Ramai tak faham bantuan melalui moratorium bayaran pinjaman bank. Berikut antara jawapan bagi persoalan orang ramai tentang moratorium

berita

Sejak berlakunya pandemik, seluruh dunia terkesan dengan kegawatan ekonomi. Jutaan pekerja hilang pendapatan manakala lebih ratusan ribu perniagaan terjejas.Di Malaysia, kerajaan dengan Bank Negara Malaysia telah memberikan bantuan melalui moratorium bayaran pinjaman bank sejak April 2020 sehingga 30 September lalu.

Kini, pemberian moratorium untuk kesemua peminjam telah tamat, hanya bantuan secara bersasar sahaja diberikan kepada golongan tertentu yang memerlukan antaranya individu yang hilang kerja atau terjejas pendapatan termasuk peniaga.Pun begitu, perlaksanaan ini telah menjadi perbahasan rata-rata orang ramai yang mungkin masih tidak faham. Antaranya;

“Tanpa moratorium menyeluruh, peminjam sukar mendapatkan bantuan”“Bantuan bayaran balik pinjaman bersasar hanya untuk B40”“Bank minta terlalu banyak dokumen”“Proses permohonan terlalu lama”“Tidak dapat memohon kerana PKPB dan PKPD.“Bantuan masih tidak cukup untuk menampung hutang”“Tiada kos tambahan untuk bantuan bayaran balik pinjaman bersasar”“Rekod CCRIS akan terjejas”

Kenapa kerajaan tak teruskan sahaja moratorium kepada semua rakyat dan perniagaan?Moratorium secara pukal bukanlah langkah terbaik dan bertanggungjawab untuk kepentingan negara. Langkah ini boleh meningkatkan bebanan hutang pinjaman secara keseluruhan, mengurangkan sumber yang ada untuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan dan melambatkan proses pemulihan ekonomi negara. 

Jadi, perancangan yang strategik perlu dilaksanakan supaya golongan yang betul-betul memerlukan mendapat bantuan sewajarnya sementara ekonomi negara dipulihkan.Seiring pembukaan semula ekonomi, sebahagian pekerja atau perniagaan sudahpun kembali berdiri manakala sebahagian yang lain masih merangkak untuk pulih daripada impak COVID-19. 

Malah, menurut bank-bank, sekitar 85% daripada peminjam mereka telah menyambung semula bayaran balik pinjaman tanpa bantuan pada bulan Oktober. Oleh itu, perhatian Bank Negara Malaysia (BNM) pastinya lebih tertumpu kepada kelompok yang lebih memerlukan, sesuai dengan keadaan kewangan mereka.

Sebagai analogi, si ayah seharusnya akan lebih memberi perhatian kepada anak yang baru menapak dan lebih kecil berbanding anak yang telah dewasa. Dalam situasi cemas, anak kecil mungkin perlu dikendong manakala yang dewasa mungkin hanya perlu dipimpin tangan untuk berlari.

Contoh lain pula, bayangkan anda berniaga nasi lemak dan memberi hutang kepada pelanggan. Jika semua pelanggan termasuk yang kaya membeli dan tidak membayar semula, dari mana anda nak ‘cekau’ duit untuk pusing modal, beli bahan mentah dan bayar sewa tapak?

Awalnya mungkin boleh guna wang simpanan, namun kalau dah berlarutan, boleh gulung tikar dibuatnya.Jika syarikat yang stabil atau sudah mengaut keuntungan besar tidak membayar hutang, bagaimana bank boleh memberi pinjaman kepada peminjam lain untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka?Jadi, disebabkan itulah BNM tidak lagi memberi bantuan moratorium secara pukal kepada semua, kerana tidak semua orang betul-betul memerlukan.

Hutang dengan bank atau pendeposit? Sebagai sebuah bank, tanggungjawabnya adalah untuk memastikan simpanan atau deposit daripada orang ramai dan peniaga kekal selamat dan memberi pulangan kepada mereka. Simpanan ini juga digunakan untuk memberikan pinjaman dan jika peminjam tidak membayar balik pinjaman mereka, tindakan ini juga akan menjejaskan pulangan yang diterima oleh penyimpan.    

Bila kita berhutang dengan bank, bermakna secara tidak langsung kita turut berhutang dengan pendeposit yang menyimpan di dalam bank, para pelabur seperti pemegang saham ASB, pencarum KWSP, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).Menggunakan wang yang disimpan, bank menjana keuntungan melalui pinjaman dan pelaburan. Keuntungan daripada pemberian pinjaman dan pelaburan itu seterusnya dipulangkan dalam bentuk dividen kepada pencarum atau pendeposit.

Oleh itu, jika bank terus memberikan kita hutang tanpa mendapatkan balik pinjaman dalam tempoh yang panjang, jutaan para pemegang saham dan pencarum akan turut menerima kesannya apabila dividen diterima mereka menurun.Jadi, keputusan memberikan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar ini adalah lebih selamat dan strategik demi kepentingan banyak pihak.

Syarat Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar.Namun hal ini tak bermakna BNM menutup sebelah mata kepada syarikat besar atau golongan lain yang terjejas. Malah, semua pihak yang memerlukan bantuan boleh membuat permohonan pakej bantuan yang sesuai dengan keadaan kewangan mereka (mengikut syarat tertentu), sama ada;Mendapatkan moratorium,Membayar faedah pinjaman sahaja untuk tempoh tertentu,Melanjutkan tempoh pinjaman untuk kurangkan ansuran bulanan

Menukar kepada kemudahan lain hingga kewangan peminjam stabil untuk meneruskan bayaran balik pinjaman sepenuhnya,Anda juga boleh menghubungi AKPK untuk mendapatkan bantuan atau maklumat lanjut di talian +603-2616-7766 atau laman rasmi mereka.Tak susah pun untuk membuat permohonan. Bagi golongan B40 (penerima BSH atau BPR) dan perusahaan mikro, anda tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen untuk memohon bantuan bersasar ini manakala golongan M40 hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri. Bagi PKS pula, pengusaha hanya perlu mengemukakan dokumen mudah seperti penyata bank.

Proses permohonan dan pemprosesan yang singkat.Proses permohonan juga mengambil masa yang singkat. Tempoh pemprosesan bagi penerima BSH dan perusahaan mikro hanya mengambil masa 24 jam manakala penerima BPN dan individu lain5 hari dan permohonan daripada PKS memerlukan masa 14 hari.Malah, sehingga 16 Oktober 2020, sebanyak 98 peratus daripada 650,000 permohonan diterima telah mendapat kelulusan untuk lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran.

Bagaimana untuk memohon?Pemohon hanya perlu menghubungi bank masing-masing sama ada menghadiri cawangan bank mahupun secara atas talian. Sekalipun jika pemohon berada di kawasan tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bank masih beroperasi atau hubungi sahaja bank anda melalui telefone-mel atau secara online.

Bantuan ibarat ubat.Walaubagaimanapun, bantuan ini ibarat morfin. Ia mungkin diperlukan untuk membantu menghilangkan kesakitan buat sementara, namun dalam jangka masa panjang, ada kesan sampingannya.Kalau dulu kita perlu bayar hutang 10 tahun, kali ini kita mungkin perlu membayar untuk tempoh lebih lama, bergantung kepada penangguhan ansuran yang kita minta.Sebagai entiti komersial, bank juga mengenakan faedah kepada pelanggan.Justeru, adalah lebih baik untuk golongan yang berkemampuan dan tidak terjejas agar terus membayar ansuran seperti biasa.Jangan takut, tiada rekod dalam CCRIS.Bagi anda yang benar-benar memerlukan, jangan takut untuk memohon kerana bantuan bersasar ini tidak akan dipaparkan dalam rekod CCRIS sehingga 30 Jun 2021.

Hubungi bank anda segera.Jika anda keliru atau memerlukan bantuan, hubungi bank anda segera untuk mendapatkan rundingan atau pertanyaan lanjut mengenai program ini. Bantuan yang akan akan dilaksanakan bermula 23 November 2020 sehingga 30 Jun 2021 ini akan sentiasa terbuka untuk sesiapa yang benar-benar memerlukan.Jika terdapat masalah dengan pihak bank, anda boleh menghubungi BNM untuk sebarang aduan di talian 1-300-88-5465 atau bnm.my/RAsurvey. Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *