Isu pekerja asing pakai gelang pink. Dr Noor Hisham tampil beri keterangan lanjut berkenaan hal tersebut dan harap semua maklum dengan perkara ini

berita

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai supaya mendengar penjelasan daripada pihaknya terlebih dahulu sebelum memberikan komen mengenai isu tular yang tersebar pantas di media sosial.Isu tersebut berkaitan dengan beberapa keping gambar yang menunjukkan pekerja warga asing masih bekerja meskipun dikenakan pemakaian gelang merah jambu.

Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, pekerja tersebut masih boleh bergerak di dalam kawasan tapak binaan berkenaan kerana mereka merupakan saringan surveillance (pemantauan) dan bukan saringan kontak rapat.“Jangan komen dulu sehingga dengar penjelasan ini. Sebenarnya, seramai 264 daripada 273 yang telah disaring, adalah melalui saringan surveilance tapak bina

.“Mereka berada di dalam kawasan tapak bina (rumah kongsi basement 1&2 dan rumah kongsi tepi sungai).“Mereka diberikan gelang pink kerana bukan warganegara untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak bina.“Tetapi mereka masih boleh bergerak didalam tapak bina kerana ianya saringan surveillance bukan saringan kontak rapat,” jelasnya.

Tambah Dr Noor Hisham, pihak pemaju bagi kawasan pembinaan tersebut telah diminta untuk memastikan kesemua yang disaring berada dalam kawasan tapak binaan.“Dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD wangsa maju juga melakukan pemantauan setiap hari.“Pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi,” katanya.Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi Facebook rasminya pada Selasa, Dr Noor Hisham turut menjelaskan bahawa pada 13 November 2020 sehingga 15 November 2020, pemaju telah memberhentikan operasi buat sementara waktu.

“Pemaju mengentikan operasi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan nyahcemar sehingga keputusan saringan diperolehi pada 15 November.“Release order atau pelepasan dan pemotongan gelang pink telah dilakukan pada 15 November, jam 11 pagi di tapak bina berkenaan.“Hasil saringan mendapati terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina, tetapi menetap di luar tapak bina,” ujarnya.

Untuk rekod, Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa terdapat kontak rapat yang mana seramai lapan orang telah di kuarantinkan dan tempoh kuarantin ialah selama 14 hari iaitu pada 7 November sehingga 20 November.“Kesemua pekerja yang lain adalah negatif dan telah diberikan pelepasan (release order) pada 15 November kecuali lapan orang kontak rapat kepada kes positif tadi masih menjalani tempoh kuarantin,” jelasnya lagi.Sumber: AWANI

Seorang Ustaz Ni Berani Kacau Isteri Orang. Sekali Kantoi Ustaz Tersebut Pakai Gelang Pink Dan Lagi Mengejutkan Sekali Anak Kepada Ustaz Ini Terkena COVID19

Semalam tular di Page Tok Singa Fans seorang suami orang bergelar ‘Ustaz’ cuba menganggu dan meng0da isteri orang.Tapi nasib beliau tidak baik apabila kant0i. Berikut perkongsian lanjut oleh Pengamal Perubatan Islam di kenali sebagai Tok Singa.“Ramai yang duk komen bukan-bukan kes ustaz kacau bini orang..mai saya terangkan:”

1.bini orang ini adalah penianga online jual sabun baju bersama suaminya..2.ustaz ini pada permulaannya nak beli sabun dan dalam masa yang sama ustaz ini msg yang mengg0da kakak ini.. Dan kakak ini beritahu suaminya tentang msg yang agak menggangu dari ust ini..3.jadi suami kakak ini suruh kakak ini layan ustaz ini agar nak tngkap ustaz ini..(ustaz ini msg mcam orang yang tahap teruk sangat dah..) walaupun dah diberitahu kakak ini sudah ada suami..tapi ustaz teruskan juga usaha dia

4.jadi kakak ini bagitahu lah yang suaminya kerja malam(hanya berlakon untuk tngkap dia)..dan ustaz ini ajak berjumpa dan ustaz ini cakap yang agak kotor yang mana kalau siapa dengar pun akan panas.jadi masa inilah kami semua tngkap ustaz ini tapi yang malang lagi ustaz ini ada gelang pink(covid19)…Kami tngkap semasa dia turun kereta dia nak menuju ke kereta kakak ini…

5.dan ini kes ke 2 dah..ustaz ini beritahu dulu dah pernah buat tapi tak kantoi…kami bertanya pada dia tadi…6.Ustaz ini agak tidak bertanggjawab sebab anak dia kembar 2 orang positif covid 19 dan mempunyai masalah penafasan dan ditahan dihospital…anak2 masih kecil lagi.7.ust ini tidak endah peraturan dan sop,ada orang nampak dia pergi ke kedai di kawasan sini masa dia pakai gelang pink…habis menyusahkan semua orang di kawasan ini..semoga Allah memelihara kami semua…

8.jadi saya rasa dah faham dah kot,kalau tak paham saya nak lukis pulak…Semua orang pernah melakukan dosa dan kesalahan jadi kita doakan untuk ustaz ini agar dia berubah dan jangan mengulagi sikap seperti ini….amin.Dan kita akan suruh ustaz ini pindah selepas ini agar dia dapat menyelamatkan maruah dia dan keluarganya…

Apa pun jangan pandang pada luaran lihatlah pada dalamannya sekali…dan jangan mudah mempercayai orang …Sekian terima kasih..Dalam pada itu menurut Tok Singa, dia bukan sengaja mahu menmanggil lelaki tersebut dengan gelaran Ustaz.“Mintk maaf bukan berarti saya buh nama ustaz nk memburukan semua ustaz plak..dah dia mmg ust takkan saya nak buh bomoh plak kn…takkan saya nk buh nama dia sbnar..lagi mengaibkan dia…lepas ni kita akan suruh dia berpindah dari sini untuk selamatkan maruah dia sebagai ust Ustaz(arab),guru (Melayu)dan teacher(orang putih)…..harap paham semua…” tulis Tok Singa. Rata rata warganet mengkritik tindakan tidak bertangunjawab lelaki tersebutp/s: Anda boleh layari halaman Tok Singa untuk video live dan perkembangan kes terbabit.kredit: Tok Singa Fans

Sanggup Sorok Gelang Pink Semata Nak Pergi Beli Belah. Tindakan Wanita Ini Cetus Rasa Risau Di Kalangan Orang Ramai Sehinggakan Mereka Terpaksa Pulang Sambil Diiringi Kereta Peronda Polis

Baru baru ini tular di media sosial seorang wanita di Melaka, memakai gelang tangan merah jambu mengunjungi sebuah pasar raya.Tindakan wanita tersebut mencetus panik di kalangan orang ramai yang mula mempersoalkan tentang sikap tidak bertanggung jawabnya itu.

Apatah lagi dia yang sepatutnya menjalani kuarantin sehingga Khamis ini sanggup menyorokkan gelang yang dipakai di tangan kanannya bagi mengelak status kesihatan diketahui.Susulan itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, mengesahkan wanita tersebut tidak mengikuti arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Afzanizar berkata, gerak-geri wanita yang juga pekerja sebuah kilang di Batu Berendam itu disedari beberapa orang awam sebelum melaporkan kepada pengawal keselamatan pasar raya berkenaan.

Selepas disoal pengawal keselamatan dia mengakui mengunjungi pasar raya tersebut bersama saudara lelakinya untuk membeli-belah barangan keperluan sambutan Deepavali.”Pengawal keselamatan itu mengarahkan wanita terbabit keluar dari premis dan memintanya menunggu di hadapan pejabat pegawal keselamatan sebelum menghubungi Balai Polis Batu Berendam.

“Sementara menunggu ketibaan polis, pengawal keselamatan itu menyoal siasat wanita terbabit dan mendapati dia datang ke pasar raya berkenaan bersama seorang saudara lelakinya sebelum dia diarah memanggil saudaranya itu,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.Tambah Afzanizar, setibanya polis di lokasi kejadian, wanita berkenaan bersama lelaki itu diarah pulang ke rumah untuk menyambung kuarantin sambil diiringi kereta peronda polis bagi memastikan mereka sampai ke rumah.Katanya, siasatan mendapati wanita itu adalah Orang Di Bawah Pengawasan (PUS) dan tempoh kuarantin berakhir pada 12 November ini.

“Tiada tangkapan dibuat, bagaimanapun wanita itu sudah dimaklumkan untuk menyerah diri ke balai polis selepas tamat tempoh kuarantin serta menunjukkan keputusan ujian Covid-19 ke atasnya negatif.”Siasatan ke atas wanita itu dilakukan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Lelaki Berusia 52 Tahun Bergelang Merah Jambu Selamba Makan Di Restoran. Ini Tindakan Yang Dikenakan Kepada Individu Terbabit Dan Terbongkar Punca Dia Boleh Didapati Tidak Mematuhi Syarat Kuarantin

Seorang lelaki yang memakai ‘gelang merah jambu’ ditahan selepas disyaki tidak mematuhi syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) COVID-19 dengan makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri, Rawang malam tadi.Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di hadapan restoran itu kira-kira pukul 7.30 malam setelah menerima aduan daripada orang awam.

“Semakan mendapati lelaki berkenaan diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula semalam hingga 16 Okt depan selepas ujian saringan COVID-19 di klia2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2) dan keputusan (ujian saringan) masih belum diterima,” katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata lelaki itu akan dirman esok bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan merebaknya sakit yang membahayakan kepada nyawa.

Selain itu, katanya siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 8) 2020.“Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi perintah menjalani kuarantin yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga serta orang lain. Perbuatan ini juga boleh menggusarkan masyarakat sekitar, “ katanya. Terdahulu, tular di media sosial gambar menunjukkan sepasukan anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri.Sumber: BERNAMA

Lelaki Perancis Selamba Bergelang Merah Jambu Di Langkawi. Ini Tindakan Yang Dikenakan Oleh Individu Terbabit Setelah Dia Disiasat Oleh Pihak Bertanggungjawab

Lelaki warga Perancis itu bebas daripada gejala COVID-19 dan negatif ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.PUTRAJAYA: Lelaki warga Perancis yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) pada 20 Ogos lalu telah dimasukkan ke stesen kuarantin Langkawi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan bebas daripada gejala COVID-19 selain ujian saringan yang dilakukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati hasilnya negatif.

Susulan keputusan itu, beliau berkata, lelaki tersebut dibenarkan meneruskan perjalanan dengan menaiki penerbangan domestik ke Langkawi.Beliau berkata, lelaki itu yang termasuk dalam program Malaysia My Second Home (MM2H) pada awalnya diberi kelonggaran menjalani kuarantin di rumahnya.

Bagaimanapun, dia telah dihantar ke stesen kuarantin Langkawi pada pukul 7.30 malam hari yang sama.“Mulai 24 Julai 2020, kerajaan telah mewajibkan semula semua pengembara yang tiba di Malaysia untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin, maka syarat mengenai kuarantin di rumah bagi MM2H adalah terbatal.

“Oleh itu, setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, pengembara ini telah ditahn oleh Pasukan Gerakan Am kerana memakai gelang merah jambu yang memberi indikasi statusnya sebagai person under investigation (PUS) dan berada di kawasan awam,” kata Dr Noor Hisham lagi.

Dalam masa sama, Dr Noor Hisham merakamkan penghargaan di atas kerjasama dan keprihatinan agensi-agenis lain dan rakyat dalam mengawal dan mencegah penularan COVID-19.“Kementerian akan sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respon terhadap pandemik COVID-19 ini dilaksanakan selari dengan keputusan semasa kerajaan,” kata Dr Noor Hisham lagi.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *