bagaimanapun, di pihak kami sekurang-kurangnya telah menang mengenai kenyataan untuk tidak membenarkan cucu-cucu saya bermalam di rumah saya. Kesemua kenyataan itu tidak diterima oleh pihak mahkamah !” katanya dalam perkongsian tersebut.

Hormati Keputusan Mahkamah 

Dalam pada itu, Chef Wan tetap menyatakan kekesalannya mengenai hak penjagaan anak lelaki Serina biarpun dia telah menunjukkan segala bukti mengenai gaya hidup Gavin yang tidak berlandaskan agama Islam. Namun, jelas Chef Wan mereka hanya mampu redha dan menghormati keputusan mahkamah.

Untuk rekod, Serina dan Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Tristan Tareef, 9, dan Isabella Saffiya, 7.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *